Selasa, 10 Januari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MENGAPA BERAT SANGAT HASSAN ALI MAHU TINGGALKAN KERUSI EXCO DI SELANGOR?

Posted: 10 Jan 2012 07:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEHINGGA kini nampaknya Dr Hassan Ali masih berada di kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor.  Meskipun beliau telah dipecat oleh PAS dan kerusi itu diperuntukkan kepada Wakil Rakyat dari PAS, nampaknya Dr Hassan Ali `berat' mahu tinggalkan jawatannya sekarang.

Mengikut undang-undang, MB Selangor boleh memecat Dr Hassan Ali kerana perlantikan Exco adalah di bawah bidangkuasa MB.  Namun demikian, Tan Sri Khalid masih belum mahu memecat Dr Hassan Ali dari kerusi berkenaan kerana mungkin Tan Sri Khalid mahu melihat sejauh mana `sayang'nya Dr Hassan Ali akan jawatan yang dipegang sebelum beliau dipecat oleh PAS. 

Kalau saya di tempat Dr Hassan Ali, tentu terasa malu untuk terus menenggek di kerusi yang sepatutnya diserahkan kepada orang lain.  Pelik, Dr Hassan Ali seperti tidak bersifat malu sedemikian, mungkin ada sebabnya maklumlah bukan senang mahu mendapat kerusi berkenaan. 

Saya harap Dr Hassan Ali masih ada sedikit perasaan malu.  Sebagai seorang `pejuang' Islam, raja-raja dan orang Melayu, Dr Hassan Ali sewajarnya meninggalkan kerusi yang tidak lagi diredhai oleh MB Selangor itu untuk beliau duduki.  Masakan kerana mahu kekal di kerusi tersebut Dr Hassan Ali mahu menempek kepada Istana pula?  Adakah beliau mahu Istana camportangan di dalam perkara ini walaupun beliau tahu Istana tiada kuasa untuk menghalang MB Selangor melantik orang lain?


HASSAN ALI - MASUK PAS KERANA ISU ANWAR, DIPECAT PUN KERANA ANWAR JUGA?

Posted: 10 Jan 2012 09:34 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK perlu rasanya Dr Hassan Ali cuba mencari alasan mengapa beliau dipecat dari PAS.  Apa pun alasan beliau, PAS kini telah melabelkan beliau setaraf dengan Zul Kulim dan Berahim alkataki, tidak kurang atau lebih dari itu.  Maka, alasan Dr Hassan Ali seperti yang beliau sebut di Malaysiakini bahawa beliau dipecat kerana DS Anwar merupakan satu alasan paling bodoh, bengap dan gelabah dari seorang Pakar Motivasi.

Semua tahu Dr Hassan Ali sertai PAS sewaktu PAS mulai merasa `kesenangan' bukan di kala PAS susah.  Isu pemecatan dan kezaliman DS Anwar, tidak seorang pun boleh menafikan membantu menaikkan sokongan terhadap PAS dan di kala itu lah Dr Hassan Ali memasuki PAS.  Di kala PAS berada di dalam keadaan `sukar' sebelum itu, Dr Hassan Ali senang lenang di bawah BTN.  Ertinya, faktor DS Anwar Ibrahim jugalah menjadi salah satu sebab Dr Hassan Ali beralih kepada PAS.  Jika beliau tidak mahu mengaku, terpulang kepadanya tetapi kita tahu Dr Hassan Ali sertai PAS ketika PAS mula mendapat sokongan ramai atas isu DS Anwar ketika itu.

Jika Dr Hassan Ali berada di dalam PAS adalah disebabkan oleh isu DS Anwar, maka kali ini beliau terpelanting dari PAS juga adalah kerana orang yang sama?  Dr Hassan Ali jangan fikir orang lain yang bukan pakar motivasi sebodoh itu untuk menerima alasan beliau dipecat.  Terdapat dua persoalan yang saya mahu ulas di dalam isu Dr Hassan Ali ini.

Pertama, beliau berkata beliau dipecat kerana DS Anwar.  Bilakah masanya pernah sepatah atau sebaris ayat yang DS Anwar memberikan bayangan agar Dr Hassan Ali disingkirkan dari PAS?  Tiada sebab DS Anwar mahu Dr Hassan Ali dipecat sedangkan perlantikan jawatan Exco Agama yang diberikan kepada beliau oleh MB Selangor dari PKR itu tidak pernah dibantah oleh DS Anwar.  Jika DS Anwar anti sangat kepada beliau, mudah sahaja, DS Anwar boleh arahkan Tan Sri Khalid selaku MB Selangor melantik tokoh PAS yang lain untuk jawatan Exco Agama tersebut. 

