Jumaat, 8 Julai 2011

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Perhimpunan Bersih 2.0 - Live coverage

Posted: 08 Jul 2011 09:33 AM PDT




Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 2.0 : Nasruddin terpaksa menggunakan 'jalan tikus' ....

Posted: 08 Jul 2011 11:53 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Provokasi yang dilakukan oleh pihak polis ternyata makin melampau apabila ayah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) turut dijadikan alat untuk menghalang Ketua DPPP menyertai himpunan Bersih 2.0 esok.

Ketua DPPP, Nasruddin Hassan Tantawi ketika mendedahkan perkara itu berkata, ayahnya ditahan oleh pihak polis selama beberapa jam bagi tujuan itu.

Menurut beliau, ayahnya telah ditahan oleh polis yang datang mengambilnya di rumahnya sekitar jam 9 pagi tadi, tetapi dibebaskan sebelum solat Jumaat.

Katanya, ketika di balai polis, ayahnya diminta menasihatkaan beliau agar tidak menyertai himpinan aman Bersih 2.0 esok kerana perhimpunan itu tidak dibenarkan oleh pihak polis.

"Ayah saya ditahan oleh pihak polis tanpa sebarang kesalahan, tetapi hanya diminta menasihatkan saya agar tak menyertai himpunan Bersih 2.0 esok.

"Amat lucu apa yang dilakukan oleh pihak polis itu. Ayah saya yang diminta menasihati saya agar tak menyertai himpunan Bersih 2.0, pada hal apa salahnya himpunan Bersih 2.0 itu dari sisi undang-undang?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di pekarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, malam ini.

Selain kejadian itu, menurut beliau, terdapat tindakan provokasi terkini lain lagi yang dilakukan oleh pihak terhadap beliau untuk menghalang beliau menyertai perjimpunan itu esok.

"Ini berlaku secara langsung ke atas saya ketilka saya melalui satu sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis ketika saya hendak ke sini tadi.

"Pihak polis menjelaskan kepada saya yang saya termasuk dalam kumpulan 91 nama yang dihalang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur pada 9 Julai. Oleh itu, saya diminta tidak ke Kuala Lumpur malam ini untuk ke sini.

"Bagaimanapun, larangan itu tetap tak saya pedulikan. Malah saya jelaskan kepada pihak polis yang saya tak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur pada 9 Julai. Sekarang baru 8 Julai. Jadi tak ada halanganlah bagi saya untuk ke Kuala Lumpur malam ini," katanya sambil disambut laungan Allahu akbar daripada ribuan hadirin.

Sungguhpun begitu, katanya, beliau tetap juga mengalami kerumitan untuk sampai ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad pada malam ini akibat sekatan itu, sehingga menyebabkan beliau terpaksa menggunakan 'jalan tikus' dan memasuki perkampungan Orang Asli di gombak.

"Kesemua kisah yang berlaku itu, walaupun memperlihatkan tindakan keterlaluan pihak polis, tetapi turut menjadi lucu sehingga menyebabkan sesiapa saja boleh tertawa mendengarnya," katanya.

Timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang turut hadir membaca doa pada akhir majlis

BERSIH 2.0 : Peguam PAS dah mula bertugas

Posted: 08 Jul 2011 11:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai: 46 peguam PAS akan mula bertugas jam 10 malam ini bagi memberikan khidmat kepada peserta perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara esok.

Mereka memenuhi pejabat Agung PAS bagi mengikuti taklimat tugas mereka dan menerima pakaian khas yang akan mereka gunakan sepanjang menjalankan tugas itu.

(Lima dari 46 peguam PAS yang akan bertugas mulai malam ini)

Pasukan yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi itu akan berada di semua kawasan yang dijangka akan ada orang yang berhimpun sempena perhimpunan itu.

Di samping mempunyai nombor hotline, mereka juga akan berada di stesyen-stesyen yang ditetapkan mengikut giliran tugasan mereka.

