Selasa, 29 Mac 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Orang Asli Minum Arak

Posted: 29 Mar 2011 11:08 PM PDT

Isu Semasa




Nampak macam ada persamaan puak asli diatas dengan orang dibawah,gaya rambutpun lebih kurang sama.
Sepupu dia kot..

Nak tahu lagi klik disini :
http://anakmuaallaf.blogspot.com

-ijoks2009-

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak." (Hadis riwayat al-Bukhari).

Menjelaskan mengenai perkara mendedahkan keaiban ini, Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan. Pertama, orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran.

Jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedah atau diperkatakan. Jika tetap diperkata atau didedahkan juga kemungkaran didengari itu maka ia menjadi ghibah (umpat) yang hukumnya haram dan berat dosanya.

Kedua, orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan malah tidak mempedulikan sebarang nasihat yang diberikan dan tidak malu dalam melakukan kejahatan secara terbuka.


Golongan ini harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat. Malah, ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya.

Sebab jika didiamkan tentulah ia akan bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah, sehingga membahayakan masyarakat.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DedahkankeaibanorangbukanikutsyariatIslam/Article



Cari N3 lama-lama disini

Wang Pembayar Cukai Bukan wang UMNO

Posted: 29 Mar 2011 03:53 PM PDT

Isu Semasa
Tajuk ini penulis ambil dari DrMaza kerana bertepatan dengan pilihanraya Sarawak kerana sering kali menjelang sahaja pilihanraya. Kita akan dengar segala janji kerajaan kepada pengundi seperti menabur gandum kepada burung-burung merpati. Kerajaan berjanji bantuan sana RM50 juta, bantuan sini RM100 juta dan pelbagai projek seolah wang yang berjuta-juta itu, kerajaan yang punya atau PM yang punya seolah-olah memang duit ahli BN yang punya.

Penulis amat setuju dengan pandangan DRMAZA dalam penggunaan istilah "Wang Pembayar Cukai" digunapakai dalam media supaya telinga tak sakit sangat mendengar janji kerajaan. Bila lawatan PM ketempat-tempat yang panas. 
Mesti dengar bantuan untuk itu dan ini. Maka bersorak dan bertepuk sakan pengundi digulakan. Senang-senang nak bagi berjuta seolah-olah wang itu mudah diperolehi dari pembayar cukai. Yang pembayar cukai termasuklah bini penulis juga. Tiap-tiap bulan kena potong gaji pulak tu!. Sampai kena ikat perut untuk makan.  Senang-senang sahaja kerajaan bagi sana sini untuk pancing undi.

Cari N3 lama-lama disini

Projek Terowong Rahsia

Posted: 29 Mar 2011 09:58 AM PDT

Santai

Scientists have been baffled by the appearance of a mysterious cave at West India Quay, London. It is believed that a light earthquake unearthed the cave which is estimated to be over 10 million years old, but scientists cannot explain the intense glow of green lights emitting from its depths.

 Nampak macam real ,tapi sebenarnya itulah projek lukisan 3D yang sungguh menjadi dari seorang pelukis.
kita kerapkali tertipu dengan pandangan mata kita sendiri .Otak sering salah tafsir dengan apa yang kita lihat.

fourth-day-painting
This is just the attached gallery. Go back to the belonging post: Mysterious Caves Project
Kehidupan dunia penuh ilusi ,yang betul-betul real ialah alam akhirat.
kata saiydina Ali,kehidupan dunia sebenarnya sebuah mimpi,bila kita mati baru kita tersedar dari mimpi.


Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Muhyiddin boleh, kenapa saya tak boleh - tanya Azmin pada polis

Posted: 29 Mar 2011 10:44 PM PDT


Azmin persoal ceramah politik Muhyiddin di Ampang

AMPANG: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mempersoal tindakan polis membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berceramah di Kampung Pandan, dekat sini malam tadi. Sedangkan katanya, ceramah anjuran KEADILAN yang diadakan di Taman Melawati, Gombak Jumaat lalu, dihalang polis.

"Saya bertanya mengapa polis beri permit ceramah politik (kepada Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) di Kampung Pandan malam tadi? "(Sedangkan) Kelulusan oleh IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) yang sama.

(Tetapi mereka) Tak boleh jawab," lapor Azmin dalam twitternya selepas memberi keterangan di IPD Ampang Jaya, pagi ini. Azmin mendakwa, dua laporan polis yang dibuat terhadapnya, dilakukan oleh pihak polis sendiri.

Satu daripadanya, dibuat di bawah Akta Hasutan. Malah, pegawai polis yang merakamkan keterangannya, ASP Dr Vasu dikatakan masih belum lagi melihat laporan tersebut.

"Baru saya dimaklumkan bahawa ada dua laporan polis terhadap saya. Satu lagi ialah di bawah akta hasutan kerana ajak rakyat bawa perubahan," kata Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Menurutnya lagi, 18 soalan yang dikemukakan kepadanya disediakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. "Soalan semua disiapkan oleh IPK Selangor. Hebat!" kata Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu hadir di IPD Ampang pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang diadakan di Gombak, Isnin lalu.

Turut hadir memberi kenyataan kepada polis ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari. Jumaat lalu, polis bertindak ganas apabila menyerbu dan menghalang ceramah kempen 'Tolak Fitnah' anjuran KEADILAN di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar berucap 15 minit sahaja, sebelum mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, sehingga menimbulkan kemarahan hampir 5,000 yang hadir.

Selasa lalu, sepasukan polis 'mengepung' rumah Azmin di Ampang bagi menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya beliau memberi keterangan kepada polis berhubung ceramah tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10152

"Mee Segera" PRK adalah RASUAH - Transparency International

Posted: 29 Mar 2011 09:48 PM PDT

Kumpulan pemantau gejala rasuah Transparency International menolak dakwaan bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.

