BERTEMPAT di Bukit Kepong, Johor maka muncul kembali suara yang hampir tenggelam di dalam Umno iaitu `Senatak' (Senator katak) Ezam sesumpah. Sudah lama beliau tidak muncul, maklumlah telah kering air liur beliau ke hulu ke hilir tanpa kotak, membawa hikayat keburukan bekas bosnya DS Anwar, tiada siapa yang peduli jauh sekali untuk mempercayainya.
Kali ini beliau mungkin merasa amat tercabar kerana nama beliau tidak lagi disebut, sebaliknya nama Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin pula yang popular di dalam isu `Mat Indera' sebagai Pejuang. Keberanian KJ untuk berdebat dengan Mat Sabu walaupun Mat Sabu mencabar Muhyiddin, ternyata menenggelamkan nama Ezam sesumpah. Kali ini Ezam cuba bangkit di Bukit Kepong untuk memperlihatkan kehebatan beliau tidak kalah dengan KJ.
Malang sekali, Ezam sesumpah tidak menjawab persoalan sebenar isu yang timbul. Ezam sesumpah tidak menjawab dakwaan Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah pejuang menentang penjajah. Sebaliknya, hujah Ezam sesumpah sebiji saling tidak tumpah seperti hujah Utusan Meloya. Beliau juga tidak menjawab kenyataan Prof Zainal anak Kling dan juga terbaru dari Tun Mahathir yang mengaku negara ini tidak pernah terjajah. Ertinya, hujah Ezam sesumpah sama nilainya dengan hujah Utusan Meloya yang bankrap itu.
Apa yang disebut oleh Ezam sesumpah baru-baru ini di Bukit Kepong? Beliau mahu Mat Sabu diusir dari negara ini kerana kononnya Mat Sabu menyokong Komunis. Nyata sekali, semasa isu ini bermula Ezam sesumpah mungkin lena dibuai mimpi sehingga terkejut dengan keberanian KJ yang berani ke hadapan. Maka, tuduhan Ezam sesumpah terhadap Mat Sabu jauh tersasar menjadikan desakan beliau agar kerajaan mengusir Mat Sabu sebagai satu desakan yang ditertawakan orang. Sebelum ini Ezam sesumpah pernah meminta agar Pasport DS Anwar ke luar negara di tarik balik kerana beliau yakin Ketua Pembangkang itu akan cabut lari sebelum kes dibicarakan. Terbukti, dakwaan Ezam sesumpah menjadi kisah dongeng apabila DS Anwar muncul di mahkamah sebilang masa apabila kesnya bermula.
Setelah tewas berhadapan dengan DS Anwar, mangsa terbaru Ezam sesumpah adalah Mat Sabu. Beliau silap pilih sasaran kali ini. Mat Sabu bukan bacul sepertinya yang mengharapkan makan dari tangan musuh yang pernah dicacinya. Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS dengan sokongan majoriti ahli PAS. Beliau seorang yang bermaruah jauh beza dari Ezam sesumpah yang menjadi `Senatak' hasil suapan Najib dan tidak pernah bertanding untuk dipilih apa jua jawatan di dalam Umno `mazhab' terbarunya sekarang.
Mat Sabu berbicara tentang Mat Indera, Ezam sesumpah berbicara tentang Komunis. Apa pula komen Ezam sesumpah apabila Najib berkata Komunis sekarang sudah baik? Tentu Ezam sesumpah akan bersetuju dengan Najib kerana Komunis baik lah maka dipilih menjadi `besan' Najib. Bayangkan jika DS Anwar `berbesan'kan Komunis, saya rasa pecah TV di rumah kita dengan salakan sabung menyabung dari Ezam sesumpah, Zul Kulim, Zahrain, Ibrahim Al kataki, dan para-para `Tok Peti'. Tetapi siapa berani sanggah Najib? Ezam sesumpah? Untuk menyanggah Bik Mama pun Ezam sesumpah akan kecut `buah'nya.
