Isnin, 1 Ogos 2011

bumiperak

bumiperak


Pak Samad pelopor Kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’

Posted: 01 Aug 2011 07:44 AM PDT

PETALING JAYA : Kempen 'Jom Baca Media Alternatif', anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said Ahad ini bertujuan menjadikan "media alternatif sebagai akses utama maklumat rakyat di negara ini".

Selain memberi pendedahan, memberi persepsi terbuka dan mendidik rakyat mengutamakan kesahihan berita, kempen yang bertemakan "Baca dan Banding" ini turut memberi peluang kepada mereka melihat realiti Malaysia melalui dimensi yang berbeza.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Sekretariat Media SMM Ahmad Shukri Kamarudin berkata program serta kempen bermula hari Sabtu 6 Ogos ini.  Selain edaran risalah turut disertakan buah tangan kepada warga kota pada hari tersebut.

Program pada 6 Ogos (Sabtu) bermula jam 3.00 petang menjurus kepada 'Flash Mob' sekitar Kuala Lumpur dengan memakai baju khas kempen yang turut tertera alamat laman sesawang media alternatif. Kemuncak kempen pada 7 Ogos (Ahad) akan dirasmikan oleh Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula jam 2 petang.

"Beliau (Pak Samad) mengesahkan kehadirannya pada perlancaran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' Ahad ini.

Perlancaran ini dijangka akan diadakan selepas siri wacana 'Mahasiswa Selamatkan Rakyat' yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji Lynas yang turut menjadi isu utama diperjuangkan oleh SMM dan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR)," katanya.
SMM merupakan ikatan kerjasama beberapa pertubuhan mahasiswa di seluruh Malaysia seperti Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) serta 'Malaysian Student and Youth Democratic Movement' (Dema).

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ikhlas berzina

Posted: 01 Aug 2011 05:48 PM PDT

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati.

Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:

Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.

Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy

'Jom Baca Media Alternatif' - SMM

Posted: 01 Aug 2011 07:30 AM PDT

Mahasiswa gerak kempen Jom Baca Media Alternatif

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada beberapa gabungan mahasiswa akan melancarkan kempen Jom Baca Media Alternatif hujung minggu ini.

Menurut Sekretariat Media SMM Ahmad Shukri Kamarudin, kempen itu diadakan agar rakyat menyedari kewujudan media-media alternatif seterusnya menjadikan ia sebagai akses utama mendapat maklumat.

"Selain itu kempen ini juga bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan rakyat kepada persepsi yang lebih terbuka dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

"Dalam pelancaran kempen dua hari ini bermula Sabtu kita juga akan mengatur beberapa aktiviti lain bagi menyemarakkan lagi suasana," katanya sambil menambah kempen itu juga bertemakan Baca dan Banding.

Jelas beliau, pelancaran perasmian akan dilakukan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada Ahad di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

"Pada hari Sabtu (3 petang) kita akan berkumpul di Jalan Tunku Abdul Rahman yang mana kira-kira 30 hingga 40 mahasiswa akan memakai baju khas kempen yang tertera alamat media alternatif, kita juga akan mengedarkan risalah kempen dan buah kurma kepada orang ramai.

"Sementara itu pada hari Ahad, kita akan buat pelancaran kempen yang akan dilakukan Datuk A Samad Said, beliau juga akan membaca puisi dan kita juga akan mengadakan beberapa gimik pelancaran," katanya.

Sebelum majlis pelancaran, wacana "Mahasiswa Selamatkan Rakyat" yang akan menyentuh mengenai pembinaan loji nadir bumi Lynis di Gebeng, Kuantan akan turut diadakan.

SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema). - TMI

Penyanyi pop yeh-yeh Hasnah Haron meninggal dunia

Posted: 01 Aug 2011 03:25 AM PDT

JOHOR BARU, 1 Ogos – Penyanyi popular 1960-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail, di sini, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Anak beliau, Haslinda Mohd Eunos, 39 berkata ibunya dimasukkan ke hospital Rabu lalu selepas mengadu sukar untuk bernafas.

