Sabtu, 10 September 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Patut la ramai Rumah Terbuka Aidilfitri-Merdeka Najib @ Permatang Pauh ada David Arumugam Ahmad Jais Hail Amir Uji Rashid hahaha ... bas dah mesti 'free'

Posted: 10 Sep 2011 11:12 PM PDT

BUKIT MERTAJAM: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today arrived at the Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 Open House at the Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, here in a taxi.

He was greeted on arrival at noon by thousands of local residents, who had come as early as 8am, to the beat of drums by the various communities as well as student and military drummers.

Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim was among the cabinet ministers and Barisan Nasional (BN) leaders who accompanied Najib to the open house.

The Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 Open House, which was organised by the Ministry of Information Cumminication and Culture Ministry, started with the Prime Minister and BN leaders calling on Norasmah Othman, 41, a housewife who had to work to support her six children and husband who is suffering from "chronic plaque psoriasis", a skin disorder.

Norasmah received aid from the Ministry of Information Communication and Culture through the Special Affairs Department (JASA) and contributons from the various groups.

Approximately 20,000 people attended the open house and were treated to various dishes such as beef 'beriyani', 'lemang, 'ketupat palas' and various traditional cakes.

The Prime Minister and other dignitaries were also entertained to songs by popular local singers such as Datuk David Arumugam, Datuk Ahmad Jais, Uji Rashid and Hail Amir, cultural perfrmances by the children's boria group.

Najib later presented cash of RM10,000 and a certificate of appreciation each to four independence personalities from Penang, namely Datuk Seri Mohd Yusoff Latif, Datuk Md Noor Ahmad, Datuk A. Subramaniam and Datuk Oon Choo Eng @ Choo Khye.

In addition, he gave away packages to 10 poor people and the 1Malaysia 'notebook' to 10 outstanding students - Malay Mail

STONE : HAHAHA banyak2 tempat di Msia ni Pmtg Pauh depa pilih buat Rumah Terbuka Aidilfitri Msia .... hampa tau la kan pasai apa? Hari tu Rais bakar jambatan kata bukan sebab politik  ..... piiiiiirrraaaaaahhhh ...

"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan" - Mat Sabu

Posted: 10 Sep 2011 10:33 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pegangan dan perjuangannya adalah Islam dan bukan komunis seperti dilabel oleh dan akhbar miliknya Utusan Malaysia.

Pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Muhamad berkata pegangannya dan perjuangannya terhadap Islam tidak pernah berubah sejak kecil lagi.

"Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama.

"Sepanjang saya berpidato idola saya adalah Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Al-Afghani, dan ulama-ulama lain.

"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan? Jahat sungguh," katanya dipetik Harakahdaily.

Utusan pada 27 Ogos lalu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata Mohamad Indera yang menyerang balai Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis yang mempertahankannya.

Mohamad bagaimanapun berkata laporan Utusan mengenai ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

Mengulas lanjut, beliau tuduhan sebegitu bukan perkara baru dan telah berlaku sejak zaman penjajah lagi.

Pada zaman British, katanya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh.

Sangat cintakan Malaysia

"Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita.

"(Tuduhan) ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," katanya kepada rayusan hadirin.

Berikutan laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis.

Mengulas perkara itu, Mohamad, berkata semalam genap 15 hari beliau diserang.

"Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu.

"Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya.

Keadaan menjadi semakin kusut, apabila pelbagai pihak termasuk aahli akademik mentafsirkan sejarah negara.

Lebih menggemparkan apabila Profesor Datuk Dr Zainal Kling mendakwa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. - Malaysiakini

Lagi kes polis samseng

Posted: 10 Sep 2011 09:40 PM PDT

Dakwa dibelasah
Oleh ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
zatuliffah@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: "Saya terkilan dengan layanan diberikan anggota polis terhadap anak saya hingga menyebabkan dia cedera di muka dan mata kiri.

"Malah, anak saya turut lebam di kakinya selain patah satu batang gigi akibat ditendang anggota berkenaan ketika soal siasat, Rabu lalu," kata Manap@Awang Ismail, 63, bapa kepada Mohd Azam Manap, 31, yang mendakwa cedera dibelasah seorang anggota polis ketika dalam tahanan.

Sebelum ini, Mohd Azam yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di rumahnya di Pekan Tepoh, di sini, jam 2.30 pagi Selasa lalu oleh sepasukan polis selepas dipercayai terbabit dalam satu kes curi.

Ketika menceritakan kejadian itu, Mohd Azam mendakwa insiden itu berlaku dalam tempoh 15 minit apabila dia ditendang beberapa kali.

"Saya bukan saja dibelasah tanpa belas, malah anggota terbabit turut menyapukan darah di lantai ke muka saya menggunakan mop lantai.

"Ketika itu ada beberapa orang dalam bilik berkenaan. Namun, hanya seorang membelasah saya. Dia hanya berhenti memukul selepas melihat keadaan saya tidak bermaya," katanya ketika ditemui di pejabat Metro Ahad di sini, semalam.

Selain dipercayai terbabit dalam kes curi, Mohd Azam ditahan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Bagaimanapun, Mohd Azam dibebaskan selepas diikat jamin Khamis lalu.

Akibat kecederaan itu, Mohd Azam mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut Manap, anggota berkenaan tidak sewajarnya menggunakan kekerasan ketika menjalankan soal siasat walaupun anaknya ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes curi.

"Sebagai bapa, saya sedih apabila anak saya diperlakukan sedemikian. Jika dia bersalah sekali pun, anggota berkenaan perlu mengikut undang-undang dan bukan bertindak sesuka hati.

"Mujur doktor memaklumkan keadaan anak saya tidak serius walaupun ketika ini penglihatannya ada kalanya kabur. Berikutan kejadian ini, saya membuat satu laporan di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Saya tidak berniat mengeruhkan keadaan tetapi hanya mahukan keadilan, selain tidak mahu orang lain menerima nasib sama seperti anak saya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan - metro

BERSIH 2.0 berjaya memburukan imej Najib - Mahathir

Posted: 10 Sep 2011 07:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.
Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.

"Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.

"Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan," kata beliau lagi.

Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu.

Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu.

"Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya," katanya.

Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan.

Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu.
"Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa".-  The Malaysian Insider

Umno macam Raj Kapoor - Wira filem Hindi, .... hahahaha

Posted: 10 Sep 2011 03:26 AM PDT

PAS: Umno macam wira filem Hindi, bukan pejuang kemerdekaan

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

GOMBAK, 10 Sept — Selepas diserang tanpa henti sejak 15 hari lalu, kepimpinan tertinggi PAS hari ini melancarkan serangan balik dengan menyifatkan Umno yang diasaskan Datuk Onn Jaafar bukan pejuang kemerdekaan sebenar seperti didakwa pemimpin parti Melayu itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan, Umno yang kini diketuai Datuk Seri Najib Razak bukanlah pejuang kemerdekaan.

