Pulau Pinang 17 Mac Ribuan muslimin & muslimat memenuhi ruang Masjid Negeri Pulau Pinang untuk mendengar kuliah Maghrib dari Ust.Azhar Idrus dikenali perusuk rantau dan desa. ...Sambutan hebat orang P.Pinang serta hebatnya Aura Ustaz Azhar Idrus .
Lihat Pak - Pak Polisi pun jadi peminat Ustaz Azhar bergambar bersama Ustaz Azhar.
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TERDAPAT suara-suara yang amat tidak selesa apabila Kempen `ABU' (Asal Bukan Umno) kini telah merebak ke merata negeri. Jika suara-suara itu datangnya dari puak sebelah sana, itu tidak menghairankan kerana bagi mereka kempen ABU amat membahayakan periuk nasi mereka, tetapi malangnya suara-suara itu datangnya dari dalam yang mereka amat faham dan kenal apa itu UMNO.
Kita jangan keliru dan dikelirukan dengan perjuangan ABU. ABU bermaksud `Asal Bukan Umno' dan jangan pula disalahgunakan dengan menyebut ABU itu adalah `Asal Bukan Melayu'. Jika tafsirannya disalahgunakan maka kita akan terperangkap dengan `fatwa' Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno. Jauh samasekali.
YB Nurul Izzah turut bersama `ABU'
Kita bukan menentang Melayu jauh sekali menentang Islam. Kita lawan Umno yang terlalu banyak menjadikan bangsa Melayu menderita. Tidak kiralah siapa yang mengilhamkan ABU, jika baik untuk digunakan untuk menguburkan Umno (ingat, Umno bukan Melayu) maka kita harus menyokongnya. Ada yang bertanya, jika ABU itu bermaksud `Asal Bukan Umno', adakah bererti kita boleh menyokong MCA, Gerakan, MIC dan beberapa lagi parti berbentuk perkauman yang lain di dalam Bn?
Kita harus faham bahawa Umno adalah simbolik sahaja, ertinya apa sahaja parti yang bersekutu dengan Umno ertinya lawan kita. Umno juga adalah tunjang kepada Bn, tambah pula Umno lah yang punyai banyak rancangan dan dasar yang membuatkan rakyat semua kaum di negara ini hidup semakin terhimpit. Sebagai contoh, Islam mengharamkan `daging babi' untuk dimakan, adakah ianya bermaksud tulang dan kulit babi halal dimakan?
Oleh yang demikian, wajar kita faham apakah simbolik kepada slogan ABU itu. Puak mereka juga sudah memulakan slogan `ABAI' (Asal Bukan Anwar Ibrahim), adakah ini bermakna puak mereka setuju dengan Karpal Singh atau Haji Hadi? Justeru itu, ABU mesti diperhebatkan. Tiada pemimpin di dalam ABU, rakyat yang insaf dan sedar kecurangan Umno selama lebih 50 tahun memerintah patut meraikan kempen ABU ini dan mereka adalah pemimpin kepada ABU./wfauzdin.blogspot.com
Gua masih keliru & hairan dengan sikap tidak berbudi pekerti dan sikap walnut lupakan kulit oleh segelintir kecil rakyat Malaysia. Selama 54 Tahun kamu diberi makan, dijaga, diberi elektrik, diberi air paip, diberi sekolah, balairaya, perpustakaan awam, tandas awam, jalan raya bertol, diberi baja dan anak benih getah, diberi benih ikan, anak ayam dan itik, diberi baka lembu dan kambing SEMUANYA untuk RAKYAT. Tapi sampai hati RAKYAT tak bersyukur pada segala pengorbanan UMNO yer? UMNO sanggup papa kedana dan tak berharta demi rakyat.. Lihatlah TIADA satu pun pemimpin UMNO yang kumpul kekayaan atau jadi kaya raya. PERCAYALAH, teruslah bersama UMNO dunia dan akhirat...kah kah kah
Like · · 37 minutes ago near Kuala Lumpur · 2 people like this.
Datuk Rizuan Ali sepatutnya dalam masa 54 tahun tu, kita dah kena declare satu perayaan iaitu PERAYAAN HARI KESYUKURAN UMNOFITRI....dak sekoq pon pemimpin umno yg alert benda nih...ini buleh mendatangkan marahhhhh.....warghkahkahkahkah20 minutes ago
EgAponi Anis Memang dalam papaerwork aku tu ada cadangan untuk merayakan HARI KEBESARAN UMNO...generasi sekarang ni makin tak mengenang jasa UMNO la..depa tak tau betapa kepimpinan UMNO adalah kepimpinan Ulamak....19 minutes ago
Datuk Rizuan Ali ok la bro...aku pi runner dulu...satgi bising pulak cust aku...17 minutes ago
Rahmad Rizan Md Drus harhahahahahaa....... sweet words...... but............11 minutes ago
Persetujuan kabinet untuk mewujudkan jawatankuasa khas mengenai Lynas (PSC) menjelaskan bahawa projek mengeluarkan nadir bumi (Lynas) di Gambang, Pahang itu bermasalah.
