Jumaat, 25 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


GERAM 1.0 - Tuntut MB Perlis Mat Isa Sabu letak jawatan ]Video]

Posted: 25 May 2012 10:30 PM PDT

1 terbunuh 43 cedera nahas bas di Balik Pulau, Pulau Pinang

Posted: 25 May 2012 08:26 AM PDT

2012/05/25



BALIK PULAU: Seorang warga Myanmar terbunuh manakala 43 yang lain cedera termasuk beberapa mangsa cedera parah apabila sebuah bas persiaran terbabas dan terjatuh ke dalam gaung ketika menuruni bukit menuju pekan ini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit. Semua mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk rawatan.
Nahas berlaku apabila bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik dan terbalik sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter.
Difahamkan, semua mangsa adalah warga Myanmar yang dalam perjalanan untuk menghadiri satu program di sebuah masjid di pekan ini. 

Nahas itu menyebabkan laluan menuju pekan ini sesak teruk sehingga Relau. Operasi menyelamat membabitkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk polis, bomba, Ikatan Relawan Rakyat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta kakitangan HBP. - Berita Harian

ARTIS : Nora Danish mabuk, terselak kain nampak ..........

Posted: 25 May 2012 01:49 AM PDT

Hari ini tersebar satu gambar yang sangat mengejutkan bagi Kak Nam dan mungkin anda semua turut terkejut. Menurut sumber, seorang pembaca telah mengirim satu keping gambar melalui email. Khabarnya daripada pengirim itu, gambar itu adalah gelagat seorang pelakon popular bersama teman-temannya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.
Mungkin kerana terlalu letih menari dan kembung perut dengan minuman keras, pelakon tadi tersungkur berbaring hingga tidak menyedari terselak seluar dalamnya. Maklumlah pakaian pelakon itu malam ketika dia berparti pun bukanlah panjang sangat hingga boleh tersingkap menampakkan seluar dalamnya. 
Lebih mengejutkan lagi, sejak akhir-akhir ini, nasib pelakon ini memang bertimpa-timpa malangnya. Kak Nam rasa mungkin giliran dia pula kali ini. Biasalah adat industri hiburan, kadang-kadang kita di atas dan terselamat, tapi tidak mustahil esok kita terjatuh tersungkur sampai susah nak bangkit semula. - Nottydaddy

"Saya tidak tua untuk menjadi bodoh" : Pak Samad

Posted: 24 May 2012 11:59 PM PDT

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan BERSIH turut memerlukan sokongan parti politik, termasuk BN bagi merealisasikan lapan tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihan raya.


Katanya, tanpa dokongan parti politik yang dipimpin oleh "kuasawan", gabungan tersebut tidak kuat untuk memperjuangkan agendanya.


"Mereka memperkuat, kalau BERSIH sahaja, tidak akan kuat. Kalau PAS, dokongan itu tidak ada, BERSIH sahaja tidak kuat. Sebenarnya kita juga mengajak BN menyertai (perjuangan BERSIH). Bukan salah kita.


"Kita menjemput semua kuasawan, baik daripada PAS, BN, PKR. Baik daripada Umno, MCA, MIC, tetapi mereka sendiri yang memisahkan diri untuk menyertainya," katanya dalam wawancara Malaysiakini 




Tokoh yang lebih kenali sebagai Pak Samad bagaimanapun berkata keengganan BN menyokong hasrat gabungan itu kerana barangkali ia dirasakan akan "menggigit" mereka.



Beliau menjawab soalan berhubung peranan orang politik untuk menuntut lapan tuntutan BERSIH, sekalipun beliau optimis mampu menarik sokongan pelbagai pihak bagi meneruskan tuntutan mereka.



Katanya, BERSIH 2.0 mengambil alih kumpulan itu daripada BERSIH pertama yang dipimpin "kuasawan" bagi mengelakkan tanggapan organisasi itu dipergunakan untuk "berantakan dengan kuasa induk"


Rampas kuasa dengan air botol?



