Selasa, 13 Mac 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Shahrizat dicabar balik bertanding di Pulau Pinang

Posted: 13 Mar 2012 10:24 PM PDT

Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dicabar meletakkan kedua-dua jawatanya serentak bukan hanya dalam kerajaan sahaja sekaligus bertanding di mana-mana parlimen di Pulau Pinang bagi mengukur pengaruhnya masih diterima atau tidak.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak ketika sidang medianya pagi tadi menegaskan, bagi KMPP jika Shahrizat menang sebagai ahli Parlimen bermakna beliau masih kuat.

"Sharizat kena lepas kedua dua jawatan penting itu bagi menampakan slogan melalui teladan," jelasnya pada media.

Sebagai NGO Melayu di Pulau Pinang sambungnya, perasaan malu terus terpalit kerana kenyataan Shahrizat kononnya peletakan jawatannya demi parti dan kerajaan.


Katanya, peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada hakikatnya bukan peletakan jawatan sebagai menteri sebaliknya tamat tempoh sebagai Senator pada 8 April depan.

KMPP, tambahnya mendapati cara Shahrizat bertindak umpama melepaskan batuk di tangga dan sekiranya masih berada di kerusi tertinggi Wanita Umno 'gred liabiliti' terhadap Umno akan bertambah.

Memang kejam .....

Posted: 13 Mar 2012 05:22 PM PDT

PASIR GUDANG: "Saya tidak akan maafkan pembunuh Dirang yang kejam itu. Apa salah anak saya hingga dia diperlakukan sedemikian rupa, saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, jika mahu wang, saya tidak punyai duit untuk bayar mereka," luah ibu Nurul Nadirah Abdullah, 5, Roselyn Alan.

Roselyn, 25, yang ditemui di rumahnya di Flet Sri Delima di sini, berkata beliau reda dengan pemergian anaknya dan menerima kenyataan rangka manusia yang ditemui di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, 8 Mac lalu adalah Dirang berdasarkan ujian DNA yang dijalankan Jabatan Kimia.

"Ya itu (rangka mayat) milik Dirang dan saya harap orang yang lakukan perbuatan kejam terhadap anak saya akan mendapat balasan yang sama. Saya tidak tahu kenapa mereka lakukan perkara ini. Saya harap orang yang melakukan perkara ini dapat dihukum seperti mana kesakitan yang dirasai anak saya.

"Saya seperti dapat merasakan kesakitan yang dialami Dirang dan perbuatan kejam tidak berperikemanusiaan ini tidak patut dilakukan terhadap kanak-kanak sekecil Dirang, " katanya.

Roselyn berkata, beliau masih terkenang ketika sehari sebelum anaknya hilang, Dirang hanya makan sebungkus roti dan air kotak dan sikapnya riang seperti biasa.

"Malah ketika beliau bangun tidur kira-kira jam 11 pagi pada hari kehilangannya, Dirang bertanyakan sama ada saya sayang padanya dan saya menjawab sayang. Dirang kemudian memberitahu lapar sebelum ke kedai untuk membeli mi segera dan telur. Malah selepas saya menyerahkan wang RM4, dia terus memeluk dan mencium saya.

"Sebelum ini, Dirang pernah meminta saya membelikannya buku tulis kerana dia suka melukis, Dirang menyimpan impian untuk menjadi doktor tetapi saya tidak sempat memenuhi permintaannya," katanya



JOHOR BAHRU: Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

"Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac," kata sumber itu.- Kosmo

Anak Bapa

Anak Bapa


Jikalau Kos Majlis Pertunangan Dah Lebih RM400 Ribu, Kos Majlis Perkahwinan Pula Berapa?

Posted: 13 Mar 2012 04:59 PM PDT


Apabila Hotel Shangri La berkata bil Majlis Pertunangan anak Najib dibayar oleh PM sendiri maka timbul banyak pula persoalan lain.


Kenapa inbois dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri dan bukan kepada Najib Abdul Razak sendiri?


Jika betul Najib bayar sendiri maka mana buktinya?


Jika betul Najib yang membayarnya, timbul persoalan pula mana dia dapat duit sebegini banyak?


Jika pun dia ada "sumber" tersendiri untuk biayai Majlis tersebut, bukankah ia merupakan satu majlis yang agak melampau, yang bercanggah dengan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) yang sedang dicanang-canangkannya hari ini?


