Khamis, 16 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ustaz 50 pun nakkk juga ... dicekup khalwat dengan remaja 20an

Posted: 16 Feb 2012 10:04 PM PST

PERMATANG PAUH – Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.

Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.

Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan
sebagai tempat persinggahan.

Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

"Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.

"Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita

itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya.

Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya. - Sinar

Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan.

Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Pemandu Bas Express ehem ehem penumpang remaja 20 dalam bas ... memang sial

Posted: 16 Feb 2012 08:04 PM PST

KULIM - Seorang remaja berusia 20 tahun membuat laporan polis di Balai polis Kulim kira-kira jam 9.50 pagi kelmarin berikutan trauma akibat dicabul seorang lelaki dalam bas ekspres.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Kulim.

"Memandangkan perjalanan jauh, mangsa tertidur dan tidak ramai penumpang berada dalam bas. Apabila sampai di sekitar kawasan Junjung, mangsa dapat merasakan dia telah dicium di bahagian bibir manakala buah dadanya diraba seseorang.


"Mangsa terkejut apabila mendapati lelaki itu adalah pemandu kedua bas terbabit," katanya.

Menurutnya, akibat terlalu takut mangsa tidak berbuat apa-apa sebaliknya cuba menjauhkan diri daripada suspek.

"Tanpa rasa bersalah, suspek yang bersahaja kemudiannya meminta nombor telefon mangsa dengan tujuan untuk berkenalan.

"Mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian berkenaan kepada waris dan segera menghubungi syarikat bas terlibat untuk mendapat nama dan nombor telefon suspek sebelum menyerahkan butiran suspek kepada polis," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Penumpang bas terutama wanita dinasihatkan supaya tidak duduk berseorangan terutama di bahagian belakang bagi mengelak kejadian seperti ini berlaku

Saksikan pelakon porno di Times Square esok 5 ptg.

Posted: 16 Feb 2012 07:09 PM PST

Debat Hangat Antara CSL dan LGE Disiarkan Secara Langsung Jam 5 Petang Sabtu


PETALING JAYA: Dua tokoh politik dari kalangan masyarakat Cina di negara ini - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah bersedia untuk bertemu muka dalam satu debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu pada Sabtu petang di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Debat yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama.

Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa.

Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy & Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti - MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi setiap satu.

Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai. - mStar

Akhirnya .... Malek Noor 58 nikah doktor pakar 12032012

Posted: 16 Feb 2012 10:19 AM PST

Datuk Abdul Malek Noor
PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.
Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu. .....

Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.
"Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan.
Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan.
Kata Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbullah perasaan sayang dalam diri masing-masing.
"Sejak hari itu kami sering memanggil diri kami dengan perkataan "sayang" sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri," katanya.
Menurut Malek lagi, dia bertambah gembira kerana kelima-lima bakal anak tirinya yang ada di antaranya sudah bekerja dan berumah tangga boleh menerimanya dalam keluarga mereka.
Sementara itu menurut Malek, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.
Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.
Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan.
"Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali," katanya.
Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).
Beliau sebelum ini mengaku tidak pernah melakukan ibadat selama 34 tahun tetapi akhirnya mendapat hidayah selepas mendengar azan Maghrib dari masjid KLCC yang terletak berdekatan rumahnya di sebuah kondominium mewah di kawasan terbabit.

Nenek 16 thn yang punya 4 anak 19 cucu 47 cicit sebenarnya berumur 116 thn, warga paling tua di Perlis

Posted: 16 Feb 2012 06:32 AM PST

KANGAR: Bukan 16, tetapi 116 tahun. Itulah usia sebenar warga emas Puan binti Ahmad, yang bacaan tarikh lahir pada MyKadnya menggambarkan beliau dilahirkan pada 12 April 1996.

Hakikatnya, pemilik MyKad bernombor 960412-02-0058* itu dilahirkan pada 1896 dan disahkan sebagai penduduk paling tua di Perlis berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menjelaskan perkara itu kepada media di sini Khamis, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, nombor yang tertera pada MyKad warga emas berkenaan adalah berasaskan rekod sebenar JPN.

Disebabkan beliau lahir pada 1896, maka nombor pada MyKadnya juga bermula dengan 96 seperti kesemua pemegang MyKad yang lahir pada 1996, kata Md Isa yang mengunjungi warga emas itu pada Khamis.

Katanya, beliau mendapatkan penjelasan itu daripada JPN selepas mendapat tahu mengenai Puan yang menghadapi pelbagai masalah ekoran kekeliruan nombor MyKad tersebut, termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Susulan itu juga kata Md Isa, warga emas berkenaan telah disenaraikan sebagai penerima BR1M pada Sabtu ini.

Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilapor bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 12 April ini ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu. - BERNAMA

BERITA AWAL :

Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.

Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di Kangar.

"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.

Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau ....
menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya.

"Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan," kata Noratikah.

- Bernama

Untung rugi PAS dalam Pakatan

Posted: 16 Feb 2012 05:49 AM PST

Muda Mohd Noor


Kesabaran PAS terhadap DAP khususnya tiada tolak banding sehingga melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.

PETALING JAYA: Tidak ada pakatan politik yang tidak retak, tetapi yang berlaku dalam Pakatan Rakyat ialah PAS telah mengorbankan prinsipnya untuk mempertahankan pakatan yang berlaku secara tiba-tiba.
Kesabaran PAS terhadap DAP khususnya tiada tolak banding sehingga melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.