"Ini khususnya semasa kempen. Malangnya tidak ada undang-undang yang memadai bagi menangani perkara ini, terutamanya apabila ia membabitkan wang tunai dan mesin jahit," kata presiden TI-Malaysia Paul Low.

"Banyak janji-janji ditaburkan seperti membina jambatan. Janji-janji ini tidak jelas. "Awak hanya buat kesalahan bila berkata, 'nah ini RM1,000, undi saya'," kata Low pada sidang media di pejabatnya pagi ini.

Kenyataan TI itu jelas bercanggah dengan pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Nazri dalam jawapan bertulisnya di Dewan RakyJustify Fullat, semalam berkata 'bantuan' yang diberikan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya tidak boleh dianggap sebagai rasuah.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan itu adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh). -mkini

OCPD Kuching ni kira OK la ...

Posted: 29 Mar 2011 09:39 PM PDT

sekadar hiasan
Perhimpunan Tiada Permit: Polis Benarkan Anwar Berucap Ringkas

KUCHING: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan berucap pada satu majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di sini malam Selasa walaupun perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.

Anwar tiba di kedai makan itu pada pukul 7.30 petang dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun membenarkan Anwar untuk membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalu lintas.

Anwar dalam ucapannya selama 30 minit turut memuji tindakan Mun kerana membenarkan beliau memberikan ucapan kepada kira-kira 100 penyokongnya.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April. Hari penamaan calon ditetapkan pada 6 April.- BERNAMA

Demo bantah loji sisa radioaktif di Parlimen

Posted: 29 Mar 2011 09:32 PM PDT


KUALA LUMPUR: Lebih 100 aktivis berkumpul di hadapan simpang masuk ke bangunan Parlimen pagi ini bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang menghasilkan sisa radioaktif.

Perhimpunan itu diadakan berikutan kebimbangan mereka berhubung penyebaran sisa radioaktif yang mungkin dihasilkan sebaik projek terbesar di dunia itu yang bernilai RM700 juta beroperasi pada bila-bila masa.

Mereka yang terdiri daripada aktivis termasuk NGO, Save Malaysia, menaiki empat buah bas tiba di bangunan Parlimen kira-kira jam 9.20 pagi.

Mereka membantah pusat penapisan yang sedang dibina syarikat Australia Lynas Corp dan dilihat mengibarkan poster dan kain rentang tertera tulisan "Stop Lynas" dan "Hentikan Lynas".

Bagaimanapun, sekumpulan anggota polis yang berkawal di sekitar kawasan berkenaan menghalang tindakan mereka dan hanya membenarkan 10 daripadanya masuk ke Parlimen, manakala selebihnya dibenar berbaris di luar tanpa menganggu lalu lintas.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilihat keluar berbincang dengan seorang pegawai polis dan menyarankan penyokong terbabit berkumpul di atas pembahagi jalan masuk menuju Parlimen, berikutan tempat mereka berkumpul tidak selamat disebabkan kenderaan lalu lintas di jalan tersebut.

Polis akur lalu membenarkan penyokong menukar tempat berkumpul dengan syarat mereka tidak dibenar mengibarkan kain rentang dan poster.

Hadir sama bagi memantau perhimpunan itu beberapa anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) diketuai pesuruhjayanya, Mohamad Shaani Abdullah dan perwakilan daripada Majlis Peguam. Perhimpunan aman tersebut bersurai pada jam 10.00 pagi.

Sebelum ini, Fuziah bersama penduduk di sekitar Gebeng pada 20 Mac lalu mengadakan bantahan pembinaan kilang tersebut dengan mengumpulkan 1,000 tandatangan penduduk yang tidak senang dengan kelulusan pembinaan kilang tersebut yang dijangka menghasilkan sisa radioaktif.

Isu kebocoran radioaktif semakin membimbangkan berikutan kejadian tsunami di jepun yang menyebabkan reaktor nuklear di Fukushima musnah dan menyebabkan puluhan ribu penduduk di kawasan berhampiran terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi - KeadilanDaily

Video sex akan memperkukuhkan lagi kedudukan DSAI - AWSJ

Posted: 29 Mar 2011 07:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini.

Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.

"Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik," kata akhbar itu.

"Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka," tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini. Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam "kapal selesa" sejak menerajui kepimpinan pada April 2009. Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T", yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

"Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

"... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya.

Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan "Datuk T' bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Rabu lalu, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda. Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.

Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April. Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini - TMI

Ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah pegawai kastam

Posted: 29 Mar 2011 04:41 PM PDT

SPRM tahan pegawi kanan kastam bergelar Datuk

PUTRAJAYA: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, di Pahang kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit.

Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah. Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

"Kami menemui ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah yang diduduki pasangan pegawai kanan Kastam berkenaan dan mereka kemudian ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pembersihan wang haram membabitkan lebih 100 premis yang diserbu kelmarin," katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, selain rumah pasangan itu, pasukan bertindak turut membuat serbuan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis kastam di seluruh negara.

Katanya, siasatan membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Mustafar berkata, operasi itu khusus bagi mencegah kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil cukai kerajaan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import dan penyeludupan wang keluar sempadan negara.

"Apabila sesuatu barangan diimport dan harganya diisytihar lebih rendah daripada nilai sebenar, cukai yang ditaksir juga rendah. Justeru, wujud perbezaan dari segi nilai import dan harga sebenar yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit kutipan cukai.

"Operasi ini adalah hasil siasatan kita selama sebulan bagi mengenal pasti rangkaian keseluruhan kegiatan haram yang kita umpamakan sebagai sindiket yang mempunyai hubung kait. Kita akan meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada pasangan pegawai kastam itu," katanya.