Jika Majlis Pertunangan pun dah lebih RM400 ribu, berapa pula agaknya kos Majlis Perkahwinan?


Jika Najib ini bukan PM Malaysia kita tak begitu nak ambil pot sangat perangai dan tabiat beliau dan keluarganya. Tetapi apabila dah jadi pemimpin negara maka rakyat berhak ambil tahu. Kuasa yang diberi adalah amanah bukan anugerah. Jika dah sampai tahap melampau sebegini, di kala rakyat sedang keperitan menderita kos hidup yang melambung tinggi, maka amanah yang sementara ini perlu dibuat penilaian semula dalam pilihanraya umum akan datang.


Anak Bapa: Tak habis-habis pemimpin UMNO/BN ini dengan gelagat yang amat durjana dan memalukan.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TAHNIAH, SAMM PAHANG MAJU SETAPAK LAGI

Posted: 13 Mar 2012 10:23 PM PDT

 Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH aku ucapkan kepada SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) Pahang yang kini semakin maju ke depan apabila mewujudkan FaceBooknya sendiri iaitu `SAMM Pahang'.  Aku juga difahamkan SAMM Pahang kini telah mula bersedia untuk mewujudkan blog sendiri pula.  Alhamdulillah.

Sebelum ini gerakan SAMM Pahang hanyalah secara individu melalui FB masing-masing.  Namun, berkat usaha Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta yang juga bekas Timbalan Ketua AMK Pahang dan bekas Ketua AMK Kuantan serta dibantu oleh rakan-rakan beliau, maka wujudlah FaceBook SAMM Pahang ini.  

Aktiviti SAMM Pahang sejak kebelakangan ini hanyalah mempergiatkan usaha di dalam Kempen ABU (Asalkan Bukan Umno) di merata-rata kawasan di seluruh Negeri Pahang.  Hasil daripada kempen yang berterusan, alhamdulillah, baru-baru ini di beberapa kawasan Felda iaitu kubu kuat Umno, kempen ABU mendapat sambutan.

Secara peribadi, aku sendiri adalah penyokong SAMM dari awal lagi.  Sewaktu pemilihan di dalam KEADILAN dulu, aku juga salah seorang yang menyokong kuat Chegu Bard (Penyelaras SAMM) untuk bertanding jawatan Ketua AMK.  Tetapi, apa jua keputusan dari pertandingan itu aku tetap menyokong SAMM kerana bagi aku SAMM bukan lah sayap parti yang boleh aku kaitkan dengan keputusan pemilihan yang secara prinsipnya aku terima apa jua keputusan parti yang aku sertai sekarang. Bagi aku, masalah pemilihan biarlah mereka yang arif menentukannya.

Walaupun ada di kalangan rakan-rakan mendakwa SAMM wujud adalah kerana kekalahan Chegu Bard di dalam pemilihan Ketua AMK, bagi aku itu merupakan dakwaan yang ternyata tidak berpijak di bumi nyata.  Mereka boleh lihat, SAMM lebih awal wujud sebelum pemilihan lagi dan prinsip perjuangan SAMM jauh berbeza dengan prinsip kepartian, cuma asasnya sama iaitu menentang rejim yang zalim.

Walaupun aku penyokong gerakan SAMM ini, aku juga pernah mengkritik beberapa ahli SAMM yang kadangkala terbabas dan keterlaluan di dalam berkata-kata.  Bahkan, aku juga pernah menegur dan memberi pandangan kepada Chegu Bard secara peribadi dan juga melalui blog berkaitan beberapa perkara.  Tetapi semua ini tidak pernah menjadikan hubungan kami rosak akibat perbezaan pendekatan atau kritikan.  Ini lah hebatnya SAMM yang berani berdepan secara hujah bukan hanya berlagak hero di belakang tabir dan melalui facebook semata-mata.  

Bagi aku Chegu Bard (Penyelaras SAMM) sebagai Ketua Cabang Rembau dan orang kanannya iaitu Ketua AMK Rembau telah berjaya mengangkat parti ini melalui gerakan SAMM.  Ertinya, hujah yang menyebut bahawa SAMM dan AMK sentiasa bermusuh amat tidak tepat samasekali, walaupun tidak dinafikan ada yang merasakan begitu dek kerana tidak matangnya politik mereka.  Secara peribadi juga aku mengalu-alukan penubuhan beberapa NGO lain seperti Jingga 13, AIC (Anwar Ibrahim Club), MAP (Memacu Arus Perjuangan) dan beberapa lagi NGO yang sentiasa menjadikan rejim zalim sebagai sasaran mereka.

