Kami Sokong Tokguru |
- Wajah Kesayangan Hamba
- Kereta Anwar Disabotaj (Bergambar)
- Pemandu Dakwa Mungkin Ada Cubaan Membunuh Anwar
- Sambutan Hari Ibu Subhah
Posted: 10 May 2011 10:52 PM PDT Santai -ijoks2009- Sebelum tengok gambar sila klik video ni dulu Lagu ini sebenarnya sudah lama dicipta untuk ayahnda baginda,tapi boleh juga diberikan nafas baru. http://greenboc.blogspot.com/2011/05/saya-tukar-daulat-tuanku-kepada-allahu_11.html |
Kereta Anwar Disabotaj (Bergambar) Posted: 10 May 2011 09:40 AM PDT Isu Semasa Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang. Selepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu. Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya. Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi. Menurut laporan polis, mekanik memaklumkan bahawa pin pada nat cakera brek telah dikeluarkan. Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang. Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar. Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar. Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya. |
Pemandu Dakwa Mungkin Ada Cubaan Membunuh Anwar Posted: 10 May 2011 12:49 AM PDT Isu Semasa Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini. Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan Anwar dan keluarga. Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April yang lalu. "Masa balik dari Chemor dan kereta saya nak potong lori, tiba-tiba pemegang brek caliper terbuka. Bila ia terbuka, kereta bergegar. Tuhan punya kuasa, mujur tidak kemalangan."Selama 28 tahun saya menjadi pemandu Datuk Seri, perkara ini tak pernah berlaku," katanya yang turut menyertakan bukti gambar bahagian brek tersebut. Menurut Sani, kereta itu kali terakhir diperiksa bulan Oktober tahun lalu. Pada 4 Mac lepas, kereta Anwar rosak apabila mereka yang dipercayai petugas Umno BN mengepung dan membaling batu ke arah kereta yang dinaiki Anwar.. Menceritakan kejadian itu, Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, berkata, kira-kira 30 orang pemuda, memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah kepada ketua umum parti itu. Dari kelibat dan gaya percakapan mereka, Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan. "Ini budaya baru yang dibawa, kerana dipahang tak pernah berlaku sebelum ini" kata Nizam pada sidang media di markas induk PAS bagi Pilihan Raya kecil Kerdau. Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar. http://idhamlim.blogspot.com/2011/05/unsur-khianat-pemandu-anwar-buat.html |
Posted: 09 May 2011 11:29 PM PDT Isu Semasa Suka saya kongsikan pandangan Ustaz Nor Amin dalam blognya berkenaan sambutan hari ibu Salam Kita sambut jangan tetap hari seperti yang dibuat tu, bila2 nak sambutpun boleh... tak semestinya seperti yang dibuat..Lagipun saya tak kata haram, saya kata benda ni syubhah maksudnya tak pasti haram dan halalnya. Jadi lebih baik dielakkan. Anda boleh baca Artikel yang berkaitan diblog Ustaz Nor Amin. |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |