Khamis, 5 April 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tarikh Pilihanraya : Ini kena tanya Rosmah

Posted: 05 Apr 2012 12:07 AM PDT

KUALA TERENGGANU-Rakyat Malaysia perlu bertanya kepada Datin Seri Rosmah Mansor samada suaminya Perdana Menteri Najib Razak sudah mendapat satu tarikh yang sesuai untuk pilihanraya umum ke 13 (PRU13).

"Beliau berkerja bersama-sama dengan Rosmah bukan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir atau sesiapa saja dalam Umno, Najib sedang mencari satu tarikh yang boleh memberikan ganjaran 2/3 majoriti di PRU13.

"Bagi Rosmah dan Najib, perkara ini bukanlah susah kerana semua bekas perdana menteri Umno, termasuklah Pak Lah telah memenangi PRU mereka melebihi 2/3 majoriti apabila pertama kali mereka menerajui Barisan Nasional (BN).

"Ini adalah kali pertama untuk Najib dan mereka berdua adalah pendekar, sudah tentu mereka tidak mahu kehebatan politik mereka kelihatan tidak sehebat para pemimpin terdahulu yang membawa BN ke arah kemenangan," kata Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily hari ini.


Namun, kata Mustafa , Najib sebenarnya dalam dilemma untuk memilih satu tarikh yang sesuai untuk pilihanraya, kerana seandainya silap, teori RAHMAN akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, menurut teori RAHMAN, Najib adalah perdana menteri terakhir daripada Umno.

Teori RAHMAN adalah khabar angin yang sering diperkatakan orang mengenai rancangan menyusun turutan perdana menteri di Malaysia.

Teori RAHMAN merupakan singkatan kepada nama perdana menteri Malaysia yakni Tunku Abdul (R)ahman, Tun (A)bdul Razak, Tun (H)ussien Onn, Tun Dr (M)ahathir, Tun (A)bdullah dan (N)ajib.

"Najib kini sebenarnya tersepit mencari tarikh yang sesuai untuk PRU13. Terlalu awal, negeri-negeri Pakatan Rakyat mungkin tidak ikut.

"Terlalu lambat, segala faktor feel good yang dijana melalui pemberian duit seperti RM100 kepada sekolah rendah, RM200 baucar buku dan RM500 melalui BR1M akan dilupakan," kata Mustafa.

Mustafa berkata pemberian duit bantuan yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa pengundi telah mendapat pembelaan tidak akan bertahan lama.

"Untuk kekal perasaan feel good itu, pilihanraya tidak boleh dilengahkan. Seperti kata Mahathir, Melayu mudah lupa," kata Mustafa dengan seloroh.

"Jadi apakah tarikh sesuai untuk Najib? Rasanya Jun hingga pertengahan Julai kerana selepas itu ialah bulan Ramadan, Hari Raya dan orang bersiap hendak pergi menunaikan haji – ia adalah tidak sesuai dan perasaan feel good dah hilang," kata beliau.

Negeri Selangor, pusat pertembungan dalam pilihan raya ini telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan ikut serta PRU13 sekiranya ia diadakan sebelum bulan Jun.

Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain, selain Kelantan belum menyatakan hasrat samada akan turut mengadakan pilihanraya serentak atau tidak.

Dengan itu, Mustafa berkata Najib kini berdepan dengan satu lagi dilemma di mana beliau akan berlawan di PRU13 kemungkinan tanpa hadiah utama, Selangor yang dihajatkannya.

"Kini, PR telah menemui jumlah pengundi hantu yang besar di Selangor, modus operandi yang sama digunakan BN untuk mengalahkan PAS di Terengganu pada 2004.

"Tidak mustahil untuk negeri Pakatan Rakyat untuk menangguhkan pilihanraya ke Mei 2013 untuk membersihkan daftar pemilih terlebih dahulu.

"Najib boleh meneruskan untuk pillihanraya parlimen, dan mungkin menang tapi negeri PR masih kekal," kata Mustafa.