Apa yang penting bagi aku, kerja parti mesti diletakkan di atas segala-galanya.  Jika peluang melalui parti agak terhad untuk meneruskan perjuangan maka gunakanlah platform NGO seperti ini untuk meneruskan perjuangan asalkan sasarannya tetap sama.  Kita sedar, ada di kalangan di dalam parti yang `beku' di dalam perjuangan malahan ada ketua yang malas untuk hadir mesyuarat parti, tetapi mereka tidak pula mahu berjuang melalui NGO-NGO seperti yang disebut di atas.  Sikap inilah sebenarnya yang menampakkan kepimpinannya tidak berkesan dan tidak berpengaruh.

Sekali lagi tahniah kepada SAMM Pahang.  Teruskan perjuangan anda dan harungilah apa sahaja yang berada di hadapan tanpa menghiraukan `kemuncup' di jalanan.  Kekalkan prinsip SAMM sebaik mungkin dan kamu harus sedar pejuang yang hebat pasti mempunyai ramai musuh samada di luar mahu pun di dalam./wfauzdin.blogspot.com

dollah yankee

dollah yankee


Drama makcik bollywood

Posted: 13 Mar 2012 06:41 AM PDT

Kata PM betul dan tepat

Perletakan jawatan kak Shahrizat
Menteri Wanita dan Masyarakat
Sebenarnya cuma kontrak tamat
Status senator tamat bulan empat
Jadi letak jawatan kurang tepat
Cuma senatorship yang tamat
Kalau sambung juga marah rakyat


Bukan kak Jat kata dia tak bersalah
Habis mengapa menyerah kalah
Hingga sinting baju muka merah
You know who I am marah-marah
Proud to be anak mami cikMah
Bunyi macam tajuk buku hadiah


Maslan kata ikut emak Nurul Izzah
Walaupun Anwar didapati bersalah
Presiden masih dipegang Azizah
Menteri ni poyo dan fikiran rendah
Golongan yang mempunyai otak lemah
Sorry kenyataan begini buat aku marah


Habis siapa pengganti Chombi
Elok juga bagi kat si Khairi
Lamanya tunggu nak jadi menteri
Lepas ni dia ambil alih Puteri
Ada yang bagi cadangan Umi
Kakak kepada Aswan Ali
Oh tak kuasa aku geli
Atau bagi yang teringin jadi MB
Sapa lagi kalau bukan siKayu Jati


Lepas ni kak Jat boleh berniaga
Jual daging lembu kat Sangrila
Bagi makan kak Mah punya mertua
Wagyu beef dan scallop bersalut lada
Dihidang kepada tetamu luarnegara

Makanan yang layak untuk raja-raja
Habis tu hantar inbois kat Putrajaya
Kos RM500 untuk satu kepala
Tunggu lapuran Ketua Audit Negara
Nak jamu keluarga bakal mertua
Mana boleh Menu Rakyat 1Malaysia
Itu layak untuk rakyat macam kita
Bukan nak bagi makan nasi dalca
Teh tarik dan kueh talam dua muka


Akhirnya suami kena dakwa
Beli kondo harga berjuta-juta
Bawa keluar duit berjuta-juta
Bukan dulu ada orang yang kata
Khairi dan Mohidin kata tak mengapa
Beli kondo banyak lembu nak jaga
Tapi hari ni itu jadi dakwaan pertama
Mana hangpa semua nak letak muka
Tapi Syed Cheras kata depa main drama
Makcik Bollywood dan lembu-lembunya

Itulah kisah dinegeri antah-berantah
Bila dengar rasa macam nak muntah
Negeri yang penuh cerita rasuah
Ditakdirkan kalau pakatan memerintah
Untuk menentukan bersih dan amanah
Menteri dilarang terima habuan atau hadiah
Tak mau dengar lagi cerita pecah amanah
Selain dari cerita menteri rogol amah
Ahli keluarga dilarang dapat tender atau tanah
Kalau masih ada menteri makan rasuah
Kita bawa dan dakwa dia di mahkamah
Kita akan tulis dalam suratkhabar dan majalah.