Kedua, Dr Hassan Ali menyebut bahawa mengapa YB Azmin mencampuri urusan dalaman PAS dengan mencadangkan agar beliau dipecat dari PAS.  Dr Hassan Ali lupa bahawa beliau juga telah menyentuh dan memburukkan imej DS Anwar Ibrahim yang pada waktu itu sedang berdepan dengan mahkamah.  Dr Hassan Ali terang-terangan meminta mahasiswa dan orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan di mahkamah pada 09 Jan yang lalu untuk memberikan sokongan kepada DS Anwar.  Beliau turut menyatakan bahawa kes DS Anwar adalah kes atau masalah peribadi dan tiada kena mengena dengan rakyat.

Bukankah kenyataan beliau itu menghina secara peribadi DS Anwar dan para penyokongnya?  Lupakah beliau bahawa DS Anwar itu adalah Ketua Umum PKR.  Apa hak beliau untuk menghina Ketua Umum PKR?  Jika beliau tidak mahu hadir bersama anak bininya ke mahkamah pada 09 Jan yang lalu, mengapa busuk sangat hati perut beliau untuk menghasut orang lain agar tidak menyokong DS Anwar?  Maka, dengan penghinaan sedemikian rupa Dr Hassan Ali terhadap Ketua Umum PKR maka beliau mengharapkan ahli-ahli dan penyokong PKR boleh berdiam diri?

Justeru itu, amat tepat dan wajib bagi YB Azmin selaku Timbalan Presiden PKR bangun membantah dengan keras keegoan Dr Hassan Ali itu.  Jika beliau boleh hina pemimpin PKR, mengapa beliau pertikaikan YB Azmin mencampuri urusan dalaman PAS?  Pemimpin PAS tidak sebodoh Dr Hassan Ali yang, maka atas dasar Dr Hassan Ali melakukan perbuatan yang merugikan atau memalukan PAS maka beliau seharusnya dipecat.  Jika kelakuan seperti ini dibiarkan di dalam PAS, suatu hari nanti akan ada ahli-ahli atau pemimpin lain dari PKR atau DAP yang menghina pemimpin PAS pula.  Sehubungan itu, tindakan PAS ke atas Dr Hassan Ali amat tepat dan bijak.

Oleh yang demikian, Dr Hassan Ali jangan cuba untuk melindungi sifat ego, sombong dan bebal yang ada pada dirinya dengan menyalahkan orang lain.  Beliau memang tidak selayaknya berada di dalam PAS kerana beliau bukan pejuang Islam yang tulen.  Pejuang Islam yang tulen tidak mempunyai hati yang busuk dan bersifat hasad dengki.  Jika beliau sekarang ini kesempitan wang samada tidak mencukupi untuk menangung hutang atau mahu hidup mewah, tempat beliau sebenarnya adalah di dalam Umno.  Itu pun jika beliau sanggup menjadi `lembu di dalam kondo'./wfauzdin.blogspot.com

KARPET KUNING

KARPET KUNING


LIGA SUPER MALAYSIA - LionsXII 1 - 2 Kelantan

Posted: 10 Jan 2012 05:47 PM PST



SINGAPURA: Ia permulaan mengecewakan dan persembahan yang menimbulkan tanda tanya. Keputusannya pula mengesahkan ramalan jurulatih profesional, Tohari Paijan.

Di depan 8,000 penonton di Stadium Jalan Besar dan ribuan lagi yang menyaksikannya melalui kaca televisyen, SingaXII rebah 1-2 di tangan Kelantan dalam perjuangan pembukaan pertandingan bola sepak Liga Super Malaysia. Jika ada satu detik yang menjadi kemegahan pasukan tuan rumah dalam pertarungan ini ialah keupayaan bek tengah, Baihakki Khaizan, membuka tirai jaringan melalui tandukan hasil tendangan percuma Shahdan Sulaiman pada minit ke-34.

Tetapi, sebagaimana amaran Tohari baru-baru ini, Kelantan pasukan yang tidak mudah menyerah kalah dan mampu meledakkan keputusan mengejut. Ini terbukti apabila ia menyamakann kedudukan 1-1 seminit sebelum rehat melalui Norshahrul Idlan Talaha. Gol kemenangan Kelantan melalui penalti hasil rembatan Mohd Ghaddar pada minit ke-79 boleh dipertikaikan tetapi rata-rata kekurangan pasukan tuan rumah agak ketara.