Berbanding kedua parti itu, PAS merupakan paling tua diikuti DAP dan PKR. Begitu pun, ketua Pakatan Rakyat bukan PAS tetapi DAP dan PKR.


Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupalam ketua umum Pakatan Rakyat.
Beberapa siri yang berlaku menunjukkan PAS amat mengalah kepada DAP. Paling ketara DAP menggertak PAS dalam kontroversi penjualan arak di Selangor.

Datuk Dr Hasan Ali, exco agama Selangor waktu yang mengeluarkan arahan itu telahpun dipecat dari PAS. Adun Gombak Setia itu mendakwa pemecatannya kerana kelantangannya memperjuangkan Islam yang tidak disenangi Pakatan Rakyat.

Tagline Islam

PAS yang sekian lama memahatkan diri dengan slogan Islam sedikit demi sedikit melepaskan tagline itu demi memuaskan PKR dan DAP.

Konsep negara Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama bertukar negara berkebajikan supaya PAS senada dengan PKR dan DAP. Konsep PAS untuk semua memudahkan lagi parti Islam itu diterima PKR dan DAP.

Sejak pilihan raya umum 2008, PAS berusaha mengimbangi rentak kedua-dua rakan pakatan itu dalam mengejar impian menawan Putrajaya dalam pilihan umum 13 kelak.

Jadi ketiga-tiga parti itu bergerak bersama untuk mendedahkan keburukan politik BN khususnya Umno dan betapa perlunya kerajaan baru dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagi PAS pakatan politik dengan PKR dan DAP bukannya merugikan. Pilihan raya umum 2008 telah menjadi bukti. Sudah pasti mahu kemenangan lebih besar dalam pilihan raya 13.

PAS menawan Kedah, negeri yang pernah melahirkan dua perdana menteri – Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu lagi negeri yang ditawan Pakatan Rakyat iaitu Perak memilih Adun PAS Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri PAS.

Lupa dakwah

Tetapi, tanpa diduga Pakatan Rakyat diserang tanpa henti-henti atas kesalahan Anwar sendiri. PAS yang mulanya memerhatikan dari jauh, bangkit mempertahankan pemimpin itu.

Ujian terhadap hubungan PAS-DAP tidak kurang hebatnya. Ia tampil dari DAP sendiri. Karpal Singh berkata, pakatan politik itu akan hilang sokongan jika PAS tidak berhenti melaungkan keinginan melaksanakan hukum hudud.

Anwar tidak juga kurang hebatnya. Kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu menyokong Israel menimbulkan marah PAS.

Mursydul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat pemimpin tertinggi dan paling dihormati dalam kabinet PAS mahukan Anwar menarik balik kenyataan itu.

Bagaimanapun, Anwar mahu bertemu menteri besar Kelantan itu bagi menjelaskan perkara sebenar.

Barangkali kerana mata sudah membayangkan impian memeluk Putrajaya sudah dekat, PAS seolah terlupa soal dakwah terhadap DAP dan PKR. Mungkin akan melakukannya selepas berkuasa kelak - FMT

Cerita yang orang dah tak hairan pun dari puak2 UmporNo ...dah memang kerja depa

Posted: 16 Feb 2012 04:33 AM PST

Bekas Bendahari Umno S'ngor didakwa seleweng RM18.85 juta

SHAH ALAM 16 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menuntut siasatan terhadap bekas Bendahari Umno Selangor, Datuk Manan Md Said berhubung dakwaan pecah amanah dan salahlaku, membabitkan penyelewengan RM18.85 juta wang kerajaan negeri.

Justeru, satu laporan polis dibuat terhadap Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi oleh AMK Selangor melalui ketuanya, Irwan Ismail.

"Manan melalui syarikat Khidmat Bakti Sdn Bhd, yang mana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah telah dianugerahkan projek perumahan di Seksyen 20, Shah Alam pada tahun 1996.


"Selepas 2008, audit kerajaan Selangor mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM 18.85 juta kerana Khidmat Bakti gagal menjalankan projek.

"Bayaran dibuat melalui Bank Islam pada 2002 selepas kelulusan Exco," kata Irwan kepada Keadilandaily.com.

Menurut Irwan, berikutan kegagalan itu, tanah seluas 47,714 kaki persegi (11.79 ekar) di Seksyen 20, Shah Alam itu terpaksa ditebus semula oleh kerajaan Selangor, menyebabkan MBSA mengalami kerugian.

"Bagaimana syarikat RM2 boleh dapat projek RM18.8.5 juta?," Saol beliau sambil menegaskan maklumat diperolehi dari 'orang dalam' MBSA sendiri.

Justeru beliau turut menuntut siasatan dibuat terhadap bekas Datuk Bandar Shah Alam ketika itu, Datuk Abu Sujak Mahmud.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, keterangan polis akan diambil daripadanya di IPD Petaling Jaya, bila-bila masa mulai sekarang.

"Kami juga akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," tegas Irwan.

Jelas Irwan, 30 peratus dari keseluruhan tanah seluas 47,714 kaki persegi itu dikhususkan untuk perumahan kuarters MBSA.