Keris Silau
13 March 2012

dollah yankee -
Cilok dari blog Keris Silau

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bangkit kembali gelombang bantah PPSMI

Posted: 13 Mar 2012 05:39 PM PDT


KUALA LUMPUR, 14 Mac: Teras Pengupayaan Melayau (Teras) menegaskan bahawa pengenalan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah suatu tragedi agama, bangsa dan  negara.

Malah, kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar), ia suatu musibah besar gara-gara nafsu pemimpin yang dirasuk virus penjajah bahawa dengan mendominasikan bahasa Inggeris, negara boleh berada mencapai tahap kemajuan bertaraf dunia.

"Sementara hujah ini ternyata boleh dipatahkan dengan contoh negara-negara non Inggeris tetapi jelas dengan bahasa ibundanya boleh maju dan membangun pesat, kami juga mempersoalkan kayu ukur apa yang pemimpin negara ingin  gunakan untuk mencapai taraf dunia," ujarnya kepada Harakahdaily.

Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan negeri Pakatan dikritik kerana telus, terbuka dan bertanggungjawab

Posted: 13 Mar 2012 05:36 PM PDT


GEORGE TOWN, 13 MAC – Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berunding dengan rakyat atau mana-mana NGO sebelum melaksanakan projek pembangunan.
Justeru, tiada rundingan awam dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini apabila ia mahu membina Jambatan Pulau Pinang yang kedua.
Sebaliknya, apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telus dan bertanggungjawab serta sentiasa mendengar pandangan awam, termasuk NGO, ia dikritik lebih teruk daripada kerajaan negeri BN sebelumnya yang tidak pernah membuat input dan rundingan awal dengan masyarakat awam.
Read More / Baca Lagi >>

The political significance of Shahrizat's exit

Posted: 13 Mar 2012 05:34 PM PDT

The political significance of Shahrizat's exitShahrizat quit her ministerial post while her husband, NFC executive chairman Mohd Salleh Ismail was charged in the court. So, the NFC scandal should come to a close?!
Shahrizat's political career has most definitely come to an end. She retains her Wanita Umno chairmanship by virtue that she was voted in by her party, and whether she will keep staying so will very much depend on the party.
From the perspectives of political observations, the rise and fall of Shahrizat could serve as a mirror for many.
She could have been an absolutely prominent and outstanding politician, like Rafidah Aziz. Both are very capable women with strong leadership qualities.
Shahrizat has to bow out because of the NFC scandal while Rafidah was plagued by the AP issue.
When Shahrizat made her political debut in the 1990s, she injected a new lease of life into Wanita Umno with her powerful communication skills and good command of English.
As if that is not enough, she is open-minded, and can see things beyond the scope of any particular ethnic community. She has also shown a lot of concern for the status of women and the underprivileged.
Read More / Baca Lagi >>

‘Saya jadi mangsa pemimpin ternama Umno Selangor’

Posted: 13 Mar 2012 05:31 PM PDT

Hairulhizam Ishak, anak Jamariah mempamerkan dokumen mahkamah antara syarikat Score Option dan GASB
SHAH ALAM 13 Mac: Seorang usahawan wanita Jamariah Baharum tidak menyangka kerjasama antara syarikatnya Score Option Sdn Bhd dengan sebuah syarikat yang dimiliki Bendahari Umno Selangor Datuk F D Iskandar,  Glomac Alliance Sdn Bhd (GASB) berakhir dengan kegagalan.
Jamariah mendakwa perjanjian kerjasama membangunkan 90 ekar tanah miliknya di Puchong itu sepatutnya menghasilkan pulangan keuntungan berjumlah RM 47 juta.  Bagaimanapun, bayaran yang diperolehi tidak sampai setengah daripada itu apabila GASB tidak mahu mematuhi perjanjian asal.
Read More / Baca Lagi >>

Jumpa rakyat dahulu: Pakatan beritahu CEO Lynas

Posted: 13 Mar 2012 05:29 PM PDT





(Sidang media Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini)

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Pakatan Rakyat menggesa CEO Lynas Corporation, Nick Curtis mengadakan pertemuan dengan rakyat negara ini terlebih dahulu sebelum berhasrat bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng.