Tenaga midfield kurang bertenaga dan tenaga penggempur kurang berbisa. Jangan bersungut SingaXII tidak memungut tiga mata. - Agensi

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


AMK: Adam Adli, Simbol Hapus PTPTN, Mansuh AUKU

Posted: 10 Jan 2012 08:42 AM PST

SHAH ALAM, 10 JAN: Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan terus mempertahan pendirian Adam Adli Abd Halim yang telah dijatuhi hukuman penggantungan selama tiga semesta oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris baru-baru ini.


Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli dalam kenyataan medianya berkata pihaknya Adam Adli telah dibicarakan melaui keputusan politik.

"Kami menyeru Anak Muda dan Mahasiswa menyambut semboyan kebangkitan rakyat menuntut perubahan dan keadilan. Malaysia bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum, satu wadah demokrasi untuk menumbangkan kerajaan BN-UMNO yang rakus dan angkuh.

"Pakatan Rakyat melalui muafakat Buku Jingga dan AMK Malaysia melalui Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia meletakkan komitmen untuk memberi ruang kepada mahasiswa di dalam membina Negara bangsa.

"Usaha memansuhkan AUKU dan akta-akta lain yang menyekat serta merubah sistem pembiayaan pengajian tinggi termasuk menghapuskan PTPTN sebagai tawaran AMK dan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Malaysia," ujar beliau

Berhubung pengantungan Adam Adli, beliau berkata pihaknya akan menggunakan pelbagai saluran bagi membantu pelajar terbabit.

"Mendepani isu penggantungan Adam Adli, pihak biro Mahasiswa bersama Peguam Untuk Kebebasan (Lawyers For Liberty) secara serius membantu dan meneliti langkah yang wajar diambil. Bersama-sama Adam Adli dan seluruh gerakan mahasiswa, Biro Mahasiswa Angkatan Muda keadilan akan terus menyokong gerakan menuntut perubahan yang diterajui Mahasiswa.'kata beliau.

Penggantungan Adam Adli, pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan semalam atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang pro-pelajar.

Dr Rani calon terbaik ganti Hasan Ali, kata Pemuda PAS Selangor

Posted: 10 Jan 2012 08:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Selepas dipecat keanggotaan sebagai ahli PAS, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali kini berdepan dengan tekanan agar melepaskan jawatan exco kerajaan negeri memandangkan beliau kini bukan lagi "wakil rakyat PAS."

Semalam Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam melepaskan jawatan itu secara sukarela.

Beliau berkata ini kerana amat jelas bahawa beliau tidak lagi mewakili PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu menghormati keputusan yang diambil oleh parti itu memecatnya.

Keputusan Khalid itu mendapat sokongan penuh Dewan Pemuda PAS Selangor agar pengganti untuk jawatan yang disandang Hasan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri dari Barisan Nasional (BN) dapat dilantik.

"Menteri Besar juga menyerahkan kepada pimpinan PAS Selangor untuk melantik pengganti kerana kuota exco tersebut adalah untuk parti PAS," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan.

Beliau menambah calon yang paling layak untuk memegang jawatan itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman (gambar), juga merupakan Pesuruhjaya PAS negeri.

"Dr Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut, bukan sekadar beliau orang nombor satu PAS di Selangor tetapi beliau cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan masalah rakyat," katanya.

Kelmarin Hasan, ADUN Gombak Setia dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Hasan, sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang "menongkah arus".

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

The Malaysian Insider awal pagi ini melaporkan Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya ingin diadili semula.

themalaysianinsider/-

PAS beri laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh

Posted: 10 Jan 2012 08:27 AM PST

PAS beri laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh

Leong Khong




.
KISAH INI MEMBUKTKAN BODONYA MELAYU JOHOR DI KAWASAN FELDA NI.APA UMNO TAK KATA PADA MELAYU YANG SOKONG PEMBANGKANG.(WRLR)




PAS Johor mengesahkan bahawa partinya bersetuju untuk memberi laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh, Johor dalam pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, DAP turut memaklumkan bahawa partinya akan meletakkan seorang calon keturunan Melayu untuk bertanding di kawasan itu.

