Jumaat, 23 Mac 2012

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Kehadiran Anwar Memintas Najib di Port Dickson

Posted: 23 Mar 2012 06:15 PM PDT






PORT DICKSON : Kehadiran Anwar ke Lukut PD pada malam 22/3/12, memintas awal Najib yg akan turut menghadiri makan tengahari di dataran bersebelahan kompleks kerajaan daerah. Di fahamkan daerah PD telah mula dibanjiri dengan poster dan Bena Najib & Rosmah.

Hampir sebatang tiang letrik pun tidak ada yg ketinggalan dengan tergantungnya banting2 Najib & Rosmah..Manakala 2 ke 3 lokasi menyambut Najib telah hampir seminggu awal didirikan khemah-khemah gergasi. Kos khemah sahaja mungkin mencecah jutaan ringgit tidak termasuk kos makan, bas, pentas dan yg lain-lain.

Barisan bendera UMNO BN telah mula menutup pemandangan Port Dikcson. Hebat sungguh BN dalam membelanjakan dana secara berhemah....Arahan kepada setiap agensi termasuk pendidik-pendidik....khabarnya dikerah hadir. Tuntutan duit-duit upah kehadiran kepada belia-belia dan sewa-sewa pengusha bas telah mula berjalan. Najib mula curiga dgn rakyat....dah kasi BR1M dan makan pun....undi masih PR. Cuma yg takut dengan ungutan sahaja masih lagi bersama UMNO BN.

PR telah memintas awal dengan program ceramah pimpinan PR negeri bersama DS Anwar di dataran Lukut.

Kesempatan ini lah kehadiran rakyat tanpa duit dan makan mau pun sogokan....telah memenuhi dataran Lukut untuk bersama-sama berkongsi maklumat agar kiranya PR menawan Negeri Sembilan dapat merasa nikmat pentadbiran seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah & Kelantan.
" Merakyatkan Ekonomi"

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

"Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

"Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

"Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya," katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

"Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat," tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BANYAK SANGAT ANAK MENTERI NI BUAT HAL...BAPANYA BAGAIMANA?????

Posted: 23 Mar 2012 10:11 AM PDT

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.




Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.





Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz

Umno-BN Guna Taktik Kotor Tawan Selangor

Posted: 23 Mar 2012 10:10 AM PDT

Umno-BN Guna Taktik Kotor Tawan Selangor


SHAH ALAM 23 MAC : Barisan Nasional terutama Umno dilihat semakin resah gelisah dengan pencapaian cemerlang Kerajaan Negeri sehingga sanggup menjalankan taktik kotor bagi menawan semula negeri ini, demikian ujar Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Antara yang paling 'ajaib' menurut Nik Nazmi ialah pertukaran daftar pemilih yang ditukar tanpa pengetahuan pendaftar.

"Ada aduan yang saya terima daripada pemilih di Seri Setia yang namanya tiba-tiba ditukar ke Dun Damasara di bawah Parlimen Subang.

"Pendedahan sebelum ini juga melibatkan Menteri Besar kita yang berubah ke Parlimen Lembah Pantai, juga tanpa pengetahuannya," jelas beliau.

Selain itu, beliau turut menambah, kejayaan Selangor cemerlang dengan gaya pentadbiran yang telus dan berpaksikan kebajikan kepada rakyat.

"Di Selangor kita ada Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang menyediakan pelbagai program yang menguntungkan rakyat yang dilancarkan hanya 100 hari selepas Pakatan Rakyat ditubuhkan di negeri ini.

"Perkara ini tidak pernah terbayang oleh pemimpin BN sebelum ini, malah mereka mengkritik kita. Tetapi akhirnya mereka mencontohi dan menciplak langkah yang kita jalankan seperti program Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM)," jelas Nik Nazmi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu pemberian gula-gula oleh BN itu hanya bersifat one-off tidak seperti program MES bawah Kerajaan Negeri yang berterusan.

"Di samping itu, Kerajaan Negeri turut mewujudkan Jawatankuasa Khas seperti SELCAT untuk menonjolkan sifat kebertanggungjawaban Kerajaan Pakatan terhadap rakyat," kata Nik Nazmi.

Azmin: Hati-Hati Depani Manipulasi Politik Umno-BN

Posted: 23 Mar 2012 10:07 AM PDT

SHAH ALAM, 23 MAC: Kerajaan negeri dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam menerima sebarang undangan program daripada kerajaan persekutuan bagi mengelakkan sebarang manipulasi politik demi kepentingan pihak tertentu.



Tegas ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, perkara penting yang perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri adalah melindungi kakitangan kerajaan supaya tidak dipergunakan dalam sebarang program terutama anjuran Umno-BN.