Mustafar mengesahkan serbuan itu ada kaitan dengan serbuan SPRM terhadap pejabat seorang ahli perniagaan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor, Ang Leng Kiat, kelmarin tetapi menegaskan premis berkenaan hanya secara kebetulan dimiliki sebuah parti politik.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bermula semalam ketika dibawa ke mahkamah selepas ditahan di pejabat SPRM di sini. Pegawai Pendakwa SPRM, Raja Mohd Shasrizam Raja Nik Mahmud, berkata mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Beliau berkata, pasangan berkenaan datang bersama peguam, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

"Pasangan berkenaan ditemui pegawai SPRM di rumahnya di Temerloh kelmarin bagi direkodkan keterangan dan ditahan secara sah di pejabat SPRM, jam 5 pagi semalam sebelum dibawa ke mahkamah untuk perintah reman," katanya. - BH

Akta perlindungan 'Datuk T' : Menteri ni mengaku silap .... hahaha

Posted: 29 Mar 2011 07:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengaku tersilap mengeluarkan kenyataan 'kemungkinan' trio 'Datuk T' akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membuat pembetulan dengan menyatakan bahawa mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta Akta Pemberi Maklumat kerena mereka telah mendedahkan diri mereka kepada umum.

Namun katanya, di bawah Akta Perlindungan Saksi mungkin akan diguna jika pihak berkuasa mendapati ada kes. "Saya nak buat penjelasan di sini iaitu kemungkinan di bawah Whistleblower Act kemungkinan tidak ada sebab apabila seseorang itu telahpun menzahirkan kepada awam bahawa dialah pemberi maklumat otu, maka akta Whistleblower tidak boleh dipakai.

"Jadi kenyataan saya sebut tadi bukan lagi kemungkinan, memang tak boleh dipakai," katanya. Pembetulan yang dibuat di Dewan Rakyat hari ini itu kemudiannya dipersoal ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

"Perkara ini sudah diketahui daripada awal, so ini kesilapan lah?," soal Gobind. "Ya, memang lah, sebab itu saya kata saya nak betulkan balik, tak boleh pakai dah," balas Nazri.

Semalam, media melapor Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan. Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata bahawa kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.

Kenyataan awal Nazri itu turut dikecam ahli parlimen PKR yang mengadakan sidang parlimen siang tadi bagi mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio 'Datuk T' yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang itu.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu. - HD

Betul ker ni?

Posted: 29 Mar 2011 05:36 AM PDT

Saya juga dilamar Pakatan, kata bekas Ketua Wira Perkasa
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

March 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Selain menerima tawaran beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata, beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu. Malah beliau enggan memberitahu bila menerima tawaran komponen Pakatan Rakyat. Malam tadi, Arman Azha turut berada di Stadium Melawati, Shah Alam untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara itu berkata, beliau mengikuti program semalam hanya untuk mendengar dan mengetahui isu-isu yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Buat masa ini ada beberapa pihak parti politik daripada kedua-dua belah pihak datang melamar saya... saya hanya akan buat keputusan apabila melihat prinsip yang saya bawa ini benar-benar diiltizamkan oleh parti-parti itu kerana hari ini kita lihat ia masih sama-sama lagi.

"Sampai saat ini saya belum memberi kata putus parti mana saya akan ikut berjuang. Kena lihat dulu parti mana yang benar-benar membawa prinsip agama, bangsa dan negara," kata beliau pada sidang media mengumumkan keputusan melepaskan jawatan itu bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru. Tegas, Arman Azha, beliau akan menyertai parti politik yang mampu memperjuangkan dan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Mana ada parti politik yang benar-benar memartabatkan agenda agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air, tidak semestinya kita memperjuangkan bangsa Melayu kita kena menolak bangsa lain.

"Sebenarnya apabila kita memperjuangkan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera kepentingan kaum lain turut diambil kira, akhirnya kita mahukan negara yang muhibah dan perpaduan," katanya.

Jelas beliau, keputusan meletakkan jawatan itu dibuat atas dasar prinsip kerana Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali tidak mempunyai keupayaan politik dalam perjuangan. Arman Azha juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu telah dibuat secara matang sejak beberapa bulan lalu.

"Kalau saya gila jawatan, saya tidak akan letak jawatan," katanya. Arman Azha secara rasmi hari ini meletakkan jawatan selaku Ketua Wira Perkasa berkuat kuasa serta-merta. Pengumuman itu dibuat petang ini.

Selain Arman Azha, Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine juga memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.- TMI

Video sex : Boleh siasat, tapi guna qazaf - Ketua Pemuda PAS

Posted: 29 Mar 2011 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata parti Islam tidak takut pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks yang didedahkan awal minggu lalu, didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak takut pada siasatan. Malah saya yakin Datuk Seri Anwar (pun) tidak pernah takut pada siasatan, malah kini beliau juga sedang berdepan dengan siasatan dan pembicaraan panjang di mahkamah mengenai isu liwat.

"Kini beliau berdepan pula isu fitnah zina. Cuma apa yang saya mahu tegaskan ialah, ikut panduan dan pedoman Islam," kata Nasrudin dalam satu kenyataan dikeluarkan mengulas pandangannya disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Rakaman video seks itu, yang tiga "Datuk T" mengakui bertanggungjawab ke atasnya, dipertontonkan kepada wakil media awal minggu lalu. Polis kini sedang menyiasat perkara tersebut termasuk telah mengambil keterangan daripada tiga "Datuk T".

Akhbar itu memetik Nasrudin antara lain berkata, beliau bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan dan ketelusan.

Dalam penjelasan hari ini, Nasrudin berkata, menuduh mesti berbukti dan bersaksi menepati kehendak prindip Islam.

"Siasatan dan pembicaraan mesti adil. Jika dari mula plot dan dramanya adalah untuk mengaibkan dengan membuat pendedahan separuh terbuka supaya ia menjadi fitnah dan memalukan, saya bimbang siasatan yang dibuat hanyalah untuk membenarkan drama fitnah tersebut," kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, semua pihak mesti kembali kepada Allah swt dengan penuh ketaqwaan dan bertindak berasaskan iman.