Bagaimanapun, Pak Samad menegaskan tuntutan mereka tetap tidak berubah.



Menurutnya, perhimpunan BERSIH diteruskan kerana tuntutan gabungan itu itu tidak dilayan sehingga memerlukan perhimpunan kedua dan ketiga diadakan.



Ditanya berhubung dakwaan perhimpunan BERSIH 3.0 dirampas pembangkang dan mahu menggulingkan kerajaan, Pak Samad menyifatkan dakwaan itu hanya "cakap sebelah sana", termasuk ketiga-tiga mantan ketua polis negara dan mantan perdana menteri.



"Kita tidak boleh menghalang andaian orang. Kalau benar (dirampas pembangkang), mereka harus membuktikan... 



"Yang merampas kuasa mesti mempunyai senjata. Kita ada botol air sahaja. Saya menolak (dakwaan mahu guling kerajaan)," katanya sambil ketawa sinis. 



Bekas editor kanan akhbar Berita Harian itu berkata, beliau kini lebih bersedia untuk "dilanggar" berbanding sewaktu bekerja di "akhbar hamba kuasa" sebelum ini.



Pada masa itu, katanya, beliau terpaksa memikirkan banyak perkara, termasuk keluarga dan rumahtangga sebelum melakukan sebarang tindakan.


Pak Samad sedia 'dilanggar'



"Kita telan apa yang pahit, apa yang masin demi keluarga kita. Tapi apabila sudah agak selesa sedikit, kita sedia dilanggar seperti sekarang. Saya memang bersedia untuk dilanggar.



"Tapi biarlah langgar yang berpatutan. Jangan bawakan kapal selam, saya hanya dibiarkan gunakan bom. Kalau anda kapal selam, biarlah saya kapal selam. Adillah. Itu umpamanya," katanya.



Beliau juga menolak dakwaan berfahaman kiri dengan menyifatkannya sebagai tuduhan "orang tidak belajar".



"Orang ini langsung tidak belajar. Saya tidak jadi tua untuk jadi bodoh. Saya jadi tua untuk jadi pandai." tegasnya.



Mengulas penyertaan bukan Melayu dalam perhimpunan BERSIH kali ini, Pak Samad berkata beliau "senang" dengan situasi baru itu, khususnya kaum Cina.



"Misalnya jika diadakan BERSIH 4, saya fikir penyertaan orang bukan Melayu lebih ramai kerana mempercayai adanya jentera kuasa ada sekarang ini yang paling bobrok, di mana segala jenis tindakan termasuk samsengan digunakan.



"Di mana janji-janji yang besar dihebahkan, di mana wang yang sebanyaknya diberikan. Semua itu diberi ketika kerajaan berada di ekor kuasa. 



"Mereka memberi semua ini, semata-mata bersedia mengharapkan, inilah massa umum yang akan mengundi mereka," katanya. - Malaysiakini

bumiperak

bumiperak


Ceramah Nizar disabotaj

Posted: 25 May 2012 01:17 AM PDT

Malam tadi Khamis 24 Mei telah diadakan ceramah Isu semasa di rumah arwah Abdullah Sani, Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar yang telah dirancang awal lagi dengan jemputan khas iaitu mantan Menteri Besar Perak Dato' Ir Mohamad Nizar Jamaludin.

Sememangnya fenomena biasa sejak akhir-akhir ini di Perak di mana ada ceramah Pakatan Rakyat maka sibuk  Umno akan diganggu dengan ceramah tergesa-gesa mereka dibuat bersebelahan. Pada malam itu juga Umno membuat ceramah di hadapan rumah ketua kampong pada jarak kira-kira 300 meter dengan ceramah Pas. Tak cukup dengan ganggu ceramah yang dibuat, puluhan pemuda bermotosikal  memekik dan membuat bunyi bising di laluan kawasan ceramah Pas.

Sikap tidak matang politik pihak pengacau ini lebih jelas lagi dengan tindakan sabotaj di mana sejumlah 12 buah kereta penyokong Pakatan Rakyat telah dipalitkan cat berwarna biru. Kereta-kereta jemputan ini diparkir berhampiran jeti bot berhampiran Sungai Perak. 

