Isnin, 24 Oktober 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


(UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari

Posted: 24 Oct 2011 04:54 PM PDT



(Adakah ini Punca Aziz Bari Digantung Oleh UIA....???)

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.

Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Rampas laptop

Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

pro bari poster uia 241011Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.

"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.

Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.

"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.

Katanya, komputer itu milik UIA.

Demonstrasi

Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.

Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.

Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.

Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FINAL PIALA MALAYSIA - BOIKOT HADIR KE STADIUM, FAM CEKIK DARAH?

Posted: 24 Oct 2011 10:21 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

FINAL Bola Sepak Piala Malaysia di antara pasukan Negeri Sembilan menentang Terengganu akan berlangsung pada 29 Okt 2011 ini di Stadium Shah Alam. FAM telah menetapkan harga tiket adalah berharga RM 50 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak.

FAM nampaknya ingin mengambil kesempatan dengan peningkatan sokongan peminat terhadap bolasepak di negara ini. Mengapa FAM tergamak mencekik darah peminat dengan harga tiket yang tidak munasabah itu? Sudah kering kontang sangatkah tabung FAM sehingga terpaksa menaikkan harga tiket seolah-olah mutu bolasepak negara kita sudah sampai ke tahap mutu bolasepak Liga Inggeris atau Eropah?

Mereka tahu bahawa puluhan ribu penyokong-penyokong dari kedua-dua pasukan akan hadir ke stadium pada Final itu nanti, maka FAM menjadi lupa daratan sehingga tidak langsung menunjukkan timbang rasa atau berterima kasih di atas sokongan peminat bolasepak negara ini terhadap liga tempatan.

Saya menyeru agar FAM kembali merenung zaman kemunduran bolasepak negara sehingga ke tahap ini. Amat zalim FAM menghukum peminat bolasepak dengan keadaan ekonomi negara sekarang dengan menetapkan harga yang tidak masuk akal itu. Pegawai FAM malam tadi memberi alasan kononnya harga tiket terpaksa dinaikkan demi membantu kedua-dua pasukan yang beraksi di Final nanti. Apakah selama ini pasukan-pasukan tidak mendapat untung hasil dari kutipan di stadium masing-masing sepanjang Liga Super dan Liga Malaysia?

Sekiranya FAM masih degil dan ego untuk menaikkan harga tiket, saya menyeru agar kita semua memboikot hadir ke stadium pada Final tersebut dan lebih baik kita menonton siaran langsung melalui TV sahaja. Bayangkan jika harga tiket RM50 seorang, jika hadir bersama isteri dan anak-anak sudah berapa? Itu belum dikira kos minyak kenderaan, makan dan minum. Apakah FAM tidak fikir semua ini atau hanya memikirkan kantung FAM sahaja?

Tentang stadium pula, amat memalukan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh digunakan untuk Pertandingan Akhir yang berprestij seperti ini. Mengapa berlaku sedemikian? Ini menunjukkan FAM tidak bersedia dari awal sebelum Liga bermula lagi. Oleh itu, usahlah negara ini mengada-ngada untuk berangan menjadi Tuan Rumah Bola Sepak Olimpik jauh Linksekali untuk menjadi Tuan Rumah Piala Dunia. Memalukan.

Mengapa Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh digunakan? Malaysian Insider melaporkan, " Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010. Selanjutnya baca di sini.

Sekali lagi kita pohon agar FAM menimbang kembali agar harga tiket dijual seperti biasa kerana menghargai sokongan peminat bolasepak negara selama ini. FAM jangan tamak dan lupa diri./wfauzdin.blogspot.com

`BERKAT' UMI HAFILDA - 300 ORANG SERTAI KEADILAN DI PALONG 6

Posted: 24 Oct 2011 02:05 AM PDT

Pada 22hb Okt baru-baru ini, bertempat di Padang Bola Palong 6, penceramah wanita yang terkenal dengan ucapan lucah yang dibawa oleh Umno iaitu Umi Hafilda telah hadir berceramah bersama Pengerusi Felda iaitu `perampas' Pengerusi KPF, Isa Samad. Program sebelah petang itu telah dihadiri ramai petugas-petugas KEMAS sekitar Palong 4, 5 dan 6 di samping mereka yang mahu `berhibur' dengan ucapan lucah dari Umi Hafilda.

Seperti lazimnya, Umi Hafilda akan membuka `Hikayat' basi tentang DS Anwar dan terus memburukkan keluarganya sendiri. Wanita yang telah dibuang dari senarai anak oleh ayahnya itu membuka cerita kononnya DS Wan Azizah juga dibuang oleh keluarga. Namun, usaha wanita berumur yang masih bujang itu untuk memburukkan pemimpin PKR ternyata gagal samasekali.



Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah
berucap penuh semangat

Buktinya pada hari yang sama, malam itu Palong 6 telah menerima kehadiran Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah bersama beberapa pimpinan lain termasuk Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Tuan Hj Suhaimi Said.

Difahamkan pihak KEMAS turut mengarahkan anggota-anggotanya hadir di ceramah Pakatan Rakyat malam itu utuk membuat laporan. Kehadiran pada program malam itu jauh lebih hebat dari program ceramah Umi Hafilda.






Sdr Rebin dan juga Tuan Hj Suhaimi turut berucap


Paling mengejutkan, pada hari yang sama dengan program Umi Hafilda dan Isa Samad, Parti Keadilan Rakyat telah menerima seramai 300 orang menyertai parti tersebut di Palong 6. Jelas ini menunjukkan bahawa kehadiran Umi Hafilda dan Isa Samad membuatkan lebih ramai merasa meluat dan jijik dengan Umno. Apatah lagi dengan kehadiran Umi Hafilda yang berucap penuh dengan maki hamun dan berunsur lucah ditambah pula dengan kehadiran Isa Samad, `perampas' Pengerusi KPF.



Pelakon Man Kadir@Pak Jabit juga turut hadir





Sambutan amat menggalakkan di kawasan Felda Palong 6





Foto: Ihsan Suhaimi Said/Lubok Kawah.blogspot

~penarik beca

~penarik beca


Hadiri Perhimpunan Agung Umno: Tiada tindakan ke atas Mahfuz Omar

Posted: 24 Oct 2011 03:50 AM PDT

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Hikmat Tidak Menyesal Membunuh Bayi

Posted: 24 Oct 2011 06:01 PM PDT

A Normandy man will spend the next 27 years in prison for killing his infant son for disturbing his video game.

Andrew Keith Johnston, 19, entered a best interest plea on Monday to charges of second degree murder for the death of his 1-month-old son William on Oct. 15 of last year.

Johnston had been charged with first degree murder, which could have brought either a life sentence, life without parole, or the death penalty.

Under the terms of his plea agreement, he chose to take a sentence that was outside of the range for second degree murder, which could have been 15 to 25 years.With his head bowed before Circuit Court Judge Robert Crigler, Johnston accepted the plea, saying little more but "yes" and "no" in answer to the judge's questions.

Assistant district attorney Mike Randles stated that Johnston made a written statement that the 1-month-old was crying in his bassinet, and that he became irritated because the crying was interfering with his playing of video games.

"I came over to him, held him in my hands and squeezed him harder than what was intended," Johnston wrote. "I then took both of his legs and shook him with enough force to hurt him."(Link)

...............


Ada sesiapa percaya kepada hukum karma?
Kalau ada,mintak tolong jawab soalan ni.

Dalam hukum karma,setiap perbuatan akan dibalas secara setimpal..kan? Maksudnya, apa yang kau buat dekat orang lain, kau akan dapat balasan dia balik kemudian hari.Jadi, kalau berdasarkan hukum karma...

1. Apa yang baby tu dah buat untuk deserve treatment macam tu?

2. Berapa ramai orang Melayu yang percaya dengan hukum karma?

3. Aku pasti ada "mak bapak instant" yang buang bayi dia tanpa rasa bersalah kat Malaysia ni.




RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


SMM: Najib takut bertemu mahasiswa.......ha..ha...ha....bik mama kata jangan..!!

Posted: 24 Oct 2011 08:55 PM PDT

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyelar tindakan Perdana Menteri Najib Razak yang membatalkan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa malam ini.

SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan itu adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa.

SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik.  Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari.

Justeru demonstrasi dan penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung.  Kami menjangkakan, Hishamuddin Hussien akan menerima memorandum kami pada malam ini selaku wakil Perdana Menteri.

*Kenyataan media oleh Syukri Razab (gambar kanan) selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

FINAL PIALA MALAYSIA - FAM cekik darah !!?

Posted: 24 Oct 2011 08:53 PM PDT

Padang Shah Alam teruk ! kurang sesuai untuk permainan final               Mutu permainan belum layak dengan harga RM50                                      Jangan luntur atau bantutkan sokongan peminat !!       