Kata Nasrudin, beliau siasatan mesti berpaksikan keadilan kerana tanpa keadilan atau tanpa mengambil kira ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, bukan sahaja tindakan itu tidak Islamik malah keadilan tidak akan tercapai dan apa yang paling besar ialah penuduhnya berdepan dengan hukuman qazaf.

"Justeru menuduh tanpa mendatangkan saksi dan bukti yang jelas mengikut piawaian yang ditetapkan oleh syarak," katanya lagi. Nasrudin berkata, kalaupun mereka dakwa bahawa memiliki bukti iaitu klip video aksi seks, "siapa saksinya sewaktu adegan seks itu berlaku."

"Cukupkah empat orang saksi? Kalau cukup mana saksi-saksi itu? Datuk T ? Tu baru tiga orang. Itu pun, mereka saksikan berdepan atau hanya saksi melalui rakaman video?

"Dan apa yang paling penting dalam isu ini ialah kenapa mereka tayang kepada wartawan terlebih dahulu? Kenapa tidak siasat dulu secara tertutup?" katanya. Nasrudin menambah, adakah mereka sengaja mahu memfitnah dan mengaibkan orang dan sama ada mereka faham atau tidak erti qazaf.

"Atau... diperbuat daripada apakah kulit belakang mereka sehingga memandang rendah kepada qazaf? Apakah tiada hitungan dosa pahala dalam tindakan? Tidak terfikirkah pula azab seksa Allah?" katanya lagi.

Sehubungan itu Ketua Pemuda PAS berkata beliau bersetuju benar kenyataan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai isu ini. "Apakah iklim politik negara kita mahu diseret dalam kancah politik fitnah dan lucah sebegini? Apakah sudah kehabisan strategi dan kelicikan berpolitik sehingga mengambil kaedah keji dan hina ini?" katanya.

Mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan, Nasrudin berkata beliau menegaskan kepada akhbar berkenaan bahawa beliau tidak mahu bercakap soal mekanisme kerana soal penubuhannya adalah soal mekanisme.

"Apa yang saya mahu tegaskan ialah soal prinsip. Prinsipnya ialah, yang menuduh apalagi yang memfitnah mestilah mengemukakan bukti dan saksi yang jelas mengikut kehendak Islam, saksi zina mestilah empat lelaki yang adil.

"Apa yang saya kesal ialah, tuduhan dan fitnah telah dibuat dan didedah merata — riti kepada umum kemudian baru bercakap soal nak siasat oleh pihak yang mendedahkannya. Ini tidak betul," katanya. Nasrudin berkata, prinsip yang mesti dipertahankan dalam siasatan ialah keadilan.

"Jika tubuh suruhanjaya siasatan tetapi tidak ditegakkan prinsip keadilan tadi maka tiada ertinya. "Siasat untuk membenarkan fitnah, siasat untuk membenarkan pengkhianatan tanpa berpaksikan prinsip keadilan atau mencari keadilan dengan amanah, jujur, telus adalah salah dan tidak boleh diterima," katanya.

Kata Nasrudin, setelah dibuat tuduhan dan fitnah sedemikian rupa dan pendedahan memalukan dibuat sedemikian rupa baru bercakap soal siasatan dan penubuhan suruhanjaya, beliau bimbang suruhanjaya itu ditubuhkan hanya untuk membenarkan fitnah bukan mencari keadilan - TMI

Tiada undang-undang boleh lindungi "Datuk T" - YB Yusmadi

Posted: 29 Mar 2011 01:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, March 29 — There are no legal provisions protecting the "Datuk T" trio, PKR lawmakers charged today.
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said yesterday that the trio- former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah and Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) treasurer Datuk Shuib Lazim will be protected under the Witness Protection Act and Whistleblower Act should the authorities feel they have a case.

"Nazri is contradicting what was said by his deputy, Datuk V.K Liew in Parliament on April 20 2010," said Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff today, who was accompanied by PKR's Datuk Johari Abdul and Abdullah Sani.

According to the MP-cum-lawyer, Liew had stated that individuals could not be protected under the Whistleblower Act if there was no form of correspondence with the media.

"The media is not listed as part of any enforcement agencies," said Yusmadi. Abdul Rahim, Shazryl and Shuib have admitted that they were part of the "Datuk T" trio responsible for keeping and screening the video to members of the media at Carcosa Seri Negara last week.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim has denied that he was the man in the video and lodged a police report on the matter. Following the revelation, the individuals also came forward to be questioned by Bukit Aman police and handed over the video and an Omega watch for further investigation.

"These are not witnesses... this was a well planned operation... they even called top news editors, not just journalists to view the video," said Yusmadi. - TMI


STONE : Hahaha apa macam Nazri ... tapi aku pasti, hangpa selalu betul. buat la cakap lah apa pun, yang pasti pihak kerajaan HARAMJADAH selalunya betul ...

Ceramah di kawasan persendirian : Polis buat-buat tak faham ...

Posted: 29 Mar 2011 12:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mempersoal keengganan polis mematuhi keputusan mahkamah sebelum ini yang memutuskan ceramah politik di kawasan persendirian, tidak menyalahi undang-undang.

"Polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu, Tampin," katanya Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pada satu kenyataan media, hari ini.

Mahkamah Majistret Jelebu pada Julai 2001 memutuskan Mohamad Sabu ketika itu Ahli Parlimen Kuala Kedah, tidak bersalah kerana mengadakan ceramah tanpa permit di Markaz Pas Jelebu.

Beliau mengulas beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terbaru di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu di kawasan persendirian yang berakhir dengan kekecohan berikutan campur tangan polis. Idris berkata, polis bertindak secara bertentangan dengan undang-undang kerana mereka dengan angkuh masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.