Tindak-tanduk ini menyerlah mentaliti dan sikap tidak matang terutama di pendalaman yang masih ketinggalan dalam berpolitik. Hak dan kebebasan rakyat harus dihormati berdasarkan demokrasi di negara ini dengan memberi peluang rakyat mendapat penjelasan isu-isu semasa.

Lebih dari 500 penyokong PAS dan penduduk kampung hadir pada ceramah Isu semasa di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Penganjur dan pemilik kenderaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LEMBU SEMAKIN MENGGANAS, KITA PULA SEMAKIN LEMAH !!

Posted: 25 May 2012 05:47 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS



PUAK itu memang gampang dan celaka serta haramjadah, kerana bapak mereka adalah tokoh haramjadah yang memperkenalkan perkataan `haramjadah' itu.  Inilah puak-puak yang bacul lagi dayus sama juga seperti bapak segala dayus iaitu orang yang sama yang amat takut dan terkencing apabila disebut untuk diketemukan dengan DS Anwar di dalam perdebatan.  Puak-puak lembu yang dimaksudkan adalah mereka yang datang melacur menjual maruah demi wang ringgit datang mengganggu program ceramah di Lembah Pantai baru-baru ini.  Baca kisah di SINI.



Patutkah kita di dalam PR hanya menyalahkan lembu-lembu ini sahaja?  Sampai bila kita mahu melihat aksi lembu-lembu gila ini di dalam setiap program kita?  Di mana kekuatan kita sebenarnya?  Mengapa begitu lemah sekali aspek keselamatan di dalam program-program yang kita anjurkan?  Kita masih yakin dengan perlindungan dari pihak Polis kah?  Mahu harapkan Polis jaga ceramah kita sedangkan yang berucap di atas pentas itu bukannya Ketua Polis Negara.  Di atas pentas itu pemimpin dan tokoh kita, maka kita lah sepatutnya lebih peka dengan aspek keselamatan ini.

Ada yang bertanya mengapa begitu mudah program kita disabotaj dan kini dilihat semakin agresif.  Jika dahulu lembu-lembu ini sekadar membuat hingar di sebelah pentas kita sahaja.  Kini mereka sudah berani bermain batu dan melempar botol air mineral.  Kita mahu tunggu mereka gunakan pisau dan parang kah baru kita mahu bertindak?

Amat lemah sekali aspek keselamatan kita menjelang PRU.  Kita hanya redha dan pandai membuat laporan Polis sedangkan kita tahu sangat sejauh mana laporan Polis kita itu akan berkesan.  Kita jangan samasekali menjual, tetapi kita kena rajin membeli !!/wfauzdin.blogspot.com

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


SISTEM TUA BODOH

Posted: 25 May 2012 07:45 PM PDT









Ayat power dr Pak Samad ditujukan kepada Orang Tua yang semakin tua semakin bodoh..bak kata P Ramlee..."Dah Tua Pon Bodoh"..


Jika ada yang bertanya apa kena mengena dengan gambar Karpal Sigh..inilah jawapanya..

Karpal...dh tua pon masih bermain sentimen perkauman sempit....dh taw Utusan tue jadi tua utk bodoh..kenapa dikeluarkan statement yg dia mahu berjuang Bukan Melayu utk jd PM....nasib baik Lim Kit Siang dh sedaq bahawa utusan itu tua bodoh...utusan tue xakan baca sampai abis perlembagaan Malaysia..sbb tue masih bodoh dulu kini dan selamanya..yg dikesalkan..Karpal masih xsedar diri real politik negara kini..bukan dia tidak tahu secebis isu perkauman yg keluar dr mulut DAP akan dikunyah sehabisnya oleh TUA BODOH UMNO dan Utusan..maafla cik Karpal..sepandai mana pon baca perlembagaan..tapi jgn terjerumus kelembah kebodohan utk mencari populariti..
http://merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13098 


Ini satu lagi suatu lagi TUA BODOH..