46 peguam ini tidak termasuk 120 peguam yang disediakan oleh Majlis Peguam untuk menyeliakan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Selain mengiringi pimpinan PAS, para peguam ini akan berada di pusat-pusat tahanan sementara yang dijangka akan dibuka oleh polis untuk menahan peserta perhimpunan kali ini.

Mereka akan bertugas dari jam 8 pagi esok hinggalah jam 2 pagi ekoran tindakan polis mengetatkan sekatan terhadap perhimpunan ini.

Antaranya mendapat perintah dari mahkamah terhadap 91 pemimpin Bersih, PAS, PKR, DAP, Pemuda Umno dan Perkasa.

Perintah larangan itu diperolehi polis Kuala Lumpur daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

(Salah seorang peguam PAS, Mohd Fikah Sanusi dengan pakaian rasmi yang akan dipakai oleh mereka esok)

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.




BERSIH 2.0 : dari The Guardian UK

Posted: 08 Jul 2011 10:51 AM PDT

Tensions mount as hundreds of thousands of activists expected in capital for Arab spring-style rally against 'dirty politics'

Malaysia is bracing for an Arab spring-style stand-off on Saturday, when activists angry at "dirty politics" are expected to rally in Kuala Lumpur despite draconian government efforts to nip the movement in the bud.

Tensions have mounted in this normally staid state, often called "Moderate Malaysia", after a group of 62 non-governmental organisations known locally as Bersih 2.0 proposed a peaceful protest, dubbed the "Walk for Democracy", against alleged vote-rigging and other electoral abuses in a recent state election.

But the government last week declared Bersih – which means "clean" in Malay – illegal, and has warned that anyone wearing the yellow colours of protest will be detained. It has already arrested more than 200 supporters and organisers on charges ranging from the promotion of "illegal assembly" to "waging war against the king". Some are being held for an indefinite period without trial.

Although Malaysia's next general election is not until 2013, polls could take place as soon as this year – with many speculating that the incumbent Barisan Nasional (National Front) may not fare so well.

Headed by the prime minister, Najib Razak, Barisan Nasional has ruled Malaysia since 1955. It suffered a major setback in 2008 when it lost more than one-third of its parliamentary seats to Pakatan Rakyat (People's Alliance), a coalition of opposition parties.

Despite government accusations that they are actively threatening national security, Bersih's leaders have been adamant that they are pushing solely for electoral changes.

"We are calling for a government through free and fair elections, not street demonstrations" like in Egypt or Libya, said Bersih's chairwoman, Ambiga Sreenevasan.

After calling Bersih illegal, the government assented to a rally in a stadium. Opposition groups expect as many as 300,000 supporters to turn out. Police, however, have refused to grant Bersih a permit for the rally – a requirement for any gathering of five or more people – and have said they will work with the army to disperse Saturday's crowds.

Earlier this week police held a military exercise in which soldiers held up banners reading "Disperse or we will shoot".

Najib threw his endorsement behind local silat – or martial arts – groups, including one that has openly vowed to "wage war" against Bersih. "If there are evil enemies who want to attack the country from without and within," Najib said this week, "you, my brothers, will rise to fight them".

Bersih organisers say they have received death, bomb and gang-rape threats in recent weeks, which they claim police have not investigated.

"It has been challenging personally," said Ambiga. Nonetheless, Bersih "understand our responsibility in holding the line on behalf of all of you who want nothing more than a clean electoral system and a better Malaysia."

While no one is entirely sure what to expect on Saturday, the lead-up has already caused mayhem. Extensive roadblocks have caused near standstills in Kuala Lumpur and many businesses will be closing. Widespread mobile phone and internet disruption is expected.

Despite it being a supposedly peaceful protest, many are expecting violence.

"This is the formula now, all around the world – in Libya, Egypt, it's all the same – there will be violence," said Mohamed Rayak, 32, a hotel manager. "But no one knows if it will be coming from the government or the opposition. If it's from the government, then they can say it all got out of hand, and [the rally] has to be stopped."

Thousands of supporters have aired their views on Facebook and Twitter, with many of them, such as Thomas Chai, tweeting directly to the prime minister. "Beneath this YELLOW there is an idea, Mr Najib, and ideas are bulletproof," he wrote.