Mengikuti video di atas, jika dahulu saya kagumi pidatonya. Sekarang, saya pasti akan tersenyum sendirian bila mengenangkan betapa murahnya harga si pemidato tersebut. Memang wajar beliau digandingkan dengan betina bernama Umi itu, kerana Allah telah mencaturkan `jodoh' yang sesuai buat beliau./wfauzdin.blogspot.com
Ketua menteri mengalu-alukan penubuhan pasukan polis sukarela sebagai langkah menjadikan Pulau Pinang selamat.
PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyokong penubuhan pasukan polis sukarela (PPS) sebagai langkah memastikan kadar jenayah berkurangan dan menjadikan negeri di bawah pentadbirannya paling selamat. "Demi memastikan kadar jenayah boleh terus menurun, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang akan menyokong penubuhan PPS untuk membantu pihak polis menjalankan rondaan. "Sokongan PPS dengan pihak polis diharap dapat mengekalkan kententeraman awam dan menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri yang paling selamat di Malaysia yang sedikit sebanyak akan membolehkan Pulau Pinang terus menjadi pilihan utama pelabur dan pelancong," kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.
Ah Long dari Semenanjung mula memasuki Sabah secara beramai-ramai apabila Kuala Lumpur memperkembangkan Akta Peminjam Wang 1951 ke negeri ini beberapa tahun lalu.
KOTA KINABALU: Kebanjiran Ah Long dari Semenanjung Malaysia di Sabah adalah kerana kesilapan Kuala Lumpur, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee. Yong berkata, Ah Long dari Semenanjung mula memasuki Sabah secara beramai-ramai apabila Kuala Lumpur memperkembangkan Akta Peminjam Wang 1951 ke negeri ini beberapa tahun lalu. "Saya telah mengutus surat kepada Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2008 menggesa beliau membatalkan cadangan memperkembangkan Akta itu ke Sabah.
Mari mengenali siapa British dan hubungkait dengan talibarut British.
Mengenai dengan polis/askar sebelum merdeka dan selepas merdeka,terdapat perbezaan yg amat jauh sekali dengan tugasan dan tangungjawab mereka.
SEBELUM MERDEKA.
1.) Negara kita masa itu sedang dijajah oleh British. Fakta British adalah penjajah tanah melayu, membolot semua hasil bumi tanah melayu untuk kepentingan penjajah kafir barat-British.
"Pihak pentadbiran parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan," kata Setiausaha Kerja Masrum Dayat.
PETALING JAYA: Laman web, twitter dan facebook parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal, demikian menurut Setiausaha Kerja Masrum Dayat. Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan perkara ini berlaku. "Pihak pentadbiran parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan," katanya dalam satu kenyataan media semalam. Masrum juga memaklumkan kepada ahli parti dan orang ramai bahawa Muhammad Firdaus Christopher telah digantung keahliannya.
Semua pihak mengatakan usia kemerdekaan Malaysia ialah 54 tahun walaupun sebenarnya berusia 48 tahun.
SIPITANG: Fakta sejarah tentang kemerdekaan Sabah melalui pembentukan Malaysia perlu diperbetulkan agar generasi masa kini dan akan datang tidak terkeliru, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee. Katanya, Sabah mencapai kemerdekaan apabila bersama-sama Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Sabah tidak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana pada masa itu negara Malaysia masih belum wujud manakala Sabah yang dulu dikenali sebagai Borneo Utara masih berada di bawah jajahan British. "Ketua Menteri Sabah Musa Aman juga tersilap apabila mengatakan usia kemerdekaan Sabah pada tahun ini mencecah 54 tahun sedangkan Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.
A Perkasa-organised forum questions Mat Sabu's ulterior motive and slams him further for his controversial statement on Mat Indera.