"Setakat ini, jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat jika tiada gangguan polis, akan berakhir dengan aman. Semua maklum jika perhimpunan diganggu polis, maka akan berakhir dengan kekecohan," katanya.

Beliau kesal terhadap sikap double standard polis yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat – tabiat lama yang berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif. "PAS ingin mengingatkan polis, bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini.

Jangan salahkan rakyat jika rakyat tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Idris mengingatkan polis betapa rakyat tertanya-tanya mengapa polis sibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat tetapi tidak mengambil tindakan tegas dalam isu tayangan video seks palsu.

"Polis sebaliknya tidak pula serbu Hotel Carcosa yang menayang video lucah pada 21 Mac 2011. Mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.

"Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10070

'Hantu' di rumah emak YB Azmin

Posted: 29 Mar 2011 12:07 AM PDT

SHAH ALAM: Jika daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diguna pakai, rumah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ada 'hantu'.

Bercakap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata terlalu banyak pengundi hantu muncul dan bilangannya bukan satu tetapi lapan karakter.

"Kalau ikut istilah pengundi hantu sebenarnya orang yang mati dihidupkan semula tetapi yang berlaku kini melibatkan penambahan pengundi dan pengalihan nama-nama pendafar.

"Contohnya, rumah ibu saya didafarkan seramai lapan orang dengan kaum Cina dan India sedangkan ibu saya tinggal seorang diri dan saya tidak mempunyai adik beradik kaum lain," katanya yang menyifatkan SPR sebagai kuda tunggangan Umno. Pendedahan itu menunjukkan daftar pemilih atau pengundi SPR tidak bersih hingga menimbulkan banyak keraguan besar walaupun pimpinan Umno kerap menyebelahi SPR yang didakwa mereka sebagai 'telus' dan 'cekap'.

Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pengundi hantu yang diwujudkan Umno pasti akan mengundi parti pemerintah itu untuk dijadikan sebagai taktik kemenangan pilihan raya akan datang.

"Ikut tradisi, pengundi hantu akan undi Umno, kerana hati mereka juga mati. Mereka akan memberikan kemenangan kepada Umno," katanya. Azmin juga menyarankan kerajaan negeri supaya melakukan pemantauan terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana beliau mendapat maklumat jabatan itu menjalankan 'kerja kotor' selepas waktu kerja.

"Kerajaan negeri perlu pantau JPN kerana mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing yang dilakukan selepas waktu kerja.

"Perkara itu berlaku di Sepang yang didakwa lebih 200 orang diberi kad pengenalan kerana sedar rakyat negara ini tidak memberi sokongan dan terpaksa bergantung kepada warga asing," katanya.



STONE : SPR ... macamana nak jawab tu. Bila cerita isu pengundi hantu korang nafikan. Tapi dalam kes ni, apa jawapannya?

Kepala hotak hang lah Nazri..

Posted: 28 Mar 2011 11:23 PM PDT

Bantuan yang diberikan kepada rakyat semasa kempen pilihanraya BUKAN RASUAH - Nazri
KUALA LUMPUR, 29 MARCH, 2011: Assistance given to the people during an election cannot be interpreted as corruption, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz told the Dewan Rakyat today.

Such assistance, he said, were part of the manifesto to help the people. "We have promised to fulfill (our manifesto)... sewing machine assistance for instance, if it is not given during the election, it will be given after the election.

It's the same. Is this an offence? "We cannot stop giving out assistance (during election) because we will still be providing such assistance after the election," he said in reply to Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) during question time.

To Ab Aziz's original question on the number of complaints received by the Malaysian Anti-Corruption Commission during the by-elections from 2008 to 2010, Mohamed Nazri said, there were six such complaints and that they were being investigated. - Bernama

STONE : Kalau kena tang hangpa semua tak salah. Tayang video sex tak salah, malahan diberi perlindungan lagi. Hangpa bagi barang pada pengundi semasa pilihanraya pun tak salah. Dah tu tang mana salahnya hangpa?

Kerajaan haramjadah hangpa tu tak pernah buat salah semua betul. Pemimpin-pemimpinnya pun mana pernah buat salah semua betul, semua baik. Rogol amah betul, bunuh orang betul, cakap apa pun semua hangpa betul ...

Tapi kalau kena belah pembangkang ni semua tak kena, semua salah, semua tak betul .... betul2 haramjadah punya kerajaan.

Note ; Gambar di atas adalah anak Nazri

VIDEO SEKS : Nazri cuba lindungi penjenayah

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mendakwa dalang rakaman video seks palsu, trio 'Datuk T' boleh dilindungi undang-undang, adalah satu percubaan untuk melindungi saspek penjenayah.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas kenyataan Nazri semalam bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

"Dari segi undang-undang, kenyataan Nazri jelas merupakan satu percubaan untuk melindungi penjenayah dan saspek penjenayah. Ini menunjukkan dia tidak faham undang-undang," ujar Shamsul ketika dihubungi Keadilan Daily.com.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang sedia ada, pihak berkenaan yang mendedahkan rakaman video palsu itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, yang membawa hukuman denda dan penjara. "Kenyataan Nazri Aziz bersifat politik dan mengarut.

Dari awal lagi kita menganggap isu ini adalah perancangan politik, satu rekayasa politik yang membabitkan ahli politik. Dalangnya ialah Rahim Tamby Chik. "Ia membabitkan penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Megeri, Hishamuddin Hussien.

Mereka adalah individu yang paling awal menafikan penglibatan pihak polis dalam hal ini, walaupun pada masa itu tidak ada serangan terhadap pihak polis yang mendakwa mereka terlibat," ujarnya.