Bersih supporters in other parts of the world are expected to hold similar rallies on Saturday in Taiwan, Korea, Japan, Hong Kong, Australia, New Zealand, France, Switzerland, the US, Canada and the UK. - Guardian

BERSIH 2.0 :TERKINI

Posted: 08 Jul 2011 10:11 AM PDT

Lebuhraya Persekutun menghala ke KL telah ditutup. Kenderaan telah dilencongkan samada ke Jln Kelang Lama atau terus ke Cheras atau Seremban.

Dari selatan juga telah diadakan 'road block' selepas tol Sg Besi.

Polis sedang melakukan pemeriksaan disetiap bilik-bilik hotel sekitar KL dan PJ

Nota ; Kawan aku di Teluk Intan memberitahu tampat kerja dia Grand Court - hotel baru di Teluk Intan - telah diserbu malam tadi, periksa setiap bilik kira-kira jam 12.30 -  DEPA CARI BAJU KUNING hahahaha

BERSIH 2.0 : Pesanan akhir - Jaga Akhlak

Posted: 08 Jul 2011 09:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS dan penyokong Bersih agar menjaga akhlak sesuai dengan tuntutan Islam semasa menyertai himpunan aman Bersih 2.0 esok.

"Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong Bersih agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan.

"Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita, mereka adalah sebenarnya mad'u kita," ujar ketuanya, Datuk Harun Taib dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengingatkan para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam kerana ia ditegah di dalam Islam, sekalipun di dalam peperangan.

Namun begitu, beliau tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali.

"Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi," ujarnya yang juga Adun Manir.

Beliau berkata, apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan PAS.

Justeru, Ustan Harun meminta ahli PAS supaya bersabar kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah SWT kerana itulah lumrah perjuangan para anbia, sahabat-sahabat dan ulama-ulama serta pejuang-pejuang sebelum daripada kita.

Dewan Ulamak PAS Pusat juga, ujarnya turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia itu.

"Kepada kakitangan keselamatan, sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah, insya Allah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini," ujarnya.

Menurutnya lagi, ganjaran pahala pasti akan menunggu mereka di hari akhirat nanti. -HD

BERSIH 2.0 : ESOK - Hati-hati dengan provokasi ...

Posted: 08 Jul 2011 08:05 AM PDT

  • Ahli-Ahli Pertubuhan Silat Lincah Bebas Untuk Berada Di KL Esok
PETALING JAYA: Seramai 10,000 ahli-ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang berhimpun di ibu kota bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 pertubuhan mereka tidak diarahkan untuk terus berada di Kuala Lumpur walaupun sebelum ini merancang mahu bertindak menghentikan perhimpunan Bersih 2.0.

Jurucakap persatuan itu berkata, bagaimanapun mereka dibenarkan membuat keputusan sendiri sama ada untuk berbuat demikian atau tidak.

"Sebahagian mereka mungkin akan terus berada di sini. Tetapi tiada arahan daripada pemimpin kami untuk berbuat begitu.

"Mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur mungkin mahu membeli-belah atau melancong," katanya di sini, Jumaat.

Sambutan ulang tahun berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu yang berakhir Jumaat.

Kelibat mereka dalam jumlah yang ramai terutamanya di sekitar Chow Kit, mencetuskan khabar angin bahawa mereka diarahkan berbuat demikian jika timbul sebarang kemungkinan ekoran perarakan Bersih pada Sabtu.

Pengasas pertubuhan silat itu, Tan Sri Omardin Mauju sebelum ini dilaporkan melancarkan 'perang' ke atas Bersih dengan berhasrat membentuk benteng manusia bagi menyekat peserta-peserta Bersih.

BERSIH 2.0 TERKINI : Permit TIDAK dikeluarkan

Posted: 08 Jul 2011 01:01 AM PDT

Polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit," kata Amar Singh.

Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok

"BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH.

Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.

Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya".

"Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".

Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.

BERSIH 2.0 : BERSIH DAPAT PERMIT POLIS

Posted: 07 Jul 2011 11:19 PM PDT

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon.

"BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi mengesahkan mereka telah diberikan permit berkenaan.

Katanya, BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.

Sementara itu, Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi berkata beliau tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung dengan telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit," kata Amar Singh.
 

bumiperak

bumiperak


Forbidden city of KL

Posted: 08 Jul 2011 08:56 PM PDT

Kopitiam Bang Nan

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LIVE FROM KUALA LUMPUR- A DAY BEFORE BERSIH RALLY

Posted: 07 Jul 2011 10:41 PM PDT

Bersih Cabar Keputusan Putrajaya, Minta Mahkamah Batal Pengharaman

Posted: 07 Jul 2011 10:40 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 JULAI : Sekretariat Bersih 2.0 hari ini memfailkan permohonan mencabar keputusan Putrajaya mengisytiharkan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai haram, yang dikuatkuasakan sejak 1 Julai lalu.

Permohonan difailkan oleh 14 anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam tuntutan itu, yang dibuat ke atas Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia, plaintif meminta kebenaran untuk memohon semakan kehakiman bagi lapan relif.

Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia disenaraikan sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Permohonan dibuat oleh Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga (gambar) dan 13 ahli jawatankuasa pemandu gabungan itu.

Mereka ialah Dr Ahmad Farouk Musa, S. Arul Prakkash, K. Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, S. Subramaniam, Datuk Dr Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.

Relif-relif yang dipohon termasuklah:

• Perintah certiorari untuk memasukkan perintah bertarikh 1 Julai, yang dibuat di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 oleh responden pertama iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengisytiharkan pergerakan Bersih 2.0 sebagai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang ke Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan serta-merta

• Satu deklarasi bahawa perintah tersebut adalah tidak sah dan terbatal dan tidak berkesan

• Perintah larangan terhadap responden-respoden pertama dan kedua dan setiap satu daripada mereka yang melarang responden-responden pertama dan kedua tersebut dan setiap satu daripada mereka dan melalui pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen masing-masing dan semua individu yang bertindak di bawah kuasa dan arahan masing-masing daripada memasuki semua atau mana-mana premis, menggeledah dan menyita serta menahan semua atau mana-mana harta atau barang pemohon

• Perintah mandamus terhadap responden-responden pertama dan/atau kedua untuk memaksa responden pertama dan atau kedua, dan setiap satu daripada mereka untuk membebaskan atau memulangkan kepada pemohon-pemohon kesemua kemeja-T, plakad, akhbar, buku, pekeliling, representasi bergambar, terbitan berkala, risalah, poster, perisytiharan, akaun, cogan, senarai ahli, mohor, lambang, jata atau apa-apa lagi dokumen atau penulisan atau objek sekali pun yang mengandungi logo dan perkataan Bersih 2.0 kepunyaan pemohon dan setiap satu daripada mereka yang telah disita.

Mengikut permohonan yang dibuat hari ini, plaintif juga meminta agar perintah pengharaman digantung sementara menunggu perbicaraan dan pelupusan permohonan untuk semakan kehakiman ini.

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


PANAS!! Skandal Tabung Haji Travel Terbongkar!!

Posted: 08 Jul 2011 08:09 PM PDT



Thursday, July 07, 2011 - PANAS!! Skandal Tabung Haji Travel Terbongkar!!

LIHAT wajah perempuan ini baik-baik.

Namanya Datuk Yasmin Binti Dato Yazid, pemegang kad pengenalan bernombor 591028035078.

Wanita ini bakal dilantik menjadi CEO (Chief Executive Oficer) TH Travel & Services Sdn Bhd [TH travel] sebuah anak syarikat Tabung haji pada hari jumaat ini.

TH Travel adalah sebuah syarikat yang menguruskan perjalanan beribu-ribu jemaah ke tanah suci Mekah terutamanya untuk menunaikan kewajipan rukun Islam ke lima.


Sebelum ini, Perempuan ini telah gagal menguruskan TH Global Services Sdn Bhd sebuah lagi anak syarikat Tabung Haji yang menguruskan dan membekalkan makanan halal di Malaysia dan Arab Saudi [TH Global], hairan bin ajaib, kini perempuan ini bakal dilantik untuk menerajui syarikat yang lebih besar yang menguruskan wang yang lebih besar ratusan juta ringgit.