Dalam satu temuramah bersama MerdekaReview, Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman (gambar kiri) mengesahkan bahawa PAS berjanji untuk memberi laluan kepada DAP di kawasan yang mana lebih 80% pengundinya terdiri daripada Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka FELDA. Mazlan menambah, untuk Barisan Nasional, DUN Tenggaroh dimiliki MIC, dan ini peluang untuk Pakatan Rakyat menunjukkan kerjasama antara PAS dengan DAP.

Ini kawasan pertama yang dikesahkan setelah dikhabarkan bahawa perubahan akan berlaku dalam beberapa kawasan yang ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat, menjelang PRU 13. DAP, sebuah parti politik yang lebih tumpu untuk bertanding di kawasan bandar, kini akan bertanding di kawasan FELDA di pedalaman.

Dalam PRU 12 pada tahun 2008, terdapat sejumlah 20,176 orang pengundi, dengan 80.04% Melayu, 16.72% Cina, 2.06% India dan 1.18% lain-lain. di Tenggaroh. Dengan peratus pengundian hampir 80%, calon MIC Murukasvary A/P S.Thanarajan meraih 11,789 undi, sementara calon PAS Shahar Abdullah memperolehi 3,556 undi, dengan perbezaan 8,233 undi.

Mengimbas rekod PRU 11 pada tahun 2004, calon BN mendiang Krishnasamy A/L Shiman (10,412 undi) menang dengan majoriti 8,287 undi, menewaskan calon PAS Sheikh Abdullah Said Salleh (2,125 undi).

Mazlan Aliman berkata, PAS kerap berceramah di kawasan FELDA DUN Tenggaroh, berdialog dengan penduduk tempatan dan membuat kunjungan ke situ, untuk menyebarkan maklumat Pakatan Rakyat. Beliau berkata, kini bukan isu DAP, tetapi muafakat dalam Pakatan Rakyat. Mana-mana parti yang bertanding, parti komponen PR mesti turun untuk membantu.

Ketika ditanya kemungkinan DAP menang di kawasan Tenggaroh, Mazlan tidak memberi jawapan secara langsung, tetapi menganggap suasananya menyerupai suasana "Reformasi", sebagaimana yang berlaku dalam PRU 10 pada tahun 1999. Beliau berkata, BN hanya menang dengan majoriti 4,000 undi di kawasan parlimen Mersing pada tahun 1999, pada masa yang sama DUN Tenggaroh dan Endau dalam kawasan itu dihakis undi majoritinya.

Kerusi Parlimen Mersing dan DUN Endau menyaksikan pertembungan antara calon UMNO dengan PAS sepanjang dua penggal PRU yang lalu. Mersing dan DUN Endau bersama DUN Tenggaroh kesemuanya dimenangi calon BN dalam tiga penggal PRU yang lalu.

Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau (gambar kiri) membuat pengumuman dalam Mesyuarat Agung DAP baru-baru ini, bahawa persetujuan telah dicapai antara PAS dan DAP, di mana PAS akan memberi laluan kepada DAP di satu kawasan yang asalnya ditandingi PAS. Boo Cheng Hau mengesahkan bahawa DAP akan meletakkan calon Melayu untuk menyarung jersi DAP di situ.


PERISTIWA SEBELUM DAN SELEPAS DIBEBASKAN

Posted: 10 Jan 2012 08:03 AM PST











IKUT KATA DEPA....JUMPA KAWAN DALAM umno

Posted: 10 Jan 2012 06:08 AM PST


"Jangan hanya kerana kita bercakap dengan orang Umno kita dikatakan nak jadi Umno. Kerana kita bercakap dengan akhbar Umno maka kita nak jadi Umno. Harap selepas ini politik kita menjadi matang," katanya. - Mkini
Pemimpin PR dok sibuk citer pasai boikot dan jangan percaya kepada Media Arus perdana, tapi Nasha dengan kenyataan nya di atas. Kami penyokong PR pegang dari awal sampai sekarang, Aku rasa Nasha ni binggung juga. Dia tak perasan bagaimana media arus perdana pilih berita untuk disiarkan.

Aku nak bagi tau kau sikit Nasha ..
Media Arus perdana tu cuma siarkan berita yang bagi manafaat kepada diorang je. Kalau berita kebaikan untuk parti lawan, mampuih tak siarkan. Kalau kenyataan kau tu bakal menjatuhkan kredibiliti PR dan bermanafaat kepada mereka, cepat kuar berita. Tak kan tu pun nko tak perasan?

Nak ku ajar .. tapi kau kata, kau lagi pandai. Tak kan benda mudah ni pun tak terpikir?
Hang cerita pasai matang? Hello .. Hang matangkan media arus perdana tu dulu.