"Ya, senang sebut," katanya apabila menjawab adakah Umno merupakan pejuang kemerdekaan, pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno seperti "wira Hindustan."

"Dia (Umno) macam hero Hindustan, hero datang lambat... kumpulan itu dah lembik baru Umno sampai, ambil gambar kemudian iktiraf dia berjaya mengalahkan penjajah," katanya.

PAS terutamanya timbalan presiden Mohamad Sabu telah diserang pemimpin-pemimpin Umno yang didakwa mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Menurut Hadi, Umno telah menggunakan isu ketinggalan zaman untuk menyerang PAS semata-mata mahu mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

"Umno guna isu ketinggalan zaman, guna isu hampir 60 tahun . . . kita mahu isu sekarang dan orang Melayu jangan tertipu dengan isu ini (Bukit Kepong).

"Malah macam isu yang beratus tahun dulu, masa Portugis datang macam tiada orang lawan . . . seolah-olah orang yang mula-mula lawan Portugis adalah Umno, saya mengaji (belajar) sejarah juga, masa itu tiada Umno, tiada PAS . . . orang kita dah lawan penjajah," katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, fakta sejarah Malaysia sudah bercelaru kerana ada ahli sejarah menyifatkan negara tidak pernah dijajah.

"Celaru punya fakta sehingga ahli sejarah kata Malaysia tak pernah dijajah, jadi tak perlu sambut merdeka. Kalau tidak pernah dijajah apa erti kita sambut merdeka.

"Kalau kerajaan iktiraf Malaysia tidak pernah dijajah, sambutan 16 September ini batal," katanya. - The Malaysian Insider

UMNO dan Kemerdekaan : Kita boleh namakan anak kita P. Ramlee tapi tidak akan jadi P. Ramlee - Aspan Alias

Posted: 10 Sep 2011 01:53 AM PDT

10 SEPT — Dalam isu siapa pejuang kemerdekaan negara sekarang sedang hebat diperdebatkan. Tetapi tidak apalah, kerana pilihanraya sudah hampir tiba. Umno memang sebuah parti yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi Umno hanya memasuki perjuangan kemerdekaan itu di pusingan akhir perjuangan itu dan Umnolah yang kumpulan yang terakhir untuk menyudahkan perjuangan dan menerima kemerdekaan itu.

Yang menjolok buahnya ramai tetapi belum berjaya. Tetapi kejayaannya sampai apabila Umno wujud untuk menyambut buah yang akan jatuh setelah banyak pihak yang menjoloknya. Memangpun hakikatnya siapa yang menjolok buah itu jarang-jarang yang dapat menyambutnya. Selalunya orang lain yang menyambutnya dan mereka lah yang menerima buah-buah yang jatuh tadi.

Oleh kerana Umno adalah kumpulan yang terakhir yang menjoloknya maka Umno lah yang menyambut buah kemerdekaan itu. Yang menjolok sebelumnya ramai. KMM, API dan banyak lagi yang menjolok kemerdekaan ini. Malahan PKM juga merupakan salah satu di antara banyak kumpulan yang menjolok kemerdekaan tetapi PKM berjuang melakukannya dengan mengangkat senjata. PKM sudah di haramkan kewujudannya dan kita semua menerima pengharaman itu dengan baik.

Dalam isu ini yang hanya boleh menyelesaikan perdebatan ini ialah untuk kita semua mengakui yang sejarah kita yang mengatakan Umno itu merupakan parti yang memperjuangkan kemerdekaan itu adalah seratus peratus benar. Tetapi yang kurangnya dalam penulisan sejarah kita ialah kita meninggalkan nama-nama manusia perjuangan kemerdekaan dengan pertubuhan-pertubuhan mereka yang telah berhempas pulas untuk melepaskan negara kita dari belenggu penjahan asing itu.

Kalau kita manusia yang berfikir dan mempunyai perasaan tentulah kita faham yang orang lain pun mempunyai perasaan. Kenapa kita tidak terima sahaja yang sebelum Umno diwujudkan itu puluhan badan-badan dan pertubuhan yang wujud dengan semangat perjuangan untuk memerdekan negara. Apa salahnya kita terima hakikat ini dan berbaik-baik di antara semua pihak. Jika sudah bertengkar tidak boleh kah bersama-sama mengakui yang kedua-dua belah pihak ada betulnya dan ada kesalahannya.

Sekarang sudah jelas yang Umno merupakan parti yang memperjuangakan kemerdekaan dan sebelumnya ada puluhan pertubuhan yang wujud dengan tujuan yang sama. Oleh kerana itu sudah menjadi kenyataan apa lagi yang hendak bertengkar ini? Semua orang tahu yang pilihanraya akan tiba dan tentulah isu ini dijadikan isu oleh pihak yang berkuasa untuk mengekalkan kuasa dan mandat rakyat. Pulangkan kepada rakyat untuk menilainya.

Akhirnya sekali lagi kita akui yang pertubuhan yang banyak wujud uitu semuanya bertujuan untuk memerdekan negara termasuk Umno.

Tetapi satu persoalan pula yang harus kita fahami yang Umno sekarang ini tidak kena-mengena dengan apa-apa perjuangan kemerdekaan negara. Umno yang memperjuangkan kemerdekaan itu ialah Umno yang sudah di kuburkan itu. Umno sekarang di tubuhkan pada Februari 1988 sedangkan kemerdekaan kita ialah pada 1957, iaitu 41 tahun sebelum Umno sekarang wujud. Tetapi PAS, MCA dan MIC memang wujud semasa usaha memerdekan negara semasa itu. Umno sekarang belum ada lagi.

Umno sekarang hanya menggunakan nama Umno asal yang berjuang untuk kemerdekaan dulu. Kita boleh menamakan anak kita P. Ramlee kerana hormat kita kepada jasa allahyarham P. Ramlee kepada industri perfileman negara kita.

Tetapi P. Ramlee yang sebenarnya sudah meninggalkan kita hampir 41 tahun yang lalu. Maka P. Ramlee yang baru lahir ini takkan lah hendak mengaku P. Ramlee yang memperjuangkan industri filem negara dulu…bukan gitu?