Kalau tak silap harga tiket final piala Malaysia tahun lepas  RM35.
Final piala FA yang terbaru RM30.  Bayaran kedua-duanya sudah dianggap cukup tinggi !.  Dan kini final Piala Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini,  FAM nak naikkan kepada RM50?,…. Melampau !!

Persatuan bolasepak Malaysia Fam diseru agar jangan terlalu tamak !,  Jangan cekik darah peminat dengan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga tiket dalam keadaan di mana sokongan peminat-peminat belum lagi betul-betul pulih seperti suatu ketika dulu.
Read More / Baca Lagi >>

Selama ini UmnoBn tersalah memilih calun?

Posted: 24 Oct 2011 08:53 PM PDT

Menurut SU Agong Umno – Najib mahu calun-calun yang memang boleh menang dan memberi impak

Sila baca petikan kenyataan SU Agong Umno di bawah ini,…

Setiausaha Agung Umno berkata calon-calon yang akan diturunkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 "memang boleh menang dan memberi impak" dengan menekankan bahawa ketuanya Datuk Seri Najib Razak mahukan calon dan kerusi yang boleh menang.

Sehubungan itu kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar), BN sanggup meletakkan mereka yang sudah berusia jika pihak terbabit boleh membawa kemenangan.

UmnoBn sanggup meletakkan siapa saja sebagai calun, asalkan boleh menang !! Wow! Macam tu sekali! ,..Tua, muda, hitam putih, bertongkat, berkerusi roda boleh saja menjadi calun, seolah-olah perilaku calun  dan latar belakang mereka  tak perlu ambilkira!
Read More / Baca Lagi >>

Propaganda Politik Umno/BN Musnahkan Ratusan Juta Wang Rakyat

Posted: 24 Oct 2011 08:51 PM PDT

Oleh: setisab

"Kerajaan Rakyat : Semua konsep / propaganda politik yang diutarakan olih kerajaan UMNO/ Barisan Nasional melibatkan dana yang bukan sedikit. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mempromosikan sesuatu konsep adalah hasil cukai yang dibayar olih rakyat. Umno/BN telah membelanjakan ratusan juta wang rakyat semata-mata untuk tujuan politik murahan mereka. Konsep Islam Hadhari adalah satu daripada pembaziran nyata yang telah dilakukan olih kerajaan UMNO/BN.

 Sebagai contoh, Muzakarah Imam-imam yang diadakan di UKM pada 11 hingga 15 Jun 2007, anjuran Sekretariat Islam Hadhari, perbelanjaan pengangkutannya sahaja mencecah RM1.1 juta!! Matlamat program tersebut amat jelas, untuk mengumpan para imam supaya mengundi BN dalam PRU 2008 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

MB Mat Said lagi hancur, Melayu di Bandar dihalau

Posted: 24 Oct 2011 08:47 PM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"Tepat pepatan Melayu"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKANG (MAKAN) PADI. Terengganu yang MBnya Mat Said (DS Ahmad Said) hancurkan harapn Melayu dan kawasan tanah Melayu bertapak di kawsan tengah Bandaraya Kuala Terengganu musnah dan hilang dari pandangan pemilik dan generasi akan datang.

Yang peliknya kawsan orang China atau lebih popular Kampung China sepanjang Sungai Terengganu juga ditengah bandaraya Kuala Terengganu tidak dirobuhkan dan dihalau . Keluasannya dan kepadatan penduduknya tidak seramai dan seluas dengan kampung orang Melayu yang dihalau secara terhormat atas dsar pembangunan.

Kampung Paya Keladi, Kampung Tanjung dan seluruh kawasannya, Kampung Ladang dan kawasan sekitarnya adalah lambang orang Melayu berada di tengah Bandaraya .
Read More / Baca Lagi >>

Daripada politik ghanimah kepada politik amanah - Mahfuz

Posted: 24 Oct 2011 08:44 PM PDT

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berbicara soal fasa kedua 60 tahun PAS, gagasan Malaysia Raya, jauhi politik ghanimah, dekati politik amanah, peranan Parti Islam dalam perubahan lanskap politik tanahair, green politics, kelemahan agenda reformasi dalam institusi dan pelbagai isu menarik lain. Ikuti wawancara dengan wartawan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN dan WAN NORDIN WAN YAACOB  dengan Mahfuz pada 11 Okt lalu.