"Bagaimanapun keadaan dia semakin tenat pada pukul 3 pagi ini sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 pagi tadi di samping kelima-lima anaknya," katanya dipetik Bernama Online.

Arwah menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu.

Jenazah Hasnah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini selepas solat Zohor tadi.

Arwah, yang pernah popular dengan lagu irama pop yeh-yeh seperti "Bersedih", "Sabar Menanti" dan "Siti Zubaidah, meninggalkan lima orang anak termasuk dua lelaki dan lima orang cucu.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Hasnah adalah rakan-rakan seangkatan beliau iaitu S.Mariam, M.Fadhil, A.Halim, M.Ishak dan A.Rahman Onn.

Menurut Haslinda, ibunya seorang yang penyabar, tidak pernah bersangka buruk kepada orang lain dan sentiasa memberikan nasihat kepada anak-anaknya.

Najib kantoi dengan mahasiswa

Posted: 01 Aug 2011 12:10 AM PDT

Najib terperangkap soalan mahasiswa

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terperangkap dengan soalan yang dikemukakan mahasiswa ketika menghadiri Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur, semalam.

Tindakan Najib mengelak dari menjawab persoalan 'Melayu dahulu, Malaysia kemudian' oleh mahasiswa yang hadir persidangan itu, menunjukkan beliau tidak mempunyai gagasan pemikiran yang jelas, kata Pengarah Biro Mahasiswa, Angkatan Muda KEADILAN,Saifullah Zulkifli.

Saifullah berkata, Najib cuba mengelak dari menjawab soalan itu dengan alasan tidak mahu ia dikaitkan dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedangkan rakyat pada umumnya tahu hubungan yang renggang antara mereka.

"Najib cuba 'playsafe' tentang soal 'Melayu dahulu, Malaysia kedua'. Sepatutnya Najib wajib menjawab persoalan yang dilontarkan. Anak muda mahu tahu pandangannya tentang itu,"

"Dalam masa yang sama, Najib cuba menunjukkan kononnya tiada konflik yang ketara di antara mereka. Sedangkan semua orang tahu tentang itu. Pemimpin Umno sekarang berusaha untuk menaikkan Muhyiddin," kata Saifullah.

Dalam pada itu katanya, Najib juga terperangkap dengan soalan mahasiswa apabila ditanya mengenai perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), 9 Julai lalu.

Saifullah berkata, jawapan Najib bahawa beliau menawarkan Stadium Shah Alam dan bukan Stadium Merdeka kepada gabungan itu, menunjukkan sikapnya yang diumpamakan seperti 'lidah bercabang'.

"Dia sendiri yang menyatakan – jika mahu berhimpun pergi ke stadium. Ini diucapkan oleh Najib sendiri semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) 4 Julai lalu.

"Sedangkan, dia tidak kata mana-mana stadium secara spesiifik. Mungkin benar kata orang-orang Umno. Sikap seperti ini yang menyebabkan mereka mahu cepat-cepat menurunkan Najib," kata Saifullah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17991

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PAKATAN DI ANTARA PKR DAN PARTI KITA DI PAHANG UNTUK JATUHKAN UMNO?

Posted: 01 Aug 2011 05:34 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN bulan lepas, seorang bekas Ketua Cabang PKR yang melompat parti dan menyertai Parti KITA dari Negeri Pahang telah sanggup menemui pemimpin utama PKR Pahang untuk `berbincang atau merayu' agar PKR memberikan laluan kepada Parti KITA bertanding di salah satu kawasan di negeri tersebut.

Difahamkan pertemuan itu diadakan di Ibu Pejabat PKR Pahang sendiri. Di antaranya dikatakan bahawa wakil dari Parti KITA itu (mungkin bakal calon KITA) mahu agar PKR memberi laluan kepada KITA untuk bertanding kerana kononnya KITA dan PR sama-sama untuk menjatuhkan Umno/Bn di dalam PRU nanti. Kerusi yang KITA mahu PKR beri laluan itu merupakan Kerusi Parlimen yang berkemungkinan besar kerusi itu bakal diisi oleh calon dari PKR.