KUALA LUMPUR: Who is whispering into PAS deputy president Mohamad Sabu's ear? And was his controversial statement on Mat Indera part of covert efforts by communist sympathisers to revive the ideology in Malaysia? These were the questions posed at a Perkasa-organised forum on "Communism, Mat Indera and Independence" at Kelab Sultan Sulaiman last night. The perplexed inquirer was a panellist and former Special Branch officer, Zulkifli Abdul Rahman, who wondered why Mohamad, better known as Mat Sabu, raised the Bukit Kepong incident during his ceramah at Tasek Gelugor, Penang, last month. Read More / Baca Lagi >>
Oleh MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong gesaan yang dibuat oleh YB Salahuddin Ayub dalam meletakkan syarat untuk menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihanraya. Antara syarat yang diletakkan itu adalah supaya tarikh pilihanraya umum ke 13 ditetapkan secara bersama. Read More / Baca Lagi >>
Oleh RIDUAN MOHD NOR Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathir berdiam diri dari bercakap soal sejarah negara kerana beliau bukan ahlinya untuk bercakap demikian. Ini ekoran kenyataan beliau yang menyokong Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.
Kenyataan Tun Dr Mahathir menyebabkan rakyat semakin keliru terhadap sejarah kemerdekaan negara. Dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Profesor Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia. Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan?
SUHAIZAN Kaiat, seorang pemimpin Dewan Pemuda PAS Pusat boleh dipuji kerana rajin meneliti senarai daftar pengundi dan lain-lain senarai pendaftaran yang berkaitan menemui bebeapa nama sama bagi orang yang berbeza.
Mana dia tahu nama yang sama lebih daripada seorang dari kawasan pilihan raya yang sama atau berdekatan sekali pun nombor kad pengenalan berbeza daripada orang yang berbeza. Read More / Baca Lagi >>
AL-FATIHAH buat mereka yang telah berjuang bagi menyusahkan pentadbiran British di Malaya dengan matlamat terakhir menghalau penjajah berkenaan dari bumi Malaysia yang tercinta ini.
Sama ada kematian mereka adalah syahid atau sebaliknya, jasa dan sumbangan mereka dalam konteks perjuangan kemerdekaan adalah jauh lebih besar berbanding sumbangan perunding terakhir kemerdekaan yang kini semakin dilihat menepati peribahasa "lembu punya susu sapi dapat nama"
JIKA sesiapa mengikuti sejarah Umno, memang parti itu paling gemar memomokkan pihak-pihak yang tidak bersamanya sebagai penyokong komunis atau mendukung fahaman komunisme, tegas bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang.
"Mula-mula daripada Presiden Umno yang pertama Dato' Onn Jaafar, Umno tuduh pejuang kemerdekaan yang tidak bekerjasama dengan penjajah Inggeris sebagai komunis seperti Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir," ujarnya
DARURAT yang diIsytiharkan penjajah British di Tanah Melayu pada Jun 1948 bagi menghapuskan penentangan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) adalah salah satu episod hitam dalam sejarah negara.
Dalam usaha mengekang penularan pengaruh komunis, penjajah British mengambil tiga langkah utama iaitu mengharamkan parti politik berhaluan kiri; menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis serta dibuang negeri; juga menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang dianggap bersubahat dengan komunis.
MIPAS ingin melahirkan pandangan berkenaan isu yang hangat diperkatakan pada masa ini iaitu mengenai kemerdekaan negara dan isu sejarah.
1. Kami menyokong pandangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar kiri), lebih dikenali dengan nama Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah pejuang Negara kerana beliau berjuang mempertahankan Negara dengan menentang penjajah British.