P. Ramlee yang sudah meninggalkan kita itu tinggi seninya. P. Ramlee yang ada pada hari ini perongos sifatnya dan tidak berseni...asyik mengumpulkan harta sahaja. — aspanaliasnet.blogspot.com

Cukai pra-bayar 6% - Najib kemut dari Telco RM576.8 juta setahun

Posted: 10 Sep 2011 12:57 AM PDT

Keputusan TELCO kerana kos cukai cecah lebih RM576 juta: SKMM


CYBERJAYA: Suruhannjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjelaskan pengumuman oleh syarikat telekomunikasi (TELCO) untuk menyalurkan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pengguna perkhidmatan telefon prabayar adalah keputusan yang dibuat secara unilateral dan bukan keputusan kerajaan.

Menurut SKMM, keputusan untuk tidak lagi menanggung kos pembayaran cukai perkhidmatan bagi pelanggan mereka itu berikutan peningkatan sehingga RM576.8 juta yang dibayar Maxis, Celcom dan Digi tahun lalu. "Pihak TELCO menanggung cukai perkhidmatan bagi mengalakkan pengunaan perkhidmatan prabayar tetapi kini penggunaan perkhidmatan prabayar meningkat sehingga 27.6 juta pengguna," menurut kenyataan itu. SKMM menjelaskan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan prabayar itu adalah sama seperti yang dikenakan untuk perkhidmatan lain.

Menurutnya, sejak dilaksanakan dalam 1988, syarikat telekomunikasi membayar cukai perkhidmatan bagi pihak pengguna telefon prabayar secara sukarela.

"Setakat ini pelanggan perkhidmatan telefon pascabayar membayar cukai perkhidmatan ini," menurut kenyataan itu yang disiarkan BERNAMA.

Perlaksanaan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan telekomunikasi dilaksanakan pada 1998 menurut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dan selaras dengan mekamisme percukaian Negara.
Ia selaras peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang mengkehendaki pengguna menanggung cukai bagi perkhidmatan penggunaan merangkumi perkhidmatan telekomunikasi dan TV berbayar kecuali perkhidmatan internet. - BH

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Nasib Pemandu Teksi Selangor, Kuala Lumpur Bakal Terbela

Posted: 10 Sep 2011 09:00 PM PDT



KLANG 10 SEPT: Keperitan hidup yang dialami pemandu-pemandu teksi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang terbeban sejak sekian lama akibat eksploitasi golongan yang tidak bertanggungjawab bakal menemui titik noktah apabila Pakatan Rakyat akan membawakan suara mereka ke parlimen bulan hadapan.

Lanjutan daripada Forum Teksi Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi Selangor dan Kuala Lumpur yang diadakan pada penghujung Julai lalu di Dewan Sivik MBPJ, hari ini mereka berkumpul dengan penuh semangat untuk memperjuang kebajikan mereka.

Menurut Exco Selangor, Ronnie Liu, parlimen adalah medium paling tepat untuk pemandu-pemandu teksi menyuarakan kegusaran dan segala masalah yang dihadapi mereka selama ini.

"Saya bercadang agar persatuan pemandu teksi di bawah penasihat dan pengerusinya untuk membuat satu memorandum lengkap dengan 10 resolusi ke parlimen agar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh membawa suara anda ke palimen,"kata Ronnie.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi Selangor dan Kuala Lumpur di Berkeley Corner Restaurant, Klang hari ini.

Forum Teksi Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi Selangor dan Kuala Lumpur yang diadakan pada 31 Julai 2011 yang lalu di Dewan Sivik MBPJ adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang sudah lama dihadapi oleh kebanyakan pemandu teksi di Malaysia serta sebarang eksploitasi terhadap mereka.

Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri forum tersebut komited untuk membawa 10 resolusi penyelesaian masalah para pemandu teksi yang telahpun didrafkan oleh persatuan tersebut.

Antaranya adalah peruntukan PERKESO serta faedah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk pemandu-pemandu teksi yang selama ini tidak pernah diusulkan,
pengkajian semula perjanjian 'hire-purchase' serta isu pemberian permit teksi kepada pemandu-pemandu teksi dan bukan melalui syarikat teksi yang kebiasaannya akan memonopoli pemberian permit tersebut.

Anwar yang juga Penasihat PKR ketika menghadiri forum tersebut turut berkata, pemandu teksi merupakan suatu 'campaigning force' kerana mereka merupakan
golongan yang kerap berinteraksi dengan masyarakat sejagat.

Mengulas lanjut, Ronnie turut berkata bahawa kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat akan berjuang mendepani masalah kebajikan para pemandu teksi yang selama ini tidak terbela.

"Kita tidak boleh lakukan banyak perubahan kerana kita masih kerajaan negeri, tetapi sekiranya kami berjaya ke Putrajaya, semua ini akan terjawab dan tertunai"katanya sambil menerima tepukan para pemandu teksi yang hadir.

Sekurang-kurangnya 100 pemandu teksi turut hadir pada sidang media petang ini.

Hadir sama ialah Penasihat Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, R.Kengadharan dan Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, S. Manuharan.

Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Persatuan Pemandu Teksi Nadi Negara, R.Kengadharan menggesa agar kerajaan pusat menghentikan sistem pemberian permit secara longgok kerana amalan tersebut menekan kehidupan pemandu-pemandu teksi sejak sekian lama.

"Saya ingin tekankan, bahawa pemberian permit secara longgok kepada syarikat-syarikat wajib diberhentikan serta merta oleh kerajaan, syarikat-syarikat ini bermaharajalela sedangkan ia memberi rasa tidak senang kepada para pemandu teksi,"ujar beliau.

TvSelangor difahamkan, amalan pemberian permit secara longgok, menguntungkan syarikat teksi yang hanya bertindak mengaut keuntungan sebagai orang tengah sedangkan pemandu teksi yang bertungkus lumus mencari rezeki terus hidup terbeban.

Senario ini jelas tergambar apabila sekurang-kurangnya 45 ribu pemandu teksi sekitar Selangor-Kuala Lumpur terpaksa membayar purata RM45 sehari untuk permit dan sewa kenderaan sedangkan mereka terpaksa menanggung sendiri risiko kesihatan, cuaca serta kos penyeleggaraan kenderaan sendiri.

"Kalau kita mahu tranformasikan negara, mahu melihat transfromasi masyarakat, kenapa kebajikan pemandu teksi terus terbiar, adakah salah buat kerajaan untuk melihat serius perkara ini?,"soal beliau.

PROFESSOR PUN KELIRU...MANA PUNYA KELUARAN UNIVERSITI..TARIK BALIK LAH..

Posted: 10 Sep 2011 06:41 PM PDT

ULASAN Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

NONEBeza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.

Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.

Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.

Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.

malayan union billboardMeskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.

Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.

Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).

Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.

Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.

khoo kay kim anti auku gma 141006 pointingKesilapan Zainal dan Khoo (kiri) alah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.

Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...

Komunis memaksa penjajah British berunding dengan Tunku

Posted: 10 Sep 2011 08:37 AM PDT

Komunis memaksa penjajah British berunding dengan Tunku


Sering kali nama Martin Luther King Jr. (1929 - 1968) diungkit, malah ayat-ayat dalam ucapan beliau yang bersejarah, "I have a dream" (Aku mempunyai satu impian), berulang-kali dipetik ketika memerangi politik perkauman sempit yang masih berleluasa dalam masyarakat pada kurun ke-21 ini. Nama beliau terpahat sebagai ikon dalam sejarah ketamadunan manusia menuntut kesamarataan antara kaum.

Sebaliknya, Malcom X (1925 - 1965), seorang lagi aktivis perjuangan hak kaum kulit hitam yang sezaman dengan Martin Luther King Jr., semakin terpadam dari sejarah. Malcom X adalah nama yang digelar dirinya oleh El-Hajj Malik El-Shabazz, seorang muslim - untuk menonjolkan bagaimana orang putih menghamba-abdikan kaum kulit hitam ketika itu, sehingga hilang nama keturunannya, diganti dengan "X" - simbol pembolehubah yang paling biasa digunakan dalam matematik.

Kedua-dua orang Martin Luther King Jr. dan Malcom X mengalami nasib yang sama, menerima peluru sebagai tanda noktah kepada riwayat hidup mereka. Bagaimanapun, "nasib" mereka selepas meninggal dunia - jauh berbeza. Martin Luther King Jr. diberi reputasi yang lebih tinggi dalam sejarah, berbanding dengan Malcom X. Layanan ini mungkin dibezakan mengikut pendekatan perjuangan kedua-dua mereka, di mana Martin Luther King Jr. menggunakan "cara aman", sementara Malcom X mengangguk kepada keganasan.

Sejarah bukan hakim muktamad, kerana manusia yang mencatat sejarah tidak bebas daripada prasangka dan prejudis dirinya. Sejarah hanya merakamkan kesudahan yang terpampang di depan mata, jarang sekali mengupas secara mendalam kebenaran yang rumit, berlapik-lapik, malah berliku-liku, apatah lagi apabila sejarah ditulis oleh mereka yang menang dan berkuasa.

Hanya mereka yang naif akan percaya bahawa orang putih "insaf" secara tiba-tiba, dan kemudian mengaku salah ke atas segala diskriminasi dan kezalimannya terhadap kaum kulit hitam. Dalam mana-mana pergelutan dan pergolakan yang melibatkan kuasa, sebarang kompromi hanya datang apabila wujudnya penentangan dan tekanan. Berdepan dengan penentangan dari kaum kulit hitam, orang putih Amerika Syarikat terpaksa memilih, antara pendekatan Martin Luther King Jr. dengan Malcom X..., dan sudah tentunya, mereka memilih Martin Luther, King Jr. yang lebih "lembut" berbanding dengan Malcom X yang "ganas".

Namun demikian, apakah orang putih akan berganjak langkah untuk memberi laluan kepada Martin Luther, King Jr. tanpa kemunculan Malcom X? Atau, seandainya Malcom X memilih pendekatan yang sama sebagaimana yang digunakan Martin Luther King Jr., di mana agaknya kedudukan tangga reputasinya dalam sejarah? Atau soalan yang lebih relevan mungkin berbunyi, apakah kaum kulit hitam akan berjaya dalam perjuangan hak mereka, atau dipecah-belahkan ketika itu?

Bukan maksud dan niat saya untuk mendukung politik dendam dan merestui pendekatan keganasan. Maksud saya, setiap manusia memainkan peranan yang berbeza untuk menggerakkan kemajuan sejarah ketamadunan. Sesungguhnya perwatakan atau peranan seseorang itu mungkin dipertikai seandainya dilihat menggunakan kaca mata zaman ini, namun kita perlu merenungi, apakah pilihan yang ada dalam konteks masyarakat ketika itu?

Persoalan yang sama, seandainya tiada perang gerila dalam hutan yang melibatkan Parti Komunis Malaya (PKM), apakah penjajah British sanggup berunding di atas meja bersama wakil UMNO, dan bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Malaya pada 31 Ogos 1957? Antara pasukan Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin yang bersenjata, dengan perikatan antara Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambanthan yang bermuka senyum, gandingan manakah yang akan dipilih oleh penjajah untuk "berunding"?

Sesungguhnya ia sesuatu yang senang difahami. Meskipun perjanjian ditandatangani dengan dakwat, namun kemerdekaan diperjuangkan dengan titisan darah. Begitu juga keadaannya sekarang, kalau tandatangan pada memorandum boleh membawa perubahan, siapa pula yang sanggup ditembak meriam air berkimia di jalan raya? Sebaliknya, tanpa mereka yang turun untuk melaungkan slogan dalam kepulan gas pemedih mata, tuntutan dalam memorandum hanya akan kekal sebagai dokumen bersejarah yang berdebu.

Perlu difahamkan bahawa dalam zaman perang, sama ada saya menembak, atau saya ditembak; sama ada saya membunuh, atau saya dibunuh. Kita tidak semestinya menyetujui kesemua ideologi yang didukung oleh mereka yang meletakkan nyawa mereka di hujung senapang. Namun kita perlu bersetuju bahawa kemerdekaan itu juga diperjuangkan dengan titisan darah anggota PKM, yang akhirnya memaksa penjajah British untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

Masing-masing memainkan peranan mereka dalam sejarah perjuangan kemerdekaan. Sumbangan Tunku dan perikatannya dipahat dalam sejarah, sementara tiada tempat untuk nama PKM dan rejimennya. Untuk sekian lama titisan peluh, air mata, dan darah mereka dilenyapkan; untuk sekian lama perjuangan mereka dinafikan, dicemuh dan dicaci dengan pelbagai tuduhan liar.

Namun, ingatlah bahawa mereka benar layak untuk mendabik dada dan menyanyikan "Negaraku, tanah tumpahnya darahku...". Jika tidak mengiktiraf pun, siapakah pula kita untuk memahat label "pengkhianat" ke atas anggota PKM yang pernah mendabik dada sebagai perisai untuk menghalang kemaraan peluru penjajah?

Dan yang paling jelik, orang yang isterinya memiliki cincin bernilai RM24 juta, tanpa segan silu sanggup berbuat demikian.