Perbincangan yang dikatakan tidak sampai 10 minit itu berakhir apabila `rayuan' dari wakil KITA tidak mendapat respon dari pimpinan PKR. Persoalannya, benarkah KITA ingin bersama-sama dengan PR menjatuhkan Umno/Bn? Jika benar, mengapa tidak umumkan sahaja untuk menjadi rakan di dalam PR? Atau, mungkin juga KITA akan bercakap benda yang sama apabila berunding dengan Umno/Bn iaitu dengan menyebut KITA bersama Umno/Bn ingin menjatuhkan PR?

Nampaknya jika benar cerita ini, KITA cuba menjadi parti `dua alam' atau `talam dua muka'. Kita masih ingat sewaktu awal penubuhan KITA, pemimpin mereka berkata bahawa KITA boleh mendapatkan pengaruh dan sokongan tanpa bantuan samada dari PR mahu pun Bn. Tentulah tidak masuk akal, belum apa-apa lagi sudah ada wakil yang datang `merayu' untuk beri laluan. Jika sudah merasa kuat dan gagah, masuk sajalah bertanding dan tentu meriah bila ada beberapa kawasan yang berlaku pertandingan 3 penjuru.

Diberitakan semasa pertemuan itu berlangsung, pemimpin PKR Pahang itu cuba menolak `rayuan' wakil dari KITA tersebut dengan memberi alasan bahawa pengagihan Kerusi Parlimen adalah di bawah kuasa PKR Pusat. Wakil KITA diminta untuk berunding dengan PKR Pusat berkenaan `rayuan'nya itu. Masalahnya, ada keberaniankah Zaid Ibrahim untuk berjumpa DS Anwar bagi membincangkan hal tersebut?

Sejurus selepas pertemuan tersebut, pemimpin PKR tersebut berkata, "Jika PKR Pusat setuju sekalipun, PKR Pahang akan membantah keras untuk memberi laluan kepada KITA". Nampaknya, ada yang menyesal melompat parti baru-baru ini kerana gagal membawa ramai penyokong untuk melompat bersamanya./wfauzdin.blogspot.com

~penarik beca

~penarik beca


Rosmah first, power second, Malays and Malaysian last

Posted: 01 Aug 2011 06:41 PM PDT

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Cerpen 01 : Baby Lelaki Razali

Posted: 01 Aug 2011 05:15 PM PDT

Status di Facebook Razali bertulis "Just got my first child...my son...3.15kg..baby and wife selamat!syukur!"

Ahmad duduk di depan ipadnya sambil tersenyum riang membaca status kawan baiknya itu."Yo,my fren,congrats 4 being a father!" balas Ahmad di status Razali.

Ahmad duduk sebentar merenung skrin. Tangannya mencapai iphone di depannya.Jarinya pantas menaip sms ringkas kepada seorang lagi rakan baiknya, Abu."Yo bro...teman aq g beli hadiah untuk anak Razali,plis?Aq tak pandai nak beli brg baby.." begitulah mesejnya.

Ahmad termenung kembali menunggu balasan.Selalunya Abu tak pernah biar smsnya tidak berjawab."Ding dong!" Iphone Ahmad berbunyi.Ada sms masuk.

"Kau ingat aq reti?Tibai aje.2:30,sharp,Mid Valley.Aku naik LRT..kau hantar aku balik."

Ahmad sengih.
Nasib baik Abu nak tolong.

...............

Salesgirl itu mungkin pelik melihat 2 orang lelaki masuk ke dalam kedai yang dijaganya."Ya,Encik boleh saya tolong?" tanya salesgirl itu.

Abu sengih pandang Razali."Kami sebenarnya nak carik baju untuk anak kami!" Abu sedaya upaya tahan ketawa bila meluahkan ayat tu.Salesgirl itu buntang matanya sebentar,memandang Abu dan Ahmad yang berdiri.Mungkin kerana sengaja nak bergurau dengan lebih ekstrim, tangan Abu dipegang Ahmad.