Dalam ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DYMM Tuanku, Azmin mendedahkan satu surat yang dihantar kepada kerajaan negeri meminta penghulu dan ketua kampung seluruh negeri Selangor menghadiri satu program anjuran Umno-BN.

Lebih jelas, program tersebut turut mengundang individu yang mempunyai latar belakang dan kepentingan politik iaitu Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor dan Datuk Fuad Hassan.

"Kalau program itu berbentuk latihan atau untuk menggilap potensi penghulu supaya lebih berkesan, kalau mengikut atur cara program itu jelas merupakan program politik. Mengapa kerajaan tidak meneliti perkara ini supaya tidak membenarkan pegawai kerajaan negeri terlibat dalam politik Umno-BN," katanya.

Azmin turut membidas tindakan Umno-BN yang terus menerus menggunakan agensi kerajaan dan kementerian semata-mata untuk menyebarkan propaganda selain mempergunakan kakitangan kerajaan.

Terbaru, Jabatan Perdana Menteri dengan kepala surat jabatan tersebut telah mengeluarkan satu surat bertajuk 'Taklimat Pembangunan Dengan Perdana Menteri' pada 1 Mac 2010 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam.

Surat tersebut ditandatangani oleh pengarah ICU sendiri yang menjemput semua pengusaha dan masyarakat perniagaan di negeri Selangor.

"Saya dapat maklumat dalaman yang hadir sekitar 400 orang kehadiran mereka bukan untuk membincangkan soal pembangunan tapi Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir Mohd Zain dan perdana menteri menggunakan pentas itu untuk meminta masyarakat perniagaan menyokong Barisan Nasional jelas daripada backdrop dalam hotel "Sokong Barisan Nasional Negeri Selangor

"Jadi business komunity kecewa mengapa mereka diheret dalam perkara ini," katanya.

dollah yankee

dollah yankee


Lawak minggu ini

Posted: 23 Mar 2012 06:11 AM PDT

dollah yankee -
Taik lembu banyak sangat daa..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Zionis : Anda buatlah keputusan sendiri selepas melihat video ini

Posted: 23 Mar 2012 09:09 PM PDT

Pandangan Ahli Sunnah Terhadap Syiah

Posted: 23 Mar 2012 08:55 PM PDT

Israeli fury at UN probe into Jewish settlements

Posted: 23 Mar 2012 08:53 PM PDT

Bahrain protesters battle with police

Posted: 23 Mar 2012 08:52 PM PDT

Clashes continue in many Syrian cities

Posted: 23 Mar 2012 08:50 PM PDT

S16 : Syiah & Amerika - Dr MAZA

Posted: 23 Mar 2012 08:45 PM PDT

Scenes of destruction in Maraat Misreen, Idlib following Assad artillery attack

Posted: 23 Mar 2012 08:44 PM PDT

Two martyrs, one was a defected solider, from the city of Areha, Idlib.

Posted: 23 Mar 2012 08:42 PM PDT

Girl loses her arm in Assad's Artilery attack on Al-Qusair, Homs

Posted: 23 Mar 2012 08:41 PM PDT

Two sisters screaming in pain after Assad's missiles hit their house - Al-Qusair Homs

Posted: 23 Mar 2012 08:39 PM PDT

Sumpah ikrar jutaan rakyat Syria untuk berjihad

Posted: 23 Mar 2012 08:35 PM PDT

Ribuan Rakyat Suriah Teriakkan Rakyat Ingin Khilafah Sekali Lagi!, Allepo (Halab) Suriah, Maret 2012

Posted: 23 Mar 2012 08:33 PM PDT

Anti PM - Ribuan Pengikut Syiah Bahrain Berdemo.

Posted: 23 Mar 2012 08:30 PM PDT

alt
 
DUBAI 24 Mac - Beribu-ribu rakyat Bahrain dilapor mengadakan demonstrasi di perkampungan pengikut Syiah, semalam, untuk menuntut kerajaan melakukan perubahan, termasuk menyingkirkan pemerintahan yang dikuasai pemimpin Sunnah.

Menurut saksi, pemimpin Islam, wanita dan warga emas menyahut seruan pihak pembangkang untuk mengadakan tunjuk perasaan di 10 buah kampung yang terletak berdekatan ibu negara, Manama.

Kebanyakan penunjuk perasaan melaungkan slogan menuntut penyingkiran pemerintah Bahrain, Raja Hamad bin Issa al-Khalifa dan Perdana Menteri, Khalifa bin Salman yang memegang jawatan itu selama 40 tahun.

Cincin Permata USD 68 Juta : Cincin Diperbuat100% Dari Permata....orang kat M'SIA tak nak beli ke..!!!

