Khamis, 9 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Restoran sediakan hidangan pelacur

Posted: 09 Feb 2012 11:01 PM PST


KUALA LANGAT - Siapa sangka di tengah kebun kelapa sawit di sini wujud sebuah restoran yang bukan saja menyajikan masakan Cina malah mempunyai pilihan untuk mendapatkan 'hidangan tambahan' berupa khidmat seks daripada pegawai perhubungan pelanggan (GRO).


Restoran itu baru sebulan beroperasi dan hanya dibina dengan kayu. Ia terletak 500 meter dari jalan besar dan kira-kira 3.5 kilometer dari pekan Jenjarom, Banting.

Kegiatan tersebut terbongkar, hasil risikan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan pada pukul 8.30 malam kelmarin. - KOSMO

Mad Said diberi 3 hari untuk tarik balik kenyataan "PAS Parti Ajaran Sesat"

Posted: 09 Feb 2012 08:43 PM PST

KUALA TERENGGANU: PAS memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu adalah "parti ajaran sesat".

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.

"Tuduhan itu sangat berat," katanya kepada pemberita di sini hari ini pada majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin PAS negeri Terengganu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut.
Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lalu, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".

Abu Bakar berkata PAS belum menetapkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ahamd sekiranya Menteri Besar itu gagal menarik balik kenyataan berkenaan. - BERNAMA

Janji Pakatan nak mansuh AUKU sia-sia, mengarut

Posted: 09 Feb 2012 07:04 PM PST

Dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - yang digantung pengajian April tahun lalu - menyifatkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya hanyalah "sia-sia dan mengarut".

NONESambil menyatakan kekecewaan terhadap tindakan itu, pelajar Fakulti Usuluddin Mohd Faiz Mohd Arsyad berkata janji yang dinyatakan itu "tidak selaras" dengan tindakan kolej - yang dimiliki kerajaan Pakatan Kedah - menggantung pengajian mereka.

"Pada kami, janji Buku Jingga sia-sia sahaja. Ia tidak selaras dengan Buku Jingga yang hendak hapuskan AUKU dan akta mirip dengannya.

"Tindakan dilihat lebih bersifat mencantas, apabila mereka (mahasiswa) yang ke hadapan, dilarang bersuara dan dinafikan hak itu. Bukan untuk memimpin, rundingan di meja bulat (pun) tidak dibuat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Susulan tindakan itu juga, Mohd Faiz mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu "hampir tidak ada beza" dengan kerajaan Umno-BN, yang didakwanya menafikan hak bersuara mahasiswa.

NONE"Sebelum ini Umno/BN, bila mahasiswa bersuara dikenakan AUKU. Di Kedah, kerajaan Pakatan Rakyat, bila mahasiswa bersuara, tindakan yang sama diambil," katanya yang juga presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIN.

Mohd Faiz antara lima pelajar KUIN yang digantung pengajian kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan kolej Kediaman Ar-Razi April tahun lalu.
Menang pilihan raya
Beliau digantung pengajian selama dua semester yang berakhir April ini, manakala tempoh penggantungan empat lagi rakannya telahpun berakhir dan telah mengikuti semula pengajian mereka di KUIN.

Empat mahasiswa tersebut adalah Muhamad Aiman Ab Razab, Zuki Latif, Ahmad Remy Mohd Arof dan Mohd Azlan Mat Zin - masing-masing digantung satu semester.

azlanSementara itu, ketika dihubungiMalaysiakini, Muhamad Aiman pula menyifatkan janji Pakatan dalam Buku Jingga itu sekadar "hendak menang dalam pilihan raya".

"Hendak didik mahasiswa jiwa besar tetapi tunjuk diktator. (Saya lihat) janji Pakatan Rakyat mengarut," katanya yang juga pelajar Fakulti Muamalat yang turut menyatakan kekecewaannya berhubung tindakan penggantungan itu.

Sabtu ini, jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat dan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan memberi penjelasan berhubung isu penggantungan kelima-lima pelajar tersebut.

NONEMalah, kedua-dua mahasiswa itu - Mohd Faiz dan Muhamad Aiman (kiri) - menunggu keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun, Muhamad Aiman berkata beliau akan menyertai demonstrasi bersama-sama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 19 Februari ini, jika Azizan tidak memenuhi tuntutan menarik balik penggantungan yang menggunakan AUKU atau akta yang mirip dengannya.

Manakala Mohd Faiz pula berkata beliau tidak pasti dan belum membuat keputusan sama ada menyertainya ataupun tidak.

Ketika ditanya berhubung perancangan mereka sepanjang tempoh penggantungan, Mohd Faiz - yang berasal dari Batu Gajah Perak- bekerja sebagai motivator di sekolah sekitar Butterworth dan Ipoh.
Buat bisnes

"Sekarang saya buat bisnes sikit. Saya buka (syarikat) konsultan motivasi dengan kawan-kawan," kata Mohd Faiz akan meneruskan pengajiannya bagi tahun keempat Julai ini.

Manakala Muhamad Aiman pula berkata beliau juga menjalankan perniagaannya sendiri dengan membekalkan sistem alat pembesar suara untuk majlis tertentu di sekitar Selangor.

"Ia masih berjalan. Saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain," katanya sambil mengikuti kelas pengajian 'Maqasid Syariah' sewaktu tempoh penggantungan.

NONEMuhamad Aiman berkata walaupun tempoh penggantungannya sudah tamat, beliau memutuskan  untuk menangguhkan pengajiannya selama satu semester lagi bagi "menyelesaikan masalah peribadinya".

Bahkan, beliau menafikan tanggapan akan meninggalkan terus pengajiannya di KUIN walaupun menerima tawaran belajar di institusi pengajian lain di ibu negara.

"Saya masih sayang dengan KUIN. Prospek KUIN jauh. Semua mahasiswa berebut-rebut menuntut ilmu khususnya bahasa Arab. Saya sayang sangat KUIN," katanya.

Guru besar mati dalam bilik pelacur

Posted: 09 Feb 2012 05:45 PM PST

JAKARTA- Seorang guru besar sekolah rendah kerajaan, SD Kemasan, Sugiono, berusia 52 tahun, dijumpai mati di dalam sebuah bilik bersama seorang pelacur di sebuah rumah pelacuran di Kediri, Jawa Timur, petang semalam.