Banyak la hang punya matang ...


wartamaya....

LEBIH 10,000 BANJIRI SEBERANG JAYA SAMBUT KETIBAAN ANWAR SELEPAS DIBEBASKAN

Posted: 10 Jan 2012 05:43 AM PST

Some 10000 people converged at the Expo site in Seberang Jaya within Anwar's Permatang Pauh constituency in renewed determination to propel PKR and Pakatan to greater heights.

PKR strategist Saifuddin Nasutionion berkata bahawa dengan pembebasan Anwar Pakatan akan menjadi lebih kuat dengan sokongan rakyat,dapat menyatukan lag parti dalam Pakatan dan menyatukan semua penyokong.

Antara yan g turut berceramah ialah Azmin Ali, Mujahid Yusof Rawa dan Guan Eng. Turut serta Sim Tze Tzin dan Toh Kin Woon.

Terkejut dengan keadaan, tiada pun pihak polis di situ.


GAMBAR ANILNETTO.COM

Liputan 901 di akhbar Cina: Bukti sistem kehakiman bebas?

Posted: 10 Jan 2012 05:33 AM PST

Liputan 901 di akhbar Cina: Bukti sistem kehakiman bebas?

Lim Hong Siang

Kesemua akhbar Cina menonjolkan "Anwar tidak bersalah" sebagai tajuk utama di muka depan pada hari ini, dengan Sin Chew Daily memperuntukkan setengah dari muka depannya untuk berita "PM: Sistem Kehakiman Bebas". Sementara China Press memperuntukkan setengah dari muka depannya untuk kejadian letupan di luar mahkamah.

Liputan luas dengan gambar berwarna diberikan dalam akhbar bahasa Cina untuk keputusan kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim dan kejadian di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam. Kronologi kes liwat II, reaksi pemimpin dan sebagainya turut menyarat dada akhbar bahasa Cina.

Tidak harus bermula sebermulanya


Wacana dalam akhbar Cina lebih cenderung untuk mengganggap bahawa kes liwat II ini tidak harus bermula. Justeru itu, keputusan ini dianggap sesuatu yang positif. Misalnya, dalam tulisan kolumnya, Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Tay Tian Yan menganggap seandainya tempoh 3.5 tahun ini digunakan untuk muhasabah dalam parti dan reformasi kerajaan, maka parti pemerintah mungkin meraih lebih sokongan dan sanjungan. Namun, menggunakan seluruh tenaga dan usaha untuk kes liwat, telah membuatkan keadaan menjadi teruk.

Meskipun begitu, tiada kritikan ditujukan secara langsung kepada Najib Razak, pemimpin UMNO yang mengadakan pertemuan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum Saiful membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat. Malah, keputusan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah ini cuba ditonjolkan dari dimensi "kebebasan sistem kehakiman".

Sin Chew Daily (gambar kiri) misalnya, tonjolkan kenyataan Najib menyanggah "tuduhan bahawa sistem kehakiman tidak bebas". Satu analisa di China Press pula mentafsir bahawa pertarungan politik selepas ini bakal menyaksikan pertembungan terus antara Najib dengan Anwar. Satu lagi analisa di China Press menganggap keputusan ini membuktikan bahawa mahkamah tidak dikawal Barisan Nasional, lantas rakyat harus yakin dengan sistem kehakiman negara.

Ironinya, meskipun keputusan ini cuba ditampilkan dengan persepsi "mahkamah bebas daripada manipulasi Barisan Nasional", namun ia gagal menyelindung pandangan pengamal media ini di sebaliknya. Misalnya, Guang Ming Daily membubuh tajuk besarnya "Di luar dugaan" - jelas menunjukkan bahawa pengamal media sendiri menjangka Anwar akan dipenjarakan. Mereka mungkin berbeza pendapat dalam isu Anwar bersalah atau tidak, tetapi agak sebulat suara untuk menyetujui bahawa kes liwat II adalah kes politik.

Meramalkan tarikh PRU 13


Rata-rata menganggap keputusan ini memberi kesan positif terhadap Pakatan Rakyat, pada masa yang sama menampilkan BN sebagai kerajaan yang mahu berubah, kerana tidak campur tangan dalam sistem kehakiman. Tay Tian Yan misalnya, menganggap reputasi Anwar memuncak semula lantaran keputusan semalam, malah PKR yang dipimpinnya turut disuntik semangat.