Posted: 23 Mar 2012 08:24 PM PDT

Pertama kali dalam sejarah dunia.Cincin permata yang diperbuat dari 100% permata. Cincin sebesar 150 karat ini dijual pada harga USD68 juta dan dihasilkan oleh Shawish, sebuah syarikat barangan kemas dari Switzerland. Damn! My question is berapa tahun harus Rosmah kumpul duit untuk membeli cincin ini? Sila letakkan jawapan anda diruangan komen.



Malaysia's notorious crony capitalism

Posted: 23 Mar 2012 08:18 PM PDT

Malaysia's notorious crony capitalismThe intricate nexus between the worlds of business and politics has been an age-old tradition in Malaysia. Crony capitalism, a term to describe the intertwined relationship between business, politicians and the state, where individuals in the private sector benefits by obtaining licenses, concessions, government subsidies, other forms of protection from governments and appointments to key state owned enterprises through their close relationship with politicians and bureaucrats.
The main questions to ask in the event of a regime change are: Will it really ever be possible to extricate one from the other, given the context where this is an assumed norm? Second, how would a new government go about making these drastic changes?
There has been recognition of this problem by political players from both sides of the divide.
Read More / Baca Lagi >>

Dari Kondo ke PWTC...

Posted: 23 Mar 2012 08:16 PM PDT

Pembantu rumah asing, sampai bila?

Posted: 23 Mar 2012 08:12 PM PDT

Amin Iskandar@Black

24 MAC — Isu pembantu rumah asing dari Indonesia timbul kembali apabila pemerintah Indonesia menetapkan syarat agar majikan di Malaysia membayar RM 700 untuk setiap jenis kerja yang dilakukan.
Ertinya, jika majikan mahu pembantu rumah bagi menjaga anak, bayarannya adalah RM 700, memasak RM 700, mengemas RM 700.
Jika mahukan ketiga-tiga diatas, maka majikan harus membayar RM 2,100 untuk pembantu rumah dari Indonesia.
Permintaan pemerintah Indonesia itu boleh dianggap melampau. Rakyat Malaysia sendiri masih belum merasai nikmat gaji minima.
Isu ini membuka mata rakyat Malaysia oleh kerana kebergantungan yang tinggi terhadap pembantu rumah dari Indonesia.
Read More / Baca Lagi >>

Hutang negara: Dapat dari mana, ke mana dibelanja?

Posted: 23 Mar 2012 08:01 PM PDT


KUALA LUMPUR, 24 Mac: Teras Pengupayaan Melayau (Teras) berpendirian pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk  Awang Adek Hussain bahawa hutang kerajaan masih tidak kritikal kerana kurang 2 peratus di bawah had 55 peratus dari KDNK dan tidak membimbangkan, adalah sangat tidak bertanggungjawab.


"Pertanyaan yang tidak dijawab ialah ke manakah wang yang diperolehi dengan berhutang itu dibelanjakan dan siapa yang menentukan perbelanjaan tersebut?" tanya Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Sepatutnya, kata beliau pihak perbendaharaan negara memastikan ia dibelanjakan mengikut peruntukan undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Perniagaan: PAS hanya kecam Zionis

Posted: 23 Mar 2012 07:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Mac: Isu perniagaan dengan orang Yahudi yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan perkara yang sukar difahami oleh umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Dalam satu kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Abdul Hadi hanya menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.

"PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestin dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam," kata beliau.

Dalam satu makan malam minggu lalu, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.
Read More / Baca Lagi >>

Setelah Kadir letak jawatan, sekarang isunya hanya masa untuk Ku Li dan Tee Keat

Posted: 23 Mar 2012 07:53 PM PDT


Setelah Kadir letak jawatan, sekarang isunya hanya masa untuk Ku Li dan Tee KeatBeberapa pemimpin UMNO mengalu alukan perletakan jawatan mantan Menteri Pelancongan Kadir Sheikh Fadzir, yang dalam keadaan sukar bila dengan lantang mengecam gejala rasuah dalam parti. Ada yang melabelkan beliau sebagai pembelot dan tidak mengenang budi tetapi hal ini sudah dijangkakan- UMNO perlu menjaga airmuka segera setelah Kadir yang dengan lantang membuat kecaman tersebut, dengan senang hati melepaskan keahlian yang telah sekian lama di pegangnya.
Kini, jelas lah Kadir,Naib Presiden gerakan reform Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah terus ke lembaran baru dari bertekak dengan pemimpin seperti Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan atau ketua penerangan Ahmad Maslan.
Walaupun Kadir tidak menyatakan apa rancangan seterusnya, perletakan jawatan tersebut mencetuskan spekulasi beliau akan menyertai parti pembangkang,bekerja sepenuh masa untuk Amanah atau bersara terus dari politik. Antara tiga perkara itu,pilihan terakhir dijangkan yang paling kurang kebrangkalian untuk diambil memnadangkan semangat baru Kadir dengan pembentukan Amanah dalam bulan Julai tahun lepas oleh tokoh UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.
Read More / Baca Lagi >>