"Bukan di Shah Alam sahaja. Ada banyak lagi kes seperti ini di tempat lain," jelas Irwan memberitahu akan mendedahkan satu persatu skandal melibatkan pemimpin Umno di Selangor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26737

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Surat terbuka untuk Ahmad Maslan — Maszlee Malik

Posted: 16 Feb 2012 04:13 AM PST

February 16, 2012
 
YB Datuk Ahmad Maslan,

Saya bukanlah peneroka Felda, mahupun anak kepada peneroka Felda.

Walau bagaimanapun, sepanjang kehidupan saya semenjak bersekolahmenengah lagi saya sudah berkawan dengan anak-anak Felda serta mempunyai keluarga angkat di kawasan Felda. Kebetulan pula handai taulan saya juga ada yang menjadi peneroka, maka saya saya kira, wargaFelda bukanlah golongan yang asing di dalam hidup saya.

Datuk, seperkara yang saya pelajari mengenai warga Felda ialah budi pekerti dan juga sikap beragama mereka, terutamanya para peneroka Felda berketurunan Jawa di selatan tanah air. Cukup jika saya katakana bahawa warga Felda kebanyakannya merupakan kelompok masyarakat yang berbudi bahasa, beragama dan juga berjiwa kental, terutamanya dari generasi pertama yang saya kenali. Bagi generasi kedua dan ketiga pula, mereka merupakan golongan yang gigih. Anak-anak peneroka kini sesetengahnya merupakan golongan profesional dari kalangan doktor, peguam, pensyarah, jurutera, arkitek, pengarah-pengarah besar syarikat dan juga bermacam lagi profesion yang mencerminkan kejayaan mereka.

Hatta di kalangan mereka yang mengambil keputusan menetap di Felda dan meneruskan usaha generasi pertama juga, saya dapati mereka begitu tekun, gigih dan amat berdedikasi. Semua ini saya kira berkat jerih payah generasi pertama Felda yang begitu bersungguh-sungguh mendidik dan membesarkan anak-anak mereka agar menjadi manusia yang berguna.

Datuk, sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan warga yang cintakan negaranya, kita semua inginkan segala yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat. Sebagai penduduk bumi bertuah bernama Malaysia, kita mahukan hasil mahsul dan juga kekayaan di bumi bertuah ini dikecapi bersama oleh warga dari semua bangsa dan agama. Selain daripada itu, kita juga mahukan kerukunan di antara bangsa dan agama berterusan agar keamanan yang kita nikmati akan berterusan. Demi untuk memastikan apa yang kita kecapi itu berterusan, maka adab, moral dan juga tahap profesionalisme di dalam tatakelola perlulah ditingkatkan oleh semua lapisan masyarakat. Nikmat kemajuan dan keamanan yang kita kecapi selama ini bukanlah hasil usaha sesetengah pihak tertentu sahaja, tetapi ianya adalah usaha bersepadu rakyat Malaysia yang penuh dengan kesopanan dan juga budi bahasa serta saling hormat menghormati.

Mana-mana pengkaji politik akan bersetuju bahawa di zaman ini, pengamalan demokrasi yang tulen, benar dan adil (sebagaizeitgeist) adalah di antara penyumbang kepada kestablian negara, keadilan, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Di samping itu, seakan satu persetujuan ramai (ijmak), terutamanya di kalangan pakar politik dan ekonomi bahawa tatakelola yang baik (good governance) juga merupakan resipi yang penting untuk kestabilan dan pembangunan. Malah Tun Mahathir sendiri menegaskan hal ini di dalam ucaptamanya di Multaqa Kesembilan Al-Muntada Al-Islami 2012 di Putrajaya baru-baru ini. Demokrasi yang adil dan tulen yang diikuti oleh prinsip asas tatakelola yang baik seperti akauntabiliti, ketelusan, keluhuran undang-undang, pemisahan kuasa, penyertaan rakyat yang aktif, ekuiti, efisien dan juga lain-lain lagi, merupakan di antara metod untuk memandu Malaysia ke hadapan untuk mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 seperti yang diidamkan oleh ramai rakyat Malaysia.

Di antara sine qua none (perkara yang mesti ada) bagi demokrasi ialah kebebasan maklumat serta ketelusan fakta. Demokrasi bukan hanya bermaksud mengadakan pilihanraya setiap empat atau lima tahun dan semua pihak dibenarkan bertanding sahaja. Demokrasi yang tulen dan adil memerlukan kepada kebebasan maklumat kepada setiap warga untuk mereka membuat pilihan yang tepat. Di atas dasar itulah, konsep political pluralism (kepelbagaian politik) mestilah berteraskan prinsip kebebasan politik dengan kewujudan parti-parti politik yang bersaing untuk memerintah dan mentadbir negara. Semua parti, dan tidak terkecuali mana-mana parti yang bertanding pun, hendaklah memiliki ruang dan peluang yang adil dan saksama untuk menyampaikan maklumat kepada setiap warga. Demi mencapai prinsip yang adil ini, ia memerlukan kepada kebebasan maklumat dan kebebasan bersuara sebagai asas berpolitik demi kebaikan warga agar mereka menerima maklumat yang tepat, sahih dan seimbang dari semua pihak sebelum mereka mengundi sesiapa yang mereka inginkan untuk memerintah Negara. Hal ini adalah maklum dan perkara paling asas di dalam sesebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, ianya bukanlah sains roket yang sukar dikuasai.