Tay Tian Yan menambah, Pakatan Rakyat telah menjadi benteng Anwar kali ini, dan hubungan PR semestinya lebih kukuh selepas mengharungi krisis ini. Malah adalah sesuatu yang ironi apabila segala-gala yang dilakukan parti pemerintah ini membantu PR sebaliknya. Tay Tian Yan menyimpulkan bahawa kedua-dua pihak harus jelas dengan senario politik yang terkini, dan jangan membazirkan sumber dalam perjuangan yang tak tentu pasal.

Seorang lagi Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Lim Sue Goan dalam artikel kolumnya hari ini mengulas, dua ramalan tentang tarikh PRU 13 lantaran keputusan ini. Satu, PRU 13 akan diadakan secepat mungkin kerana PR tiada isu untuk mengerah sentimen dan simpati rakyat; keduanya, keputusan ini mencelarukan langkah percaturan BN, dan tarikh PRU 13 mungkin dilewatkan.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media bahasa Cina. Media yang dirujuk bertarikh 10 Januari 2012, berkisar pada keputusan mahkamah berhubung Kes Liwat II.

Letupan Di Himpunan 901: Polis Perlu Siasat Segera

Posted: 10 Jan 2012 05:23 AM PST






SHAH ALAM, 10 JAN: PKR menganggap isu letupan yang berlaku semalam semasa himpunan 901 sebagai amat serius dan memerlukan siasatan terperinci dan segera dari pihak polis.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata kejadian ini mengejutkan memandangkan himpunan tersebut adalah antara himpunan pertama yang mendapat permit Polis.

"Polis harus beri penjelasan sebab sepanjang malam polis sahaja yang dapat acces ke kawasan tersebut. Dari pada gambar-gambar dan saksi, didapati bahan letupan tersebut disimpan dibawah 'kon' polis dan ia diletupkan melalui remote control atau time bom. Ini bukan boleh dibuat oleh orang biasa,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Dalam kejadian tersebut terdapat pihak-pihak lain juga turut berada dilokasi tempat letak kereta berhampiran Mahkamah Jalan Duta semalam.

"Baik pun perkasa ke pekida pun saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana mereka juga berhak untuk berhimpun, saya harap pihak polis boleh menyiasat dan mencari orang yang bertanggungjawab,"ujarnya.

Menyentuh mengenai himpunan aman semalam, Tian berkata keputusan pembebasan Anwar semalam merupakan suatu kegembiraan kepada seluruh Pakatan Rakyat.

"Ini saya anggap orang yang tak puas hati dengan himpunan aman yang berlangsung atau orang tidak berpuas hati dengan kes ini. Ini boleh menjadi sedikit klu kepada pihak polis untuk mengadakan siasatan untuk mengetahui siapa yang bertanggung jawab,"katanya.

Sehubungan itu, PKR dan Pakatan Rakyat akan cuba menemui pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak supaya siasatan segera dijalankan.

Dalam kejadian semalam tiga insiden letupan bom yang mencederakan lima orang awam berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Hehe...!!

Posted: 10 Jan 2012 06:01 PM PST

dollah yankee

dollah yankee


Selepas 3 tahun 6 bulan

Posted: 10 Jan 2012 05:00 AM PST

Selepas keputusan dari hakim mahkamah tinggi terhadap Anwar di-umumkan kelmarin, orang yang paling awal dan orang yang mula-mula buka suara ialah Rais Yatim. Dengan pantas dia pun berkata yang sistem badan kehakiman di negara kita ini bebas.

Tiga tahun setengah kes ini ambil masa. Berapa banyak wang yang sudah habis untuk selesaikan kes ini?

Gurkah-gurkah di'port' politik setuju dengan sesetengah pihak diluar sana yang kata kes ini tak sepatutnya di bawa ke mahkamah sejak awal.

Tiga tahun setengah...masa dalam 'court', pihak pendakwaan dan polis terus menerus memberikan bukti-bukti dan hujah-hujah yang tidak komprehensif.

Tiga tahun setengah... di-luar 'court', hari-hari bakal PM ke-6 kita terus menerus di-busukan nama dan maruahnya, hari-hari media-media barua umno memainkan isu Anwar 'kaki jubur' dengan harapan untuk memusnahkan reputasi beliau dan Pakatan Rakyat.

Tiga tahun setengah punya 'plan' olih 'mereka-mereka' di-atas sana terpaksa di-tukar,di-ubah dan di-batalkan pada saat-saat akhir. Akibatnya Saiful Bukhari telah menjadi bahan lawak jenaka.