Ketua Polis Kendiri Komisioner Adjutan, Wayan Winata berkata, "Kami tidak tahu sebab kematiannya. Kami masih menyiasat kes itu."

Wayan berkata, Sugiono baru berurusan dengan pelacur yang bernama Titik Andayani, 27 dan setuju untuk membayar Rp50,000 (RM17) untuk khidmatnya.

Mereka menempah sebuah bilik di rumah kepunyaan seorang lelaki, Samiran, 48.

"Pelacur itu menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah keluar dari bilik air," katanya.

Penghuni rumah pelacuran itu kemudian menelefon doktor dari klinik kesihatan awam Ngasem, tetapi gagal menyelamatkan Sugiono.

"Kami sudah siasat tempat kejadian dan tidak menemui bukti (yang mungkin dapat menjadi punca kematiannya), seperti pil dadah atau rangsangan," katanya.

Polis sudah menghubungi keluarga Sugiono yang tinggal di Singonegaran, Pesantren, Kediri, katanya.

Surat Terbuka kepada Hassan Ali

Posted: 09 Feb 2012 05:05 PM PST

YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.


Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.

Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.

Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.

Saya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).

Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: 'Wacana Islam moderat yang segar'; Kesediaan 'perkongsian kuasa' (power sharing); dan juga 'pengaruh di kalangan rakyat' melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.

Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik 'Dawlah Islamiyyah' (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.

Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam 'secara paksaan' seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.

Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.

Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.

Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.

Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.

Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.

Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep 'Negara Berkebajikan', PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.

Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi'i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.

Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.

Inilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.

Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.

Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.

Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato' untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.

Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa'ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato' tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu 'Negara Berkebajikan' pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen 'Negara Berkebajikan' PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing.

Saya berkeyakinan gagasan 'Negara Berkebajikan' merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual 'Negara Berkebajikan' yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.

Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.

Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.

Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang 'discursive' PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.

Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui 'Kelab Penyokong PAS'.

Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.

Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki.

Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.

Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai 'pejuang aqidah yang sebenar!'.

oleh Dr Maszlee Malik 
Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM

2 YB PKR terlibat skandal pasir - RPK

Posted: 09 Feb 2012 04:32 PM PST

2012/02/10


KUALA LUMPUR: Raja Petra Kamaruddin mendakwa ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, kedua-duanya dari PKR terbabit dalam skandal perlombongan pasir di Selangor. 


Dalam artikel yang disiarkan portal berita Malaysia Today semalam, beliau mendakwa ada unsur rasuah dalam urusan mendapatkan kontrak melombong pasir antara Mat Suhaimi dengan seorang kontraktor menerusi beberapa pertemuan di Pulau Pinang dan Subang serta rakaman perbualan telefon mereka.


Beliau mendakwa, Mat Suhaimi beberapa kali meminta wang daripada kontraktor berkenaan antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010, antaranya RM5,000 untuk perbelanjaan kempen pilihan raya, RM35,000 perbelanjaan Ramadan, RM10,000 jamuan Hari Raya dan RM50,000 yang masukkan dalam akaun bank sebuah syarikat untuk kegunaan pilihan raya.


Wang RM50,000 itu dimasukkan ke akaun Affin Bank, Klang menerusi transaksi pada .......
11 Januari 2010. 


Pendedahan semalam adalah susulan kepada pendedahan yang disiarkan kelmarin berhubung kematian kenalannya, Datuk Patrick Wong, seorang ahli perniagaan dalam rompakan di kediamannya di Bukit Bandaraya pada 2009 yang didakwa ada kaitan dengan skandal perlombongan pasir. 



Raja Petra mendakwa Mat Suhaimi turut meminta kontraktor pasir berkenaan bergabung dengan sebuah syarikat, Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan Mat Suhaimi serta Amirudin menjadi antara lima pengarahnya dengan bayaran RM5,000. 


Beliau mendakwa pada 18 Januari 2010, syarikat berkenaan menghantar surat permohonan untuk melombong pasir di kawasan seluas 18 hektar di Dengkil kepada Mat Suhaimi dengan tandatangan sokongan oleh Amirudin. 


"Apa yang penting, Mat Suhaimi dan Amirudin berdaftar sebagai Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd pada hari yang sama, iaitu 18 Januari 2010 dan ia bukan satu kebetulan. 



"Ia jelas wang itu adalah bayaran bagi membantu Double Dignity mendapatkan kelulusan daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk melombong pasir di Selangor. Mat Suhaimi memberitahu kontraktor itu perlu membayar segelintir orang dalam Kumpulan Semesta," katanya. Kumpulan Semesta adalah anak syarikat kerajaan Selangor yang menguruskan pengeluaran pasir di negeri berkenaan. 


Selain itu, rakaman perbualan telefon berkenaan ada menyebut Mat Suhaimi akan berbincang dengan individu yang dikenali sebagai Azmin selepas kontraktor itu meminta bantuan untuk melombong pasir di Batang Kali. Mat Suhaimi kemudian memberitahu, wang RM50,000 itu perlu dibayar kerana Azmin ketika itu sedang mengumpul wang untuk perbelanjaan pilihan raya. 


Raja Petra juga mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meneruskan siasatan selepas skandal perlombongan pasir di Selangor didedahkan tahun lalu. 


Sementara itu, Amirudin ketika dihubungi berkata, isu yang didedahkan Raja Petra sudah dijelaskan secara terperinci kepada SPRM pada Julai 2010. 


"Ini bukan isu baru. Saya juga tidak ada kaitan dalam proses pengeluaran permit pasir kerana surat sokongan yang saya keluarkan adalah berasaskan peraturan dan etika. Oleh itu, ia tidak mempengaruhi keputusan yang dibuat mana-mana pegawai yang bertanggungjawab," katanya. 


Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga mendakwa tidak pernah mengenali Datuk Patrick Wong dan hanya mendengar nama ahli perniagaan itu beberapa hari lalu. 


Mat Suhaimi menerusi blog srimuda.blogspot.com pula mempertikaikan kredibiliti Raja Petra kerana gaya penulisan yang bertentangan berbanding sebelum ini. 