HARAKAH: Boleh  ulas lanjut mengenai apa yang Dato' sebut dalam kongres 60 tahun PAS, di Pulau Pinang, tentang fasa 60 tahun kedua PAS? Dato' juga menekankan tentang lanjutan daripada konsep Melayu Raya, gagasan besar yang dibawa oleh Almarhum Dr Burhanuddin Al-Helmy, yang Dato' istilahkan sebagai gagasan Malaysia Raya.
Read More / Baca Lagi >>

Audit : K'jaan terlebih bayar RM4.6 juta pencen

Posted: 24 Oct 2011 08:40 PM PDT

azlanLaporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.

Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai  206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.
Read More / Baca Lagi >>

Haji dan Malcolm X

Posted: 24 Oct 2011 08:39 PM PDT

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad   
Menjelang musim haji yang bakal tiba,saya membaca kembali buku,''Malcolm X: As They Knew Him ''(editor David Gallen, 1992) dan kali ini tumpuan lebih diberikan kepada cerita perjalanan haji Malcolm X .
Lebih dikenali sebagai Malcolm X, Malik ElShabazz (1925-1965), pemimpin pejuang hak asasi kulit hitam di Amerika yang aktif dengan Nation of Islam (NOI) di bawah pimpinan Elijah Muhammad telah mengalami perubahan yang ketara terhadap pemikirannya sebaik sahaja menunaikan ibadah haji di Makkah.
Read More / Baca Lagi >>

Selamatkan Malaysia dengan himpunan Bersih 3.0

Posted: 24 Oct 2011 08:37 PM PDT

Oleh AMNI JAGAT
Tak kiralah tarikhnya bila. Yang pentingnya Malaysia harus diselamatkan. Kerajaan Malaysia hari ini harus ditegur dengan cara yang lebih berkesan. Himpunan adalah medium yang terbaik untuk menyedarkan pemimpin Malaysia tentang hak rakyat sebagai warganegara.
Saya bersetuju dengan Ahmad Lutfi Othman (Catatan Hujung, 17 Okt), bahawa Bersih 3.0 mungkin pilihan terbaik buat kita.

Isu-isu yang berbangkit setiap hari menunjukkan graf pentadbiran dan kepimpinan di Malaysia semakin parah. Isu seperti pemberian kerakyatan kepada warga asing dengan mudah, serta isu warga asing diberi hak untuk mengundi, adalah cermin betapa kotor dan tirisnya rasa cinta pada negara di kalangan pemimpin.
Dalam artikel di Harakahdaily, "Kerakyatan Malaysia seperti membeli ikan di pasar", saya gariskan beberapa perkara songsang dalam sistem penerimaan terhadap warga asing sebagai rakyat di Malaysia.
Isu seperti isu Mismah masih tidak berjaya ditangani pemimpin negara dengan baik. Sehingga kini kenyataan Mismah yang tidak mengaku pernah mengisi borang sebagai daftar pemilih masih belum terjawab.
Kenyataan  Menteri Dalam Negeri untuk bertemu Perdana Menteri Bangladesh berhubung isu rakyat Bangladesh diberi hak kerakyatan Malaysia itu pun masih belum berhujung.
Read More / Baca Lagi >>

Welcome to gutter Malaysia: Sayonara, investors!

Posted: 24 Oct 2011 08:35 PM PDT

Welcome to gutter Malaysia: Sayonara, investors! With the pea brain Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin throwing his support behind gutter politics, I say welcome to lawlessness Malaysia. It is so evident today that there is no "law" in Malaysia, save for Umno's "law".
It is truly a sad day for Malaysia when our political leaders, more so those from the ruling elite, resort to lies, fabrication to malign the children of political rivals whom they have failed to destabilise.
And, what is the Barisan Nasional government, the police and all other enforcement authorities doing about it? Nothing.
Clear minded, law-abiding and principled Malaysians are wondering when will the madness hit rock bottom.
Clearly, the BN is unable to shake Penang Chief Minister Lim Guan Eng. So the Umno cronies, now led by Muhyiddin, are now targeting his son with the hope of breaking his confidence and composure.
They hope this will shake the DAP secretary-general and his party.
Read More / Baca Lagi >>

Lulus rang murtad di parlimen, bukan di stadium

Posted: 24 Oct 2011 08:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan hari ini.
Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Kenyataan Ustaz Harun itu merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.
PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.
Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.
Read More / Baca Lagi >>

PKPIM sambut baik keputusan UIA

Posted: 24 Oct 2011 08:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik dan mengalu-alukan penarikan balik arahan penggantungan tugas oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang telah dikenakan ke atas pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Presiden PKPIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menganggap bahawa peristiwa penggantungan tugas beliau merupakan satu tragedi keilmuan kepada institusi pendidikan tinggi negara.
Ini, katanya memandangkan isu itu sebenarnya dibangkitkan oleh pihak luar berkepentingan yang sengaja mencari publisiti murahan yang akhirnya membawa kepada penggantungan beliau yang pada dasarnya boleh diselesaikan dengan cara berhikmah tanpa menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan.
Read More / Baca Lagi >>