Namun dengan prediksi bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya selamat di tiga negeri iaitu Pahang, Melaka dan Johor, Mustafa bertanya samada Najib berani memanggil PRU13 sekiranya negeri-negeri PR tidak ikut serta.

"Teori RAHMAN akan menjadi kenyataan sekiranya tarikh yang salah dipilih, dan Najib mungkin adalah perdana menteri terakhir daripada Umno dan ketika itu berakhirlah BN," Mustafa memberikan amaran.

Siapakah yang Najib patut rujuk untuk mendapat tarikh PRU13.

"Saya rasa Rosmah. Beliau juga ingin kekal terus berkuasa, jadi beliau mungkin memanggil pilihanraya sekiranya rasa BN boleh menang di peringkat parlimen.

"Peranan Rosmah mungkin ialah mengumpulkan segala prediksi daripada ahli astronomi, nujum, bomoh dan feng shui untuk mendapat tarikh yang sesuai," sindir beliau.

-Harakahdaily

KEDAH : Phahrolrazi, Ismail angkat sumpah pelantikan semula sebagai exco

Posted: 04 Apr 2012 11:22 PM PDT

ALOR SETAR: Dua lagi anggota exco kerajaan negeri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sebelum ini tidak mengangkat sumpah bersama lapan lagi exco pada 28 Februari lalu kerana menolak dilantik semula ke jawatan itu.
Senarai exco yang dikeluarkan selepas majlis itu menyaksikan beberapa perubahan portfolio dengan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.

Datuk Amiruddin Hamzah kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi, manakala Phahrolrazi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.


Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.


Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Datuk Siti Ashah Ghazali, Datuk S. Manikumar, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad dan Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, yang menerima tawaran pelantikan semula lebih awal, kekal dengan jawatan masing-masing.

Dr Hamdan kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Abd Ghani kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan.

Siti Ashah kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat; Manikumar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam.

Lim kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan kekal disandang Tan.

Azizan ketika ditemui pemberita selepas majlis angkat sumpah itu berkata dengan pelantikan semula dua exco berkenaan diharap mereka akan dapat bersama memadu tenaga demi membawa pentadbiran Kedah ke arah yang lebih mantap.

"Saya gembira kerana kedua-dua exco dapat bersama semula. Disamping akan menghadapi pilihan raya, kita akan kemaskan saf...apa yang negatif, semua sudah positif," katanya di sini hari ini. - BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


"SAYA TIDAK AKAN MENGALAH DAN AKAN TERUS LAWAN' - US BADRUL AMIN DI PEKAN MALAM TADI

Posted: 05 Apr 2012 03:48 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

TOKOH kontroversi, Us Dr Badrul Amin Baharom yang kini sedang bercuti dari jawatannya di dalam parti telah tampil di bumi Pekan, malam tadi.  Tanpa menghiraukan fitnah dari media pencacai Umno serta mulut-mulut busuk pimpinan Umno, tokoh yang mendapat undian tertinggi di dalam jawatan MPP PKR ini tampil di Markas PAS Mengkasar, Pekan, Pahang di dalam satu program ceramah anjuran PAS Pekan.

Bekas Adun Chini - YB Jafri
Peguam PAS - Sdr Hanipa Maidin

Beliau sebenarnya diundang disaat-saat akhir kerana mengantikan Sdr Rafizi Ramli yang sepatutnya berceramah bersama seorang Peguam terkenal dari PAS iaitu Sdr Hanipa Maidin.  Meskipun Us Dr Badrul Amin baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dua hari yang lalu, beliau sudi memenuhi jemputan ke Pekan tambahan pula katanya sudah begitu lama beliau tidak berceramah di kawasan Najib ini.  Turut serta berceramah malam tadi adalah bekas Adun Chini, Pekan dari PKR iaitu YB Jafri Rashid.

Us Dr Badrul Amin
Meskipun pada waktu yang sama, di Parlimen Pekan iaitu di Felda Chini Timur turut diadakan program ceramah anjuran PKR Cabang Pekan, namun kehadiran di Markas PAS Mengkasar malam tadi dianggarkan seramai 700 orang.  Us Dr Badrul Amin hadir bersama isteri beliau mengambil tempat selaku penceramah terakhir.