"Oh..oh oh....I see...I see.." merah padam muka gadis itu.Pantas dia melangkah ke bahagian baju bayi."Lelaki ke perempuan?" tanya dia tak berani memandang wajah mereka berdua.

"Boy!" kata mereka serentak."Aaa..semua kat sini.." gadis itu pantas menunjukkan barisan baju bayi yang dipamerkan dan cepat2 dia melangkah pergi.

"Hahaha...tiap2 kali kita berlakon jadi pasangan gay...mesti respon diorang sama aje..hihihihi.." bisik Abu kepada Ahmad.Mereka pun membelek-belek beberapa helai.Sedar-sedar gadis tadi ada di belakang mereka.Cepat2 Abu menukar nada suaranya jadi lemah gemalai."Yaaanngg..I suka la yang ni..cuuuttteee sangat!" kata dia...

Ahmad ketawa berdekah-dekah dalam hati. Memang dia cukup tak suka shopping sambil diawasi salesgirl.Rasa tak bebas.Selalunya,lakonan mereka memang berkesan nak pastikan takde salesgirl berani datang dekat.

..................

"Banyaknya kau beli hadiah untuk anak Razali?Banyak betul duit kau?Aku tengok tadi total dekat 4 ratus lebih!" tanya Abu kepada Ahmad.

"Sekali-sekala Bu...anak member,apa salahnya?" jawab Ahmad ringkas."Ye la..tapi kau spend banyak2 pun bukannya anak kau pun..." soal Abu.

Ahmad masuk ke kereta selepas selesai memasukkan barang ke bonet."Sekali ni aje..lepas ni kalau dia dapat anak lagi..tak dapat la aku bagi banyak camni.." jelas Ahmad. Abu pantas masuk ke kerusi depan dan kereta pun meluncur laju membelah jalanraya.Kiri kanan jalan penuh dengan bangunan tinggi yang kelihatan seolah mencecah langit.

"Kau nak tau kenapa aku sanggup spend banyak2 ni?" tanya Ahmad,memecahkan suasana sunyi sambil kereta terus meluncur.

"Sebab kau dapat bonus?Sebab kau sudah stop layan clubbing?Sebab kau sudah tidak minum membuatkan kau banyak saving?" teka Abu. "Keh keh keh.." gelak Ahmad. "Ada ke camtu cara pemikiran kau?"

Pelik Abu..."Habis tu sebab apa?"Ahmad meneguk air liur."Kau member baik aku jadi aku bagitau kau...kau sorang aje ni. I trust you,man!"

"Ok..ok..ok!Macam biasa...biar pecah di perut,jangan pecah dekat mulut!" kata Abu makin teruja.

"......baby tu...anak aku..." kata Ahmad, perlahan.

Sepanjang perjalanan pulang selepas itu...
Abu yang gila-gila dan riang ria,langsung tak bersuara.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod "71" ...SPR Dan JPN jadi tali barut Pengkianat Negara...!!!

Posted: 01 Aug 2011 08:45 PM PDT




Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.

Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.

Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).


Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Najib Tidak Pernah Tawar Stadium Shah Alam

Posted: 01 Aug 2011 08:38 PM PDT


SHAH ALAM 2 OGOS : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara. Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat. "Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria. Maria mengakui, Najib memang menawarkan himpunan aman tersebut dilakukan didalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat berkeputusan mahu menjayakannya di Stadium Merdeka, yang terletak di Kuala Lumpur. "Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam, dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur Bersih) memutuskan memilih stadium Merdeka. Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Kematian peserta demo Bersih, BN terus ditekan

Posted: 01 Aug 2011 08:19 PM PDT

Kematian Baharuddin Ahmad yang menyertai demonstrasi Bersih pada 9 Julai lalu terus meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Terbaharu, keluarga Baharuddin yang mendapat sokongan Pakatan Rakyat menuntut inkues diadakan ekoran pertikaian sebab kematian Allahyarham.

Kes Baharuddin menambah lagi kes kematian yang dipertanggungjawabkan ke atas pemerintah selepas Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed.