"Dalam dunia hari ini, objek manusia, gambar dan apa saja bahan spin (putar belit) boleh direka cipta dan disolek menjadi seperti asli, apatah lagi dokumen asli untuk maksud lain, boleh disalah guna bagi menjadikan tujuan spin dapat dibuktikan seyakin yang boleh," katanya.  - bERITA HARIAN

PANAS TGH MALAM : Ceramah PR di rumah Ketua Cawangan UMNO ... Zambry Kadiaq mesti bengang hahaha?

Posted: 09 Feb 2012 07:46 AM PST


Mesti esok Pak Chik ni akan dapat surat tunjuk sebab kenapa dia tak boleh disingkir dari Umno kerana telah membenarkan rumah nya digunakan sebagai tempat ceramah PKR. ... dan pak chik ni juga akan  terus menghantar borang penyertaan dalam PKR.  hhahahahha


Zambry macamana ni? ... Depa dah tak suka kat hang dah ... hahahahaha


Wa tabik spring la chegu bard pada lu .... harap akan ada lagi kejadian yang macam ni ... hehehe



SUMBER :  Twitter CheGu Bard (11.19pm)

Manohara yang seksi di pub

Posted: 09 Feb 2012 05:26 AM PST

Manohara Odelia Pinot yang pernah dituduh ingkar/nusyuz dengan bekas suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra sehingga didakwa dirinya turut dirogol kini sudah pon menampakkan diri sebagai seorang yang 'luar biasa'. Luar biasa yang seperti apa? ala suka bersosial, maksudnya dia kini bebas mahu kemana sahaja dia kehendaki. Gambar dibawah adalah gambar terbaru miliknya, namun dia menafikan gambar berkenaan adalah hasil photoshop pihak tertentu, gambar dah cukup jelas, tak kan masih nak menafikan lagi, Manohara yang penuh misteri

Lagi gambar di sini

PAS sedia timbang kerjasama dengan Zaid Ibrahim - TGNA

Posted: 09 Feb 2012 04:04 AM PST

KOTA BAHARU: PAS bersedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Datuk Zaid Ibrahim jika beliau membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) yang diketuainya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini kerana partinya boleh bekerjasama dengan mana-mana pemimpin parti politik, demi kepentingan masa depan PAS.

"Kalau dengan Cina, India, kita boleh kerjasama, tidak ada sebab kita tak boleh bekerjasama dengan Zaid," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami-Isteri di Balai Islam di sini, Khamis.

Zaid melalui blognya baru-baru ini, menyatakan hasrat .....
untuk membubarkan parti itu, walapun mendapat bantahan daripada beberapa pemimpin lain dalam parti berkenaan.

Nik Abdul Aziz berkata keputusan  muktamad berhubung kerjasama dengan Zaid itu akan diputuskan pucuk pimpinan parti. Mengenai c..Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang mahu Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub bertanding di Johor untuk mengukuhkan kedudukan parti pakatan pembangkang di negeri itu, Nik Abdul Aziz berkata ia terserah kepada Salehuddin dan pucuk pimpinan parti membuat keputusan.

Salehuddin yang kini adalah anggota Parlimen Kubang Kerian, dalam laporan akhbar hari ini, berkata beliau tidak berhasrat menjadi Menteri Besar Johor, walaupun sudah berkhidmat lebih 30 tahun dalam parti itu.

Beliau dipetik berkata apa yang penting baginya ialah kemenangan dalam pilihan raya.-BERNAMA

SANTAI SENJA : Gadis ini dikurung dalam bilik air selama 1o tahun

Posted: 09 Feb 2012 03:01 AM PST

Polis bandar Qalqilya, Tebing Barat, Palestin, membebaskan seorang perempuan 21 tahun yang dikurung ayahnya di bilik mandi berukuran 1 x 1.5 meter selama 10 tahun, Sabtu (21/1/2012).

Ayah perempuan bernama Baraa Melhem itu mengakui perbuatannya. Katanya dia mengunci puterinya itu sejak Baraa berusia 11 tahun. Sang ayah berkata, dia mengunci puterinya dengan alasan "perselisihan keluarga". Namun, dia tidak menjelaskan perselisihan seperti apa yang membuatnya mengurung anak perempuannya.

Kepada pegawai dinas sosial yang mengurusinya saat ini, gadis itu mengaku dikurung .........selama siang hari dan dikeluarkan dari bilik mandi pada pukul 01.00 hingga 04.00 pagi untuk membersihkan rumah. Kepada Voice of Palestine, Baraa mengatakan, dia digunduli lalu alisnya dicukur oleh ayahnya. Dia hanya boleh mandi sebulan sekali.

Kepala dinas kesejahteraan sosial Qalqilya, Azat Maluach, berkata, sesaat setelah bebas dari penyekapan itu, Baraa meminta gula-gula. Gadis itu mengaku selama dikurung dia tidak pernah mendapat makanan manis dalam bentuk apa pun.

Baraa sangat takjub dan setengah tidak percaya ketika keluar dari rumah. "Benarkah itu matahari? Apakah itu matahari yang saya impikan? Tanyanya kepada pegawai.

Menurut Maluach, ketika polis membebaskannya, gadis itu tidak percaya. "Dia kata kepada kami, dia tidak pernah melihat siang hari selama sembilan tahun," kata Maluach seperti dikutip Ynetnews, Minggu (22/1/2012).

Gadis itu juga terkejut melihat begitu ramai orang. "Apakah orang-orang itu yang saya dengar di radio?" tanyanya.

"Di dalam rumah itu terdapat dua bilik mandi dan dia dikurung di salah satunya. Di situ juga dia makan. Dia juga mencuci baju di situ. Satu-satunya kenalan dia dengan dunia luar adalah radio yang ditinggalkan ayahnya," ungkap Maluach.

Radio itu juga menjadi satu-satunya hiburan baginya. Dari radio itu dia mengetahui bahawa dia berbintang Leo yang bererti dia mempunyai personaliti yang berapi-api.

"Begitu kami membebaskannya, dia menangis dan minta bertemu dengan ibunya. Kami menghubungi ibunya, yang akan datang dan memeluk serta menenangkan dia (Baraa)," lanjut pegawai dinas sosial itu.

Kedua-dua orang tuanya bercerai ketika dia berusia empat tahun. Hak asuh diberikan kepada ayahnya. Baraa tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Kerana ayahnya, disebut bernama Hassan Melhem, berkewarganegaraan Israel, polis Palestin menyerahkannya kepada pihak berkuasa Israel. Dia akan diadili oleh mahkamah Israel pada Rabu (25/1/2012).