Persepsi: Mengintai Peluang PAS di Terengganu

Posted: 10 Sep 2011 03:38 AM PDT

Adik Mat Indera hilang?

Posted: 10 Sep 2011 03:37 AM PDT



Keadilandaily.

Adik bongsu Mat Indera, Johan Shah Indera

KUALA LUMPUR: Adik Mat Indera, Johan Shah Indera gagal dihubungi sejak isu Mat Indera dimainkan media arus perdana.

Bahkan,Yang Dipertua Pas kawasan Ayer Hitam, Husin Sujak memaklumkan rumah Johan di Yong Peng tidak berpenghuni sejak beberapa hari lalu.

"Kita tak tahulah ke mana beliau pergi. Mungkin kerana mahu elak dari liputan media," kata Husin kepada Keadilandaily.com

Difahamkan polis datang ke rumah Johan sejurus selepas kunjungan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat seperti dilaporkan media petang Isnin lalu.

Terdahulu, aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard bertemu Johan dalam program 'Menjejak Mat Indera' diiringi Husin Sujak, 3 September lalu.

Johan adalah ahli keluarga Mat Indera yang pertama muncul di media dengan liputan pertemuan dimuatkan di blog dan portal politik dan mendapat reaksi hangat.

Namun, laporan media arus perdana pada minggu berikutnya menyelar peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Malah, Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera sebagai pengganas.

Sehingga petang ini, usaha untuk menghubungi Johan Shah Indera, 68, yang merupakan bekas kakitangan Majlis Daerah Yong Peng gagal.

Johan Shah Indera adalah anak bongsu dari 6 orang adik beradik, seibu sebapa dengan abangnya Muhammad Indera. Beliau pernah dibuang daerah ke Singapura bersama bapa, ibu tiri dan neneknya ke Singapura pada 1950 hingga 1954.

Dalam pada, itu abang tirinya, Bahrom Shah Indera ketika dihubungi Keadilandaily memberitahu, adiknya kini mungkin sedang 'bersembunyi'.

Bahrom Shah adalah anak ketiga dari isteri kedua Indera dari empat orang adik beradik.

"Mungkin dia nak elak dari gangguan, kita tak tahu. Tapi saya yakin dia selamat dan akan pulang ke rumah," kata Bahrom.

Bahrom sebelum ini tampil pada sidang media di ibu pejabat Pas pusat menuntut kerajaan membersihkan nama abangnya.

Beliau turut menyeru sejarawan untuk mengkaji semula sejarah dan peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

SAMM Terbitkan 'Fitnah' Untuk Ingatkan Rakyat Tentang Perjuangan Sebenar

Posted: 10 Sep 2011 01:49 AM PDT

SHAH ALAM 10 SEPT : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bakal menampilkan buku kedua terbitannya, bertajuk 'Fitnah' yang menerangkan secara ringkas, padat dan mudah mengenai 'Fitnah 1' yang bermula dengan buku 50 Dalil, 'Fitnah 2' dan isu video seks yang menghiasi arena politik negara mulai 12 september ini.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin berkata, penerbitan buku ini bertujuan mengingatkan masyarakat umum bagaimana bermulanya kisah bersatunya rakyat untuk menentang regim yang rakus dan zalim dalam mempertahankan kekuasaan yang dimiliki mereka.

Namun bagi yang baru sahaja mengikuti perkembangan politik negara, buku ini katanya harus dimiliki berdasarkan kandungannya yang padat namun ringkas serta mudah difahami.

"Harus diingatkan ia (perjuangan) bukan kerana susuk Anwar semata - mata, kes Anwar hanya penyatu untuk rakyat bangkit dan sedar mengenai kebobrokan negara dan perlunya reformasi demi kelansungan negara ini,"kata Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard.

Menurut Chegubard lagi, penerbitan buku ini juga memahamkan betapa pentingnya untuk rakyat bangkit membebaskan Jabatan Kehakiman, polis dan maruah negara dari terus dipandang sinis oleh dunia.

"Perbicaraan fitnah 1, fitnah 2 dan konspirasi video seks membuktikan bagaimana negara ditadbir dengan begitu rakus oleh pihak terdesak,"katanya.

"Bagi kita semua khususnya yang berminat menjadi 'penyampai' yang baik buku ini menyingkap semua peristiwa fitnah bermula dari buku 50 Dalil, fitnah 1, fitnah 2 dan terkini konspirasi video seks. Terdapat juga beberapa dokumen mahkamah yang mungkin belum anda temui. Juga perbagai fakta yang tidak disangka. Semuanya akan membantu anda menjadi penyampai yang padat, mudah dan ringkas,"ulasnya lagi.

Menurusi satu kiriman email, Chegubard memaklumkan buku setebal 260 muka surat ini menceritakan bagaimana perbicaraan fitnah 1, fitnah 2 dan konspirasi video seks melambangkan terdesaknya kerajaan pemerintah pada hari ini.

Mengulas lanjut mengenai terbitan 'Fitnah', Chegubard menjelaskan bahawa negara tidak harus mempersoalkan susuk tubuh Anwar semata-mata sebaliknya rakyat perlu bangkit dan sedar mengenai kebobrokan negara dan perlunya reformasi demi kelansungan negara ini.

SAMM yang bergerak menerusi gerakan anak muda 'non-formal structural' dengan menghimpunkan anak-anak muda Malaysia dari pelbagai latar belakang berharap kemunculan 'Fitnah' mampu mengubah landskap pemikiran rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam memperjuangkan keadilan dalam negara ini.

"Berjuang bersama Anwar tidak semestinya Anwaris, kita anak muda memilih untuk bersama Anwar Ibrahim untuk mengambil kesempatan ke atas beliau mempergunakan kesnya bagi menyatukan semua tenaga bagi melawan regim warisan penjajah demi masa depan tanahair,"katanya lagi.

Bagi yang ingin menempah awal buku ini melalui POS sila hantarkan wang POS RM 20 (RM15 harga buku,RM5 caj POS) tulis atas nama EDY NOOR REDUAN ke alamat C-16-02, PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, 59200 K.Lumpur

MPN : Mat Sabu Berhak Beri Pendapat Tentang Sejarah Negara

Posted: 10 Sep 2011 01:36 AM PDT




PUTRAJAYA 9 SEPT : Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Zakri Abdul Hamid menyatakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya berkaitan sejarah negara.

Namun, katanya adalah menjadi tanggungjawab badan-badan seperti MPN dan sejarawan untuk memberikan intepretasi yang tepat kepada masyarakat.