Umno has turned the EPF into its private cookie jar

Posted: 23 Mar 2012 07:53 PM PDT

Umno has turned the EPF into its private cookie jarThe Employees Provident Fund (EPF) is one of the largest savings funds in the world which has accumulated more than RM 440.52 billion in 2011. And this represents the life savings of about 12 million Malaysians. Of course money kept under the pillow would not generate more income. It has to be invested prudently. The issue now is has the EPF under UMNO-led government invested the hard-earned savings of Malaysians judiciously. Until 2011 the government has already used 60 per cent of the people's savings on various loans and investments.
The 12 million EPF contributors are not somewhat contented with the government. Many EPF contributors surveyed across the nation have the perception that they have been taken for a ride by the government. Their life-long savings is not giving them good returns. "The government is taking big loans from the EPF. Could this be the reason why the EPF is now getting employers to increase their mandatory contributions from 12% to 13%?" asked a 50-year-old single mother attached to a government-linked company (GLC).
Read More / Baca Lagi >>

Tikus bisu dan buta menyerang Parlimen Malaysia

Posted: 23 Mar 2012 07:51 PM PDT

Tikus bisu dan buta menyerang Parlimen MalaysiaJangan bimbang, bergembiralah! Kenapa? Kerana hutang negara masih kurang 2% dari tahap kritikal, kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek, yang jelas masih bertoleransi tinggi terhadap risiko dan bahaya.
Samada beliau tiada penjelasan lain untuk diberi dan terpaksa menjaga air muka berkaitan isu tersebut, yang tentunya memalukan dan contoh klasik bagaiman buruknya pengurusan fiskal dan kewangan.
"Masih belum ditahap krtikal ketika ini. Had kita ialah 55 peratus dari Keluaran Negara Kasar, kita sekarang pada kadar 53 peratus.Jadi tidak perlu bimbang," Awang memberitahu Parlimen yang agak terkejut pagi tadi.
"Kebijaksanaan" seperti itu, patut diberi hadiah kepada Awang kerna membuat satu kenyataan paling bodoh setakat bulan ini. Iya, ada lagi –seperi kaliber ahli-ahli politik Malaysia terutama dari BN. Patut ada yang menyenaraikan dan memantau supaya bila sesi Parlimen berakhir pada 12 April, badut-badut ini patut diberi anugerah.
Read More / Baca Lagi >>

Reform, or it’s Bersih 3.0

Posted: 23 Mar 2012 07:48 PM PDT

If the BN government is not interested in electoral reforms, another Bersih rally is in order to pressure them to show that we are not fools and we mean business.
The current Parliament session ends on April 12. But till now the electoral reforms promised by the  federal government is nothing but a sham.
The Parliamentary Select Committee (PSC) is moving at a snail's pace and is in fact a dirty delaying tactic by the government to hoodwink the rakyat.
This is totally unacceptable and the 13th general election is certainly going to be the dirtiest ever in Malaysian history.
There are already evidences of this:
1. Non-Malaysians in the voter rolls – at least 230,000 names detected.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Contohi Rasullullah, Tulis Dr Mashitah..!!

Posted: 23 Mar 2012 04:04 PM PDT

Oleh: laniismaa


[Contoh Najib Contohi Rasullullah!! Sederhana dan Pandai Mendidik  Isteri!!]
Kali ini Dr Mashitah menulis bagaimana Najib kesayangannya seorang pemimpin moderat yang mencontohi Rasullullah. Sikap Najib adalah selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah SAW.

Dr Mashitah menulis bahagian kepala sahaja yang Najib mencontohi Rasullah. Bahagian seterusnya Dr Mashitah menulis contoh Rasullullah pemimpin moderat. Tak pula disebut bagaimana Najib mencontohi baginda. Dr Mashitah juga tak mampu mengaitkan bagaimana Najib mencontohi Rasullullah. Tulisannya hanya politik bodek!!
Read More / Baca Lagi >>

Calon Terengganu : 'Kena kaji semua sudut', Hadi jawab PKR

Posted: 23 Mar 2012 04:00 PM PDT

Abdul Hadi Awang
MARANG – Dalam reaksi pertamanya, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat menyindir PKR berhubung hasrat parti itu mahukan lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi tetapi menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) perlu meletakkan calon yang benar-benar "berpengaruh dan layak" untuk membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Kita kena kaji dari segi politik, nak menang dengan rakyat, dan dengan jentera parti.
"Oleh sebab itu, kita hendak meletakkan calon, kita akan melihat jentera parti, cawangan-cawangan parti dan kita kena lihat pengaruh calon mendaftar di kawasan itu," kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>