Selama dikurung, Baraan dipukul dan jarang diberi makan. Dia hanya diberi sehelai selimut, sebuah radio, dan sebilah silet. Oleh ayah dan ibu tirinya, dia disuruh membunuh diri sendiri.

"Saya tidak membenci ayah. Namun, saya membenci yang dilakukannya kepada saya. Mengapa dia melakukannya? Saya tidak memahaminya," ujarnya. Menurut gadis itu, penyekapannya bermula ketika dia melarikan diri dari rumah ketika dia berumur 10 tahun. Polis kemudian membawanya pulang. Saat itu ayahnya memaksa dia menandatangani kenyataan bahawa dia tidak mahu kembali ke sekolah.

Kini Baraa tinggal dengan ibu kandungnya di Maysoun, sebuah penempatan Arab di Jerusalem. "Sekarang saya bahagia. Kehidupan saya bermula," ujarnya. Sumber kompas.com

Kempen desak Anwar saman Eskay, Ummi Hafilda dilancar

Posted: 09 Feb 2012 12:44 AM PST

2012/02/09
BUKIT MERTAJAM: Kempen mengutip tandatangan daripada rakyat bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menyaman Datuk Shazryll Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Ali dan Wall Street Journal (WSJ) di lancarkan di sini, sebentar tadi.

Pelancaran kempen yang akan diadakan di seluruh negara selama dua bulan itu dilakukan bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md Arip.

Kempen itu dilancarkan di Parlimen Permatang Pauh iaitu kawasan diwakili oleh Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Desakan saman terhadap Shazryll Eskay dan Ummi Hafilda adalah berikutan tuduhan salah laku seks Anwar,manakala WSJ adalah berkaitan laporannya yang memetik kenyataan Anwar untuk mempertahankan Israelv- BH

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


MANTOYA 2 : Bab 8: BILA GOLF LEBIH PENTING DARI PETANI

Posted: 09 Feb 2012 04:36 PM PST


Kalau zaman dahulu bila disebut sahaja Pedu,cukup untuk membayangkan betapa ketinggalanya kawasan tersebut kerana jauh di pendalaman negeri Kedah.

Kini terdapat usaha kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan.Memang ada wajarnya tempat yang dianggap 'hulu' itu dibangunkan.Tapi apakah tempat tersebut dibangukan dengan perancangan yang mengambil kira kesan ekologi serta kesan terhadap petani miskin yang terdapat di negeri Kedah,menjadi persoalan besar untuk dirungkaikan.

Semacam tidak boleh dipanggil kerajaan BN jika pembangunan (kononya) yang mereka laksanakan itu tidak menyusahkan rakyat.Dalam memajukan Empangan Pedu sebagai salah satu destinasi pelancongan ini 63 ribu keluarga petani yang terdapat di negeri Kedah dan Perlis yang bergantung kepada empangan tersebut sebagai sumber air akan terjejas pendapatan mereka .Projek pelancongan termasuk pembinaan padang golf 18 lubang di Empangan Pedu ini mnegakibatkan 97 ribu hektar sawah dibawah pengawasan MADA menghadapi masalah bekalan air dalam tempoh beberapa tahun akan datang.


Jabatan Alam Sekitar telah menetapkan bahawa projek pembinaan tempat peranginan dan rekreasi itu hendaklah dibina di atas paras limpahan air iaitu 320 kaki.Sebahagian besar padang golf yang dibina disitu (seluas 50 hektar) berada dibawah dari paras 305 kaki hingga 290 kaki.Ini menyebabkan paras air terpaksa dikurangkan di bawah paras 290 kaki.Akibatnya para petani yang terpaksa tanggung akibat.

Projek berharga kira0kira RM35 juta itu dilaksanakan oleh PERNAS-OUF Sdn Bhd melalui syarikat pembinaanya Prespec.Tentunya projek yang hebat serba-serbinya ini bukannya untuk penduduk Pedu.

Projek peranginan dan padang gof ini akan menjadi tempat rehat tauke-tauke dari merata tempat.Kalau ada orang-orang sekitar Pedu yang ingin merasa bahaimana menghayun kayu golf bolehlah dianggap sudah buang tabiat.Lebih baik bagi mereka hayun cangkul dan tajak untuk memajukan tanah pertanian dari menghayun kayu golf.

Habis apa manfaatnya untuk penduduk disekitar itu? Peluang Pekerjaan ? Ya,peluang yang paling baik bagi anak-anak muda ialah ambil upah tanggung kayu golf untuk taule-tauke dari Singapura dan Hong Kong.Pendek kata dari zaman penjajahan Inggeris sampai zaman 'penjajahan BN' tak habis-habis anak-anak Melayu jadi pecacai tauke-tauke dan orang asing.Inilah nasib yang terpaksa ditanggung oleh bangsa Melayu dibawah kerajaan BN.
Mengenai nasib beribu-ribu petani dikawasan terbabti tentulah malang sekali, akibat kekurangan air. Hasil padi pastinya merosot atau langsung tak menjadi.

Matlamat pembinaan empangan Pedu adalah untuk manfaat para petani.Tiba-tiba kerajaan memesongkan tujuanya untuk dijadikan pusat pelancongan pula.Apakah industri pelancongan yang memberi manfaat kepada segelintir orang-orang kaya itu lebih penting dari petani seluruh negeri Kedah.

Tidak cukupkah sekian banyak pusat-pusat pelancongan yan terdapat di Malaysia,khusunya di negeri Kedah ini.Rakyat Malaysia,siang malam pagi petang kerja mereka dok melancong aje kah sampai tak cukup tempat-tempat pelancongan yang ada?

Projek memajukan empangan Pedu sebagai tempat pelancongan ini juga didakwa telah mendapat bantahan keras dari pihak MADA sendiri.Namun bantahan mereka tidak dilayan.Kalau pandangan pihak yang berwibawa sendiri diketepikan maka siapalah lagi yang akan dihormati pandangan mereka oleh sebuah kerajaan yang keras kepala ini? Rakyatlah yang harus memikirkan sendiri... - Tamat Bab 8...

usinkata; Ramai yang sudah tahu resort ini sudah di tutup sepenuhnya..carian didalam internet/blog..perincian penutupan resort tersebut..


