Sabtu, 19 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


450 ahli PKR keluar parti sertai Umno?

Posted: 19 Mar 2011 09:47 PM PDT

Menurut laporan NST :

"Indera Mahkota division PKR acting-head Ibrahim Sidek and some 450 party members leave PKR and join UMNO today"

Hanya itu yang dilaporkan tiada berita lanjut.
Harap YB Fuziah, MP Kuantan tolong sahkan berita ini.



Lagi kemalangan bas persiaran - 1 terbunuh 6 parah

Posted: 19 Mar 2011 08:09 PM PDT

Seorang maut, 6 parah bas persiaran rempuh lori

2011/03/20
BIDOR: Seorang penumpang bas persiaran maut, manakala enam parah selepas bas yang membawa 43 peserta rombongan dari Pulau Pinang ke Nilai 3, Negeri sembilan, merempuh belakang sebuah lori, sebelum dilanggar sebuah lori lain di Kilometer 341.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat plaza tol Bidor, 4.50 pagi tadi.

Polis mengesahkan identiti mangsa yang terbunuh sebagai Sahad@Shariff Md Din, 74. Pelanggaran pertama hanya membabitkan kecederaan kepada penumpang. Bagaimanapun pelanggaran kedua menyebabkan kematian dan kecederaan parah selepas ada penumpang yang sudah turun dan berada di tepi bas yang dilenyek kenderaan itu
STONE : Hari ni saja ada 2 kemalangan bas persiaran. Kemalangan pertama DI SINI . Tiap kali lepas kemalangan macam-macam cerita dari agensi-sgensi yang bertanggung jawab. Nak buat itu, nak kuatkuasa ini la, lepas 3 4 hari semua diam, kemalangan terus berlaku. Habok pun tak der . Apa kah pihak-pihak berwajib betul-betul melakukan tugas mereka? Atau hanya bercakap untuk 'melepaskan batok di tangga'. Tiada sebarang tindakan konkrit. Jadi sampai bila....?

Umno Lidah Bercabang

Posted: 19 Mar 2011 06:36 PM PDT

Faekah: UMNO tersepit lidah pula bercabang

Keputusan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO dengan lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam yang didakwa akan tercemar jika kalimah suci itu turut digunakan oleh masyarakat bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Hasutan dan adu domba yang mereka lakukan hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Beberapa gereja diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran. Beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan. Kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid; semuanya dikatakan akibat rasa tak puas hati isu penggunaan kalimah Allah.

Hari ini, demi pilihan raya Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan depan tiba-tiba UMNO-BN membuat satu kejutan hingga pimpinan UMNO di peringkat akar umbi tercengang-cengang. Tidak kurang juga pakcik makcik di kampung yang ternganga kehairanan. Mana mungkin UMNO yang begitu garang mempertahankan kalimah Allah dari turut diguna agama lain tiba-tiba meloloskan pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Apakah sebenarnya pendirian UMNO? Berbagai persoalan timbul akibat keputusan cepu emas di ambang pilihan raya Sarawak ini.

Jawapan saya mudah. UMNO terdesak. Dalam keadaan terdesak manusia golongan ini akan tega menggadaikan apa sahaja walau maruah dan jati diri. Inikan pula satu pandangan dangkal yang hanya bermatlamatkan politik seperti penggunaan kalimah Allah secara eksklusif.

Justeru, kita tidak hairan apabila melihat sikap flip-flop pemimpin UMNO ini. Jelas menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi pilihan raya dan bukannya atas dasar dan kepercayaan tulus.

Ke mana hilangnya pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO yang sebelum ini begitu lancang membantah penggunaan kalimah ALLAH? Mengapa mereka tidak pula bangkit menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membenarkan kitab itu diedarkan di negara ini? GAPS dan PERKASA turut tersentap umpama tertelan biji salak.

Hari ini rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam sekali lagi dapat menilai wajah sebenar pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan diri dan politik; bukannya memperjuangkan hak rakyat secara keseluruhannya. Sebaliknya, pemimpin PAS dan KEADILAN telah menyatakan pendirian yang hampir sama dengan isu penggunaan kalimah ALLAH.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor

Libya : Jet pejuang Gaddafi ditembak jatuh penentang (video)

Posted: 19 Mar 2011 06:41 AM PDT

PRN Sarawak : BN berdepan pelbagai isu kritikal

Posted: 19 Mar 2011 06:32 AM PDT

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin, 21 Mac ini, menamatkan spekulasi tarikh pilihan raya negeri itu.