Selepas kematian Teoh, pembantu wakil rakyat DAP dan anggota kastam Ahmad Sarbaini di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, kematian Baharuddin menjadi isu baharu yang menjadikan pentadbiran Najib defensif.Read More / Baca Lagi >>

Taib didakwa bayar firma PR RM15 juta

Posted: 01 Aug 2011 08:05 PM PDT

Laman anti Tan Sri Taib Mahmud Sarawak Report mendakwa, ketua menteri Sarawak itu membayar RM15 juta kepada syarikat perhubungan awam bagi menaikkan imejnya di peringkat antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah first, power second, Malays and Malaysian last

Posted: 01 Aug 2011 08:04 PM PDT

Malaysiakini hari ni menghimpunkan komen-komen pembacanya di bawah tajuk "Muhyiddin first, Malay second, Malaysian last". Saya rasa tak berapa betul. Keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya nampak ialah "Rosmah first, power second, Malays and Malaysian last".

Memang sukar dinafikan Najib nampak sangat kecut habis kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi, dia kecut dan takut bukan kerana Muhyiddin menjadi keutamaannya. Kalau boleh, hari ini jugak Najib nak hambat timbalannya itu dari mengacau kesedapan kuasanya. Takut Najib kepada Muhyiddin sebenarnya disebabkan takut hilang kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Bila 1Malaysia Tidak Lagi DiSatukan...Ia Dah Jadi 1Rosmah...!!

Posted: 01 Aug 2011 08:03 PM PDT

Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang pernah berkhidmat dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan rasa bimbangnya dengan kemerosotan ekonomi, sosial dan perpaduan yang berlaku di negara ini.
Beliau kesal, kerajaan yang menerajui negara hari ini gagal memikul amanah kemerdekaan yang dicetuskan Tunku Abdul Rahman Putra bagi memastikan negara terus berdaya saing. Beliau juga bimbang, jika keadaan ini berterusan, negara semakin diambang kehancuran.
Read More / Baca Lagi >>

Umno sudah tidak ada ruang bebas bersuara, dakwa bekas menteri

Posted: 01 Aug 2011 07:58 PM PDT


KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kesal kerana Umno kini sudah tidak lagi menyediakan ruang untuk memberi perbezaan pendapat, mendakwa parti kaum Melayu itu telah beralih daripada dasar-dasar dipraktikkan oleh presiden-presiden terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak.
Bekas menteri kerajaan pusat dan ahli Majlis Tertinggi Umno ini memberitahu The Malaysian Insider, beliau turut bimbang dengan budaya politik semasa dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sambil menegaskan, ia jauh berbeza berbanding pendekatan terbuka dan telus yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
"Malangnya, keadaan sudah banyak berubah dalam Umno sendiri sejak era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Ketika itu ada banyak kebebasan untuk menyuarakan pandangan kami, ruang untuk perbezaan pendapat dan debat terbuka," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Durian tidak boleh dimakan?

Posted: 01 Aug 2011 07:55 PM PDT

by Norhayati Kaprawi DURIAN itu halal. Makan durian juga halal. Tapi kalau ada penyakit darah tinggi, mungkin sekali doktor nasihatkan jangan makan. Lalu, apakah doktor itu berdosa besar kerana melarang kita dari makan makanan yang dihalalkan dalam Islam? Tentu tidak, kerana ia bertujuan untuk mengelakkan kita dari mendapat mudarat.
(Pic by fatbong / sxc.hu)
(Pic by fatbong / sxc.hu)
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s dangerous diatribe

Posted: 01 Aug 2011 07:53 PM PDT

Najib's dangerous diatribe


POST-Bersih 2.0 rally, what has Prime Minister Datuk Seri Najib Razak been saying to defend the government's actions of repressing dissent?
It would seem that since the 9 July 2011 rally and after arresting more than 1,900 people, including detaining without trial six Parti Sosialis Malaysia (PSM) members, Najib's responses have been disingenuous, narrow-minded, and even dangerous.
What, then, do his statements tell us about Najib's leadership and what we can expect further from his administration?
Read More / Baca Lagi >>

Estrada slams Malaysian envoy’s wife over anti-Rizal, Ibrahim tweet

Posted: 01 Aug 2011 07:44 PM PDT

LinkedIn! 