Setelah tiga tahun setengah turun-naik dan keluar-masuk 'court', gurkah-gurkah di'port' kata yang pejabat peguam negara  tidak mungkin akan membuat rayuan lagi sebab PRU sudah dekat... Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Sekarang mereka 'stop' untuk serang Anwar, mereka kini akan menyerang Pakatan Rakyat pula.

~penarik beca

~penarik beca


Malu gila aku Muslimat PAS dituduh hilang akal

Posted: 10 Jan 2012 08:01 PM PST

Tak payah ada PhD pun boleh kenal permanent head damage

Posted: 10 Jan 2012 05:51 AM PST

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video : Anwar's release, a relief

Posted: 10 Jan 2012 09:00 PM PST

Video : Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Posted: 10 Jan 2012 08:51 PM PST

Perjuangan Pemulihan Sistem Pilihan Raya

Posted: 10 Jan 2012 08:50 PM PST

Lensa 901 : Jalan Duta - Part 19

Posted: 10 Jan 2012 08:44 PM PST










Murtad: Salah kita sendiri

Posted: 10 Jan 2012 08:14 PM PST

Jabatan Agama Islam, Baitulmal dan Pusat Zakat gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Bahagian Akhir
Berhubung Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (Himpun) yang diadakan di Seremban baru-baru ini; Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPN) PKR, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek berkata beliau mengikuti rapat perkembangan perhimpunan anjuran Himpun melalui media massa dan rakan yang hadir di perhimpunan tersebut.
"Apa yang menghairankan saya mereka (Himpun) itu sendiri mengaku di dalam ucapan dan sidang akhbar bahawa kebanyakan kes yang murtad atau memohon untuk murtad adalah disebabkan faktor kemiskinan (kewangan), keluarga bermasalah dan cerai berai, keluarga yang tidak menpunyai asas pendidikan Islam yang sempurna serta kes-kes membabitkan saudara baru yang hilang pedoman dan tempat bergantung.
Read More / Baca Lagi >>

Haron Din, Taib, Ismail tiada di rumah Hasan Ali

Posted: 10 Jan 2012 08:08 PM PST

KUALA LUMPUR, 11 Jan: PAS hari ini mengesahkan bahawa laporan berita mengenai kehadiran beberapa pemimpin PAS yang dilaporkan berada di rumah bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali, Ahad malam yang lalu adalah palsu.
Selepas Hasan dipecat pada siang hari, media melaporkan bahawa ramai pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut.
Antara nama yang disebut hadir ialah Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib dan Datuk Ustaz Ismail Kamus.
"Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.
"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan," terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Nakhaie: ‘Adakah Hasan akan dapat keadilan jika buat rayuan’

Posted: 10 Jan 2012 08:07 PM PST

Hasan mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 11 Jan — Bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad menyifatkan "perkara sama" pasti akan berulang sekiranya Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat keahlian oleh PAS tanpa mengikut prosedur perlembagaan parti, mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama. Nakhaie menegaskan prosedur pemecatan Hasan tidak wajar kerana  bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak diberi peluang membela diri di peringkat jawatankuasa disiplin parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Lensa 901 : Jalan Duta - Part 18

Posted: 10 Jan 2012 08:06 PM PST













901 : Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS

Posted: 10 Jan 2012 08:03 PM PST

KUALA LUMPUR, 11 Jan: "Apalah 'kesilapan' yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum hudud yang dilakukan pimpinan Umno BN serta Fitnah I dan II terhadap Anwar?" kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siri Mariah Mahmud (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang telah menghebahkan gambar dari rakaman YouTube kegembiraan sebahagian Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan penyokong Pakatan selepas pengumuman pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mempertikaikan akhlak Muslimat PAS.
Katanya, kegembiraan yang dizahirkan secara nyanyian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS.
Tambahnya, ia satu kesinambungan usaha Umno BN untuk memburukkan PAS yang cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.
Read More / Baca Lagi >>

Veteran Umno: Pembebasan Anwar saja tak cukup

Posted: 10 Jan 2012 08:01 PM PST

NONEKetika pemimpin BN bermegah kononnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II membuktikan badan kehakiman adil dan bebas, seorang bekas menteri dan veteran Umno berpandangan sebaliknya.

Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berkata keputusan itu "tidak cukup" untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan nstitusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan.

"Ini tidak cukup... Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak," katanya yang juga bekas menteri pelancongan dan penerangan.