Maka, berdasarkan prinsip ini, 'Buku Jingga' yang telah dihasilkan oleh pihak PR sekaligus sebagai tawaran pihak PR merupakan sebahagian daripada pengamalan demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik.

Berteraskan konsep demokrasi yang sihat, dokumen tersebut merupakan salah satu daripada maklumat yang perlu diketahui oleh setiap warga. Dokumen tersebut amat perlu untuk rakyat membandingkan tawaran pihak PR dengan tawaran yang pihak BN berikan untuk mereka membuat keputusan di dalam PRU 13 nanti demi menentukan masa depan negara. Berdasarkan maklumat yang cukup dari kedua-dua belah pihak, barulah rakyat Malaysia boleh membuat pilihan yang tepat dan bijaksana serta adil.

Inilah yang dinamakan sebagai demokrasi yang tulen, ini jugalah namanya politik yang matang dan bertamadun. Setiap warga dihargai akal dan pilihan mereka. Terserahlah pada rakyat untuk menerima ataupun menolak tawaran dari mana-mana pihak berdasarkan akal sihat dan pertimbangan bernas yang mereka miliki. Mana-mana rejim yang menyekat kebebasan maklumat dan juga menghadkan pengetahuan rakyat dari mendengar dari semua pihak hanya mencerminkan kecacatan pada sistem demokrasi yang diamalkan.

Sistem yang tidak memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat maklumat yang tepat adalah sistem demokrasi yang tiruan (pseudo-democracy). Sistem seperti ini hanya meletakkan rakyat di tahap mentaliti yang rendah. Rejim yang berkuasa seakan-akan mengatakan bahawa pihak rejim sahajalah yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat, kerana rakyat masih tidak mampu berfikir. Sistem yang berat sebelah di mana sesebuah rejim menguasai semua maklumat dan tidak memberikan ruang yang adil kepada semua pihak yang bertanding merupakan politik dunia ketiga. Pengamalan seumpama ini dapat dilihat pada pengamalan rejim-rejim yang pernah berkuasa di Asia barat, negara-negara Afrika dan juga negara-negara komunis. 'Arab Spring' yang berlaku semenjak tahun 2010 telah menunjukkan bahawa sistem dan pengamalan seperti ini adalah silap.

Malang sekali, apabila Datuk sebagai seorang menteri, tidak dapat menghayati konsep politik bertamadun seperti ini. Perbuatan Datuk membuang manifesto PR ke dalam tong sampah di dalam satu acara umum dan terbuka adalah perbuatan menghina konsep political pluralism yang menjadi rukun kepada sistem demokrasi yang adil. Tindakan membuang manifesto parti lawan itu juga merupakan satu penghinaan kepada ide atau tawaran kepada rakyat oleh para pemimpin PR yang rata-ratanya merupakan penggubal undang-undang (ahli parlimen) yang telah dipilih oleh rakyat. Secara moral, ini merupakan penghinaan terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di dalam negara ini.

Tambah lagi, ia amat menyalahi aspirasi yang cuba dibawa oleh Y.A.B Perdana Menteri lewat ucapan beliau menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2011 yang lalu yang inginkan suasana politik berteraskan demokrasi setaraf dengan negara membangun. Perbuatan itu juga seakan-akan ingin menjadikan Malaysia setaraf dengan negara-negara mundur di dalam berpolitik. Cukup juga saya katakan, perbuatan tersebut mengundurkan Malaysia dua puluh tahun ke belakang dari usaha kerajaan untuk mencapai status Negara maju pada tahun 2020.

Di samping itu, perbuatan tersebut seolah-olah merupakan penghinaan secara tidak langsung kepada sistem pendidikan negara ini semenjak merdeka yang gagal melahirkan para pemimpin dan menteri yang bertamadun, bertata susila dan bermoral. Sekali lagi saya tegaskan, perbuatan tidak bertamadun itu juga telah memperlekeh mentaliti warga Felda, seolah-olah warga Felda hanya layak memahami bahasa bakul sampah dan bukannya bahasa dialog dan hujah. Perbuatan Datuk itu di sudut yang lain pula telah mencemarkan sikap kesopanan warga Felda dengan memaksa mereka menyaksikan perbuatan di luar adab dan tatakesusilaan orang timur dan masyarakat Islam. Di sudut yang lain, Datuk juga telah memberikan isyarat seolah-olah mereka tidak boleh berfikir sehinggakan Datuk tidak bersedia berdebat atau berdialog dengan pihak PR dan ANAK di media terbuka di hadapan warga Felda untuk mereka berfikir dan membuat keputusan. Datuk tersilap di dalam hal ini.

Walaupun mungkin ramai yang terpaksa tersenyum di hadapan Datuk ketika Datuk beraksi, yakinlah di dalam hati mereka, mereka rasa terhina. Saya berkeyakinan tinggi bahawa warga Felda sudah matang, boleh berfikir dan mampu untuk menilai. Tolonglah berhadapan dengan mereka dengan memandang mereka setaraf dengan Datuk dan bukannya lebih rendah dari Datuk.