PEDU: Tasik Pedu sudah melabuhkan tirainya sebagai tempat tarikan pelancong dengan penutupan dua hotel terakhir di situ.

Iaitu Mutiara Pedu Lake Resort dengan 260 buah bilik, yang ditutup pada 8 Januari, seminggu selepas Desa Utara Resort ditutup.

Pihak pengurusan terpaksa berbuat demikian kerana perniagaan sangat teruk.

Hotel ketiga, Anjung Pedu Resort milik kerajaan negeri, telah ditutup beberapa tahun lalu.

Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Negeri, Ammar Abd Ghapar berkata Tasik Pedu pada satu ketika menjadi pilihan pelancong dari Taiwan dan Singapura, tetapi bilangannya menurun sehingga sangat sedikit dalam enam tahun lepas.

Masalah utama ialah kurangnya promosi, dan penemuan kubur di dasar Tasik Pedu, yang telah terdedah ketika kemarau lebih setahun yang lalu.

"Bilangan pelawat sudah menurun tetapi ia menjadi bertambah buruk selepas berita kubur tersebut merebak," beritahu Ammar.

"Ramai pelancong dari Taiwan dan Singapura agak was-was, mereka enggan pergi ke tasik tersebut."

Kemarau yang melanda juga menghalang aktiviti sukan air, yang pada satu ketika amat popular di tasik tersebut.

Bekas Ketua Keselamatan Mutiara Pedu Lake Resort Rani Dahaman memberitahu yang resort tersebut mengalami kerugian sebanyak RM1 juta setahun.

Kesemua 66 pekerja resort telah diberhentikan pada 14 Jan, dan telah diberi dua bulan gaji sebagai pampasan.

Kerajaan bangunkan Tasik Pedu sebagai destinasi pelancongan pada tahun 1992.

Tasik seluas 120 hektar terletak 50km dari Kuala Nerang, pekan terdekat, dan 5km dari sempadan Malaysia-Thai.

Mutiara Pedu Lake Resort bermula sebagai Holiday Inn Pedu Lake Resort dalam tahun 1994.

Mutiara Hotels & Resorts mengambilalih tempat tersebut dalam tahun 1999.

~penarik beca

~penarik beca


Babi lebih mulia dari ulama yang bercakap macam orang gila

Posted: 09 Feb 2012 08:07 PM PST

Bangkai dijangka menang di Lembah Pantai (3)

Posted: 09 Feb 2012 07:09 PM PST

Bila Azmin Ali dilihat macam Umno

Posted: 09 Feb 2012 12:10 AM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kepercayaan adalah hasil usaha, bukan di desak! — Sakmongkol AK47

Posted: 09 Feb 2012 03:33 AM PST

Kepercayaan adalah hasil usaha, bukan di desak! — Sakmongkol AK47

February 09, 2012

9 FEB — Baru-baru ini saya membaca berita bahawa Umno Kelantan akan meminta nasihat Tengku Razaleigh Hamzah menggenai usaha mereka merampas Kelantan. Kita tumpang gembira, Umno mempunyai keyakinan seperti ini. Tapi ramai orang juga tahu, bahawa Umno tidak ada pilihan lain kecuali bercakap besar. Jika tidak, semangat soldadu Umno akan berkecai. Belum lagi masuk gelanggang, kita sudah tewas.

Tapi seperti kata orang Inggeris mungkin Datuk Mustapa "has bitten more than he can chew". Sesudah memberitahu satu dunia yang Umno akan rampas semula 23 kerusi, mungkin Tok Pa berfikir — bagaimana caranya? PAS dan para penyokongnya dan rakyat Kelantan bukannya lembu. Bagaimana meyakinkan mereka? Bolehkah rakyat Kelantan di sogok dan di rasuah dengan pemberian RM500?

Mana mungkin mereka akan melupakan penganiayaan kerajaan Umno dan BN menafikan rakyat Kelantan hak keatas royalty minyak? Bayangkan apa dapat di manfaatkan jika pendapatan negeri bertambah 400-500 juta setahun diatas yang sedia ada? Kelantan akan membangun dengan pesat sebab negeri ini mempunyai asset yang termahal — rakyat yang kental semangat. Mengenai sifat keusahawanan mereka, tidak perlu di ceritakan.

Ketika mengistiharkan bahawa mereka akan merampas 23 kerusi DUN di Kelantan, adakah Perhubungan Umno Kelantan yang di ketuai oleh Datuk Mustapha Mohamad meminta nasihat Tengku Razaleigh?

Saya rasa tidak kerana kita juga membaca bahawa Tengku Razaleigh jarang di kehendaki hadhir di mesyuarat perhubungan. Jika saya memahami minda orang Umno, ketika mesyuarat itu di jalankan, jika Tengku Razaleigh tidak di jemput, lagi baik. Ini cara Umno menyelesaikan masaalahnya, mengenepikan sumber percanggahan pendapat. Umno simply can't manage difference of opinions kecuali dengan cara bermusuhan sampai mati.

Datuk Mustapha atau Tok Pa adalah seorang teknokrat yang baik. Dia kuat berkerja. Saya juga yakin, Tok Pa orang yang baik. Namun dari segi personality, tiang lampu LLN atau TNB lagi banyak personality. As a politician, Tok Pa is colourless. Kita tak tahu dia marah atau gembira. Saya pernah bertanya dengan Tok Pa — adakah dia tahu bercakap loghat Kelantan? Jika kita dengar pertuturan Tok Pa, sukar kita mengagak dia berasal dari Kelantan. Muka dia bersehaja dan begitu sahaja. Jadi bila dia kata dia berkehendakkan nasihat Tengku Razaleigh, kita tak tahu maksud dia yang sebenar. Dia benar-benar hendak atau tidak?

Adakah dia mengeluarkan kenyataan mahukan nasihat Ku Li untuk menutup kelalaian Umno Perhubungan Kelantan memastikan orang yang mempunyai pengaruh besar di Kelantan telah TIDAK di panggil untuk mesyuarat Perhubungan?

Masaalah di Kelantan, setiap ketua bahagian Umno bersangkaan merekalah pemimpin besar sehinggalah tiba hari pilihanraya.