Segala tindakan segelintir Melayu yg membuat provokasi melampau dan lucah..seperti melempar batu..telur..ke arah ceramah parti lain ..dan tidak lupa juga senaman tonggeng pungkoq kat depan rumah orang..semua menunjukan bahawa terdapat satu sistem TUA BODOH yg merasuk pemikiran segelintir Melayu yang ketinggalana zaman..inilah bahana Orang Tua 66 tahun (UMNO) yg jadi tua utk bodoh..sentimen perkauman sempit masih menjadi modal politik..

Semoga yang TUA menjadi tauladan kepada yang Muda..bukan semakin Tua semakin Bodoh apatahlagi dengan Bodoh kerana memperjuangkan perkauman yang sempit..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


The world’s craziest game continues…

Posted: 25 May 2012 09:20 PM PDT

Many political observers are saying that the prime minister now intends to use the July-August months to woo the Malay voters.

The latest news or rumour going around is that the 13th General Election may very well be held in September. This is the umpteenth time that this annoying game is still continuing. In fact this game was started by Prime Minister Najib Tun Razak who views the guessing of the polls date as a favourite national past-time.
The guessing game has in fact yielded six attempts. They are as follows:
  • October-November 2010 (during PKR's party elections)
  • April 2011 (together with the 10th Sarawak State Elections)
Read More / Baca Lagi >>

Bar submits Bersih 3.0 report to Cabinet ministers

Posted: 25 May 2012 09:17 PM PDT

Lim said the council was adopting a diplomatic approach to its engagement with the government. — File pic
KUALA LUMPUR, May 26 — Despite recent criticism, the Malaysian Bar has pressed on with its recent resolution condemning the alleged acts of police violence during Bersih 3.0, and presented its views to two Cabinet ministers this week. The Malaysian Insider understands that the Bar Council met with the two leaders to explain the resolution and their final report on the Bersih 3.0 April 28 rally, which details numerous witnessed incidents of police brutality and lists out recommendations on crowd control for future gatherings.
Council president Lim Chee Wee declined to reveal the names of the two ministers but told The Malaysian Insider that discussions with both individuals had gone well.
Read More / Baca Lagi >>

Kaji selidik Merdeka Centre bukti transformasi Najib gagal, kata Pua

Posted: 25 May 2012 09:15 PM PDT

Pua berkata Najib masih ada peluang untuk melaksanakan pembaharuan seluruh ke atas sistem pilihan raya negara. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 26 Mei - Kaji selidik terbaru Merdeka Centre telah membuktikan program transformasi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kegagalan, mengikut kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua. Pua, yang juga Setiausaha Publisiti DAP, kegagalan program transformasi Najib itu jelas terutamanya yang melibatkan pilihan raya yang adil dan bersih.
"Hasil kajian Merdeka Centre itu membuktikan rakyat tidak menyokong penuh [dan] sebaliknya telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia walaupun Najib telah meletakkan 'usaha penuh' terhadap transformasi tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Sejarah & Silam : Tuan Imperialis Dan Anjing Buruannya

Posted: 25 May 2012 09:11 PM PDT

Ketahuilah bahawa samseng Umno itu benar

Posted: 25 May 2012 09:06 PM PDT

CHE DET buat lagi. kali ini mantan PM itu mendakwa kononnya Pakatan Rakyat yang bakal tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.

Dakwa Tun Mahathir Mohamad, pembangkang (Pakatan Rakyat) seterusnya akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwa beliau dalam blognya.

Begitulah Mahathir, seorang pengamal politik Machiavelli yang tidak sudah-sudah dengan tektik 'reverse psychology'nya ketika berhadapan lawan politik.
Read More / Baca Lagi >>

Umno dicabar kemuka bukti orang Melayu diusir

Posted: 25 May 2012 09:04 PM PDT


PULAU PINANG: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mencabar Ketua Pehubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyenaraikan 50 buah kampung Melayu yang bakal diusir oleh mahkamah dalam masa terdekat.



Jika ada, beliau dikehendaki mengemukakan dengan bukti kukuh bukan dakwaan kosong sebagaimana kenyataannya dalam akhbar The Sun pada 22 Mei lalu.


Justeru, cadangan Umno agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah rumah kos rendah bagi mengatasi penduduk yang terlibat dengan projek pembangunan dilihat sesuatu yang dangkal.

Ini kerana selama ini mereka berhujah supaya kerajaan negeri mengekalkan perkampungan Melayu sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Umno makin tertekan, huru-hara mungkin berlaku?

Posted: 25 May 2012 08:49 PM PDT

Oleh: Inimajalah

Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) belum berlangsung dan Umno-Barisan Nasional (BN) belum kalah  walaupun banyak petunjuk dan spekulasi menjangka parti itu akan kecundang dalam pilihanraya kali ini.

Walau belum kalah dan Umno-BN masih menjadi pemerintah negara ini, sudah ada banyak petunjuk yang parti itu dan penyokongnya sedang mengalami tekanan dan ketakutan yang hebat terhadap kemungkinan mengalami kekalahan, sekali gus  hilang mandat kuasa dalam PRU13.
Read More / Baca Lagi >>

Amukan 'yob pasior' londeh pekung busuk Umno

Posted: 25 May 2012 08:44 PM PDT

Isunya hanyalah berpunca daripada orang kuat Umno, yang mengamuk kerana tidak dapat projek pasir. Dalam loghat Perak pasir disebut 'pasior'.

Di Selangor suatu ketika, Umno cuba memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu pasir, tetapi gagal. Akhirnya mereka hanya menjadi 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok', seperti kata Khairy Jamaluddin satu ketika dulu.

Umno jadi malu, apabila seorang pengusaha pasir yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin, mengamuk memaki hamun Umno dan kerajaan BN Perak, pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir.
Read More / Baca Lagi >>

'Kenapa polis serbu pekerja asing waktu gaji?'

Posted: 25 May 2012 08:43 PM PDT

Sekumpulan pekerja Burma menyatakan perasaan tidak puas hati dengan serbuan polis dan imigresen ke setinggan mereka di Kajang yang menyaksikan 31 telefon bimbit dan wang tunai RM11,000 dirampas.

Di samping itu, 14 orang turut ditahan.

Menurut pekerja, lebih 40 anggota polis dan 15 pegawai imigresen tiba dalam dua trak dan kereta peronda di rumah mereka di Kampung Baru Balakong pada awal pagi Sabtu.

Serbuan pada jam 1 pagi itu berlaku sejurus selepas hari gaji untuk hampir 200 pekerja Burma di kilang berdekatan.

"Saya percaya mereka memerhati dan tahu bahawa ia hari gaji kepada pekerja," kata Father George Harrison yang mewakili pekerja asing itu.

Pembantu jemaah paderi itu memberitahu Malaysiakini bahwa kesemua rakyat Burma itu mempunyai permit kerja yang sah dan dokumennya tersimpan dengan baik.

Wajibkan PLKN: Ramai bantah

Posted: 25 May 2012 07:42 PM PDT

Ramai pihak menolak cadangan mewajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Beberapa pertubuhan pendidikan, ibu bapa dan pelajar memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe.Dr Tiki pada Khamis berkata, cadangan itu telah dibincangkan oleh MLKN dan akan diusulkan kepada kerajaan untuk persetujuan selain meminta maklum balas dari orang ramai.
"Jika ia dipersetujui, kira-kira 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun. Oleh itu, kami akan mengkaji kemudahan sedia ada sama ada ia perlu diperluaskan untuk menampung pertambahan peserta," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih menerima sokongan penuh rakyat Malaysia walau diserang