Saya yakin Datuk masih ingat insiden Datuk Seri Khir Toyo memberikan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri Selangor. Secara umum, masyarakat, samada yang menyokong BN mahupun yang menyokong PR melihat ianya merupakan satu penghinaan dan bertentangan dengan tatasusila dan adab orang timur, apatah lagi orang Islam. Maka hasilnya, Khir Toyo telah disapu dari takhtanya, dan kini sedang menantikan penentuan nasibnya di atas tuduhan rasuah. Saya kira, Datuk juga tidak mahu hal yang sama menimpa diri Datuk pada PRU ke-13 nanti. Datuk pastinya tidak mahu diri Datuk dan juga parti Datuk dibakul sampahkan oleh rakyat yang telah matang dan mampu berfikir, sepertimana yang berlaku kepada Datuk Seri Khir Toyo.

Maka, di atas semangat warga yang sedar dan juga ahli akademik yang bertanggungjawab, saya menyeru agar Datuk bersikap dengan sikap 'ahli politik bertamadun' lantas bersedia untuk berdialog dengan wakil ANAK ataupun wakil PR mengenai isu Felda. Mungkin Datuk boleh mempelajari dari sikap berani pemimpin Umno yang lain seperti YB Khairy Jamaludin, YB Datuk Saifuddin Abdullah, YB Datuk Mashita dan juga Datuk Seri Shahidan Kassim yang tidak gentar untuk berada di atas pentas dialog dan debat bersama pihak lawan. Seperti yang saya tegaskan di awal surat ini, bagi warga yang bertanggungjawab seperti saya, kami hanya mahukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Saya yakin, warga Felda dan sekelian rakyat Malaysia akan sentiasa mengenang Datuk sebagai pemimpin politik yang berintegriti dan berdedikasi jika Datuk benar-benar boleh bersikap 'gentleman' dan berani untuk mengemukakan hujah yang bernas di hadapan pihak lawan di atas 'level playing field'. Jika Datuk beradab, berani dan bertamadun, Datuk akan terus dikenang sepanjang zaman bukan hanya oleh warga Felda, malah oleh seluruh rakyat Malaysia…

* Dr Maszlee Malik adalah pembaca The Malaysian Insider.

~penarik beca

~penarik beca


Anwar sahkan dia sokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel

Posted: 16 Feb 2012 05:51 AM PST

Babi lebih mulia dari ulama yang bercakap macam orang gila (2)

Posted: 16 Feb 2012 04:51 AM PST

dollah yankee

dollah yankee


Rakyat lah!! bukannya Amerika & Israel!

Posted: 16 Feb 2012 07:52 PM PST

Bila gurkah-gurkah politik di'port' sudah baca kenyataan dari Tun Mahahthir yang berbunyi macam ni..

"On another matter,Mahathir claimed Prime Minister Datuk seri Najib Abdul Razak could be a target for a regime change perpetrated by the United States and Israel who want parliamentary opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to take power. Urging Najib to be cautious,Mahathir claimed both countries want to see Anwar in power."

gurkah-gurkah merumuskan yang Tun Mahathir memang jahat. Tun Mahathir cuba meng'saiko'kan kepala otak orang-orang yang lemah dan pendek akal dengan kenyataanya ini.

Dan bila gurkah-gurkah ini ada berjumpa dengan kumpulan-kumpulan orang-orang yang pendek dan lemah fikiran ini, dan daripada sembang-sembang dengan mereka tentang politik, dapat dilihat yang taktik dari Tun ini memang telah berjaya mempengaruhi kepala otak orang-orang dalam kumpulan ini.

Gurkah-gurkah ini nak 'habaq' dekat Tun..sudah sudah lah tu Tun. Tak dapat nak dinafikan yang Tun memang telah banyak berjasa dengan kemajuan yang di bawa selama 22 tahun berkuasa, tetapi perlu diingat yang Tun juga telah banyak merosakan perkara, tapi banyak orang yang tak tau.

Rasanya Tun pun tahu dan dapat maklumat yang tepat bahawa kerajaan Malaysia ini akan bertukar tangan pada PRU-13 nanti. Dan akibat dari itu lah kerajaan ini akan bertukar dan bukan nya disebabkan perancangan Amerika dengan Israel, tetapi sebab rakyat semua dah meluat, dah fed-up, dah bengang. Rakyat lah yang telah membuat keputusan untuk menukar kerajaan ini,bukan nya Amerika dan Israel. Rakyat-rakyat ini juga yang mahu mencuba Anwar untuk menerajui kerajaan, bukan nya Amerika dan Israel kerana rakyat percaya yang Anwar juga seorang yang hebat dan bukan koman, dan percaya Anwar boleh menyelamatkan Malaysia.


dollah yankee -
Hasan Ali, dimana-mana dia pergi berceramah dan pada kalam akhir ceramah dia akan kata..
"PRU nanti minta tolong jangan undi Pakatan Rakyat. Boleh?.. Boleh ke tidak?".
Kah..Kah..Kah..
Bukan kah itu isyarat jelas yang kerajaan akan bertukar tangan?