Pembubaran itu membolehkan pilihan raya negeri kali ke-10 diadakan, ketika Taib dan Barisan Nasional negeri berdepan pelbagai isu yang kritikal.

Tarikh penamaan calon dan pengundian walau bagaimanapun belum diumumkan. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Pilihan raya ini menggambarkan keyakinan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka menyusul tidak lama selepas pilihan raya Sarawak.

BN mencapai kemenangan cemerlang di Dun Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang dalam pilihan raya kecil 6 Mac lalu.

Taib yang memimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama parti komponen BN di Sarawak memenangi 61 daripada 69 kerusi dalam pilihan raya terakhir pada 2006.

BN Sarawak di bawah Taib walau bagaimanapun berdepan isu-isu sukar pemerintahan berdekad ketua menteri itu dan rampasan kitab Injil berbahasa Melayu oleh kerajaan.

Kedua-dua isu meletakkan Taib dan BN dalam keadaan defensif, terutama isu Injil yang ditujukan untuk menjejaskan sokongan masyarakat Kristian Katolik yang besar di negeri itu.

Isu pemerintahan Taib dan kemelut Injil bahasa Melayu yang ditahan pihak berkuasa mula panas dan menjadi perhatian menjelang pilihan raya Sarawak yang dijangka banyak pihak.

Tekanan yang meningkat terhadap BN Sarawak ini dijangka akan memberi kesan kepada persembahan Taib dan BN negeri itu nanti.

Selain itu, era selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan pengaruh dan sokongan parti-parti pembangkang meningkat dan penubuhan parti baharu Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dijangka turut memberi kesan kepada pilihan raya ini nanti.

Parti-parti Pakatan Rakyat selain DAP walau bagaimanapun dijangka berdepan laluan sukar di Sarawak kerana masih dilihat parti Semenanjung di sebahagian besar negeri itu, dan bagi PKR, kesan negatif dijangka tercetus akibat krisis dalaman parti itu kebelakangan ini.

Populariti PKR terjejas di Sarawak dan Sabah ekoran ketidakpuasan hati ahli-ahli di kedua-dua negeri.

Selepas 16 pilihan raya kecil Dun dan Parlimen pasca-Pilihan Raya Umum ke-12, BN dan PR memiliki kekuatan yang setara dengan kedua-dua pihak memenangi 8 kerusi.

Malah BN mungkin mempunyai beberapa kelebihan ekoran persaingan dalaman parti-parti PR, termasuk PAS yang akan melalui pemilihan kepimpinan awal Jun nanti. - SiasahDaily

Umno ini penipu, pembohong, pencacai, celaka haram jadah - Abdullah Sani

Posted: 19 Mar 2011 04:57 AM PDT

KUALA LANGAT: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata tuduhan bahawa kerajaan Selangor 'memunggah hasil' tanah orang Asal di Kuala Langat sebagai satu pembohongan besar.

"Umno ini penipu, pembohong, pencacai, celaka haram jadah. Dia buat isu ini, dia patut tunjukkan bukti" tegas Abdullah Sani kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas dakwaan Umno Barisan Nasional (BN) melalui akhbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, mengambil hasil tanah orang Asal di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat.

Akhbar utama Umno BN itu memuatkan laporan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyerahkan Tanah Simpanan Sakai itu kepada 'pihak ketiga' tanpa pengetahuan 4,000 penduduk orang Asal berketurunan suku Temuan di situ.

Menyifatkan berita itu satu 'penipuan bodoh' dan berdasarkan 'cakap-cakap orang' tanpa menyelidiki kebenaran sebenar, kerajaan Selangor katanya tidak pernah mengambil tanah rakyat sesuka hati seperti dilaporkan akhbar Umno BN itu.

"Dia (Utusan) patut tunjuk bukti. Kita tak pernah ambil walau satu inci pun tanah rakyat, kita lagi bagi (tanah) ada lah. Kalau betul, dah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis atau badan-badan tertentu dah datang ketuk pintu rumah kami (kerajaan Selangor)," tambahnya.

Jelasnya lagi, Umno BN harus berdepan dengan kerajaan Selangor sebagai 'anak jantan', bukan dengan melakukan propaganda jahat di media.

"Mereka ini (Umno BN) kalau tak menipu, mereka tak boleh hidup. Sila berdepan kami sebagai anak jantan, bukan dengan menipu di media perdana," katanya.