"Dalam negara demokrasi, itu hak beliau. Orang boleh menyuarakan apa-apa pandangan. Tapi samada pandangan itu betul atau tidak, itu tanggungjawab badan-badan seperti MPN untuk memberikan sumbangan," jelas Zakri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Menurut Zakri, pihaknya mengambil pendirian untuk bersikap neutral serta tidak mahu memberi respon politik terhadap kenyataan Mat Sabu itu.

"Kita ingin membetulkan fakta dan intepretasi yang tidak betul. Itu yang kita mahu buat. Respon kita bukan aspek politik," tambahnya.

 Mat Sabu didakwa memesongkan fakta sejarah dengan mengangkat Ahmad Indera atau Mat Indera yang menganggotai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dan bukan anggota polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan yang dirinya cuba mengaitkan perjuangan Mat Indera dengan komunis seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 27 Ogos lalu.

Sementara itu bekas profesor di Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam yang memberi respon terhadap penulisan buku 'Pengukir Nama Johor' (2004) berkata, Allahyarham Ismail Adnan hanya melontarkan pandangan tentang Mat Indera.

Malah Ramlah berkata Allahyarham tidak langsung menyebut anggota Rejimen ke 10 PKM itu sebagai pejuang kemerdekaan.

"Macam buku yang menjadi kontroversi, penulis itu Allahyarham Ismail cuma membuat persoalan. Dia tidak menulis ayat yang jelas bahawa Mat Indera itu seorang pejuang. Dia cuma melontarkan pandangan.

"Jadi itu adalah pandangan beliau. Itu bukan tanggungjawab pihak-pihak yang menerbitkan buku itu," katanya.

Ujarnya mungkin penulis memperolehi banyak maklumat sehingga mengakibatkan dirinya meragui dasar perjuangan Mat Indera.

Sehubungan dengan itu Ramlah berkata aspek akdemik di negara ini sentiasa menggalakkan penyelidikan dan percambahan minda untuk memperbaiki bahan ilmiah dari semasa ke semasa.

Kisah Mat Indera Terus Popularkan Mat Sabu

Posted: 10 Sep 2011 01:34 AM PDT

TAIPING 10 SEPT : Di sebalik kontroversi ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor 21 Ogos lalu terus dikecam hebat oleh media kawalan Umno-Barisan Nasional, kelibat pemimpin PAS itu terus mendapat perhatian rakyat.

Buktinya, ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat malam tadi mendapat sambutan menggalakkan rakyat apabila ia membariskan Mohamad sebagai salah seorang tetamu.

Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu dalam ucapannya di hadapan kira-kira 6,000 hadirin berkata, hakikatnya apa yang dipaparkan oleh media arus perdana tidak menggambarkan hal yang sebenar.

Dalam ceramah berasingan, beliau turut memaklumkan akan memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia Isnin ini berhubung satu berita berkenaan ceramahnya yang menyentuh tragedi Bukit Kepong.

Tempoh 24 jam yang diberikan kepada Utusan Malaysia telah tamat semalam.

"BN memperkudakan media arus perdana khususnya lidah Umno, Utusan Malaysia mengecam saya bertubi-tubi selama lebih 13 hari termasuk hari pertama Hari Raya Aidilfitri walaupun ajaran Islam menyuruh sifat maaf bermaafan sempena musim Bulan Syawal,"kata Mat Sabu.

Dalam ceramahnya di Padang Menora, Mat Sabu menyifatkan Ahmad Indera atau Mat Indera adalah pejuang sebenar kemerdekaan dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong lebih 60 tahun lalu.

Namun kenyataan Mat Sabu itu diputar belit sehingga memperlihatkan beliau seolah-olah mengagungkan komunis.

Dalam pada itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, Umno-BN kekontangan idea sehingga sanggup mengubah kenyataan Mat Sabu dan dipaparkan dalam versi mereka.

" Oleh kerana itu terpaksa memakai taktik kotor dengan kempen fitnah untuk menghina sifat pemimpin PR walaupun serangan peribadi yang bersifat politik akhirnya semua terbukti palsu dan remeh.

"Umno mengecam Mat Sabu cuba bela komunis tetapi adalah fakta umum Setiausaha Agong Umno, Dato Seri Tengku Adnan Bin Mansor telah menandatangani perjanjian

kerjasama dengan Parti Komunis Cina di Beijing pada tahun 2010. Selain itu, Parti Komunis Cina yang merupakan Bapa kepada Parti Komunis Malaya(PKM) adalah tetamu kehormat khas di Perhimpunan Agong Umno atas jemputan parti tersebut,"katanya lagi.

"Ini terbukti Umno bersikap talam dua muka dan cuba memperdayakan rakyat dengan usaha licik yang cukup hipokrit,"tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 6,000 warga Taiping yang membanjiri Ceramah Perdana anjuran Pakatan Rakyat di Kampung Bukit Jana sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih tiga kilometer, malam tadi.

Beliau juga menyifatkan kehadiran rakyat dari pelbagai kaum dalam ceramah Pakatan Rakyat membuktikan bahawa gagasan itu berjaya mewujudkan landskap politik baru dalam negara ini.

Justeru katanya, beliau yakin nasib rakyat juga akan lebih terbela di bawah pimpinan yang dekat di hati rakyat.

"Rekod Jabatan Perdana Menteri sendiri mengakui Perak kini telah menjadi Negeri yang mempunyai bilangan paling ramai keluarga miskin diseluruh Negara dengan 192,000 buah keluarga dalam negeri Perak mempunyai purata pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan. Jika tidak ubah sekarang, bila lagi?,"katanya.

Selain Mat Sabu dan Nga Kor Ming, ceramah malam tadi turut dihadiri naib pesuruhjaya PAS negeri, Ustas Misbahul Munir, ADUN Aulong, Yew Tian Who, dan pesuruhjaya PAS parlimen Taiping, Ustaz Pakaruddin.

Rakyat Anggap Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Membebankan

Posted: 10 Sep 2011 01:31 AM PDT



SHAH ALAM 9 SEPT : Reaksi rakyat kebanyakan sudah dijangkakan. Rata-ratanya melahirkan kekecewaan apabila kerajaan dan syarikat telekomunikasi (Telco) memutuskan untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Malah pendapat itu turut dikongsi oleh agen tambah nilai prabayar dan pek permulaan kad SIM, Roslinda Samad yang menyifatkannya sebagai beban kepada pengguna.

"Kenaikan caj perkhidmatan enam peratus ini bagi tambah nilai bagi saya satu kadar yang tinggi, sebelum ini pun caj untuk seminit mencecah 30 sen, ditambah dengan caj enam peratus itu jelas sangat membebankan kepada pengguna, saya sebagai agen telekomunikasi sejujurnya rasa ini tidak wajar, bagi syarikat telekomunikasi itu sendiri caj yang dikenakan untuk masa berbual pun sudah menguntungkan,"katanya kepada Tv Selangor.