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


UN assembly condemns Syria crackdown

Posted: 16 Feb 2012 08:44 PM PST

Nurul Izzah PPR 1

Posted: 16 Feb 2012 08:43 PM PST

Isu zakat: Pemuda PAS tolak jawapan Yayasan Taqwa

Posted: 16 Feb 2012 08:42 PM PST

Umno Tidak mahu Muzakarah

Posted: 16 Feb 2012 08:42 PM PST

Scandal of SALCO – How Taib plans to make billions from Bakun!

Posted: 16 Feb 2012 08:37 PM PST

Scandal of SALCO – How Taib plans to make billions from Bakun!Displaced families, who have received so little compensation from Bakun, may be interested to learn how Taib and his own family are planning to make billions for themselves out of the hydro-electric dam, based on an investment of just RM2.00!
We can reveal that SALCO (Sarawak Aluminium Company Sdn Bhd), the company that has been handed a licence to build a vast smelter in Simalaju, powered by cheap electricity from the dam, is secretively entirely owned by the Taib family company, CMS.
So far, they have only issued two shares for the company, worth a mere one ringgit each!
Our revelation sheds light on a classic money-making scam, that is still in its early stages for the Chief Minister, but where the planned outcome is plain to see.
Scandalous SALCO scam!
Read More / Baca Lagi >>

NFC scandal details revealed

Posted: 16 Feb 2012 08:34 PM PST

NFC scandal details revealed Corruption has become a way of life for UMNO politicians in this country.
For the record, NFC is supposed to be a high-impact project under the Ninth Malaysia Plan and this project will be instrumental in attaining the 40 per cent self sufficiency in beef production by 2010. The project was initially a JV between NFC and main operator Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd (LAT). LAT later withdrew from the project that leads to the dismal performance of the NFC in failing to train 130 farmers for the project.
Nobody wants to admit the award of NFC to Minister's family
Muhyiddin was the Agriculture Minister when Abdullah Badawi's was Prime Minister but was reluctant to admit that he was instrumental in awarding the project to Shahrizat's family.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Bimbang Sharizat Dedah Rahsia Rosmah?

Posted: 16 Feb 2012 08:30 PM PST

Isteri taukeh lembu gemuk (NFC), Sharizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya.

Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.

Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.

"Lembu mana pula?" tanya saya.
"Lembu Sharizat menteri waniat itu...lah," katanya.
"Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa radiasi Perak sokong himpunan anti-Lynas

Posted: 16 Feb 2012 08:27 PM PST

Satu NGO anti pencemaran radiasi Perak akan mengadakan perhimpunan di tapak penapisan nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) di negeri itu sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0.

Perak Anti Radioactive Committee akan mengadakan perhimpunan itu pada 26 Februari di Bukit Merah, Perak, serentak dengan Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Gebeng, Kuantan.

Pengerusi NGO itu, Hew Yun Tat memberitahu Malaysiakini bahawa perhimpunan itu akan dijalankan di Perak kerana pengikutnya sukar untuk menyertai perhimpunan anti-Lynas di Gebeng itu.

Tapak ARE – yang kini ditutup sejak dua dekad lalu – menjadi tumpuan kepada salah satu operasi pembersihan radioaktif terbesar di Asia Tenggara.
Read More / Baca Lagi >>

Bankrupt in no time: Desperate BN set to raise borrowing limit again?

Posted: 16 Feb 2012 07:22 PM PST

Bankrupt in no time: Desperate BN set to raise borrowing limit again?
The Barisan Nasional has modified the Statutory Borrowing Ceiling at its whims and fancies over the past decade rendering meaningless the legal debt ceiling for Federal Government.
The Loan (Local) Act 1959 and Government Funding Act 1983 puts in place a 55% federal government debt limit relative to Malaysia's Gross Domestic Product (GDP) as determined by the Ministry of Finance (MoF). Based on the Government's Economic Report 2011/2, our federal government debt will hit RM455.7 billion as at the end of 2011 which works out to 53.8% of our GDP, or a whisker away from the statutory borrowing ceiling.
However, what is worrying is the fact that the "statutory borrowing ceiling" has actually been raised multiple times by the Barisan Nasional (BN) Government over the past decade to "legalise" the federal government debt level which has been increasing at a much faster pace than our GDP.
Read More / Baca Lagi >>

Felda Sabah or Federal Territory Sabah: A ticking time bomb for BN in GE-13

Posted: 16 Feb 2012 07:17 PM PST

Felda Sabah or Federal Territory Sabah: A ticking time bomb for BN in GE-13Sabah, officially the Land Below the Wind -- Negeri di Bawah Bayu -- has also had another name, albeit unofficial, in recent years. Since Umno took over the state government in 1994, it has also become known as Negeri di Bawah Penjajahan Malaya or the Land Under Malayan Colonialists, and with good reasons too.
The latest 'cow dung' in Malaysia to hit the ceiling fan is the role or "non-role" of Felda or the Federal Land Development Authority in the state.
The authority is in effect brazenly occupying nearly a third of a million acres – 306,000 acres to be exact -- in Sabah in defiance of the state constitution, the Governor, the state government and the very concept of Federation.
Read More / Baca Lagi >>

At crossroads – MCA or Chinese community?

Posted: 16 Feb 2012 07:15 PM PST

A confidential report post 2008 elections noted that MCA "never" had the support in Chinese dominated constituencies in the past and the 12th GE was no different.