Di dalam mesyuarat pengurusan Tabung Haji yang lalu, Dato' Paduka Ismee Ismail (Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji)[TH] telah menyebut tentang kegagalan perempuan ini di dalam menguruskan TH Global sebelum ini.

Perniagaan TH Global tidak menguntungkan, baru-baru ini perempuan ini bergaduh dengan Pak Arab di dalam pengurusan di Arab Saudi.

Lu orang semua sudah buta ka?

Perempuan ini sudah gagal menguruskan syarikat sebelum ini, tapi kenapa masih nak lantik dia terajui syarikat yang lebih besar?

Lu jangan lupa wahai perempuan, bukti skandal lu di Mekah, skandal lu di Sabah beberapa hari lepas sudah ada dalam tangan gua.

Kalau lu nak mintak saksi, jangan kata 4, tapi beratus-ratus jemaah haji nampak perbuatan sumbang lu di mekah!

Satu persatu akan tampil menjadi saksi.

Kepada staff Tabung Haji dan semua orang yang berkenaan, jangan tutup mata sebelah beb gua tahu lu orang semua kenal perempuan ni.

Lu orang menguruskan jutaan rakyat Malaysia, orang Islam untuk menunaikan rukun Islam ke lima.

Lu orang tahu siapa perempuan yang penuh dengan skandal ni kan?

Ini soal agama, gua tak ada kepentingan politik dalam hal ini.

Jamil Khir, kalau lu tak mahu ambil tindakan, lu punya tembelang gua akan bongkar, dokumen "claim" lu semua gua akan publish bagi satu Malaysia tengok.

JANGAN LACURKAN AGAMA!

-MiloSuam-

Dicatat Oleh Jalan Pulang

LAGI PENIPUAN SPR DIBONGKAR

Posted: 08 Jul 2011 09:37 AM PDT




Sila Lihat gambar serta list dibawah.. lihat umur-umur pengundi yang lagi masih boleh mengundi dan masih tersenarai dalam Daftar SPR.. yag lahir pada tahun 1879 dan 1880 pun masih ada.. kah kah kah kah.. SPR penipu!!!!!!!!!! ni la pengundi-pengundi hantu jembalang namanya.. kah kah kah kah.. ni yang najib dan juak-juak umporno pertahankan sangat ni.. kah kah kah kah klik pada ilage untuk besarkan..






Di Malaysia ada manusia terTUA di DUNIA...apa kata SPR n juak2 UMNO No_KP_Baru/ No KP Lama/ Nama/ Bangsa/ Tahun_Lahir/ Umur

790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132

800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131

850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126

850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126

450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125

870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124

881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123

881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123

881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123

890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122

901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121

910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120

910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120

921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119

921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119

931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118

931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118

931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118

930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118

930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118

941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117

940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117

940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117

941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117

951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116

950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116

960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115

961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115

961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115

960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115

971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114

970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114

971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114

980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113

981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113

980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113

980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113

980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113

981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113

980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113

981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113

991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112

991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112

991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112

991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112

991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112

991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112

990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112

990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112

Note: Kah kah kah kah.. BERSIHNYA SPR ni.. kah kah kah kah..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bersih 2.0 : Jumlah Tangkapan Meningkat, Ratusan Ditahan

Posted: 08 Jul 2011 09:07 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 JULAI :Tinjauan yang dilakukan Tv Selangor di sekitar Kuala Lumpur hari ini menyaksikan jalan-jalan utama yang lazimnya sesak, kini lengang ekoran sekatan yang dilakukan oleh polis untuk menghalang berlangsungnya himpunan Bersih 2.0.
Seawal jam 7.00 pagi, beberapa jalan utama telah ditutup dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkumpul di beberapa kawasan yang menjadi laluan para demonstran.  
Sebahagian besar polis kini ditempatkan di sekitar pusat membeli belah Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek. 
Siaran Langsung :
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0: Polis pergiat tangkapan, 236 ditangkap hingga 11 pagi