Di dalam ucapannya, beliau menyeru orang ramai agar tidak merasa gundah gulana di dalam berbagai ujian yang diterima di muka bumi ini.  Beliau juga katanya, turut merasai berbagai ujian dan dugaan yang getir sepanjang perjuangannya di dalam menegakkan keadilan.  Namun, beliau tidak pernah merasai lemah semangat dengan berbagai fitnah yang dilemparkan kepadanya bermula dari awal penglibatannya di dalam parti sehinggalah kepada isu terbaru yang dihadapinya.

Di antara orang ramai yang hadir

Sehingga kini katanya, isu terbaru yang melibatkan dirinya masih belum dibuktikan walaupun dikatakan siasatan telah dijalankan tetapi tiada tanda-tanda untuk dibicarakan.  Adakah mereka mahu menjadikan kes ini sebagai bahan kempen politik kotor mereka menjelang PRU nanti?, soal beliau.  Us Dr Badrul Amin menegaskan, beliau sanggup melepaskan jawatannya di dalam parti adalah kerana beliau tidak mahu menyukarkan parti di dalam kes ini.  "Saya tahu saya tidak bersalah, maka saya bersedia menghadapinya bersendirian dan samasekali saya tidak akan mengalah untuk terus berjuang", katanya dengan tegas.

Di kesempatan itu juga, Us Dr Badrul Amin mengajak orang ramai untuk berhimpun pada 28 April ini nanti bersama-sama Himpunan BERSIH 3.0. /wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

bumiperak


Isu Kilang Vale: Zambry dicabar dedah semua dokumen

Posted: 05 Apr 2012 03:05 AM PDT

IPOH 5 April 2012: Menteri Besar, Dato' Seri Zambry perlu mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.
Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Dr Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.

"Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale," katanya dalam sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Dr Zambry semalam telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di teluk Rubiah jika ianya telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian.

"Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA)," ujarnya.

Mohammad Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Dr Zambry semalam hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.

"Saya cabar Dr Zambry tunjukkan kepada rakyat semua surat yang Vale terima untuk menjalankan projek itu.

Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong," tegasnya.

Katanya, Pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah.
"Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengan kami dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah," jelasnya.

Semalam, Menteri Besar, Dr Zambry telah mendedahkan surat yang ditandatangani oleh Menteri Besar ketika itu, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tentang sokongan terhadap projek Vale dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Daripada surat yang dikeluarkan itu, ada dinyatakan bahawa Nizar selaku Menteri Besar ketika itu mengutus surat sokongan kepada Pengarah Pemasaran Komersial Vale, Mr Renato Neves.

Nizar mengakui kesahihannya surat itu namun ianya hanya surat sokongan dan bukannya surat kelulusan projek.

Beliau sangat seronok dan berterima kasih kepada Dr Zambry kerana mendedahkan surat sokongan terhadap projek tersebut kerana ianya telah menggambarkan hubungan baik antara Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pelabur.

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini bersidang untuk hari ketiga dan akan berakhir pada hari Isnin minggu hadapan.

dollah yankee

dollah yankee


Sudah 3 tahun tunggu dan tangguh!

Posted: 05 Apr 2012 02:44 AM PDT


Bila BSKL ditutup rendah dalam masa tiga empat hari kebelakang ini, Najib cukup-cukup punya 'gelabah bewak'. Mungkin kot penasihat Najib ada kata dekat dia yang senario ini mungkin berterusan, jadi sepertimana yang di war-warkan olih Najib sebelum ini kata pilihanraya dah dekat, dan pilihanraya umum 13 mungkin akan dipanggil pada bulan enam (Jun) ini, nampak gayanya kena ubah,kena tangguh lagi lah...

Dalam ayat-ayat Najib tentang pilihanraya umum 13 dalam dia ada bagi 'hint' kata yang tarikh pilihanraya umum yang bakal dipanggil nanti pasti akan mengejutkan ramai orang. Bila diamati betul-betul ayat-ayat dari Najin ini, gurkah-gurkah politik di'port' terus meneka dan membuat andaian kata yang tarikh pilihanraya itu mungkin jatuh pada 16 September atau pada Hari Malaysia.

Tarikh pilihanraya ini terpaksa ditangguh tiga bulan kedepan kerana masih ada sikit lagi benda-benda yang sedang 'mencucuk jubur' Najib dan umno/BN terutamanya perkara tentang kilang Lynas.

Hindu dengan cara hindu, cina dengan cara cina.

Tiga minggu yang lepas, kira-kira 10,000 orang-orang cina telah turun tunjuk perasaan dan melepaskan geram mereka berikutan dengan masalah kurangnya guru-guru cina dalam sekolah-sekolah cina. Lepas tu hindraf pula tunjuk perasaan bila mereka berarak ke pejabat perdana menteri dan telah menghempaskan tembikai di depan pintu jabatan perdana menteri tanda protes mereka dan menuntut jalan penyelesaian terhadap masalah orang-orang hindu yang miskin dan yang papa kedana.

Isu-isu dari kaum-kaum hindu dengan cina ini juga adalah salah satu faktor yang membuatkan Najib menangguh dan telah menukar fikiranya untuk memanggil pilihanraya pada bulan Jun.

Bila melihat kepada 'kelaku' hindu-hindu dan cina-cina dalam tunjuk perasaan mereka itu, Najib kata masih banyak lagi benda yang perlu dan kena buat untuk mereka, dan kalau tak di 'perbetulkan' keadaan ini, cina-cina dan hindu-hindu ini dah tentu akan 'swing' undi mereka kepada Anwar dan Pakatan Rakyat kalau dia teruskan niat nak panggil pilihanraya bulan jun ini. Itu lah yang menyebabkan dia merancang dan menangguh dulu buat sementara lagi dua tiga bulan untuk panggil pilihanraya.

dollah yankee -
BERSIH 3.0 juga sedang menunggu mahu 'mencucuk' jubur Najib




~penarik beca

~penarik beca


Umno tibai wang rakyat untuk tabung pilihan rayanya

Posted: 04 Apr 2012 11:54 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pas yakin setengah juta sertai Bersih 3.0, DAP sokong

Posted: 05 Apr 2012 06:11 PM PDT


logo PSC
KUALA LUMPUR - Pas yakin  perhimpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya di Dataran Merdeka pada 28 April ini akan disertai sekitar setengah juta orang.
Ia diadakan susulan kepada himpunan Bersih 2.0 dan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya yang dibentangkan di Dewan Rakyat kelmarin.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan mengerahkan seramai mungkin ahlinya untuk menjayakan perhimpunan itu.
"Saya menyeru ahli dan penyokong Pas dan Pakatan Rakyat turun beramai-ramai bagi menuntut pilihan raya yang bersih.
Read More / Baca Lagi >>

Susulan PSC, SPR jumpa Ahli Parlimen

Posted: 05 Apr 2012 10:30 AM PDT


logo PSC
KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen berpeluang untuk mengemukakan apa jua kemusykilan mereka berhubung perkara berbangkit mengenai proses pilihan raya terus kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 16 April ini.
Pertemuan itu diadakan dua minggu selepas Parlimen meluluskan tanpa bahas laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri  Nazri Aziz berkata, pertemuan itu antara lain akan dihadiri oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bagi menjawab segala soalan yang berbangkit.
Read More / Baca Lagi >>

Mafrel: Isu Utama Adalah Daftar Pemilih

Posted: 05 Apr 2012 09:41 AM PDT

SHAH ALAM 5 APRIL : Badan Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) berpendapat hasrat rakyat untuk menikmati sebuah pilihanraya yang bersih dan adil untuk sesi akan datang tidak akan kesampaian selagi masalah daftar pemilih tidak dilakukan secara berhemah..
Ini berikutan keputusan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) yang hanya meluluskan penggunaan dakwat kekal dan selebihnya tidak diberi penekanan sebagaimana termaktub dalam tuntutan BERSIH 2.0.
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN boleh dimansuh jika ada kemahuan politik