Tapi cuba kita kaji keadaan negeri Kelantan dan jawab sama ada teriakan Tok Pa dan Umno Kelantan hanya omongan kosong. Saya baru sahaja balik dari Kelantan dan sempat meninjau keadaan di sana. Apa yang kita lihat?

Kita lihat sebuah masyarakat yang vibrant dan segar. Kemajuan dan pembangunan berlaku secara organic. Organic ini maksudnya, datang secara majoriti nya dari usaha dan kudrat sendiri dengan galakan kerajaan yang minima. Kerajaan negeri Kelantan mungkin hanya berjaya mengadakan pendapatan negeri sebanyak RM400-450 juta setahun. Ini suatu jumlah yang sangat kecil. Bahkan jika di bandingkan dengan bajet sebuah university, university pun ada bajet 700-800 juta setahun. Bezanya ialah, rakyat Kelantan ada disposable income. Duit dalam tangan mereka sendiri. Pengajaran yang paling besar ialah, jika ada sesiapa yang terbaik untuk mengurus wang kita, maka sesiapa yang dimaksudkan itu ialah kita sendiri. Dengan wang boleh guna dalam tangan sendiri rakyat Kelantan telah memacu kemajuan dan pembanguan sendiri.

Tapi ada penjaran politik yang ada disini. Dengan adanya otonomi ekonomi, rakyat Kelantan mempunyai ruang pilihan yang lebih luas. Kepada saya ini suatu petanda besar bahawa rakyat Kelantan tidak memerlukan politik naungan sebuah pemerintah seperti Umno untuk membangun. Orang Kelantan telah lama belajar dan tahu bahawa kerajaan hanyalah suatu wadah yang melalui nya, mereka mencapai objektif kehidupan.

Dengan otonomi ekonomi, rakyat Kelantan mampu bersetia kepada pemerintahan yang di bina di atas nilai-nilai, diatas convictions dan diatas keyakinan. Kita yakin kepada perjuangan sebuah parti politik yang berjuang untuk suatu seruan.

Dalam konteks ini, Umno itu berjuang untuk apa? Seruan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu di ganti dengan perjuangan kepentingan peribadi. Kebajikan rakyat yang di laungkan oleh Umno sebetulnya bermaksud kebajikan korporat besar. Tender di beri kepada mereka tanpa pembidaan terbuka atau melalui tender terhad. Tender terhad pun terdedah kepada pelbagai macam manipulasi dan putar belit.

Kita mesti sedar mengenai resam Umno. Apabila terdesak dan tergugat, maka ketika itu sahajalah Umno bercakap mengenai perpaduan Melayu dan Islam serta kepentingan bangsa. Kita boleh menunjukkan suatu contoh yang amat mudah untuk mendedahkan hipokrasi Umno bila bercakap mengenai bangsa Melayu.

Kalau sesebuah parti bercakap mengenai memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu, pengucapan tersebut mestilah tidak bersyarat. Ertinya, kalau nak bantu Melayu, jangan mensyaratkan Melayu itu mesti Melayu Umno. Melayu DAP pun Melayu. Melayu dalam PAS tidak syak lagi, juga orang Melayu.

Jadi bila Umno bercakap menggenai Melayu, itu suatu pembohongan besar. Untuk mengaku mereka mewakili orang Melayu pun, Umno sudah tidak mampu. Dalam tahun 2008, jumlah pengundi Melayu ialah 5.7 juta. Calun-calun Umno hanya mendapat 2 juta undi orang Melayu. Bererti 3.7 juta orang Melayu tidak menyokong Umno sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.

Kenapa terjadi demikian? Sebab bila Umno menyebut dia berjuang untuk orang Melayu, rakyat tahu itu suatu pembohongan dan penipuan. Umno hanya berjuang untuk kepentingan dan kebajikan syarikat besar dan Melayu yang terpilih.

Kepada saya isiunya mudah — jika Umno benar-benar berjuang untuk orang Melayu megapa royalty minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu di nafikan? Sedangkan majoriti rakyat dalam dua negeri tersebut adalah orang Melayu.

Jadi saya hendak ingatkan rakyat Kelantan dan Terennganu bahawa, ketika menerima BR1M sebanyak RM500( duit rakyat punya juga) jangan lupa kepada kezaliman dan penganiayaan yang di lakukan oleh Umno kepada rakyat Kelantan dan Terengganu. Jangan terima kepentingan jangka pendek yang bernilai RM 500 itu dengan kepentingan mendapatkan hak keatas royalty minyak. Harga masa depan anak cucu bukan RM500!

Bolehkan kita percaya, sebuah kerajaan yang sudah pun memerteraikan perjanjian secara hitam putih, yang sekarang ini menafikan hak rakyat Kelantan dan Terengganu?

Kepercayaan, YAB Datuk Seri Presiden Umno, adalah sesuatu yang diusahakan, bukan di desak! Trust, Mr Umno President, is earned not demanded! — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

JUMPA 26 FEBRUARI INI DI KUANTAN-SINGKIRKAN LYNAS

Posted: 09 Feb 2012 03:30 AM PST

Zentrum: SPR Tidak Perlu Takut Pada Pemerhati Luar

Posted: 09 Feb 2012 03:24 AM PST




SHAH ALAM 9 FEB : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak seharusnya bersikap curiga dan takut terhadap pemerhati luar dalam memastikan sebuah pilihanraya yang adil dan bersih dapat dijalankan di negara ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengasas Zentrum Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berhubung kenyataan SPR yang menolak kedatangan pemerhati asing pada pilihanraya akan datang.

"SPR bukan sahaja perlu menjadi sebuah institusi yang berperanan menyuburkan demokrasi malah ia perlu bersifat lebih terbuka untuk memahami nilai demokrasi sepenuhnya.

"Jadi kenyataan SPR terhadap badan pemerhati luar sebagai tidak penting, jelas bertentangan dengan aspirasi transformasi yang dibawa oleh kerajaan sendiri,"

"Apakah ketakutan yang ada pada SPR untuk meragui dan mengesyaki badan-badan pemerhati ini sebagai agen-agen pihak tertentu yang mampu mencederakan proses pilihanraya yang bakal dijalankan? sudah pasti ianya tidak akan berlaku,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Abu Hassan mengingatkan SPR untuk berfungsi sebagai sebuah institusi profesional bagi mengurus perjalanan pilihanraya yang adil, bersih selain merayakan demokrasi segar dan bukannya bertindak diluar bidang kuasa suruhanjaya tersebut

"SPR tidak boleh mencampuri kepentingan dan keuntungan politik mana-mana pihak, tidak kira parti A mahupun parti B.