2. Kami dukacita dengan kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosial budaya Majlis Profesor Negara (MPN) Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British sebaliknya hanya dinaungi dan secara teknikalnya Tanah Melayu tidak terjajah kerana sultan memutuskan menjemput British datang menasihatkan cara mentadbir negeri. Read More / Baca Lagi >>
JERANTUT, 15 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan melancarkan kempen besar-besaran Tuntutan Mansuhkan Hutang Peneroka Felda pada 7 Oktober depan di Felda Tenang, Johor. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, kempen tersebut sebahagian usaha untuk menyelesaikan persoalan antara peneroka dan Felda yang tidak pernah selesai. "Para peneroka Felda yang sepatutnya hidup senang menurut idea dan perancangan Allahyarham Tun Razak selepas tanah ladang masing-masing menjadi hak milik, kini dihambat mimpi ngeri dibebani dengan hutang yang tidak pernah selesai. "Yang sedihnya peneroka sentiasa dipotong hutang melalui pendapatan hasil sedangkan Felda gagal mengeluarkan Penyata Kira-Kira Pendapatan dan Tanggungan Peneroka-Peneroka. "Hutang yang ditanggung peneroka pula bukan seribu dua tetapi menjangkau sehingga berpuluh-puluh ribu. Sebab itu bermula sahaja kempen itu kita akan desak perisytiharan hutang tak munasabah membabitkan kos tanam semula yang membelenggu peneroka," ucapnya pada satu majlis di Kota Gelanggi 2, baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >>
Siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan yang dijalankannya ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada awal Ogos lalu, telah siap.Read More / Baca Lagi >>
Koperal Jenain Subi, 49, hari ini didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam pada 26 April 2010.
Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.Read More / Baca Lagi >>
GEORGETOWN, 15 Sept: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan terhadap pentadbiran sekarang pada 'Malam Penerangan Perdana' yang diadakan di Stadium Bandaraya pada 17 September ini bermula jam 9.00 malam. Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Anuar Hashim memberitahu, melalui program yang diatur itu membolehkan rakyat menilai siapakah yang sebenarnya 'pengacau' dan siapa sebenarnya pembantu rakyat yang selama ini dibelanggu kemiskinan dan keperitan hidup dalam sebuah negeri yang dianggap maju. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 15 Sept — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau masih menanti pendirian dan jawapan rasmi Umno berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan mana-mana kuasa asing lain. Menulis di laman Facebook pagi ini, Nik Aziz (gambar) berkata Umno sehingga ini masih belum memberikan sebarang respons perkara itu walaupun banyak pihak tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan MPN itu. "Bismillah . . . saya membelek akhbar-akhbar tempatan dan menanti melalui media massa, pemimpin Umno sampai ke saat ini belum memberikan respons terhadap pandangan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. "Barangkali isu ini kecil bagi mereka atau bagaimana? Atau dalam hal ini pemimpin Umno dengan bertanggungjawab sekalipun yang mengeluarkan pandangan itu adalah ahli Umno . . . bahkan bekas presiden Umno pun dilaporkan bersetuju," kata Menteri Besar Kelantan ini.
Saya agak bertuah apabila turut diajak menghadiri majlis pelancaran buku karangan Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, 9 September lalu. Sebagai seorang peminat sejarah, pengamal media dan 'penuntut sepanjang hayat', peluang keemasan meneliti butir bicara seorang failasuf tersohor itu tidak selayaknya saya lepaskan.
Buku terbaru ahli teologi negara itu berjudul Historical Fact dan Fiction diterbitkan UTM Press. Pelancarannya disempurnakan Sultanah Johor yang juga Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Read More / Baca Lagi >>
In the past couple of days, Prime Minister Najib Razak has made a rash of contradictory statements that have further demotivated and even shocked many in the country. He not only gave the thumbs-up to continuing the grossly abused New Economic Policy, but even beefed it up, possibly widening the door to greater corruption in the name of 'market-friendly innovations'. Then he admitted the professionals in the country were underpaid, but did not go beneath the surface of why this was happening and had been allowed to happen. Was he pandering to the urban workers, whose votes he badly needs in the next general election?