Syarikat telekomunikasi melalui satu kenyataan semalam memberitahu, kadar cukai perkhidmatan enam peratus itu bukan sesuatu yang baru.

Namun yang pasti, seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal menerima kesan akibat pertambahan kadar enam peratus setiap kali membeli kad tambah nilai.

Cukai perkhidmatan ini meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu menurut Rosmaharza Zainuddin, seorang pelajar di salah sebuah sekolah menengah di bandar ini, turut melahirkan rasa kesalnya di atas caj tambahan ini.

"Bagi saya perkara ini tidak seharusnya berlaku, saya yang masih belajar sedia maklum memerlukan banyak perbelanjaan untuk pelbagai keperluan,"katanya lagi.

Manakala bagi seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Khairul Anwar Musa yang masih belum berpeluang menyambung pengajian berkata, walaupun pertambahan caj hanya enam peratus namun bagi pelajar dan mereka yang berpendapatan rendah, ia cukup membebankan.

Apatah lagi katanya, penggunaan telefon bimbit merupakan satu keperluan asas pada hari ini.

"Saya sejujurnya tidak setuju sekirannya kadar ini dinaikkan, keadaan ini agak membebankan,"katanya.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video : NTC chief arrives in Tripoli

Posted: 10 Sep 2011 05:28 PM PDT

Video : Fight for Bani Walid continues

Posted: 10 Sep 2011 05:27 PM PDT

Jaminan PAS: PM, TPM tetap Muslim jika Pakatan tawan Putrajaya

Posted: 10 Sep 2011 05:26 PM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Sept - Datuk Mustafa Ali memberi akar umbi PAS jaminan bahawa dua jawatan tertinggi kerajaan pusat - perdana menteri dan timbalan perdana menteri - akan diketuai oleh komuniti Islam jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13.
Parti itu dilihat memberi jaminan bagi mengekalkan sokongan kalangan orang Melayu khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar sementara spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Hisham: Biar Peguam Negara tentukan tindakan ke atas Mat Sabu...rakyat menunggu reka tuduh tu..!!!

Posted: 10 Sep 2011 05:25 PM PDT

KLANG, 11 Sept ─ Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong.
Beliau (gambar)  berkata kes Mohamad banyak berkisar kepada undang-undang dan oleh itu hanya Peguam Negara yang dapat menentukan bentuk tindakan terhadap beliau.
"Saya tak boleh cakap lebih dari itu, nanti orang tuduh kita menyuruh dan mengarah Peguam Negara.
Read More / Baca Lagi >>

PM, DPM to remain Muslim, PAS assures Malay electorate

Posted: 10 Sep 2011 04:51 PM PDT


KUALA LUMPUR, Sept 11 — PAS has moved to assure its grassroots that the country's top two leaders will still be Muslim if Pakatan Rakyat (PR) takes over the country. The issue was raised at the Islamist party's national meeting here yesterday as its political rival Umno has touched on the viability and captaincy of the PAS-DAP-PKR opposition pact.
"I can guarantee you the prime minister will be a Muslim, and hopefully the deputy prime minister will also be a Muslim," party secretary-general Datuk Mustafa Ali told PAS delegates attending the day-long briefing of its "Negara Berkebajikan" concept to be rolled out as part of the party manifesto for the 13th general elections widely expected to be called by end of this year.
"Imam, Insya Allah, selamat [the imam, Insya Allah, is safe]," he added.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi: Jangan tutup fakta sejarah

Posted: 10 Sep 2011 04:49 PM PDT

GOMBAK, 11 Sept — Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan Umno agar tidak menutup fakta sejarah kemerdekaan negara semata-mata demi kepentingan sendiri.
Justeru, Presiden PAS menegaskan, sejarah kemerdekaan perlu didedahkan secara telus kepada rakyat.
"Perjuangan menentang penjajah bermula sejak 1511 ketika kedatangan Portugis... ingat, bukan perjuangan menuntut kemerdekaan bermula dengan Umno pada 1946.
"Jangan nafikan sejarah, sepatutnya ahli-ahli sejarah jangan tutup fakta ini, parti-parti yang ditubuhkan di Tanah Melayu diharamkan oleh British," katanya pada ceramah Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini malam tadi.
Tambah beliau (gambar), ramai pemimpin perjuangan kemerdekaan yang telah dihukum di zaman penjajah menambah penjajahan secara moden sedang berlaku di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: Umno mewarisi sikap penjajah

Posted: 10 Sep 2011 04:48 PM PDT

GOMBAK, 11 Sept ─ Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menjadi serangan Umno terus-menerus sejak tiga minggu lalu berkata, parti Melayu kebangsaan itu mewarisi sikap penjajah yang menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka.
Bercakap pada ceramah Negara Berkebajikan: Tawaran PAS malam tadi, Mohamad (gambar) berkata, beliau sedih apabila dituduh mengagung-agungkan komunis.
"Saya dulu pernah ditahan ISA atas tuduhan pelampau agama, walaupun sudah lebih 30 tahun saya melalui jalan yang mendokong perjuangan Islam, bersama-sama mendokong kepimpinan ulama yang bermula pada 1983, berada di sini sehingga sekarang sebagai timbalan presiden, terus mendokong dasar Islam, tiba-tiba sekarang dituduh komunis... tak sedihkah? Jahat sungguh," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen saman : Saman Utusan, lebih ramai saman Mat Sabu..he.he...Utusex dan Nazri...!!!

Posted: 10 Sep 2011 04:44 PM PDT

PADANG RENGAS 10 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu diingatkan supaya jangan angkuh dengan keputusan untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan ceramah beliau berkaitan peristiwa Bukit Kepong sehingga mengundang kemarahan banyak pihak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana lebih banyak pihak yang akan menyaman pemimpin Pas itu ekoran keceluparannya mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.
"Biarlah dia hendak saman, itu hak dia. Mungkin dia ingat, dia betul, tetapi, saya ingin mengingatkan dia, dia saman Utusan.., lepas ini lebih ramai yang akan saman dia. Itu dia tak tahu," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Chenderoh di padang Sekolah Kebangsaan Temung di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Caj prepaid 6% : Najib tak payah main wayang, rakyat bukan bodoh ...KASTAM tu syarikat swasta eh..!!!