"Sikap berpihak kepada mana-mana, bakal menyaksikan SPR sebagai satu badan yang mungkin akan disalahkan oleh rakyat pada masa hadapan sekiranya negara kita ketinggalan dalam aspek merayakan demokrasi,"katanya.

Hasan Ali Perlu Buktikan DAP Mahukan Negara Republik

Posted: 09 Feb 2012 03:22 AM PST




SHAH ALAM 9 FEB: Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diminta supaya tidak terus membohongi dan menakut-nakutkan orang Melayu dengan kenyataan DAP akan menjadikan Malaysia sebagai Negara Republik sekiranya Pakatan Rakyat (Pakatan) menang dalam Pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, adalah tidak logik DAP mampu membentuk kerajaan sedangkan mereka hanya bertanding 15 kerusi di Selangor dan 46 kerusi Parlimen.

Oleh yang demikian, beliau mencabar Hasan Ali supaya mengemukakan perkiraan yang membolehkan DAP berkuasa di negara ini.

"Saya nak mintak dia gunakan PhDnya buktikan kepada saya macam mana bertanding 15 kerusi di Selangor boleh menang 29 kerusi. Gunalah PhD awak, tunjuk kepada saya. DAP hanya bertanding 15 daripada 56 kerusi di Selangor.

"Bertanding di peringkat pusat, DAP bertanding 46 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi. Kalau nak memerintah negara, sehingga ingin menjadikan Malaysia negara republik, dia memerlukan dua pertiga. Majoriti mudah mereka memerlukan 112 kerusi. Minta dia buat tesis macam mana bertanding 46 kerusi bagaimana boleh menang 112 (kerusi)," katanya.

Sekiranya gagal, adalah lebih baik Hasan mengambil pendekatan berdiam diri daripada terus menakut-nakutkan orang Melayu jelas beliau.

Sebelum ini, DAP melalui Penasihatnya, Lim Kit Siang menyatakan pendirian bahawa parti itu menyokong 100 peratus Islam sebagai agama rasmi negara serta bukan sebuah parti anti Melayu dan institusi DiRaja.

Beliau turut mencabar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengemukakan bukti yang mengatakan DAP ingin menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

Katanya, adalah lebih baik berhujah mengenai dasar masing-masing dan membiarkan rakyat membuat keputusan dalam menentukan pemimpin mereka.

Katanya, meskipun jumlah kerusi campuran DAP dan PKR berjumlah 27 kerusi tidak ada keperluan untuk PAS tunduk kepada DAP walaupun hanya memiliki 7 kerusi memandangkan untuk membentuk kerajaan negeri memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi.

Ujar beliau, sudah semestinya Pakatan tidak boleh membentuk kerajaan di Selangor tanpa PAS.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media hari ini.







SHAH ALAM 9 FEB: Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diminta supaya tidak terus membohongi dan menakut-nakutkan orang Melayu dengan kenyataan DAP akan menjadikan Malaysia sebagai Negara Republik sekiranya Pakatan Rakyat (Pakatan) menang dalam Pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, adalah tidak logik DAP mampu membentuk kerajaan sedangkan mereka hanya bertanding 15 kerusi di Selangor dan 46 kerusi Parlimen.

Oleh yang demikian, beliau mencabar Hasan Ali supaya mengemukakan perkiraan yang membolehkan DAP berkuasa di negara ini.

"Saya nak mintak dia gunakan PhDnya buktikan kepada saya macam mana bertanding 15 kerusi di Selangor boleh menang 29 kerusi. Gunalah PhD awak, tunjuk kepada saya. DAP hanya bertanding 15 daripada 56 kerusi di Selangor.

"Bertanding di peringkat pusat, DAP bertanding 46 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi. Kalau nak memerintah negara, sehingga ingin menjadikan Malaysia negara republik, dia memerlukan dua pertiga. Majoriti mudah mereka memerlukan 112 kerusi. Minta dia buat tesis macam mana bertanding 46 kerusi bagaimana boleh menang 112 (kerusi)," katanya.

Sekiranya gagal, adalah lebih baik Hasan mengambil pendekatan berdiam diri daripada terus menakut-nakutkan orang Melayu jelas beliau.

Sebelum ini, DAP melalui Penasihatnya, Lim Kit Siang menyatakan pendirian bahawa parti itu menyokong 100 peratus Islam sebagai agama rasmi negara serta bukan sebuah parti anti Melayu dan institusi DiRaja.

Beliau turut mencabar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengemukakan bukti yang mengatakan DAP ingin menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

Katanya, adalah lebih baik berhujah mengenai dasar masing-masing dan membiarkan rakyat membuat keputusan dalam menentukan pemimpin mereka.

Katanya, meskipun jumlah kerusi campuran DAP dan PKR berjumlah 27 kerusi tidak ada keperluan untuk PAS tunduk kepada DAP walaupun hanya memiliki 7 kerusi memandangkan untuk membentuk kerajaan negeri memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi.

Ujar beliau, sudah semestinya Pakatan tidak boleh membentuk kerajaan di Selangor tanpa PAS.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media hari ini.


SIAPA YANG BERSALAH? LELAKI PELANGGAN ATAU PEKERJA?LIHAT DARI MULA

Posted: 09 Feb 2012 02:41 AM PST




SIAPA PULA DAN DIMANA PULA PEKERJA INI NAK MENGADU?ADA KAH MEREKA JUGA TIDAK BERSALAH?DAN SEKIRANYA DI BELI ONLINE..ADAKAH ESOK SUDAH TIADA LAGI UNTUK DIBELI DAN DIMAKAN.

KALAU DILIHAT KEPADA GAMBAR, PENGADU JUGA CUBA MENCABAR PEKERJA....LIHAT DARI MULA VIDEO DI ATAS.

JOHOR BERDAGANG DENGAN ISRAEL

Posted: 09 Feb 2012 02:17 AM PST

Share

By :SUSAN LOONE


BERCANGGAH dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela

Posted: 09 Feb 2012 01:09 AM PST

SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela

Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan.