Kalau tidak ada masalah dan selamat, untuk apa jawatankuasa khas untuk menilai tahap keselamatannya lagi? Jadi munasabahlah kalau kumpulan hak asasi manusia dan oposisi menentang projek berkenaan kerana dikatakan tidak selamat kepada manusia dan alam sekitar.
Najib dalam mengulas penubuhan jawatankuasa itu berkata ianya perlu untuk mendapat pandangan umum berhubung projek berkenaan. Peliknya di sini kenapa jawatankuasa atau kepedulian itu dibuat setelah projek itu sudah bermula.
Jawatankuasa PSC itu dianggotai sembilan anggota itu yang terdiri daripada empat wakil dari Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang anggota bebas, akan diketuai Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin demikian menurut Nazri Aziz. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 18 Mac: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) bercadang mengadakan perhimpunan aman Bangkit 2.0 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Setiausahanya, Lahirul Latigu (gambar) berkata, perhimpunan itu sebagai menyahut saranan ACP Ahmad Sofi Zakaria, Ketua Polis Kota Kinabalu semasa 123 Bangkit pada 12 Mac lalu mengenai lokasi perhimpunan yang dibenarkan.
Katanya, Menurut Sofi, lokasi yang dibenarkan bagi perhimpunan aman di sekitar Kota Kinabalu ialah sama ada di Stadium Likas atau di Padang Merdeka, dekat Kota Kinabalu.
Sehubungan dengan itu, ujarnya Tabah akan mengadakan Bangkit 2.0 seperti di atas di lokasi Padang Merdeka.
KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 orang termasuk warga asing berhimpun sebelum berarak ke bangunan Kedutaan Syria di Jalan U-Thant di sini bagi mendesak kerajaan Syria berhenti menzalimi rakyat mereka sendiri.
Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh gabungan 30 badan bukan kerajaan (NGO) itu mengajak rakyat negara ini berdiri teguh di belakang rakyat Syria yang menderita dibunuh dan diseksa sejak setahun lalu.
Gabungan NGO yang menggelarkan diri mereka Gabungan Selamatkan Syria (GSS) itu dianggotai antaranya oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN). Mereka adalah NGO utama yang menganjurkan perhimpunan aman ini.
Tahu pun! Sebab itu Najib tidak berani hingga ke hari ini untuk mengisytiharkan tarikh sebenar PRU-13. Sudah berapa kali macam-macam tarikh yang Nujum Pak Belalang ramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan.Terkini katanya pada cuti sekolah Jun akan datang .... Apa-apa pun, yang pastinya, Najib kena tunggu arahan dari Rosmah.Rosmah pula sedang menunggu-nunggu ramalan
Oleh MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN SEBUT sahaja bertuah, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah mendapat segala apa dihajati, awek idaman, harta benda, kesihatan, kereta besar dan mungkin mendapat tempat pertama dalam pelajaran atau sukan. Senang cerita, sebut sahaja bertuah, ia boleh meliputi segala aspek dalam kehidupan dan sedap sekali untuk didengar.
Kadang-kadang, sebutan bertuah ini juga boleh diterbalikkan maksudnya menjadi buruk, contoh seperti 'bertuahnya budak', 'anak bertuah' dan 'bertuahnya engkau... 'jadi maksud bertuah ni boleh dikembangkan dan tidak terikat kepada nasib baik sahaja. Read More / Baca Lagi >>
Umno-BN semakin memperlihatkan politik yang sangat tidak matang, tertutup, malah semudahnya membeli rakyat dengan politik wang. Membicarakan isu ini, wakil Harakah/Harakahdaily, ZULKIFLI SULONG, WAN NORDIN WAN YAACOB dan NAZRI ABDULLAH menemui bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di pejabatnya di The Mines WaterFront pada 3 Januari lalu.
Ikuti sedutan wawancara eksklusif bersama veteran Umno yang juga Timbalan Presiden Amanah, sebuah NGO baharu. Read More / Baca Lagi >>
SAYA ditanya tentang ratus ribu belanja bertunang anak Perdana Menteri dan banyak ribu lagi untuk hari jadinya yang bayarannya dikatakan dibuat dari Jabatan Perdana Menteri serta berbilion membeli undi – RM500, RM200 dan RM100 bagi seorang. Apa reaksi saya tentang Perdana Menteri itu, 'Biarkanlah. Dia tinggal dua bulan saja lagi jadi Perdana Menteri.'
Mengapa?
Kalau pilihan raya diadakan hujung Mei atau awal Jun, lepas itu habislah tempohnya. Orang lainlah pula jadi Perdana Menteri.
Barisan Nasional (BN) Sarawak berazam memastikan negeri ini kekal menjadi kubu terkuat parti itu.Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, semua parti komponen BN perlu melipat ganda usaha masing-masing bagi memastikan perkara itu."Kita mesti berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang. Kita mesti buktikan bahawa kita masih menjadi kubu kuat BN," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) ke-9 di sini hari ini.