Hormati, pertahan hak kebebasan akademik

Posted: 24 Oct 2011 08:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengucapkan tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar).
Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari berkata, UIAM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa yang sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea bukannya menekan ahli akademik yang berbeza pandangan terhadap parti memerintah.
Katanya, kemungkinan keputusan menarik balik penggantungan ini disebabkan ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri serta orang awam.
Read More / Baca Lagi >>

Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan

Posted: 24 Oct 2011 08:31 PM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.Read More / Baca Lagi >>

Peguam: UIA dan Putrajaya perlu henti siasat Aziz jika dukung kebebasan

Posted: 24 Oct 2011 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan tugas semalam tidak akan memberi apa-apa makna sebaliknya sekadar hanya mahu menyelamatkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rektornya yang "bingung" dengan perkembangan semasa.
Sehubungan itu, peguamnya Dr Zulqarnain Lukman berkata pihak UIA dan kerajaan jika benar-benar komited dengan kebebasan akademik, maka apa jua siasatan dan tindakan yang tidak berasas, yang dijalankan sekarang perlu dihentikan.
Lewat petang semalam, UIA mengumumkan keputusan menarik balik penggantungan tugas sejak Rabu lalu dan mengarahkan Aziz melaporkan diri hari ini.
Bagaimanapun siasatan UIA, sebagaimana siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih berjalan.
Read More / Baca Lagi >>

UIA tunduk tekanan batal gantung tugas Aziz Bari, kata badan pelajar

Posted: 24 Oct 2011 07:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt ― Dua pertubuhan pelajar menyambut baik keputusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik keputusan menggantung tugas pensyarah undang-undangnya Prof Dr Abdul Aziz Bari, disifatkan sebagai kejayaan ekoran tekanan banyak pihak.
UIA mengumumkan keputusan itu lewat petang semalam dan Aziz diarah lapor tugas hari ini.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya menyambut baik dan mengalu-alukan penarikan balik arahan penggantungan tugas dan menganggap bahawa peristiwa menggantung tugas merupakan satu tragedi keilmuan kepada institusi pendidikan tinggi negara.
Ini kerana menurut beliau, isu tersebut sebenarnya dibangkitkan oleh pihak luar berkepentingan yang sengaja mencari publisiti murahan yang akhirnya membawa kepada penggantungan beliau yang pada dasarnya boleh diselesaikan dengan cara berhikmah tanpa menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan.
Read More / Baca Lagi >>

Di Mana Maruah Dan Budaya Ilmu?

Posted: 24 Oct 2011 07:12 PM PDT

Fadiah Nadwa Fikri 

 Minggu lepas kita digemparkan dengan satu berita penggantungan seorang ilmuwan Undang-Undang Perlembagaan, Prof Dr.Abdul Aziz Bari oleh Universiti Antarabangsa Islam Malaysia.  Penggantungan tersebut adalah berikutan kenyataan beliau berkenaan batasan kuasa Sultan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Secara peribadi, penggantungan Prof Dr.Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bukanlah sesuatu di luar norma kerana Malaysia adalah terkenal sebagai sebuah negara yang mengekang hebat kebebasan berfikir dan bersuara. Kekangan terhadap kebebasan berfikir dan bersuara terzahir dalam undang-undang lapuk yang diwarisi dari zaman penjajah dalam usaha mengekalkan kekuasaan dan kepentingan golongan pemerintah.Read More / Baca Lagi >>

Akan selamatkah Malaysia?

Posted: 24 Oct 2011 07:09 PM PDT

Zainuddin Maidin

25 OKT — Apakah kuasa asing tidak akan campur tangan memberikan bantuan menerusi soft power atau ketenteraan sekiranya berlaku kebangkitan dari dalam Malaysia yang dapat membantu pendemokrasian yang secucuk dengan kehendak dan kepentingan globalisasi ke arah "Satu Dunia Satu Amerika"?
Apakah apa yang berlaku terhadap Tunisia, Mesir dan Yemen tidak akan berlaku ke atas Malaysia sebuah negara Islam yang sering diprojekkan kepada Barat sebagai tidak memberikan keistimewaan kepada orang Islam, tidak memberikan persamaan hak kepada rakyat dan tidak memberikan kebebasan mutlak kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Bakal Kena Lelong : Isa secara rasmi belum dilantik pengerusi KPF