Menurut beliau lagi, Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat hanya sesuai digunakan kepada individu yang memberikan maklumat secara rahsia dan sulit kepada pihak berkuasa, berbeda dalam kes berkenaan.

"Akta ini digunapakai bagi melindungi pemberi maklumat secara rahsia, bukan mereka yang mendedahkan video seks kepada umum, malah mengajak orang (wartawan) menonton video seks berkenaan," ujarnya.

Justeru itu katanya, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya bertindak secara profesional mengikut lunas undang-undang bagi mendakwa pihak terbabit tanpa mempedulikan sebarang tekanan politik.

"Kita tidak akan berhenti membuat laporan polis kerana ia (isu video seks) memberikan kesan yang cukup negatif kepada rakyat," ujarnya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10055

Remaja perempuan 16 tahun yang ketagih sex

Posted: 28 Mar 2011 11:10 PM PDT

MELAKA: Seorang remaja perempuan mengaku ketagih seks sejak setahun lalu apabila menjadikan tandas awam di pekan Bemban, Jasin sebagai 'port asmara' dengan kekasihnya.

Gambar fail Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia membeli kondom terlebih dulu sebagai 'persediaan' bagi memuaskan nafsu bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu masih belajar di sekolah sama.

Malah, dia mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port asmara bagi menghilangkan ketagihan seks bersama teman lelakinya. Pendedahan itu dibuat remaja terbabit apabila dia diberkas pegawai syarak dan penduduk selepas disyaki berkhalwat di rumah keluarganya di Kesang, Jasin, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Remaja itu dikatakan menjadikan rumah keluarganya sebagai port baru melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah.

Bagaimanapun, hasrat pasangan terbabit menjadikan rumah keluarga perempuan berkenaan sebagai tempat maksiat tidak tercapai apabila diberkas dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pasangan berkenaan mula berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta ketika lelaki terbabit masih bersekolah bersamanya.

Katanya, sepanjang perkenalan itu pasangan terbabit mula melakukan perkara terlarang sehingga melakukan seks dengan memilih tandas awam sebagai tempat melakukan perbuatan itu.

"Bermula dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu, remaja perempuan terbabit terus ketagih mengadakan hubungan seks bersama pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu.

"Malah, remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom a RM3.50 di kedai runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui teman lelakinya itu.

"Hasil hubungan pertama itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan tandas sebagai lokasi pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja perempuan itu," katanya.

Rahimin berkata, serbuan dilakukan selepas pegawai syarak terbabit menerima aduan menyatakan ada seorang lelaki dipercayai bukan muhrim masuk ke rumah selepas penemuan sebuah motosikal yang diletakkan secara tersorok di belakang kediaman keluarga perempuan berkenaan.

Katanya, bertindak daripada maklumat itu, pegawai syarak bersama penduduk ke rumah berkenaan dan selepas beberapa kali memberi salam pintu dibuka oleh remaja perempuan terbabit.

"Pemeriksaan menemui seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan dan soal siasat dijalankan mendapati dia tidak mempunyai hubungan mahram bersama remaja itu. "Ketika itu hanya mereka berdua berada di dalam rumah berkenaan dan ibu bapa dan anggota keluarga lain perempuan itu pulang ke kampung," katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit datang ke rumah itu sejam setengah sebelum serbuan dilakukan. - metro

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Izzah Anwar bela tauke judi kat Chow Kit KL(terlates daripada PEKIDA.com)

Posted: 29 Mar 2011 09:05 PM PDT

sila baca berita harian hari ini.....

pengerusi pekida.. mendedahkan ada 1000 premis judi tanpa lesen...

harharhar pengerusi pekida ni bukan apa...

dia nk carik pasal ngn izzah anwar..

bak kata budak2 skang...amik potttttt

harharhar..

nnti mula blogger2 pekida ni kata...nur izzah tidak mnjalankan tugas sebagai yb..

ikut telunjuk dap kafir harbi..

izzah anwar yahudi...biarkan judi..

yb izzah itu dan ini..

kalam Perantau

kalam Perantau


Pemilihan PAS dan PRU ke-13

Posted: 29 Mar 2011 04:00 PM PDT

Oleh : Shuhaimi Al-Maniri

Ketika semua parti bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangkakan akan diadakan pada pertengahan tahun ini atau selewat-lewatnya sukuan pertama tahun 2011, kebanyakkan parti terutamanya dari komponen Barisan Nasional telah menagguhkan pemilihan kepimpinan mereka kepada selepas selesai
Pilihanraya umum tersebut.

Tetapi sebaliknya berlaku bagi komponen Pakatan Rakyat. Mereka tetap meneruskan proses pemilihan kepimpinan mereka seperti biasa. Pada hujung tahun lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengadakan pemilihan kepimpinan mereka berkonsepkan 'satu ahli, satu undi' buat pertama kalinya dalam sejarah parti-parti politik di negara kita.

Pada pertengahan tahun ini, PAS pula akan mengadakan pemilihan kepimpinan parti mereka yang diadakan selama 2 tahun sekali. Kali terakhir pemilihan PAS adalah dalam muktamarnya yang ke-55 pada tahun 2009 yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

Pada tahun tersebut, pemilihan lebih tertumpu kepada kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Dalam pertandingan 3 penjuru Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan kerusinya mengatasi dua calon lain, iaitu Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Kedua-duanya tidak mempertahan kerusi Naib Presiden yang disandang mereka sebelum itu. Seorang lagi Naib Presiden, iaitu Ustaz Ahmad Awang juga tidak bertanding. Akhirnya, PAS berjaya memperolehi 3 Naib Presiden yang baru terdiri dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar.

Ketika dihubungi oleh seorang exco Kerajaan Negeri beberapa hari lepas, saya berpendapat pemilihan kali ini sekiranya berlaku (dan saya yakin tetap berlaku), ianya tidaklah sehebat pada tahun 2009.  Dia berkata, 'ya ka?'.