Shahrizat Jalil (gambar kanan), juga Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang tadi, dipercayai ada kaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). Menurut laporan The Star Online, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu.

"Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" (Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh. Cukuplah tuduhan liar!)

Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali (gambar kiri) mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. Wartawan menyusul dengan memetik laporan The Star Online, bahawa Shahrizat mendakwa dirinya yang minta untuk disoal-siasat.

"Saya tak tahu apa dia cakap. Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. Bagaimanapun, apabila ditanya apakah soal-siasat ini berkaitan dengan isu NFC, beliau menamatkan perbualan sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan.

Shahrizat Abdul Jalil adalah isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Mohamed Salleh Ismail, dan anak-anak mereka juga terlibat untuk menyandang jawatan dalam syarikat berkenaan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendedahkan penyalahgunaan wang melalui NFC, dengan menyasarkan Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat yang enggan tunduk kepada tekanan pada awalnya, bagaimanapun mengambil cuti selama tiga minggu, mulai 12 Januari 2012 untuk memberi laluan kepada siasatan SPRM.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disunting dan diterjemah dari teks asal.

Khalid Samad Sedia Berdebat Dengan Hasan Ali

Posted: 09 Feb 2012 01:07 AM PST

SHAH ALAM 9 FEB : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sedia mengadakan debat terbuka dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat , Datuk Hasan Ali sekiranya disiarkan secara langsung di media eletronik.

Ia bertujuan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk memperjelaskan secara adil dan berfakta berhubung 'parasit" dalam PAS yang dicetuskan hasan sebelum ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menyifatkan bekas Exco Selangor itu sebagai 'musuh dalam selimut' ekoran beberapa kenyataan yang bercanggah dengan parti dan Pakatan Rakyat (Pakatan) sebelum dipecat.

Katanya, keputusan pemecatannya dibuat sendiri oleh pimpinan tertinggi parti yang diketuai oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat khas tanpa pengaruh daripada mana-mana pihak termasuk 'parasit' seperti yang di katakan Hasan.

"Saya diberitahu bahawa walaupun majoriti ahli mesyuarat meminta dia pada asalnya tidak dipecat tetapi digantung keahlian dan semua jawatannya, tetapi pimpinan tertinggi telah memutuskan bahawa dia perlu dipecat. Maka setelah berbincang, kehendak pimpinan tertinggi itu diterima semua," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan Datuk Hasan berhubung 9 sebab mengapa beliau tidak akan merayu pemecatannya.

Jelas Khalid, ketika mesyuarat dibuat, beliau berada di Arab Saudi.

Katanya, kenyataan Hasan yang mengatakan peranan parasit begitu menonjol merupakan satu penghinaan sekaligus tidak menghormati keputusan pemilihan yang dibuat ahli dalam Muktamar PAS 2011 dan kepimpinan yang diterajui Presiden PAS yang dilihat tunduk dengan desakan golongan tersebut.

Tambah Khalid, sebelum ini Hasan berulang kali mencadangkan supaya PAS meninggalkan Pakatan walhal keputusan bersama Pakatan diputuskan dalam Muktamar dan pada ketika itu beliau sendiri tidak bersuara untuk mengatakan sebaliknya.

Beliau turut mendedahkan terdapat pertemuan bersama Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah)dan Datuk Seri Khir Toyo bagi membentuk kerajaan di Selangor yang membuka ruang supaya Datuk Hasan Ali dilantik menjadi Menteri Besar Selangor namun usaha itu digagalkan.

"Dalam tempoh sebelum dilantik Menteri Besar, telah diatur satu pertemuan dengan Tun Abdullah Badari dan Datuk Seri Khir Toyo sepatutunya dia (Hasan Ali) pergi tapi digantikan oleh saya atas arahan PAS Pusat. Dalam pertemuan itu Pak Lah telah sebut PAS ada 8 kerusi, PKR ada 15 kerusi (8 Melayu) dan 20 kerusi bukan Melayu(13 DAP). Awak ada minoriti Melayu, bagaimana ingin membentuk kerajaan.

"Saya katakan, penyelesaiannya mudah. Umno ada 18 kerusi, 5 daripadanya dipinjamkan keapda PAS maka kita ada 21 kerusi Melayu dan masalah selesai. Dia (Pak Lah) kata tidak boleh. Dia mahu PAS lompat bersama dia (Umno), 20 kerusi yang ada pada BN dicampur menjadi 28 kerusi. PKR campur dengan DAP juga menjadi 28, maka bertemu dengan Sultan cepat-cepat dan lantik Hasan Ali menjadi Menteri Besar. Kalau Umno tidak sanggup untuk memberikan 5 kerusi terbabit untuk menyelesaikan masalah majoriti atau minoriti itu. Maka habis di situ," katanya.

Mengulas lanjut katanya, Hasan sebenarnya menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan pihak lain memandangkan beliau dengan dasar Melayu, Islam dan Raja selain latar belakangnya sebagai seorang pakar motivasi sebelum ini.

Dalam konteks berkongsi kuasa katanya, semua pihak sepatutnya mendengar pandangan semua dan bukannya hanya bersandarkan keputusan sendiri semata-mata.

Ujar beliau, Hasan sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor lebih awal memandangkan beliau mengakui mengahadapi kesukaran untuk mendaulatkan Islam dan bangsa Melayu dan bukannya selepas empat tahun mendapat manfaat dan kemudahan sebagai pemimpin negeri.

Dalam pada itu, beliau turut mencabar Datuk Hasan supaya mendedahkan lokasi maksiat seperti dakwaan 'Shah Alam Kota Maksiat' dan bukannya 'cakap ikut sedap mulut'.

"Gambaran sedemikian sebenarnya menempelak Datuk Bandar dan pihak lain seolah-olah hanya dia seorang yang melakukan tugas," katanya.

Berhubung kemungkinan beliau bertanding dalam Pilihanraya Umum 13 (PRU-13) di Shah Alam dengan Datuk Hasan Ali, katanya, segalanya terserah kepada parti memandangkan semua yang bertanding tidak mengetahui dan diberikan jaminan sama ada mereka akan kekal untuk bertanding.

Katanya, beliau mendapat tawaran debat bersama Hasan melalui sebuah penganjur dan akan bersetuju dengan syarat ianya dilakukan secara 'Live'.