Kadir menjawab soalan berhubung laporan media arus perdana termasuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata keputusan mahkamah yang memutuskan Anwar tidak bersalah itu membersihkan kerajaan daripada tuduhan campur tangan dan konspirasi politik.
"Bersejarah tetapi mengejutkan"
Read More / Baca Lagi >>

Adam alaihissalam pun di keluarkan dari syurga....

Posted: 10 Jan 2012 07:58 PM PST

Saya masih tidak memahami kenapa isu pemecatan Hasan Ali dari PAS mengambil tempat di dada media dengan begitu meluas sekali. Jawapannya tentulah mudah….kerana pilihanraya sudah menghampiri kita maka isu seperti ini menjadi hangat dan panas kerana kepanasan isu ini menjadi harapan bagi setengah pihak untuk mendapat 'ganjaran' politik darinya.

Pertemuan di antara Hasan dan Tok Guru Nik Aziz beberapa ketika dahulu sepatutnya telah meredakan keadaan kerana di pihak Nik Aziz beliau telah pun memaafkan Hasan jika ada apa-apa kesalahan dari pihak Hasan. Maksudnya pertemuan itu adalah pertemuan memaafkan di antara satu dengan yang lain.

Tetapi ego dan keperongosan Hasan membuatkan keadaan bertambah rumit dengan memarahi pihak lain kononya beliau tidak pernah meminta maaf kepada TGNA. Hasan merasakan beliau begitu besar darjatnya, lebih besar dari aulia dan ambia dan elemen meminta maaf itu tidak ada dalam dirinya. Meminta maaf itu adalah perkara yang beliau anggap seperti suatu fitnah pada dirinya. Saya tidak tahu di mana yang dikatakan Hasan sebagai pejuang Islam dan Raja itu ada ke relevanannya.
Read More / Baca Lagi >>

Nikmat teh tarik liwat 2

Posted: 10 Jan 2012 07:55 PM PST

Pembebasan Anwar dipercayai dapat mengelakkan tercetusnya gelombang reformasi kedua yang pernah dicetuskan beliau dalam tahun 1998.

Ia hanyalah segelas teh tarik sama seperti dengan teh tarik yang saya dan pelanggan-pelanggan lain minum sebelumnya, tiada apa yang membezakannya.
Ia masih teh bancuhan dari serbuk daun teh dan susu krimer yang sama seperti sebelumnya juga, tiada apa-apa yang membezakannya.
Cuma satu perkara membezakan teh tarik yang saya minum malam tadi ialah ianya dibayar oleh seorang teman yang sebelum ini menolak mentah-mentah pandangan saya bahawa Anwar Ibrahim akan dibebaskan dalam artikel 'Bebaskan Anwar, beri BN kelebihan' yang diterbitkan oleh FMT sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Konspirasi politik wujud walau Anwar bebas

Posted: 10 Jan 2012 07:53 PM PST

Rakyat perlu sedar bahawa keputusan kes kelmarin bukan lambang transformasi Najib tetapi satu keputusan terpaksa dan kemenangan rakyat.
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap percaya konspirasi politik tetap wujud walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, keputusan mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan liwat jangan dipandang dari aspek kebebasan kehakiman.
"Walaupun kami menerima baik keputusan mahkamah itu tetapi ia bukanlah petanda bahawa institusi kehakiman bebas," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Beliau yang juga dikenali sebagai CheguBard berkata, jika institusi tersebut bebas maka sejak dari awal lagi pendakwaan tidak harus berlaku ataupun kes ini pasti digugurkan di pertengahan perbicaraan.
Read More / Baca Lagi >>

Syria: Assad speech denounced by opposition

Posted: 10 Jan 2012 07:37 PM PST

Orang Paling GAGAH Atas Muka Bumi - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:36 PM PST

Di Tipu Harta Hidup-Hidup - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:35 PM PST

Zikir Atas Motorsikal - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:32 PM PST

Jawapan Balas ISU Bidaah QUNUT TALQIN - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:31 PM PST

Jawapan Balas ISU Perkataan BODOH BINATANG - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:26 PM PST

Individu FREE Masuk Syurga - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:23 PM PST

Orang Islam SOMBONG Nak Masuk Neraka - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:22 PM PST

Cara Orang TUA Jadi MUDA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:19 PM PST

Nikmat Sembahyang Solat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:18 PM PST

Isu TAREQAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:17 PM PST

Hukum Makan Suapan ISTERI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 07:02 PM PST