Dato' Seri Dr Ibrahim Saad and Datin Seri Zainab
(Inquirer) - MANILA, Philippines—Former president Joseph Ejercito Estrada on Monday chided a Malaysian diplomat's wife over her message on microblogging site Twitter calling Philippine national hero Dr. Jose Rizal an "infidel Malay."

Former President Joseph Ejercito Estrada
Estrada said that Dato Zainab, wife of Malaysian ambassador to Manila Dr. Ibrahim Saad, insulted Rizal and sowed religious hatred as she lashed out at Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, an ally of the ousted Philippine leader.
Read More / Baca Lagi >>

Bahana halang jemaah solat di masjid

Posted: 01 Aug 2011 06:58 PM PDT

Oleh Lanh
MARHABAN Ya Ramadan. Umat Islam kini mula berpuasa, menunaikan Rukun Islam ketiga. Sebelum itu umat Islam Malaysia menyambut malam Nifsu Shttp://jalinanmesra09.files.wordpress.com/2009/08/solat-jemaah.jpgyaaban. Di kebanyakan masjid berlangsung bacaan Yasin beramai-ramai sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.
Berdasarkan pencarian saya di internet, amalan ini hanya berleluasa di tanah air kita dan tidak ada sebarang hadis yang menyuruh umat melakukannya, yang ada hanya hadis yang meminta ummah meningkatkan ibadat masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Kisah UMNO dengan Terowong

Posted: 01 Aug 2011 06:57 PM PDT

Oleh: Shirzad Lifeboat
Kali ini, buat kesekalian kalinya, saya menulis dalam naratif sudut pandangan orang pehttp://s2.i1.picplzthumbs.com/upload/img/af/56/0c/af560cfb44b55dc4e7686790f333a879b0360e04_wmeg_00001.jpgrtama. Walaupun lazimnya tulisan saya dalam kolum tak berjudul ini lebih berbentuk esei, tapi kali ini saya akur ada kalanya seseorang penulis, terutamanya kolumnis sesebuah penerbitan harus juga menggunakan naratif bentuk ini.

Read More / Baca Lagi >>

'Najib is now on shaky ground as Muhyiddin plots again'

Posted: 01 Aug 2011 06:53 PM PDT

'Najib is now on shaky ground as Muhyiddin plots again'Following the Bersih fiasco, Najib Razak's position as prime minister and UMNO president is on shaky ground, according to two PAS leaders.
They pointed out that several contradictory statements made by his administration gave the strongest signal that Najib was increasingly seen as a liability for UMNO and Barisan Nasional.

"Most significant is how Najib is left on his own to absorb all the negative impact following his administration's mishandling of Bersih 2.0," said Kubang Kerian member of parliament Salahuddin Ayub.

Describing Najib's performance in the run-up and aftermath of the massive July 9 rally by Bersih as "most unfortunate", the PAS vice president said the prime minister could have made things easier for himself if he had only "taken the simple way out" by agreeing to Bersih's eight demands on electoral reforms.
Read More / Baca Lagi >>

DAWAMA Didakwa Sorok "Soft Copy", DBP Sukar Cetak Buku Teks 2012

Posted: 01 Aug 2011 06:34 PM PDT


Adakah ini penghujung syarikat yang dahulunya dikatakan dapat meningkatkan mutu penerbitan dan jualan DBP? Seingat saya, faktor tersebutlah yang menjadi alasan penswastaan beberapa bahagian di DBP. Kononnya, strategi pemasaran dan penerbitan DBP pada masa itu tidak proaktif sehingga menyebabkan jualan buku dan majalahnya tidak berkembang.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis DBP-Dawama: NGO gesa Putrajaya batal penswastaan cetak, pasar buku