Saya berkata, sekiranya diserahkan kepada aktivis parti sepenuhnya, saya yakin pemilihan kali ini akan berakhir dengan aman seperti zaman sebelum adanya dunia blog, facebook, twitter dan lain-lainnya.

Beberapa calon yang disebut-sebut akan bertanding telah dimulakan oleh media dan blogger-blogger tertentu bagi memporakperandakan ketenangan dan keharmonian PAS sebagai sebuah parti politik dan jamaah Islam.

Pemilihan ini nampak rancak dalam dunia maya sahaja, hakikatnya di peringkat bawah ahli-ahli PAS lebih bertumpu untuk pilihanraya umum ke-13 tanpa 'ambil pusing' secara berlebihan tentang pemilihan kepimpinan parti dalam muktamar PAS kali ini. Bagi sesetengah dari mereka, apa pentingnya tukar kepimpinan parti, kalau kalah pilihanraya.

Pemilihan PAS kali ini sengit?

Dalam keadaan perhatian tertumpu kepada Pilihanraya Negeri Sarawak pada 6 hingga 16 April ini, sebuah akhbar harian yang dipercayai banyak dibaca oleh ahli-ahli PAS pada keluaran 28hb. Mac, 2011 telah memberikan tajuk utama 'Siapa Ganti Nasha' dengan memasukkan 4 gambar dibawah tajuk tersebut, iaitu Sallehuddin, Tuan Ibrahim, Mahfuz dan Husam.

Sejak kerusi Timbalan Presiden dipertandingkan secara terbuka sejak beberapa sesi lepas, kerusi ini sentiasa menjadi fokus setiap kali pemilihan PAS diadakan. Banyak pihak yang sukakan pertandingan sebegini berlaku kerana merancakkan 'politicking' dalaman PAS.

Harakahdaily melaporkan Tuan Ibrahim Tuan Man awal-awal lagi telah mengumumkan tidak mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sallehuddin dilaporkan dalam akhbar harian berkenaan tidak berminat untuk mengintai kerusi Timbalan Presiden.

Dilaporkan juga oleh akhbar berkenaan, Mahfuz Omar dan Husam Musa tidak memberikan kata putus tentang kemungkinan bertanding kerusi Timbalan Presiden PAS pada pemilihan kali ini. Husam pernah bertanding kerusi berkenaan dalam pemilihan sesi lepas. 

Manakala Mohamad Sabu yang pernah bertanding Timbalan Presiden pada sesi lepas juga dilaporkan dalam satu media tertentu sedang 'tunggu dan lihat' perkembangan selanjutnya setelah mendapat pencalonan pertama dari kawasan Kubang Kerian.
 
Saya sebenarnya tidak berminat untuk mengulas tentang pemilihan PAS ni tetapi menyebut secara sepintas lalu apa yang dipaparkan oleh media dan media baru dalam menghadapi pemilihan PAS kali ini.

Selain mengadakan 'adu domba' dalam pemilihan kali ini, media juga kelihatan bersungguh-sungguh hendak memerangkap pemimpin PAS terutamanya Mursyidul Am dan Presiden PAS untuk menonton video lucah (18SX) bikinan "Trio UMNO" yang Anwar Ibrahim dikatakan sebagai pelakon utama.
 
Ketika UMNO dikatakan sudah kuat dan pulih dari tsunami 2008, kenapakah usaha-usaha sebegini dilakukan yang menyebabkan bukan sahaja maruah UMNO itu sendiri jatuh, tetapi ianya menyebabkan orang menjadi muak dan benci dengan pemimpin Melayu dan Islam.

Jika Anwar sudah tidak berpengaruh, biarkan sahaja ianya ditolak oleh rakyat dalam PRU ke-13 nanti. Kenapa UMNO dan BN beria-ia nak PAS berpisah dengan PKR dan DAP? Biarkan sahaja rakyat yang tentukan sama ada nak undi BN semula atau memilih PR!

Sama ada rakyat memilih UMNO atau PAS, kerusi tersebut tetap ditangan kepimpinan Melayu. Sama ada PR atau BN, teras politik masih lagi ditangan orang Melayu. Sebab itu PAS telah lahirkan slogan terbarunya, "PAS Ganti UMNO" sesudah "PAS For All" diterima dengan baik oleh masyarakat. 

Artkile ini diterbit untuk akhbar Siasah          


30 Dalil Mengapa Taib Mesti Berundur!

Posted: 29 Mar 2011 02:12 AM PDT

Press Release from the Movement for Change, Sarawak Embargo for 26 March, 2011

MoCS gives 30 reasons why Taib must go

KUCHING – There is no joy in the air among Sarawakians as Chief Minister Abdul Taib Mahmud celebrates his 30th anniversary as Sarawak's chief executive today. "I doubt the people of Sarawak are in the mood to celebrate with their chief minister although Taib has achieved the historic milestone as the country's longest serving CM," said Movement For Change, Sarawak leader Francis Paul Siah.

"Taib's legacy is one of blatant abuse of power. To Sarawakians and Malaysians, he will be remembered as one of the nation's most corrupt political leaders who perpetuated money politics and the politics of patronage, nepotism and despotism. He is also the grandmaster of the politics of fear and intimidation," he said. Siah pointed out that Taib's alleged acquisition of enormous wealth through illegal and dishonest means has caused a lot of suffering to Sarawakians.

"Business opportunities are almost zero for those not linked to Taib or his family and cronies. The massive land grabs have caused untold sufferings to the people, particularly the Dayaks. The fraudulent destruction of Sarawak's forests has created an environmental disaster for the state," he said.

"With all these negatives stacked against the chief minister in Sarawak, who is in the mood to celebrate with him? In fact, Taib should have stepped down long ago. "With his declared intention to stay on, it is now clear that people's power is the only way to remove him. If the April 16 state election fails to do that, then Sarawakians will have to take other courses of action," Siah said.

The MoCS leader reminded Taib of the movement's deadline for him to go, i.e. August 13 this year. "If he is still around by then, we will know what to do," Siah added.MoCS has also compiled a list of 30 reasons why Taib Mahmud must step down as chief minister in conjunction with his 30th anniversary today.

30 REASONS WHY TAIB MUST GO:

  1. He has been chief minister for 30 years, overstaying his welcome.
  2. He listens to nobody except himself.
  3. He creates and perpetuates himself into a dangerous, cultish image of invincibility.
  4. He does not hesitate to let all know that he is all powerful, almighty and untouchable – glaring images of a dictator.
  5. He is out of control. Nobody can control him, not even the Prime Minister, perhaps not even God. A person who is beyond control is dangerous.
  6. He is not in the best of health to administer a state. He said he has colon cancer.
  7. He spends more time outside Sarawak than inside. Over the past six months, he was hardly in the state for one month. That means he has no more time for Sarawak.
  8. He is paid a salary by the state as chief minister. But he is not working at all, preferring to spend his time overseas looking after his business empire, or continuing his perpetual honeymoon.His Politics of Development is one BIG farce.
  9. He lied to Abang Johari, Adenan Satem and Effendi Norwawi, telling them they were being groomed to take over. After 30 years, they are still not groomed yet and incapable of taking over as CM.
  10. He does not want anyone to succeed him. A leader without a successor is no leader at all.
  11. He is incapable of tolerating dissent. He will not hesitate to sack members of his Cabinet, even at the slightest provocation.
  12. He is a very hot-tempered man with a short fuse. On one occasion, he had created a public scene by kicking a flower pot and had thrown books and files at people in a rage.
  13. He is vindictive. He will leave no stones unturned to ensure that those who oppose him suffer in his hands for the rest of their life.
  14. He dabbles in 'bomohism' and black magic. His uncle, Tun Abdul Rahman Yakub, the first person to accuse him of believing in the Occult and the Dark Side, should know better.
  15. He practices favouritism in the Sarawak Civil Service. Officers he favours can jump several notches to be departmental heads, side-stepping other more senior and deserving staff. The State Civil Service has become a very demoralized institution as a result.
  16. He is the Grandmaster of the divide-and-rule game. As CM, he should be forging unity among the people of Sarawak. Instead, he takes great pleasure in dividing them.
  17. He keeps the main ministerial portfolios for himself, unwilling to designate power and authority to his Cabinet colleagues. With the portfolios he gives himself, he is virtually in control of all resources in Sarawak.
  18. He does not believe in transparency and accountability in handling government development funds and projects.
  19. He does not understand the meaning of 'Open Tender'. Public contracts become his personal business, grabbing the projects for himself. All he knows is "This is me, mine and myself".
  20. He is seen as a bully of the highest order among component parties in the Sarawak BN.
  21. He is unable to improve the living standard of Sarawakians, especially the Dayak communities. Instead he misuses his power to make them subservient towards him.
  22. He pays no attention to the plight of the indigenous groups in Sarawak, alleged to have robbed them of their NCR land via plantation companies owned by his family and cronies. He never said a word after the Penan girls were raped by loggers.
  23. He continues to 'prostitute’ Sarawak resources to the Federal Government and has never fought for Sarawak's interests in Peninsular Malaysia. His failure to pursue a review of the Petroleum Agreement is an example.
  24. He has failed or not done enough to develop Sarawak to be at par with Peninsular Malaysia, resulting in the state being consistently 20 years behind the peninsula.
  25. He allows UMNO policies to prevail and dominate nationally with total disregard to the rights and interests of the state’s minorities. And UMNO is one party which many Sarawakians do not want to see in their state.
  26. He treats the Opposition unfairly in and outside the State Legislative Assembly. He controls the whole House and ensures that the allegations about his dubious dealings are not recorded in the assembly's hansard.
  27. He favours skewed delineation of electoral boundaries to ensure that he has the numbers to keep him in power. Gerrymandering is rampant in every new delineation exercise in Sarawak.
  28. He is well known for leaving Sarawakians in a lurch in times of natural calamities like the haze occurrences and great floods. He leaves the state whenever it is enveloped by haze but he is also responsible for the destruction of Sarawak's forests.
  29. He is extremely wealthy beyond comprehension. His enormous wealth is believed to have been amassed through illegal and dishonest means.
  30. He has not given a single response to all the accusations and allegations against him as contained in the Sarawak Report website, Bruno Manser Fund and other whistleblowers despite the overwhelming evidence. MoCS has declared him guilty of all the accusations labelled at him on March 13 this year.

MoCS asks Taib Mahmud to ponder over these 30 reasons why he should step down on this 30th anniversary of his chief ministership.

MoCS Kuching
(Tel: 016-6381328)
26th March, 2011


PAS tanding 5, DAP 15 kerusi di Sarawak

Posted: 29 Mar 2011 01:34 AM PDT

Oleh Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP.

“…selebihnya itu (kerusi) Keadilan dan kita sampai tengahari tadi masih ada rundingan dengan SNAP,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan, Idris Ahmad, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga hadir pada mesyuarat sebelum itu bagaimanapun terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan.

“Nama-nama kerusi dan calon itu serah kepada parti masing-masing dan akan diumumkan di Kuching.

“Pandangan kita tak perlu umum di sini kerana kita hanya dapat input dari negeri. Kita hanya mengesahkan perundingan di negeri,” kata Anwar lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan rundingan PAS dengan PKR dan DAP selesai.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak berada di sana sejak minggu lalu bagi urusan perbincangan kerusi tersebut.

“Kita sekarang sedang memantau persiapan kita di semua kerusi yang kita bertanding di sini,” katanya