Posted: 25 May 2012 07:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Walaupun menerima kecaman daripada pelbagai pihak, Bersih telah menerima sokongan daripada rakyat Malaysia untuk memastikan pemimpinnya selamat.
Menurut Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan, mereka terkesan apabila pemimpin kerajaan gagal mengutuk insiden penjualan burger di luar kediamannya bagi memprotes perhimpunan Bersih 3.0.
"Ini jelas menunjukkan pemikiran rakyat biasa yang meningkat mengenai norma-norma. Namun perkara ini tidak dilihat dalam kalangan pemimpin ... Hanya rakyat biasa yang meletakkan tahap sedemikian," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Kereta Lamborghini untuk diserahkan kepada penyokong "Bersih 4.0". — Foto oleh Jack Ooi
Walaupun kumpulan anti Bersih menawarkan hadiah bernilai jutaan ringgit untuk menarik sokongan mereka, terdapat juga aktiviti online yang pro Bersih bagi melindungi pemerhati pilihan raya tersebut dengan cara simbolik mereka sendiri. Dalam satu petisyen online "Menyokong  Datuk Ambiga Sreenavasan" dimulakan oleh  "Hope E Wong" pada 14 Mei, telah menyaksikan lebih daripada 11,000 tandatangan daripada bermula 7 petang semalam dan semakin ramai dari semasa ke semasa.
Petisyen berkenaan menggunakan "Causes", teknik pengumpulan online melalui laman sosial seperti Facebook, mempunyai surat pendek ditujukan kepada Ambiga, dan berterima kasih kepadanya termasuk Bersih "atas apa yang telah kamu lakukan terhadap negara ini".
Read More / Baca Lagi >>

Ceramah Anwar Di Johor 25-5-2012

Posted: 25 May 2012 07:20 PM PDT



Video streaming by Ustream

Anwar: 'PM adalah Melayu Islam'

Posted: 25 May 2012 07:17 PM PDT

JOHOR BAHRU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) sudah memutuskan supaya Perdana Menteri adalah seorang Melayu yang beragama Islam.

Menurutnya, pihaknya mempercayai isu dan dasar yang sudah diputuskan itu adalah adil kepada semua dan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri sebagai berlunaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

"PR memang memutuskan dengan cukup jelas supaya Perdana Menteri harus seorang Melayu yang beragama Islam untuk PRU akan datang. Isu dan dasar ini kita percaya ia adil kepada semua.

"Saya tidak pertikai suara semangat Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP telah umumkan bahawa pada PRU akan datang, seandainya PR menang, Anwar Ibrahim akan ditonjolkan sebagai Perdana Menteri. Saya Melayu Muslim, melainkan beberapa orang Umno yang menganggap saya Cina," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pulai Springs Resort di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

REGIME CHANGE: A change from wasteful development

Posted: 25 May 2012 07:15 PM PDT

REGIME CHANGE: A change from wasteful developmentIn comparative politics the word "regime" refers to the formal and informal institutions by which political power is acquired and exercised. In political economy, a regime refers to an enduring combination of "socio-economic alliances, political-economic institutions, and a public-policy profile" (Pempel 1998: 20).
In the case of Malaysia, the Barisan Nasional (BN) regime's durability in the former, political sense has been closely associated with a particular sort political economy, or regime in the second sense. Despite significant changes over the years, Malaysia's hegemonic-party political system, centered on United Malays National Organisaion's (UMNO) dominance, has since the early 1970s practiced a form of developmentalism that has shaped Malaysian society in profound ways.
As the Pakatan Rakyat (PR) understands, its challenge to the BN's national political monopoly is inescapably a contest about Malaysia's economic development model, as well. To what extent, and in what ways, does the prospect of change in Malaysia's political regime imply a change in the country's pattern of development?
Quality of life not improving
Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya will not win stand-off with Bar Council