Posted: 24 Oct 2011 06:57 PM PDT

Pengerusi Felda Holdings Bhd, Tan Sri Isa Abdul Samad secara rasminya masih belum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab kini masih memegang jawatan sebagai Pengerusi KPF.
Read More / Baca Lagi >>

Audit report: Same old, same old wastages

Posted: 24 Oct 2011 06:54 PM PDT

Audit report: Same old, same old wastagesLike in previous years, this year's much-delayed Auditor-General's report again revealed wasteful spending by government departments.
Here are some of the items purchased in the year 2010 as listed in the AG's report released today, 17 days after the presentation of the 2012 Budget.
Marine Parks Deparment (MPD) purchased:
Marine Binoculars for RM56,350 or 2,805% higher than market price RM1,940.
• LCD TV/DVD Player for RM16,100 or 638% higher than market price RM2,182.
• Laptop and Printer for RM11,845 or 246% higher than market price RM3,428.
Read More / Baca Lagi >>

Fakta : Menuju Malaysia bankrup 2020

Posted: 24 Oct 2011 06:53 PM PDT

Oleh : Cenangau



Memang panas hati aku baca berita macam ni. Memang CELAKA punya rasuah.
 
Malaysiakini melaporkan:
MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.
 
Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship. - Mkini.
Read More / Baca Lagi >>

Johor berhutang RM334.51 hingga Dis 2010

Posted: 24 Oct 2011 06:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah menjadi isu sebelum ini kerana kelewatan pengedarannya akhirnya telah diedar hari ini, selepas 17 hari Bajet 2010 dibentangkan Perdana Menteri.

Mengikut laporan yang telah disiarkan itu sehingga akhir bulan Disember 2010, Kerajaan Negeri Johor telah membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekaln air manakala satu pinjaman bagi projek Ladang Hutan Kompensatori Kedua.

Sehingga akhir tahun 2010, Kerajaan Negeri Johor telah berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan berjumlah RM334.51 juta.

Laporan itu juga menjelaskan mengikut Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih oleh PAAB.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah sivil boleh bicara kes cubaan murtad

Posted: 24 Oct 2011 06:47 PM PDT

Orang bukan Islam yang menyebarkan fahaman agama mereka kepada umat Islam boleh didakwa di mahkamah sivil mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kesalahan yang diperuntukkan di bawah enakmen itu antaranya melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan.

Kesalahan lain ialah menerbit dan menyebarkan terbitan mengenai apa-apa agama selain Islam serta mendedahkan orang belum dewasa beragama Islam kepada pengaruh agama bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang berkaitan portfolionya pada persidangan Dewan Rakyat,semalam.

"Sangat ramai yang tidak sedar kewujudan enakmen ini yang sudah dilaksanakan pada tahun 1980, dan ia (mereka yang bersalah) tidak akan didakwa di mahkamah syariah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan Audit: Salahguna kuasa dan rasuah berterusan

Posted: 24 Oct 2011 06:44 PM PDT

Laporan Audit: Salahguna kuasa dan rasuah berterusanDi sebalik janji-janji perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaannya, melalui Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya, jentera pentadbirannya masih dicacati pelbagai perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang, seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penggelapan wang kerajaan dan sebagainya.
Ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memainkan peranan mereka dengan aktif di dalam memerangi gejala ini yang kian berterusan bahkan bertambah, sama seperti mengikut keturunan.
Hampir pada setiap tahun, apabila laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara, maka terdedahlah pelbagai perbuatan yang jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa dan rasuah amat meluas sekali di dalam sektor awam.
Read More / Baca Lagi >>

Umno heading for extinction

Posted: 24 Oct 2011 06:43 PM PDT

Umno heading for extinctionIn 1961 the communist government of East Germany constructed a barrier that completely cut off West Berlin from East Berlin to stop citizens from the Communist Bloc fleeing to the West. The 103 miles wall bristling with lethal weapons was a huge construction feat that showcased the engineering capability of the Soviet Union but it was also a monument to the failure of Communism.
Apparently the "workers' paradise" could only be built in a workers' prison. If anything the Berlin wall was an ominous signal that Communism was doomed. With the collapse of the Soviet Union in 1990, this farsighted prophesy proved to be true. The Communist ideology has been abandoned all over the world except in a few select countries and even China is Communist only in the sense that it doesn't hold elections.
Read More / Baca Lagi >>