Posted: 01 Aug 2011 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan berkenaan martabat bahasa hari ini menggesa kerajaan membatalkan penswastaan kerja-kerja mencetak dan memasarkan bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan mengembalikan fungsi asal agensi Kementerian Pelajaran itu.
Gerakan Darurat Bahasa (GDB) berkata langkah kerajaan menswastakan urusan mencetak, mengedar dan memasarkan terbukti gagal, dan sudah tiba masanya aktiviti itu terletak di bahawa DBP sendiri selaku sebuah badan berkanun kerajaan.
Ia mahu fungsi asal DBP dikembalikan kepada kedudukan sebelum September 2002.
Read More / Baca Lagi >>

Taib Paid Out $ 5 Million To Attack Sarawak Report! – International Expose

Posted: 01 Aug 2011 03:13 PM PDT

Taib Paid Out $ 5 Million To Attack Sarawak Report! – International ExposeTaib is paying a crooked, British-based PR company $5 million (RM15 million) a year to conduct an illegal global media campaign against Sarawak Report.
We can expose FBC Media, a TV production company which doubles as a "strategic communications" firm, for conducting an illicit scam over the past decade, secretly selling slots across a number of supposedly impartial TV news programmes to promote its international clients, including Najib Razak and Taib Mahmud.
The practice, which is designed to deceive hundreds of millions of TV viewers, has netted the company tens of millions of dollars, providing characters like Taib Mahmud with positive publicity on prime international TV shows.  It is all paid for, of course, by their own taxpayers, whom they are also seeking to dupe and impress.
Read More / Baca Lagi >>

What happened to Tunku's Malaysia - by his great grand-daughter

Posted: 01 Aug 2011 03:12 PM PDT

 by  Sharyn Lisa Shufiyan

What happened to Tunku's Malaysia - by his great grand-daughterREPRINT Both my parents are Malay. My mum's heritage includes Chinese, Thai and Arab, while my dad is Minangkabau. Due to my skin colour, I am often mistaken for a Chinese.
I'm happy that I don't have the typical Malay look but I do get annoyed when people call me Ah Moi or ask me straight up "Are you Chinese or Malay"
Like, why does it matter? Before I used to answer "Malay" but now I'm trying to consciously answer Malaysian instead.
There's this incident from primary school that I remember till today. Someone told me that I will be called last during Judgement Day because I don't have a Muslim name. Of course, I was scared then but now that I'm older, I realise that a name is just a name. It doesn't define you as a good or bad person and there is definitely no such thing as a Muslim name. You can be named Rashid or Ali and still be a Christian.
Read More / Baca Lagi >>

Lonely planet' Najib Razak shunned as Umno warlords huddle for a successor

Posted: 01 Aug 2011 03:10 PM PDT

'Lonely planet' Najib Razak shunned as Umno warlords huddle for a successorThese days, Najib Razak is a lonely soul in the UMNO circles. The warlord are all busy drawing lines of engagement and none have included him in their plans. Not the ones that matter anyway. Sadly, Najib may only be left with wife Rosmah Mansor as his companion. Even his cousin Hishamuddin seems to have deserted him.
The 58-year old Najib may well make it into the Malaysian Book of Records as being the premier with the shortest term in office and on top of that, the only Prime Minister who has yet to receive the people's mandate via a general election.
"He is now in a very weakened state, weaker even than Abdullah Badawi towards the end. There aren't many successors, only his deputy Muhyiddin and very likely Tengku Razaleigh," PAS leader Dzulkefly Ahmad told Malaysia Chronicle.
He was reffering to Muhyiddin Yassin, the UMNO No.2 and also the Deputy Prime Minister. Tengku Razaleigh Hamzah had challenged Najib in 2009 UMNO party polls, but lost, albeit with dignity. Ku Li is expected to make one last charge.
Read More / Baca Lagi >>