Tindakan itu, bagi Pakatan Rakyat adalah sejajar dengan slogan kerajaan persekutuan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih : ‘Risiko keselamatan’ sekiranya peti undi tidak dibenar kira awal

Posted: 13 Mar 2012 05:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus memberikan jaminan keselamatan terhadap peti undi di hari pengundian sekiranya ingin menghalang pengiraan awal undi, kata Bersih 2.0.
SPR sebelum ini berkata Kecanggihan teknologi Komunikasi seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan media baru telah menyebabkan berlakunya kebocoran awal maklumat keputusan pilihan raya menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang pengiraan undi lebih awal untuk pilihan raya akan datang.
SPR mendapati perkara itu berlaku ketika pilihan raya di Sarawak April lalu, dan menjelaskan tindakan itu akan memberikan kesan terhadap pusat pengundian kecil di Sabah dan Sarawak yang ditutup awal kerana jumlah pengundi yang sedikit.
Timbalan Pengarah SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan bahawa pemberitahuan awal terhadap keputusan pilihan raya adalah "salah" di sisi undang-undang dan hanya pihaknya dibenarkan untuk mengumumkan keputusan penuh pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Rafidah: Shahrizat lansung tak berkorban untuk Umno, negara

Posted: 13 Mar 2012 05:24 PM PDT

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

rafidah aziz pc on permatang pauh by election 010808 03Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kos bertunang 400k : Inikah makna wasatiyyah Najib?

Posted: 13 Mar 2012 05:22 PM PDT


Teras Pengupayaan Melayu (Teras) amat terkejut dengan pendedahan isu PM , Datuk Seri Najib berbelanja mewah untuk majlis pertunangan anaknya baru-baru.

Kini terdapat dua persoalan  dalam isu pembiayaan majlis pertunangan anak PM baru-baru ini.

Pertama, adakah benar PM telah mengguna wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anaknya. Pihak Hotel mengatakan bil bernilai RM409,767 itu memang dicatat atas nama PMO  (Prime Ministers Office).

Walaupun telah dijelaskan bahawa keluarga PM yang membayar bil itu, pertanyaannya kenapa pula bil itu tidak ditulis atas nama peribadi beliau atau keluarga beliau dan dihantar kepada rumah rasmi PM, jika ini urusan peribadi?

Read More / Baca Lagi >>

Teori dongeng Umno BN terhapus

Posted: 13 Mar 2012 05:18 PM PDT

Tanggal 8 Mac 2012 merupakan hari ulangtahun ke-empat kebangkitan kuasa rakyat  menumpaskan hegemoni Barisan Nasional, meruntuhkan keegoan mereka di lima negeri, sekali gus menghapuskan majoriti kuasa dua pertiga di Parlimen.

Tarikh keramat 8 Mac 2008 adalah indikator besar yang menganjak iklim politik negara. Ia memberi isyarat bahawa kuasa pemerintahan BN sejak 50 tahun dalam negara kita bukannya kuasa yang mutlak.

Hakikat yang jelas daripada kebangkitan ini menunjukkan, tiada kuasa pemerintahan yang kekal, jika mereka tidak mendapat dokongan rakyat.

Rakyat hari ini bukannya rakyat yang boleh digula-gulakan atau dipesongkan pemikiran mereka untuk terarah kepada satu aliran pemikiran sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Guru HITAM – Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH – Patuh Kepada Kerajaan?

Posted: 13 Mar 2012 05:15 PM PDT

Guru di Malaysia Guru HITAM   Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH   Patuh Kepada Kerajaan?
Kalau sebelum ini, biasanya "orang hitam" sahaja yang sering diburu oleh pihak polis. Tetapi sekarang ini, "guru hitam" pula yang bakal diburu oleh orang-orang yang berkepentingan. Terbaru-baru guru-guru di sekolah cuba dinilai dan dan dikategorikan mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan, samada ada guru sokong kerajaan atau sokong pembangkang
Read More / Baca Lagi >>

Hanifa Maidin: Dokumen Umno Jual Tanah Sedang Di Teliti

Posted: 13 Mar 2012 05:13 PM PDT

SHAH ALAM, 13 MAC : Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin berkata beliau perlu meneliti fakta kes dan dokumen-dokumen berkaitan sebelum membuat sebarang rumusan daripada segi perundangan berkenaan unsur salah laku berhubung penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Umno Bahagian Tanjung Karang.
Umno Tanjung Karang diketuai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.
"Hendak memberi pandangan daripada segi perundangan tanpa kita melihat dokumen itu susah juga untuk membuat keputusan.
"Saya tidak pasti daripada segi perundangan samada boleh ataupun tidak tanah ini diberikan kepada parti politik,apa yang saya tahu,ia mesti diberi kepada pemegang amanah, jika pindah milik tanah kepada parti politik daripada segi undang-undang tidak boleh." kata beliau yang juga bekas calon Parlimen Tanjung Karang ketika PRU 2008 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Surat Peguam Negara “Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat “Bocor”!!