Some equate truth and falsehood to water separating from oil. The Chinese proverb "shi zhen nan jia, shi jia nan zhen" means if it is the truth, it is impossible to falsify and likewise, equally difficult to make a truth out of falsehood.
This in mind, if MCA is at the crossroads, does it also mean that the Chinese community is facing the same predicament?
The symbolic relationship between MCA and the Chinese community is akin to fish to water and is destined to become irrelevant as more and more conscientious Chinese Malaysians abandon the party at the crossroads.
Read More / Baca Lagi >>

Rokok meletup dalam mulut

Posted: 16 Feb 2012 07:14 PM PST


Rokok meletup dalam mulut
FLORIDA - Seorang lelaki yang sedang berusaha untuk berhenti merokok cedera selepas rokok elektronik meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa batang giginya patah, lidah terkoyak dan sebahagian mukanya melecur.

 Letupan yang berlaku di ruang pejabat mini di rumah Tom Holloway, 57, di Florida itu menyebabkan beberapa perabot lain seperti kerusi, bingkai gambar, permaidani dan peralatan pejabat turut terbakar.

"Bateri di dalam rokok elektronik tersebut tiba-tiba meletup dan 'terbang' keluar, sekali gus menyebabkan kebakaran kecil di rumah saya," menurut Holoway.

Sementara itu, Pengasas Bersama Persatuan Rokok Tembakau Wap Elektronik, Thomas Kiklas menafikan produk mereka mengalami masalah kerana ia direka selamat untuk pengguna.

US-Israeli puppet govt in M'sia: Can Dr M be honest and fair enough to show proof?

Posted: 16 Feb 2012 07:12 PM PST

US-Israeli puppet govt in M'sia: Can Dr M be honest and fair enough to show proof?Aliran is troubled by the ex-premier Dr Mahathir Mohamad's recent prediction in warning Prime Minister Najib Razak that Israel and the United States were "conspiring to cause a regime change in Malaysia through 'a puppet government' to be led by Anwar (Ibrahim)".
This political 'forecast' has serious implications and repercussions for the country. If there is any grain of truth to this international conspiracy, then our sovereignty, and political independence and security would indeed be in jeopardy.
The gravity and severity of this matter, therefore, demand that Mahathir presents incontrovertible evidence to support his allegation. This will enable Malaysia to safeguard itself and remain as an independent nation in the world community, without fear that it would be transformed into a "client state" of the US or any other world powers for that matter.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin politik harus henti guna agama demi kepentingan peribadi, kata Dr Asri

Posted: 16 Feb 2012 07:11 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd  Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu "memisahkan" agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati.
Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.
"Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.
"Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama," katanya.
Jelas beliau (gambar), sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

PUM: Gubal garis panduan interaksi Islam-bukan Islam

Posted: 16 Feb 2012 07:06 PM PST


logo pum
SHAH ALAM - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini mengesyorkan agar kerajaan menggubal satu garis panduan fiqh interaksi orang Islam dan bukan Islam di Malaysia ekoran keadaan semasa yang semakin kompleks dengan isu-isu semasa berkaitan hubungan antara Muslim dan bukan Muslim.
Pertubuhan bukan kerajaan itu berpandangan bahawa usaha untuk membangunkan garis panduan yang menyeluruh amat mustahak dan perlu dilakukan dengan segera sebagai manhaj dan jalan penyelesaian kepada isu-isu agama yang berbangkit dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Setiausaha Agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, antara isu yang berbangkit di negara ini bukan setakat isu sambutan perayaan agama masyarakat majmuk tetapi mencakupi isu-isu lain dalam aspek hukum, sosial, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Pas tiada masalah dengan PR

Posted: 16 Feb 2012 07:00 PM PST


Siti Zailah Mohd Yusof
KOTA BHARU - Hubungan Pas dan rakan Pakatan Rakyat (PR) tidak terjejas meskipun menghadapi pelbagai isu sen­sitif seperti kenyataan yang dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibra­him di Wall Street Journal baru-baru ini. 
Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof berkata, kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya menarik diri daripada PR hanya bertujuan untuk meme­cah­belahkan hubungan antara Pas, DAP dan PKR.
 
"Suasana hari ini, suasana pilihan raya umum. Kita faham Umno nak tengok Pa­katan Rakyat berpecah dan apa yang diwar-warkan me­reka adalah ingin meng­gam­barkan bahawa PR tidak ada persefahaman, sedangkan ka­mi memerintah empat negeri, tidak timbul pula ma­salah se­bagaimana didakwa," katanya semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Independent-minded youth a swing factor in GE13

Posted: 16 Feb 2012 06:57 PM PST


KUALA LUMPUR, Feb 17 — Young adults who comprise a large proportion of newly-registered voters are concerned over the direction the country is heading in and are becoming more demanding and more politically-independent than their older counterparts.
Some analyst reports have estimated the number of new registered voters could exceed three million by March next year, which amounts to nearly a quarter of the current total voter base of about 12.4 million.
There was an explosion in registrations during 2010, some 820,156 or three times the 276,621 registered in 2009, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz told Parliament last October.
The huge increase in new voters is significant given the narrow margin of victory of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition in 2008 — just 384,688 votes out of total of 8.16 million votes cast.
Malaysia has a total population of 28 million people, based on last year's census report.
Datuk Seri Najib Razak, who took over as prime minister in April 2009, will be leading the BN to seek a fresh mandate in the 13th general elections, which must be called before May next year.
Young working adults told The Malaysian Insider that they rarely felt close to any political party but would vote for good governance and those who were qualified to serve.
It suggested that a new mindset was emerging among young voters where political affiliations mattered less than leaders who could deliver on issues such as transparency, corruption and economic well being.
Read More / Baca Lagi >>

Guru dakwa teraniaya, ditukar 24 jam

Posted: 16 Feb 2012 06:54 PM PST


guru ditukar
IPOH – Seorang guru di sebuah sekolah menengah terkenal di sini mendakwa ditukarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dalam tempoh 24 jam tanpa sebab serta diarah melapor diri ke sekolah lain.