Posted: 08 Jul 2011 09:05 PM PDT

Anggota polis menahan sekumpulan individu di KL Sentral, dipercayai mereka yang hendak menyertai perhimpunan petang ini. - Foto TMI
KUALA LUMPUR, 9 Julai — Beberapa jam menjelang perhimpunan yang Bersih 2.0 rancang untuk adakan, polis telah memulakan tangkapan sejak awal pagi tadi.  Pergerakan Pemuda Umno juga merancang untuk mengadakan perhimpunan balas petang ini. Maklumat diterima dari ibu pejabat polis Bukit Aman menunjukkan 236 orang telah ditahan setakat 11 pagi tadi, termasuk lapan wanita
Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan di Stadium Merdeka.
The Malaysian Insider mendapati di pusat membeli-belah Sogo, seramai 18 individu ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Sementara itu, di kawasan berdekatan stesen LRT Masjid Jamek setakat 10.30 pagi tadi, tujuh individu disyaki peserta Himpunan Bersih 2.0 ditahan.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Lensa Kuala Lumpur 5

Posted: 08 Jul 2011 09:00 PM PDT



Bersih 2.0 : Lensa Kuala Lumpur 4

Posted: 08 Jul 2011 08:45 PM PDT

Bersih 2.0 : Lensa Kuala Lumpur 3

Posted: 08 Jul 2011 08:39 PM PDT






Bersih 2.0 : Lensa Kuala Lumpur 2

Posted: 08 Jul 2011 08:11 PM PDT




Bersih 2.0 : KL ‘kemarau’, kawalan polis ketat halang himpunan

Posted: 08 Jul 2011 08:01 PM PDT



Hentian Puduraya di pusat ibu negara juga kosong selepas operasinya dihentikan sejak tengah malam tadi. - Foto TMI
KUALA LUMPUR, 9 Julai — Pusat bandar raya Kuala Lumpur yang lazimnya sesak dengan lautan manusia dan kenderaan hari ini bertukar seolah-olah 'bandar hantu' dengan hanya dikawal ketat ratusan anggota polis di setiap pelusuk bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 petang ini.  Sejak tengah malam tadi 30 jalan utama memasuki Kuala Lumpur ditutup dan pagi ini sebahagian besar anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan demonstrasi diadakan.
Tinjauan The Malaysian Insider yang sejak awal pagi berada di lokasi utama di Jalan Masjid Jamek dan Dataran Merdeka mendapati lebih 100 anggota polis sudah berada di sana.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Lensa Kuala Lumpur 1

Posted: 08 Jul 2011 07:36 PM PDT






















Video : Prelude to the BERSIH 2.0 Rally, We Look At How Johor Police Were Doing

Posted: 08 Jul 2011 06:01 PM PDT

BERSIH 2.0: Sembilan ditangkap di Masjid Kg Baru

Posted: 08 Jul 2011 05:59 PM PDT

Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 2.0: Pemeriksaan diperketatkan

Posted: 08 Jul 2011 05:57 PM PDT

Polis memperhebatkan gerakannya memburu penyokong BERSIH 2.0 dengan memeriksa beberapa hotel di sekitar Lembah Kelang, malam semalam.

Setakat ini, Malaysiakini dimaklumkan tidak kurang tiga hotel diperiksa.

Di Hotel Puteri Park di tengah-tengah Kuala Lumpur, ahli PKR Vernon Kedit melaporkan menyoal parti itu yang mengadakan majlis mereka di situ.

NONEKedit berkata ketika itu mereka sedang mengadakan latihan untuk agen pilihan raya parti tersebut. Katanya, polis meninggalkan kawasan hotel sebelum tengah malam tetapi kembali semula pada jam 1 pagi ini.

"Mereka juga mengawal di kawasan pejalanan khaki," katanya.