Posted: 13 Mar 2012 05:10 PM PDT

Peguan Negara Kongsi Gelap Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!Laporan berita Malaysiakini semalam agak mengejutkan di mana dikatakan terdapat campurtangan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dalam usaha menyelamatkan Ketua Kongsi Gelap yang dikatakan cukup berpengaruh di Johor.

Surat Peguam Negara VS Datuk Johari Baharom – Kes Tengku Goh

Read More / Baca Lagi >>

'Skirt-chasing' Najib takes Malaysia to the point of no return

Posted: 13 Mar 2012 05:08 PM PDT

'Skirt-chasing' Najib takes Malaysia to the point of no return How can someone who can't grasp simple and straightforward concepts be in a position to manage and lead a country? Look at Prime Minister Najib Razak's failed My First Home ownership scheme and the recent decision to scrap the controversial new civil servant remuneration scheme, apart from other flip-flops.
Launch a year ago, the house-ownership scheme for low-income earners failed because banks are unwilling to hand out 100 per cent financing applicants earning less than RM3,000 a month. How can Najib fail to grasp the fact that with a gross income of RM3,000 a month, a person simply cannot have any spare cash to pay the monthly installments for the house? Surely, Najib must know that a person has also to pay for essentials such as food, transport and other expenses. And after deducting EPF and Socso, there is really nothing much to spare.
Read More / Baca Lagi >>

Orang politik berkelahi, nasib OKU ibarat tahi

Posted: 13 Mar 2012 05:06 PM PDT

Kerenah politik tanahair tidak pernah kering di Malaysia.  Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai isu di dada akhbar, televisyen mahu pun media portal online.  Entah mengapa, sudah menjadi budaya agaknya segala masalah di Malaysia selalunya diselesaikan (baca: dicipta) oleh orang politik.  Telagah dan polemik tidak sihat seakan sebati dan adakalanya keanak-anakan.  Skandal seks, tuduh menuduh, fitnah dan adu domba sering menduduki carta teratas jika dibandingkan dengan perjuangan membela nasib rakyat terbanyak apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang cukup mencekik golongan marhaen.
Read More / Baca Lagi >>

Dendan Dalam Umno - Rafidah Terus Menggigit Shahrizat

Posted: 13 Mar 2012 05:05 PM PDT

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.


Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
Read More / Baca Lagi >>

Altantuya’s murder case will keep haunting Najib into the general election

Posted: 13 Mar 2012 05:03 PM PDT

Altantuya's murder case will keep haunting Najib into the general electionMany UMNO members are waiting for Prime Minister Najib Razak to leave the scene the way Sharizat Jalil is doing  The split is now becoming more obvious within UMNO. Scandals, corruptions, favouritism, poor governance and the many queries on the Altantuya murder case have brought on this effect.
Many UMNO members are silently protesting the way Najib is handling so many issues affecting the country. Those who will be given the green light to contest in the next general election and their supporters would probably  remain in Najib's camp. Those not selected and their supporters will most likely sabotage UMNO by either not voting or giving their generous votes to the Opposition. Even those within Najib's camp are apparently divided, as there are many hopefuls for the top posts in the party.
Read More / Baca Lagi >>

SPR : Pengundi diragui tak boleh digugur tanpa bukti

Posted: 13 Mar 2012 05:01 PM PDT


tan sri abdul aziz mohd yusof
KOTA KINABALU -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan 13,000 pengundi yang meragukan di Sabah tetapi tidak boleh menggugurkan nama mereka dalam daftar pemilih kerana ia bertentangan dengan undang-undang, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata mengikut undang-undang, SPR tidak dibenarkan menggugurkan nama pemilih berkenaan melainkan dengan bukti yang kukuh.