Abdul Taib berkata, beliau bagaimanapun menjangkakan satu kemenangan yang lebih besar lagi pada BN pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya… pilihan raya kali umum kali ini akan menjadi pilihan raya 'money-fiesta'. Apa tidaknya, kempen Najib dan Muhyidin di sana-sini terus dengan menabur wang atas nama kebajikan untuk rakyat. Ini memberi gambaran seolah-olah itulah manifesto kerajaan UMNO-BN – tabur wang di sana-sini tanpa menghiraukan hutang negara yang semakin hari semakin meningkat. Dalam kes kerajaan menabur wang, ada pepatah menyebut, daripada memberikan ikan, ada lebih baik kita berikan joran dan umpan. Itu lebih bermanfaat dalam jangka masa panjang dari memberi ikan yang esok lusa akan habis dimakan atau membusuk, selepas itu rakyat kembali kelaparan. Jika itu berlaku (beri duit), adakah kerajaan UMNO-BN akan setiap bulan memberikan peruntukan atau subsidi untuk membiayai rakyat yang memerlukannya? Adakah ini akan menjadi amalan dan dasar UMNO-BN? Jika demikianlah duduk ceritanya, ini adalah satu dasar yang tidak masuk akal. Read More / Baca Lagi >>
KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.
Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan disambung esok. Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.
"Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Umno-BN tidak tahu malu dan semakin samseng dalam menghadapi kebangkita sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
"Walau pun PR, PAS, PKR dan DAP telah berkali-kali menekankan sokongan kami untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan, BN masih lagi meneruskan taktik tidak tahu malunya dengan menggunakan kaum, agama dan raja untuk menawan balik undi Melayu." kata Guan ENg dalam perutusan sempena ulang tahun ke 46 DAP hari ini.
"Yang lagi teruk, taktik-taktik ancaman ini juga diperluaskan kepada fitnah-fitnah terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah.
"Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,00 sebagai sogokan.' ujar beliau lagi. Read More / Baca Lagi >>
LARKIN : Rakyat perlu bangkit untuk menghalang penjualan saham KFC Holdings (M) Bhd (KFCH) kepada CVC Capital Partner (CVC). Gesaan ini dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dalam satu sesi bantahan aman yang diadakan di Terminal Bas Larkin semalam.
Penjualan saham KFCH kepada CVC ini ujar Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Saudara Suhaizan Kayat sebagai tidak berasas dan tidak wajar diteruskan kerana KFCH yang berada dibawah seliaan Johor Corporation (JCORP) pada hari ini memberikan keuntungan yang cukup lumayan kepada negeri Johor.
Semalam tercatat satu sejarah baru bagi Malaysia bila berlangsung satu himpunan yang menuntut hak orang kurang upaya (OKU).
Belum pernah lagi kut rasanya ada himpunan OKU macam tu sebelum ni, himpunan untuk serahkan memorandum kepada SUHAKAM tuntutan OKU.
Aku tak pasti pulak himpunan ni boleh dipanggil demonstrasi atau tak, pasainya aku tak dapat gambaran sebenar macamana bentuk program tu.
Bila aku tanya pakcik google, pakcik google pun tak boleh bagi jawapan yang meyakinkan. Takdak jawapan sebenarnya. Maksud aku takdak laporan pasai himpunan tu kecuali yang Harakahdaily laporkan. Apa pun, dari laporan tu dan jugak pemerhatian aku selama ni, aku rasa macam bukan saja Umno BN tak berapa nak ambil berat pasai OKU ni, Pakatan Rakyat pun lebih kurang sama ja. Read More / Baca Lagi >>
PETALING JAYA, 18 Mac: Kira-kira 2,000 wanita berpakaian ungu berhimpun di Padang Astaka, dekat sini petang tadi bagi menyuarakan enam tuntutan mereka ke arah kerajaan yang bersih.
Menggelarkan diri mereka Wanita Suara Perubahan, himpunan siang tadi menghimpunkan wanita daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.
Mereka yang dibahagikan kepada dua kumpulan mula berarak jam 2.30 petang iaitu dari Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14 dan Tasik Taman Jaya, Seksyen 10 sebelum berkumpul di Padang Astaka.
Saya secara peribadi menunggu begitu lama untuk mendengar kes yang dibawa ke mahkamah Perancis oleh SUARAM berhubung dengan isu Scorpene , 2 buah kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia 4 tahun yang lalu. Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM7.3 billion dari syarikat gergasi Perancis DCNS yang dikatakan telah membayar komisyen kepada orang-orang dan pemimpin tertinggi Malaysia.
Mengikut undang-undang Perancis membayar komisyen kepada pihak-pihak atau agen yang membeli peralatan pertahanan itu adalah salah dan haram dari segi undang-undang. Undang-undang dan etika nampaknya jauh berbeza diantara Perancis dengan Malaysia. Read More / Baca Lagi >>