Lebih malang lagi, guru berkenaan diarahkan melapor diri sehari selepas surat dikeluarkan dan ia berkuat kuasa serta-merta hingga mengakibatkan guru berkenaan tidak membuat sebarang persiapan untuk bertukar.

Suami guru berkenaan, S Saravanan, 43, berkata, isterinya menerima surat pertukaran pada 18 Januari lalu dan menyatakan pertukaran berkenaan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Read More / Baca Lagi >>

NFC : Rafizi, Zuraida diperintah jawab saman Shahrizat

Posted: 16 Feb 2012 06:53 PM PST

Pengarah strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjawab menjelang 9 Mac ini, saman fitnah yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat memfailkan saman tersebut terhadap mereka pada 19 Januari berikutan kenyataan yang dikatakan fitnah terhadap beliau berhubung kontroversi National Feedlot Corporation (NFC), lapor Star Online.

Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu apabila saman itu didengar di mahkamah terbuka hari ini.

Campak Buku Jingga ke tong sampah hina demokrasi

Posted: 16 Feb 2012 06:48 PM PST

Dr Maszlee Malik

Saya bukanlah peneroka Felda, mahupun anak kepada peneroka Felda. Walau bagaimanapun, sepanjang kehidupan saya semenjak bersekolah menengah lagi saya sudah berkawan dengan anak-anak Felda serta mempunyai keluarga angkat di kawasan Felda.

Kebetulan pula handai taulan saya juga ada yang menjadi peneroka, maka saya saya kira, warga Felda bukanlah golongan yang asing di dalam hidup saya.

azlanDatuk, seperkara yang saya pelajari mengenai warga Felda ialah budi pekerti dan juga sikap beragama mereka, terutamanya para peneroka Felda berketurunan Jawa di selatan tanah air. Cukup jika saya katakan bahawa warga Felda kebanyakannya merupakan kelompok masyarakat yang berbudi bahasa, beragama dan juga berjiwa kental, terutamanya dari generasi pertama yang saya kenali.

Bagi generasi kedua dan ketiga pula, mereka merupakan golongan yang gigih. Anak-anak peneroka kini sesetengahnya merupakan golongan profesional dari kalangan doktor, peguam, pensyarah, jurutera, arkitek, pengarah-pengarah besar syarikat dan juga bermacam lagi profesion yang mencerminkan kejayaan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Anugerah kebajikan akan dinamakan sempena Rosmah...ha..ha..Wang Rakyat Untuk Kebajikan Dr...!!!!

Posted: 16 Feb 2012 06:46 PM PST

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.

Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.

NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Azmi usah berdolak-dalik lindungi NFC

Posted: 16 Feb 2012 06:44 PM PST


KUALA LUMPUR, 17 Feb: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid hendaklah menghentikan segera kenyataan yang boleh menyebabkan beliau dilihat cuba melindungi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) juga meminta Azmi supaya menghentikan palbagai dolak-dalik yang dilihat cuba mengelakkan minit mesyuarat PAC mengenai NFCorp disiarkan kepada umum.

"Saya difahamkan oleh mereka yang menghadiri mesyuarat tersebut, Azmi memperlihatkan sikap yang seimbang dan bertanggungjawab ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

"Malangnya, sikap beliau kini berpusing 360 darjah dan beliau semakin dilihat cuba mengelakkan minit mesyuarat tersebut didedahkan kepada umum.
Read More / Baca Lagi >>

Najib beri bayangan PRU-13 makin dekat

Posted: 16 Feb 2012 06:43 PM PST

Meskipun tidak secara langsung menyatakan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu malam semalam terus memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.
Read More / Baca Lagi >>

Mix of politics with business fuelled economic woes, says Ku Li

Posted: 16 Feb 2012 06:41 PM PST

Tengku Razaleigh Hamzah today charged that years of political patronage and the long standing system of co-dependency between business and politics arising from the Mahathir era had led to neglect of the people's "real socio-economic problems". The outspoken veteran Umno leader added that economic policies of the past, which kicked off from the 1980s onwards, had also widened inequality in Malaysia and would worsen if the present administration does not move to separate business from politics.
"With this pre-condition, Malaysia's economy can avoid a crisis worse that what we see in the West," he said during a luncheon talk today.
There is "too much money in politics", he continued, adding that this forced further disparities between those who benefit from this "dysfunctional system" and those who suffer from it.
"No democratic system, no institution as envisaged by our Constitution, can survive a political economy of this nature.
Read More / Baca Lagi >>

Imam Penagih PIL KUDA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 16 Feb 2012 06:36 PM PST