Turut menginap di hotel itu adalah menteri besar Perak yang disingkiran BN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Katanya, dia dikejutkan dari tidurnya oleh polis yang mencatatkan butiran dirinya tetapi tidak menangkapnya.Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Macamlah negara di ambang perang

Posted: 08 Jul 2011 05:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Mula-mula Umno Barisan Nasional (UBN) berkata peniaga akan rugi dan jalan akan jadi jam dan sesak jika perhimpunan jalan diadakan di Kuala Lumpur.
"Kini polis menutup puluhan jalan, apakah ia tidak menyebabkan sesak?
"Apakah dengan tutup semua jalan, larangan masuk KL tidak merugikan peniaga?" soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Suasana gila yang diwujudkan sekarang akibat tindakan kerajaan dan juga pihak polis yang tidak konsisten dan membingungkan, kata Tuan Ibrahim menzahirkan betapa UBN jadi serba tak kena.
"Mula-mula dulu serang habis-habisan Bersih 2.0 dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar sehingga tahap mereka dituduh pengkhianat, mengganggu, pemusnah negara dan lain-lain.
Read More / Baca Lagi >>

Video - Bersih 2.0 : 星爷找Kaki参加BERSIH (with BM Subtitles)

Posted: 08 Jul 2011 05:35 PM PDT

Bersih 2.0 : Foto Tengah Malam Kearah KL - TPU

Posted: 08 Jul 2011 05:29 PM PDT


Sekatan Yang Dilakukan Oleh Polis Raja Di Malaysia






Allahu akhbar!! Kalau inilah yang hadir, makin pening Polis

Bersih 2.0 : Polis menyemak bilik hotel sekitar Lembah Klang

Posted: 08 Jul 2011 05:18 PM PDT

Polis mula membuat sekatan di sekitar jalan utama yang memasuki bandar Kuala Lumpur, sebagai persediaan untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0.  Malah, mulai jam 11 malam, telah dikhabarkan bahawa polis meronda dan menyemak dari bilik ke bilik di hotel-hotel sekitar Lembah Klang.

Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, H.R.Dipendra yang menginap di Hotel Swiss, Jalan Tunku Abdul Rahman, memberitahu MerdekaReview bahawa polis mula menyemak dari bilik ke bilik di situ pada kira-kira jam 11, malam tadi.

Menurut H.R.Dipendra, dua orang anggota polis lelaki dan dua orang polis wanita mengetuk pintu bilik di hotel yang beliau menginap.  Bilik yang bertentangan dengan biliknya disemak.  Bagaimanapun, polis tidak menyemak biliknya, dan beliau juga tidak tahu sebab polis berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Polis turut geledah bilik hotel

Posted: 08 Jul 2011 05:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pihak polis bertindak menggeledah bilik beberapa hotel di ibu negara tengah malam tadi untuk mencari beberapa pemimpin Bersih khususnya 91 nama yang dilarang memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan, polis menyemak bilik hotel yang didaftar atas nama individu berkenaan sebelum menggeledah.
Polis juga didakwa memburu mereka yang lain di semua tempat khususnya di tempat perkumpulan peserta himpunan Bersih.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar : Saya Ada Cara Sertai Himpunan Bersih 2.0

Posted: 08 Jul 2011 05:12 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 JUL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan turun bersama rakyat dalam himpunan Bersih 2.0 hari ini.

Anwar menyakatan beliau mempunyai cara dan akan hadir ke Stadium Merdeka dan menyokong himpunan awam berkenaan.

"Saya nak ke Stadium Merdeka esok (hari ini). Adalah caranya nak ke situ," kata beliau kepada hadirin di Program Tazkirah Perdana di Bandar Tun Razak di sini semalam.