Posted: 10 Sep 2011 04:39 PM PDT


Utusan Malaysia melaporkan - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Permatang Pauh : Rumah Terbuka Malaysia atau Pilihanraya ni? (Gambar)

Posted: 10 Sep 2011 04:35 PM PDT

Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Majlis anjuran kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.



Dan diberitakan juga bahawa Najib akan turut serta..Read More / Baca Lagi >>

Nafi Pancung Najib Razak!! - Maha Firaun!

Posted: 10 Sep 2011 04:31 PM PDT

ANAK ANAK MUDA SEMUA KENA LA FAHAM
GUA BUAT SEMUA INI KERANA NAK TENGOK
ANAK GUA JADI PM SEBELUM GUA MAMPOS.
LU ORG SUSPEK DENGGI SIKIT LA DEKAT GUA..
GUA BEKAS PEE EMP LU TAU TAK!
PM PEROMPAK WANG RAKYAT!
KAH KAH KAH
Read More / Baca Lagi >>

MERDEKA : Habis terlondeh angkara Mat Sabu

Posted: 10 Sep 2011 04:29 PM PDT

Tuan Haji Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS menggemparkan negara dengan ceramah beliau yang menjadi isu hangat apabila mengatakan bahawa Mat Indera adalah salah seorang dari pejuang yang berjuang menuntut kemerdakaan dari British sedangkan pihak pemerintah pulak menganggap bahawa Mat Indera ini adalah salah seorang pengganas komunis. Percanggahan ini  menjadi isu yang hangat apabila banyak fakat dari kedua belah pihak di huraikan mengikt definasi masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Tanah Melayu Tak Dijajah: Zainal Kling Hina Kredibiliti Sendiri

Posted: 10 Sep 2011 04:28 PM PDT


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Perjanjian Pangkor 1874 bukan makna British jajah negeri Perak kah kah kah...Read More / Baca Lagi >>

9/11 : 200 maut terjun dari Menara WTC

Posted: 10 Sep 2011 04:11 PM PDT

SEORANG lelaki terjun dari bangunan WTC yang runtuh akibat serangan pengganas sedekad lalu.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001, lapor sebuah akhbar semalam.
Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Libya Fighters Battle for Gafhafi Stronghold

Posted: 10 Sep 2011 03:59 PM PDT

Video : US Muslims speak of unjust suspicion

Posted: 10 Sep 2011 03:58 PM PDT

Video : Arab League claims progress in talks with Assad

Posted: 10 Sep 2011 03:56 PM PDT

Video : Today in History

Posted: 10 Sep 2011 10:23 AM PDT

Kalau Dato' Seri Najib busy, harap Datin Seri Rosmah tolong baca

Posted: 10 Sep 2011 09:22 AM PDT

CUKAI PERKHIDMATAN 6%: PERDANA MENTERI PERLU BERTANGGUNGJAWAB


Kenyataan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menyalahkan syarikat telekomunikasi atas kenaikan harga akibat cukai perkhidmatan 6% tidaklah mengejutkan. (rujuk di sini) Kebelakangan ini, tindakan beliau yang suka menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya sendiri tidak disukai rakyat sudah menjadi tabiat.

Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6% ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan. Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Asyraf makin pulih tapi fobia lihat berkumpul

Posted: 10 Sep 2011 09:19 AM PDT

Asyraf Haziq Rossli yang cedera diserang dan disamun sekumpulan belia semasa rusuhan di London bercakap kepada pemberita dari hospital dia dirawat bulan lalu. — Foto ihsan BBC
LONDON, 10 Sept – Kecederaan yang dialami Muhammad Asyraf Haziq Rossli, pelajar Malaysia yang diserang oleh kumpulan perusuh di kota London hampir sebulan yang lalu, kini semakin pulih. Bagaimanapun, menurut anak muda berumur 20 tahun itu, kecederaan yang dialaminya bersifat kekal dan besi yang dipasang untuk membetulkan rahangnya, akan kekal selama-lamanya.
"Saya sudah makin pulih, mungkin dalam beberapa minggu lagi saya sudah boleh makan makanan keras. Sakitnya juga sudah hilang namun kadang-kadang terasa ngilu bila hujan.
"Walaupun sebulan peristiwa itu berlaku, namun masih fobia, kalau berjalan dan ternampak orang berkumpul, saya akan elak dan ikut jalan lain," katanya dipetik Bernama Online hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa UMNO Tak Berdebat Dengan KKK dan ZK? Ini Jawapannya.

Posted: 10 Sep 2011 09:18 AM PDT

Oleh: AntiKarat

"Polemik tentang kemerdekaan negara semakin menarik. Dua orang profesor dah kata negara kita tidak pernah dijajah. Tanah Melayu hanyalah negeri naungan British. Jadi, kalau Tanah Melayu tak pernah dijajah, buat apa diisytiharkan merdeka. Dan buat apa sambut merdeka. Kita tak pasti sejauh mana pemimpin UMNO menerima pandangan dua orang profesor yang cuba menyelamatkan maruah UMNO ini?

Read More / Baca Lagi >>

" Saman Utusan Malaysia sampai bankrap"- Mat Sabu

Posted: 10 Sep 2011 09:17 AM PDT

BUKIT MERTAJAM, 10 Sept: "Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekaligus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal," jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau ketika berucap di majlis mengutip dana Pondok Turith di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam tadi menegaskan, masa yang diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan 'Mat Sabu hina pejuang' sudah berakhir dan saman akan bermula Isnin ini.
Read More / Baca Lagi >>

6% service tax: PM needs to be strongly rebuked for unprincipled conduct

Posted: 10 Sep 2011 09:15 AM PDT

6% service tax: PM needs to be strongly rebuked for unprincipled conductDato' Seri Najib Tun Razak's reaction to the latest uproar against the 6% service tax on telecommunication services is expected. It has become his trademark that every time his own policy ignites strong opposition from the public, he will wash his hands and blame others instead.
It is unbecoming of a Prime Minister to plead ignorance that his government's decision to increase the service tax to 6% effective from 1 January 2011 has nothing to do with the telecommunication companies' decision to pass the tax burden to consumers.
For a start, the public has to be clear that the 6% service tax is a government tax levied on all services specified by the government. The service tax contributes directly to the government coffers and not a single sen is retained by any companies, which only acts as a tax collector. It is estimated that the government collects up to RM750 million in service tax each year from the prepaid customers all these years.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Cairo tense after Israeli embassy attack

Posted: 10 Sep 2011 09:12 AM PDT

Profesor keliru, kemudian kelirukan orang

Posted: 10 Sep 2011 09:11 AM PDT

Prof Dr Abdul Aziz Bari
 
Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).
Read More / Baca Lagi >>