Posted: 05 Apr 2012 09:19 AM PDT


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berpandangan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dimansuhkan sekiranya ada kemahuan politik (political will) yang kuat oleh parti yang memerintah. Sehubungan dengan itu, cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk memansuhkan PTPTN bukanlah janji politik yang populis dan tidak dapat dicapai. Malah, PPP melihat perlaksanaan PTPTN telah menyebabkan rakyat Malaysia semakin terhimpit dengan hutang sekaligus mengurangkan kuasa beli mereka.
Pinjaman pendidikan PTPTN juga akan melebarkan lagi jurang kaya-miskin yang telah sedia buruk di Malaysia, di samping meningkatkan jumlah golongan muflis di waktu usia muda. Oleh sebab itu, dari segi jangka panjang, situasi-situasi yang timbul akibat pelaksanaan PTPTN ini boleh menjejaskan ekonomi negara.

Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0 harus sebab hanya 1 daripada 8 tuntutan ditunaikan, kata Mat Sabu

Posted: 05 Apr 2012 09:12 AM PDT


KUALA LUMPUR, 5 April — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan himpunan Bersih 3.0 perlu diadakan memandangkan hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).
Pada sidang media yang diadakan di pejabat agung PAS, Mohamad berkata tujuh tuntutan lain langsung tidak dimasukkan dalam laporan 22 cadangan yang diusulkan PSC.
"Ini kerana dari lapan tuntutan tanya satu ditunaikan iaitu celup jari.
Read More / Baca Lagi >>

Antara PTPTN dan PTPTIPU

Posted: 05 Apr 2012 09:09 AM PDT

Sekiranya Anwar Ibrahim menjadi PM bukan sahaja hutang PTPTN, silap-silap hutang rumah, kereta tempatan yang dibeli di bawah harga RM100,000 dan hutang ansuran bayar bulan-bulan televisyen LCD 40 inci yang dibeli di Courts Mammoth pun boleh dilangsaikan kerajaan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang budiman sekelian, sesungguhnya sebagai salah seorang peminjam di bawah naungan Pebadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pastinya saya berasa amat gembira apabila bakal Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan memansuhkan semua hutang PTPTN.
Menurut kata bekas Menteri Kewangan Malaysia ini berdasarkan perkiraan pendapatan kerajaan yang berjumlah RM150 bilion setiap tahun, penasihat ekonomi Selangor ini menjangkakan bahawa kerajaan beliau akan mampu menghapuskan segala hutang PTPTN dalam masa tiga tahun sahaja.
Saya yang begitu terkesima dengan kehebatan asas penghujahan beliau nyaris-nyaris mengisi borang keahlian AIC (Anwar Ibrahim Club) kerana hati saya tergerak untuk menyokong orang yang bakal menghilangkan salah satu beban hutang saya.
Read More / Baca Lagi >>

GE-13 seen mid-June after BN's "roughneck" refusal to clean up electoral system

Posted: 05 Apr 2012 09:08 AM PDT

GE-13 seen mid-June after BN's "roughneck" refusal to clean up electoral system The "rough and panicky" manner in which beleaguered Prime Minister Najib Razak's government hammered in an election reforms proposal has bolstered the case for snap general elections to be held within the next 2 months, rather than the September timeline recently reported by a BN-controlled newspaper.
According to opposition leaders, the way in which the BN lawmakers "exposed their reluctance to clean up the electoral system" has also opened the door wider for Najib to escape from his assurances to the people and his party that the 13th general election or GE-13 will be held soon.
Najib has come under severe fire for putting the nation in limbo due his indecisiveness over the GE-13 date, with many political pundits believing that this was due to his wish to prolong his hold on the premiership.
Read More / Baca Lagi >>

Kebebasan media: Takkan Malaysia bersedia berada di belakang Myanmar?

Posted: 05 Apr 2012 09:06 AM PDT

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) kecewa dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang mengabaikan tuntutan rakyat mengenai akses media yang bebas dan adil, sekali gus menyifatkan PSC tidak mempunyai keazaman politik yang tinggi bagi membuat pembaharuan menyeluruh.