Posted: 25 May 2012 07:15 PM PDT

Putrajaya will not win stand-off with Bar CouncilIt appears that the current Najib Administration has forgotten the bitter lessons learnt during Prime Minister Mahathir Mohamad's long innings in office when he, the frightened little man he was by default in office, openly and shamelessly rooted for extreme coercion as his preferred modus operandi.
It's not so much that Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak is calling the shots in the current stand-off with the Bar Council of Malaya on the proposed Law Academy in the wake of Bersih 3.0.
De facto Law Minister Nazri Abdul Aziz, egged on by Mahathir, appears to be single-handedly taking on the legal profession in the country. He must have a death-wish like Mahathir.
Why doesn't the Election Commission (EC) address, in a rational, detached and professional manner, the issues raised by Bersih 3.0?
Instead, the Government is indulging in the politics of distraction and disruption to camouflage the numerous complaints against the EC, the Electoral Rolls and the electoral process. The EC cowers meanwhile behind the Government which appears determined not to allow a free and fair election lest it end up, after 55 years, in the dustbin of history. Fifty-five is a good time to retire.
Desire for free and fair polls underestimated
Read More / Baca Lagi >>

Why Umno Baru is losing to PAS and PKR

Posted: 25 May 2012 07:14 PM PDT

Why Umno Baru is losing to PAS and PKRUMNO had an upper hand over PAS before February 1988 but today UMNO Baru is losing to PAS and PKR. Leaders in UMNO Baru have failed UMNO irretrievably. A failing UMNO Baru now is causing the resurgence of PAS and PKR. The tendency now is for the Malays to support PAS and PKR more than UMNO Baru. And contingently there is a significant number of Malays supporting DAP as well, leaving Barisan Nasional trailing in the race for the 13th general election.
There is a "contingent factor" here that has affected the opinions of Malays on PAS. They are just seeking a clean government when they see UMNO Baru smirched with all sorts of baggage – from abuse of power, denial syndromes to corruption.
The success of Pakatan government
Read More / Baca Lagi >>

Under attack, Bersih finds solace in supportive Malaysian public

Posted: 25 May 2012 07:13 PM PDT

Protesters ride on motorcycles on their way to Ambiga's home in Damansara Heights, May 24, 2012. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, May 26 — In the face of growing criticisms and intimidation by its detractors, Bersih has been drawing its strength from ordinary Malaysians determined to keep the group's cause and leaders safe. According to Bersih co-chairman Datuk Ambiga Sreenevasan, the groundswell was triggered when key government leaders failed to condemn the anti-Bersih groups that have resorted to exercising their buttocks and selling beef burgers outside her home to protest against the "Bersih 3.0" April 28 rally.
"It is clearly the right-thinking, ordinary citizens of Malaysia who are now rising to the occasion to establish the norms of decency. This is unfortunately not reflected in our leaders... it is the people who are now setting the standards," she told The Malaysian Insider yesterday.
Read More / Baca Lagi >>

Baju Bersih kena rentap

Posted: 25 May 2012 07:10 PM PDT


Baju Bersih kena rentap
Mohd Azuwar menunjukkan bajunya yang koyak direntap dalam masjid
NILAI – Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di sini didakwa bertindak di luar kawalan apabila menyentap baju seorang pemandu teksi hingga koyak.

Insiden itu berlaku 20 Mei lalu ketika mangsa, Mohd Azuwar Sulaiman, 36, sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib di masjid terbabit.

Read More / Baca Lagi >>

Sambut hari jadi dengan tangan dicederakan samseng Umno

Posted: 25 May 2012 07:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 26 MEI: Perbuatan samseng Umno menyebabkan Nurul Balqish Mohd Isa berusia 12 tahun terpaksa menyambut ulang tahun kelahiran dengan tangan berbalut akibat dilempar batu.
Anak bongsu dari tiga beradik itu bakal menyambut ulang tahun kelahiran beberapa jam sebelum keganasan itu berlaku.
"Saya berada di sebelah pembesar suara bersama ayah. Tiba-tiba keadaan jadi gelap.
"Serentak itu, saya terasa balingan batu dan tangan kiri berasa sangat sakit.
"Ayah periksa dan terus bawa saya ke klinik," katanya kepada Keadilan Daily dengan tangan yang bengkak dan berbalut.
Ibu mangsa, Adita Ketek apabila mengetahui keadaan itu, terkejut dan sedih hingga  menangis.
Read More / Baca Lagi >>

Terima Kasih Utusan!