Katanya setakat ini tiada mana-mana pihak termasuk waris yang tampil membantu membuat pengesahan mengenai status rekod pemilih terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Shahrizat not big enough a scapegoat to save BN: NFC still a 'weapon of mass destruction'

Posted: 13 Mar 2012 04:59 PM PDT

Shahrizat not big enough a scapegoat to save BN: NFC still a 'weapon of mass destruction'What is now the RM250 million NFC debacle was once part of a grand plan by the Agriculture ministry to make Malaysia self-sufficient in food, which was a good and feasible plan and could have been very successful. But unfortunately, it was hijacked by UMNO and turned into a money-making scheme for its elite leaders.
The same goes with the New Economic Policy and whatever that the nation's planners have so far come up with for the government to implement so as to benefit the country. All have either been hijacked by UMNO or passed on to its BN partners. It is for the reason that while the UMO led government loudly proclaims 'progress', what the citizens really feel is 'regress'.
With self-sufficiency in food, Malaysia would be able to save billions in the long term and even be a net food exporter. If the NEP had been implemented properly and diligently, the goals would have been achieved by now and the policy abolished. Malaysia could have been a success story for the rest of the world to emulate.
Read More / Baca Lagi >>

Kelab Media kecam kenyataan Khairy

Posted: 13 Mar 2012 04:58 PM PDT


lokasi mayat
SENAI – Kelab Media Johor mengecam kenyataan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam laman twitternya, yang seolah-olah tidak memahami tugas dan tanggungjawab pengamal media dalam melaporkan kisah kanak-kanak malang, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang ditemui, semalam.
Presidennya, Mohamad Fauzi Ishak berkata, sudah menjadi tanggungjawab pengamal media untuk melaporkan pelbagai jenis berita yang mempunyai nilai yang tersendiri sekali gus membimbing khalayak ramai dijadikan pengajaran pada masa hadapan.
Menurutnya, tujuan pengamal media melaporkan berita bukanlah sekadar untuk mengaibkan individu tertentu sebaliknya menyampaikan maklumat berguna demi kepentingan semua pihak seterusnya menyampaikan saluran maklumat yang berguna.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar cabar Pemuda Umno bidas surat PM pada Israel

Posted: 13 Mar 2012 04:57 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Pemuda Umno untuk membidas tindakan bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Umno yang pernah menulis tiga surat kepada tiga Perdana Menteri Israel.

Malah, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dicabar menghubungi Khalid Mashaal dan bertanyakan berkenaan pendirian Hamas terhadap Anwar.

"Saya tidak pernah sepanjang menjadi Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia & Sukan menulis surat kepada mana-mana Perdana Menyeri Israel.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya berasingan selepas bincang dengan MB

Posted: 13 Mar 2012 04:53 PM PDT




(Sidang media Pakatan Rakyat di Parlimen)

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan berbaur seks menteri kejutkan aktivis

Posted: 13 Mar 2012 04:52 PM PDT

Aktivis hak wanita yang berada di bangunan Parlimen untuk berkempen bagi menuntut kerajaan yang bersih hari ini terkejut apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat gurauan berbaur seks.

NONE"Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa" kata Ahmad Zahid apabila aktivis wanita  memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya  kerajaan bebas daripada gejala rasuah.

Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan.

"Seksis!" ulas pengarah eksekutif Biro Bantuan Wanita Ivy Josiah melalui akaun Twitter beliau. Beliau turut berada dalam delegasi ke bangunan Parlimen itu.Read More / Baca Lagi >>

SPR : Proses penambahbaikan pilihan raya akan diputus dalam pertemuan dengan PSC esok

Posted: 13 Mar 2012 04:51 PM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan menyelesaikan segala permasalahan mengenai penambahbaikan pilihan raya dalam pertemuan terakhir dengan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen berkenaan penambahbaikan pilihan raya (PSC) esok setelah sekian lama orang ramai menunjukkan rasa tidak puas mereka terhadap proses pilihan raya negara.
Panel tersebut, yang dibentuk sejurus demonstrasi Bersih 2.0 Julai lalu hanya mempunyai tempoh tiga minggu untuk mengemukakan keputusan mereka sebelum tempoh penggal enam bulan diberikan tamat hujung bulan ini.
"Esok akan menjadi sesi terakhir kami dengan SPR. Ia akan menjadi sesi yang cukup lengkap kerana kami perlu membuat kesimpulan sebelum PSC membentangkan hasilnya kepada Parlimen," kata Timbalan Pengarah SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Taliban Fire on Afghan Officials at Attack Site

Posted: 13 Mar 2012 04:46 PM PDT

Syria accused of planting landmines near borders

Posted: 13 Mar 2012 04:45 PM PDT