Laporan PSC yang diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen pada 2 April lalu telah mencetuskan kontroversi dan perbalahan dalam sidang Dewan Rakyat, terutama apabila "laporan minoriti" tidak disertakan.
Read More / Baca Lagi >>

DAP sokong himpunan 'Duduk Bantah'

Posted: 05 Apr 2012 09:05 AM PDT


DAP menyokong perhimpunan "Duduk-Bantah" Bersih dan Himpunan Hijau 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 jam 2.00 petang sebagai ungkapan demokrasi rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil serta Malaysia yang selamat dan bebas daripada pencemaran radioaktif.

DAP menyokong 3 tuntutan utama oleh penganjur Bersih 3.0 :-

• Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti meletakkan jawatan.

• Proses pemilihan mestilah bersih sebelum pilihan raya yang akan datang disebabkan kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dalam penambahbaikan sistem pilihan raya bagi menangani isu-isu kritikal seperti audit daftar pemilih yang tidak lengkap, penyalahgunaan berhubung undi pos, kesalahan pilihan raya, kegagalan untuk menangani politik wang, tiada akses yang bebas dan penuh dalam media cetak dan siaran dan tiada langkah- langkah untuk menamatkan politik kotor. ; dan
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Mansuh PTPTN, Pemanas Demo BERSIH 3.0

Posted: 05 Apr 2012 09:03 AM PDT

SHAH ALAM,5 APRIL : Walaupun terdapat tekanan daripada pihak kerajaan, anak muda dan mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan bagi menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut disediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia, tegas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang @ Talib.
Menurut Safwan , himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada jam 2 Petang, 14 April ini adalah sebagai persediaan atau "acara warming up" sebelum BERSIH 3.0.
Read More / Baca Lagi >>

Jelajah Jom BERSIH 3.0, Di Selangor, 7 April

Posted: 05 Apr 2012 09:02 AM PDT

SHAH ALAM, 5 APRIL : Sempena Himpunan Bantah PTPTN pada 14 April dan Himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini, Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan mengadakan siri jelajah peringkat negeri Selangor pada Sabtu ini.
Pada malam tersebut pimpinan PR akan berada di dua lokasi berasingan.
Siri ceramah Perdana akan diadakan di Pejabat PKR Cabang Kapar, Taman Sungai Kapar Indah ( Bersebelahan Shell) bermula jam 9 malam hingga 12 malam.
Manakala lokasi kedua adalah majlis Rapat Rakyat sempena 25 tahun PAS Shah Alam bertempat di Stadium Melawati Shah Alam bermula jam 9 – 12 malam.
Antara penceramah yang di jemput adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hadi Awang, Lim Kit Siang, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tony Phua, Dr Rani Osman, Khalid Samad dan beberapa pimpinan lain.

Wan Ahmad Tiada Hak Ulas Isu BERSIH 3.0

Posted: 05 Apr 2012 08:57 AM PDT

SHAH ALAM,5 APRIL : Suruhanjaya Piliharaya (SPR) diseru supaya jangan panik dengan pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012 dengan menyifatkan perhimpunan ini sebagai tindakan terburu-buru yang menunjukkan 'kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu'.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor berkata sepatutnya, Timbalan Pengerusi SPR,Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0 kerana itu bukan kerja beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Teras: Rakyat Tiada Pilihan Selain Gerakkan BERSIH 3.0

Posted: 05 Apr 2012 08:56 AM PDT

SHAH ALAM, 5 APR : Rakyat di negara ini tidak mempunyai pilihan selain menyertai BERSIH 3.0 sebagai suatu suara sepadu rakyat selain memberi tekanan kepada kerajaan supaya di adakan pilihanraya yang adil dan bersih.
Selama ini peranan yang telah diberikan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mewujudkan pilihanraya yang adil telah gagal dilaksanakan kerana terdapat banyak campurtangan politik di pihak kerajaan Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>

Bakal catat sejarah: Bersih 3.0 ibu segala himpunan

Posted: 05 Apr 2012 08:53 AM PDT

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) akan meneruskan himpunan awam bagi menuntut proses pilihan raya bersih dan adil di negara ini. Himpunan itu dijangka diadakan pada 28 April ini venuenya di Dataran Merdeka, waktunya jam 2:00 petang. Tarikh itu juga khabarnya serta dengan Himpunan Hijau 3.