Anwar merupakan antara 91 individu yang dihalang polis berada di tempat tertentu di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan takut hadapi pilihan raya jika ada prinsip, Anwar kata Umno

Posted: 08 Jul 2011 05:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Umno harus yakin untuk memenangi pilihan raya secara adil jika parti teras pemerintah itu mempunyai prinsip, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Dalam ucapannya pada satu ceramah menjelang perhimpunan Bersih hari ini, Ketua Pembangkang itu berkata, beliau akan hadir perhimpunan petang ini di Stadium Merdeka.
Beliau merupakan salah seorang daripada 91 individu yang dilarang memasuki ibu negara hari ini.
"Kami hanya meminta pilihan raya bersih, itu sahaja," kata Anwar (gambar) pada ceramah di Cheras malam tadi. Ketua Umum itu berkata Turki telah mengundang wakil-wakil luar negara menjadi pemerhati pilihan raya di negara itu bulan lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0: Pemimpin PAS ‘rahsiakan’ lokasi mereka elak ditangkap

Posted: 08 Jul 2011 05:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Menjelang Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka petang ini, pemimpin PAS mengambil pendirian "merahsiakan" lokasi masing-masing dipercayai bimbang akan ditangkap polis.
Kelmarin polis telah mendapatkan perintah mahkamah melarang 91 individu memasuki Kuala Lumpur.
Turut berada dalam senarai itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selain itu penganjur yang mengadakan perhimpunan termasuk daripada Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa turut tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Lockdown in KL from midnight

Posted: 08 Jul 2011 05:09 PM PDT

In Bersih row, BN risks electoral fallout

Posted: 08 Jul 2011 05:06 PM PDT

Police have effectively shut down Kuala Lumpur in order to circumvent the rally. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, July 9 — The Najib administration risks losing crucial votes needed to keep power in the next general election, as analysts and politicians believe that Barisan Nasional's (BN) continued hostility towards Bersih will only damage the ruling coalition's image and credibility. Pundits said Putrajaya's clampdown on Bersih even after it agreed to hold its July 9 rally inside a stadium showed the government is adamant in not allowing the protest to take place on the streets or within the walls of a stadium.
Read More / Baca Lagi >>

Negeri serba satu dan badut-badut

Posted: 08 Jul 2011 10:35 AM PDT

Agak kepelikan sesuatu yang "Bersih" dianggap "Haram"? Situasi nampaknya semacam cerita filem suspens. Pada 5 July pemimpin Bersih mengadap TYDP Agong di Istana untuk membincang dan mendapat pandangan Tuanku tentang himpunan Bersih yang dikotorkan oleh pihak-pihak tertentu. TYDP Agong berkenan untuk menasihati bahawa eloklah diadakan di stadium bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Pemimpin Bersih di bawah wanita besi Ambiga bersetuju dan dimasyhurkanlah keputusan TYDP Agong itu kepada rakyat Malaysia. Ikutilah catatan saya di bawah dalam kisah negara Serba Satu Merebut Gelaran Bapa Badut. Begini ceritanya…
Read More / Baca Lagi >>

BN acting like a person told by doctor of impending death

Posted: 08 Jul 2011 10:23 AM PDT

BN acting like a person told by doctor of impending deathAs police stepped up roadblocks at major roads leading to the capital late this evening, causing miles of traffic congestion, PAS has called on prime minister Najib Razak not to further burden the force.
Najib had earlier said that the government would leave it to the police to determine how to handle the Bersih rally, contradicting an earlier statement that he would give his cooperation to Bersih if its rally was held in a stadium. The police have however so far rejected all attempts to give a permit.
"Why must the burden be put on the police, when Najib should issue a clear directive to allow the rally proceed in the stadium.
"Who leads the cabinet? The police?" asked PAS information chief Tuan Ibrahim Tuan Man (pic), echoing an earlier statement by DAP advisor Lim Kit Siang slamming Najib for being "insincere" and "irresponsible" by passing the buck to the police.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Larangan Memasuki Ibu Negara Bukti Umno-BN ketakutan

Posted: 08 Jul 2011 09:35 AM PDT




SHAH ALAM 8 JULAI : Tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mendapatkan perintah mahkamah melarang 91 individu daripada memasuki bandaraya Kuala Lumpur esok membuktikan "ketakutan tidak rasional" Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kata Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng dalam satu kenyataan medianya berkata, pihaknya sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan tetap dengan pendirianya untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Stadium Merdeka esok walaupun tidak mendapat permit.
Read More / Baca Lagi >>

Video - Umno Youth: We'll march to stadium, too

Posted: 08 Jul 2011 08:46 AM PDT