Videos and You Tube: Catching the police and BN in a web of lies

Posted: 01 Aug 2011 03:08 PM PDT

Videos and You Tube: Catching the police and BN in a web of liesWhat started out as just a simple march for democracy and for free and fair elections has turned out to be Malaysia's biggest news of the year. In the weeks leading up to the July 9 Bersih march, the media industry was already witnessing a gigantic surge in the news material for Bersih 2.0.
Low-profile lawyer Ambiga Sreenevasan, who is also the Bersih chief, was thrown rudely into the limelight. Public attention was further aggravated by Perkasa Chief Ibrahim Ali and his hostility towards the Rally. Sad to say, death and gang-rape threats against Ambiga also riveted many Malaysians to their Internet.
4,000 reports and a city-lockdown
Over 4,000 police reports were made in the short span of time leading to the rally. At the last minute, an audience was granted with the King to cool things down. Even after Prime Minister Najib Razak reneged on his words, Bersih supporters were more determined than before to try their best to hold the march at Stadium Merdeka. The rally went on as planned at the KL city centre after the Government refused permission to grant Bersih the 'Stadium Merdeka' to rally in.
Read More / Baca Lagi >>

Video Lim Kit Siang: UMNO BN Perlu Diubahkan

Posted: 01 Aug 2011 03:03 PM PDT

Video Lim Kit Siang: Kalau Kita Ada Kerajaan Yang Baru, Siapa Perdana Menteri?

Posted: 01 Aug 2011 03:02 PM PDT

Video Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia

Posted: 01 Aug 2011 03:01 PM PDT

Taming Sari Kini Di Tangan Jebat.

Posted: 01 Aug 2011 02:59 PM PDT

Oleh: AntiKarat

"Ini bukan retorik yang tidak berlapik. Bukan juga obor semangat yang tak bertempat. Taming Sari entah di mana. Jebat sudah tiada. Taming Sari kini adalah simbol kuasa. Manakala Jebat adalah simbol rakyat yang berani berjuang menuntut hak mereka.

Sekarang rakyat dari Perlis ke Sabah mesti sedar. Kuasa mereka adalah kuasa keramat. Apabila rakyat bangkit, tiada siapa lagi yang berani menyekat. Rakyat mesti berani menuntut hak dan keadilan. Momentum keberanian ini mesti diteruskan. Rakyat berada pada landasan yang betul dalam membina sebuah Malaysia yang adil, demokratik dan sejahtera. Peristiwa-peristiwa  berikut menunjukkan bahawa Taming Sari telah berada di tangan Jebat.
Read More / Baca Lagi >>

Apakala Pulau Pinang diKristiankan

Posted: 01 Aug 2011 02:53 PM PDT

Oleh; Helen Ang
Union Jack — bendera kebangsaan British — dinaikkan di sebuah pulau kecil di bumi Kedah, yang kemudiannya dikenali sebagai 'pulau mutiara' empayar Inggeris di Timur.

View of the North Point of the Prince of Wales Island & the ceremony of Christianing it, 1786
Lukisan di atas oleh Kapten Elisha Trapaud berjudul 'Pemandangan di North Point & upacara pengKristianan Prince of Wales Island, 1786′.
Pulau Pinang diberi gelaran 'Prince of Wales Island' pada 11 Ogos 1786 bersempena dengan sambutan hari kelahiran putera mahkota Inggeris di zaman yang disebut ramai sebagai Britannia Rules the Seas. Pada tarikh yang sama juga, pulau itu telah diserah hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris oleh raja Kedah, Sultan Muhammad Jiwa.
Read More / Baca Lagi >>

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia-Akhir

Posted: 01 Aug 2011 02:50 PM PDT

Oleh MSK

Mungkin ramai yang sedang menunggu apakah rahsia Mikraj yang boleh menumbangkan teori Einstein. Sori…aku tak tau. Konspirasi ini adalah rekaan…dan aku belajar dari media Umno. When you failed..blame the Jews.Bukan orang-orang terpelajar saja yang akan terpengaruh..malah Tok-Tok Imam pun akan buat khutbah menyalahkan Yahudi.
Idea untuk menulis konspirasi ini lahir setelah membaca satu survey yang dibuat di Amerika tentang sejauh mana pelajar-pelajar Amerika memahami sejarah. Pada masa dulu, sesiapa yang hendak mempelajari sejarah, terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli buku. Bukan senang nak dapatkan buku terutama kalau seseorang itu tinggal dikawasan pedalaman.
Read More / Baca Lagi >>