Rasa untuk menonton sebuah filem yang dari awal lagi diberikan komen-komen negatif dari media hanya kerana pelakonnya adalah watak utama sesuatu filem yang boleh dikategorikan cheesy dan memualkan adalah sesuatu yang agak sukar kerana minda sudah tetap,filem ini suck kerana pelakon itu suck.
Begitulah juga yang terjadi pada aku pada mulanya aku menonton filem "Remember Me" lakonan Robert Pattinson.Robert Pattinson dalam sebuah filem drama keluarga? Agak payah dan skeptikal aku pada mulanya untuk menerima pelakon watak Edward Cullen dalam Twilight dan Cedric Diggory dalam Harry Potter melakonkan watak manusia normal.
Begitulah juga rasanya bila aku nak menonton filem lakonan Zac Efron seperti "17 Again" atau "Charlie St Cloud." Macam mana harapan anda kepada sesebuah filem kalau kumpulan Senario berlakon dalam sebuah drama berat?
Aku agak terkejut dengan Robert Pattinson. This guy can really act. Agak menarik untuk melihat bagaimana dia mahu lari dari cliche filem Twilight untuk menjadikan dirinya seorang aktor yang diangkat lebih serius oleh media.
Macam tu lah aku rasa bila mula menonton filem Remember Me ini.
Filem Remember Me ini mengisahkan mengenai sepasang kekasih,Tyler (Robert Pattinson) dan Ally (Emillie De Ravin,salah seorang daripada 3 awek hot daripada siri klasik Roswell) yang bertemu selepas masing-masing dalam hidup mereka mengenali tragedi buruk dalam usia muda.Tyler kehilangan abangnya akibat bunuh diri dan Ally kehilangan ibunya dalam kes rompak dan bunuh yang berlaku di depan matanya.
Ada elemen filem "She's All That" apabila perkenalan mereka bermula kerana suatu dare betting tetapi pada aku itu sajalah unsur-unsur filem ini yang agak ganjil.
Apa yang cuba dipertontonkan dalam filem ini adalah lebih kepada nilai-nilai kekeluargaan di mana Tyler cuba untuk memperbaiki hubungan keluarganya yang telah berpecah belah selepas ibu bapanya bercerai dan adiknya,Caroline merasakan bapa kandungnya,Charles lakonan Pierce Brosnan (James Bond) seolah-olah melupakan keluarganya kerana terlalu menumpukan diri pada kerja.
Ally pula cuba untuk hidup dalam satu dunia yang dikongkong teruk oleh bapanya selepas bapanya jadi skeptikal dengan dunia luar akibat daripada kehilangan isteri dalam insiden bunuh di stesyen keretapi bawah tanah.
Ada beberapa adegan standard untuk drama cinta yang cuba ditonjolkan tetapi secara dasarnya filem Remember Me ini adalah filem drama keluarga yang mempunyai mesej yang agak kuat dan menonjolkan kehidupan sebuah keluarga Amerika yang selalu kita lihat pada filem-filem drama yang lain.
Tragedi boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita sedari.Walau bagaimanapun kita cuba mengelakkan diri dari kejadian buruk, akan terjadi sesuatu yang di luar jangkauan kita.Satu-satunya benda yang kita mampu teruskan adalah hidup sebaik yang mungkin tanpa ada rasa takut. Aku rasa itu mesej filem ni.
Highly recommended jika anda suka dark drama mengenai kekeluargaan dan Robert Pattinson.
Yang terrakhir, jika anda ingin menonton filem ini, tontonlah tanpa membaca apa-apa ulasan atau perbincangan mengenainya. Tontonlah dari mula dan perhatikan tanda-tanda yang wujud dalam filem ini dan pasti, bila penamatnya muncul, Remember Me akan menjadi sebuah filem yang akan duduk di dalam kepala anda sampai bila-bila.
ps - please..jangan spoilkan filem ini untuk mereka yang belum menontonnya.