Tian Chua
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) memohon supaya Dewan Rakyat menubuhkan jawatankuasa Parlimen untuk menyiasat dakwaan menghina Raja-Raja Melayu semasa majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Rabu lalu.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, merujuk Peraturan Mesyuarat 80A jawatankuasa itu perlu dibentuk bagi menyiasat perbuatan menghina majlis di bawah Ordinan Majlis-Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

"Penerbitan berita itu adalah palsu dan bersifat fitnah terhadap perilaku saya sebagai seorang yang menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen yang menerima undangan Yang di-Pertuan Agong.