Posted: 25 May 2012 07:07 PM PDT

Tabung Pilihanraya PAS Shah Alam

Friday, May 25, 2012


Terima Kasih Utusan!

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menjadi penyumbang terbanyak kepada Tabung Pilihanraya PAS Shah Alam setakat ini iaitu sebanyak RM60,000. Pihak kami juga sedang mengusahakan sumbangan dari YB Hamidah (Perak) dan Novandri (Penang), yang mana kes tersebut akan didengar tidak lama lagi.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

DAMNING EVIDENCE the people have lost faith in electoral system

Posted: 25 May 2012 07:07 PM PDT

DAMNING EVIDENCE the people have lost faith in electoral system - TonyMerdeka Center's latest survey results gives damning evidence that the people has lost faith in the country's electoral system, despite the "best effort" by the Prime Minister, Dato' Seri Najib Razak to set a transformation agenda.
The results clearly showed that Malaysians have very little confidence in the half-hearted steps taken by the Prime Minister which was intended to give a better perception of our electoral process.
Only 44% of Malaysians surveyed were "confident" that the electoral process was free from irregularity despite the Election Commission's repeated insistence that our electoral roll is "the cleanest in the world". Even so, only 5% of those surveyed did not think that an electoral roll clean-up before the next general election was necessary, while a whopping 92% thought a clean-up exercise is necessary.
Insincere PSC - the game is UP!
Read More / Baca Lagi >>

Merintis debat Malaysia Baru

Posted: 25 May 2012 04:35 PM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad

Debat "Pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi" di antara Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin berjaya dianjurkan di Kompleks Media Karangkraf dan dipancarkan oleh Astro Awani dan Bernama 24 secara langsung pada malam bersejarah 22 Mei lalu.
Sekaligus ia menandakan bahawa "Politik Baru" di Negara ini akan terus subur dan tidak lagi mampu dibendung oleh kuasa pemerintah. Sifat utama Politik Baru yang memberi capaian maklumat kepada pengundi terus memerdekakan mereka untuk berani membuat pilihan dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU13).
Read More / Baca Lagi >>

Sekali lagi Tun Mahathir salahkan Pak Lah

Posted: 25 May 2012 04:32 PM PDT

  • Aku tak tahu apa salah besar yang dibuat oleh Pak Lah kepada Tun Mahathir sehinggakan sampai sekarang kemarahannya belum reda. Dalam tulisan terbaru Tun Mahathir, dia menuduh kemarahan rakyat pada Pak Lah menjadi sebab kenapa pada pilihanraya ke 12, BN tidak mampu mengekalkan kemenangan 2/3 kerusi parlimen.
  • Tun Mahathir nampaknya masih tidak dapat menerima sedikitpun kemarahan rakyat bukanlah pada Pak Lah semata-mata tetapi sebaliknya kemarahan rakyat adalah pada BN dan Tun Mahathirlah orang yang bertanggung jawab sedikit sebanyak mencetuskan kemarahan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan: Kenyataan Mahathir tidak berasas

Posted: 25 May 2012 04:29 PM PDT


Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM – PKR menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan menimbulkan kekecohan ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak berasas.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan Dr Mahathir seharusnya dilihat secara terbalik, dan mendakwa pihak Umno-Barisan Nasional (BN) yang akan mencetuskan keganasan.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir dilanda 'sindrom' cuak......'menolangowerphobia'?

Posted: 25 May 2012 04:27 PM PDT

Memang konpom Umno khususnya Mahathir dilanda sindrom cuak......fobia serta takut tak menentu pasal.

Daun pisang kering bergesel pun disangkanya hantu......tengok bayang sendiri pun disangka ada orang kat belakang......bunyi air menitik di singki disangkanya ada 'makhluk halus' sedang menghendap.

Fikiran Mahathir diketika ini tersangat cuak dan takut sehingga bermacam-macam 'fantasi'nya konon pembangkang akan membuat huru-hara kalau kalah dalam PRU13 nanti.
Read More / Baca Lagi >>