Ada sedikit kelainan dalam himpunan Bersih 3;0 bertema Duduk dan Bantah kali ini di mana tiada perarakan tetapi berhimpun beramai-ramai di Dataran Merdeka. Tidak dapat dipastikan apakah himpunan itu akan membawa kepada himpunan berterusan hingga menjelang tengah malam beberapa hari.

Sasterawan Negara Pak Samad Said akan mengepalai himpunan Bersih 3:0 kali ini. Sebanyak 84 buah Ngo akan bergabung tenaga membuat desakan itu. Samad menjangkakan himpunan itu akan melibatkan 500,000 peserta. Wah kalau ini menjadikan kenyataan negara bakal mencatat sejarah baru dan ia ujian kepada Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh parlimen baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tiru Tandatangan Untuk Daftar Sebagai Pengundi Pos

Posted: 05 Apr 2012 08:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 APRIL : PAS Selangor akan mendedahkan satu lagi cubaan jahat Umno-BN dalam memanipulasi daftar pemilih dalam kempen mereka untuk menawan kembali Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang.
Taktik terbaru adalah mendaftarkan isteri tentera sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata ia dilakukan dengan meniru tanda tangan isteri-isteri tentera di dalam borang-borang khusus bagi mendaftar
mereka sebagai pengundi pos.
Read More / Baca Lagi >>

TBH: Tiada tindakan pada 3 pegawai SPRM

Posted: 05 Apr 2012 08:50 AM PDT

NONEJabatan Peguam Negara mendapati tidak wujud kesalahan jenayah terhadap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock sebelum ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, setelah penelitian terperinci kesemua mereka didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Sehubungan itu, tiada tindakan undang-undang telah diambil terhadap ketiga-tiga pegawai SPRM tersebut," kata Nazri dalam jawapan bertulis di Parlimen ketika menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PRK-Gopeng).
Read More / Baca Lagi >>

PAS mahu RCI ditubuhkan siasat sindiket proses IC kepada warga asing

Posted: 05 Apr 2012 08:49 AM PDT


KUALA LUMPUR, 5 April — PAS mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.
Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar), pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa dan ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan negara.
Jelas beliau, pihaknya telah mengenalpasti lokasi memproses kad pengenalan dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
"Kami menyokong Ahli Parlimen Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar) tentang wujudnya sindiket pegawai peringkat tertinggi kerajaan untuk menukar kad pengenalan merah kepada biru," katanya pada sidang media di sini.
"Jika kerajaan tidak ambil tindakan kita akan dedahkan lagi, tempat proses kad pengenalan dan tempat serahkan juga kita tahu. Ia sindiket yang besar untuk daftarkan warga asing jadi pengundi."
Read More / Baca Lagi >>

NFC sedang lupuskan aset

Posted: 05 Apr 2012 08:48 AM PDT

PKR hari ini mendakwa pemilik National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam proses menjual tiga hartanah, yang didakwa mereka dibeli menggunakan pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta.Read More / Baca Lagi >>

Aid pledge to Syrian opposition angers Damascus

Posted: 05 Apr 2012 08:45 AM PDT

Task Force: Mahfuz sedia beri kerjasama Suruhanjaya Diraja

Posted: 05 Apr 2012 08:44 AM PDT

PAS Terengganu Ajak Rakyat Berhimpun Bantah Rampasan Tanah

Posted: 05 Apr 2012 08:42 AM PDT

MAT SABU - Senario Terkini Sistem Pilihanraya di Malaysia

Posted: 05 Apr 2012 08:41 AM PDT

PAS Gesa Suruhanjaya Diraja Siasat Sindiket Warga Asing

Posted: 05 Apr 2012 08:41 AM PDT

BERSIH 3.0 | DUDUK BANTAH

Posted: 05 Apr 2012 08:40 AM PDT

BERSIH 3.0 - Anggaran Setengah Juta Orang

Posted: 05 Apr 2012 08:40 AM PDT