Justeru, Abdullah Sani berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya Umno BN mengaitkan beliau dalam isu ini.

"Kalau dia sebut apa-apa berkaitan saya, saya tak akan teragak untuk saman mereka," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9329
STONE : Ni yang kata utusan buat lapuran yg telus? Kepala bapak depa lah. Memang semua dah tahu, UM ni memang kaki putar alam. Mampuih cepat tak mau.

Hang pi belajar akaun dulu la Noh ai ... kata Faekah

Posted: 19 Mar 2011 02:33 AM PDT


SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, secara sinis mencadangkan kerajaan supaya menghantar barisan menteri, termasuk Datuk Seri Noh Omar menjalani kursus perakaunan.

Beliau berkata demikian mengulas reaksi beberapa pemimpin Umno, termasuk Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu yang mendakwa kos majlis makan malam yang ditanggung Yayasan Selangor, berjumlah RM800,000.

"Rata-rata nampaknya pemimpin UMNO walaupun telah menjadi Menteri tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Justeru mereka gagal memanfaatkan laporan audit yang kita bentang. Mereka gagal memahami apa yang dikatakan belanjawan, keuntungan dan kerugian serta aliran tunai dalam satu-satu akaun.

"Kita suka mencadangkan agar kerajaan pusat menghantar mereka menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami akan selok belok akaun dan tadbir urus kewangan," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Faekah, kos sebenar majlis makan malam berkenaan hanya lah RM300, 000 dan kos yang disebut Noh Omar adalah jumlah kos keseluruhan program sambutan 40 tahun yayasan itu.

Katanya lagi, defisit yang berlaku dalam kewangan YS bukan berlaku dalam tempoh setahun atau sekelip mata sebaliknya akibat pengurusan dan pemantauan buruk ketika pentadbiran kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional.

"Pakatan Rakyat berdepan tugas berat dalam memperbaiki kesilapan yang terkumpul sejak 52 tahun lalu untuk memastikan semua syarikat kerajaan termasuk Yayasan Selangor diurus dengan baik," katanya lagi.

Tambah beliau, pimpinan Umno Selangor seharusnya kagum dengan kejayaan kerajaan negeri yang berani mendedahkan laporan kewangan Yayasan Selangor yang tidak diaudit selama lima tahun di bawah Umno-BN.

"Kita cabar Kerajaan Pusat agar memulakan tindakan tersebut kerana bukan sahaja gagal membentangkan belanjawan yang seimbang sejak 12 tahun yang lalu malah terdapat terlalu banyak kepincangan yang disumbat di bawah kapet.

"Mendesak Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan, mereka berkata seolah-olah mereka tidak mempunyai cermin," sinis beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9319

Tsunami Jepun : 8 hari tertimbus tapi masih hidup (video)

Posted: 19 Mar 2011 01:50 AM PDT

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Amarika Mula Serang Libya

Posted: 19 Mar 2011 09:25 PM PDT


TRIPOLI, 20 Mac — Tentera perikatan Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan tindakan ketenteraan — dinamakan operasi Odyssey Dawn — ke atas Libya semalam (tengah malam dan awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk memaksa Muammar Gaddafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri, sekali gus meninggalkan tampuk kepimpinan.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq hampir lapan tahun lalu.
Ekoran serangan itu, televisyen kerajaan Libya melaporkan negaranya "diceroboh musuh".
Pesawat-pesawat perang melepaskan serangan pertama dengan memusnahkan kereta kebal pasukan tentera kerajaan di Benghazi, sebelah timur Libya.

Selain Amerika Syarikat, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.
Beberapa jam kemudian (awal pagi ini waktu Malaysia), kapal perang dan kapal selam Britain dan Amerika Syarikat melancarkan lebih daripada 110 peluru berpandu ke atas pangkalan pertahanan udara di sekitar Tripoli - ibu negara Libya dan bandar raya Misrata di sebelah barat, yang dikuasai tentera Muammar.

Pentagon berkata operasi ini diadakan untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang mengenakan zon larangan terbang dan apa jua pendekatan bagi menghentikan tindakan ketenteraan Muammar di negaranya ekoran kebangkitan rakyat yang berlarutan sejak sebulan lalu.
Resolusi itu diluluskan tiga hari lalu.




Cari N3 lama-lama disini

Anak Siapakah Ini?

Posted: 19 Mar 2011 07:49 AM PDT

Merenung Sejenak

Demi masa:Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran

Assalamualaikum dan salam blogger,
Terlebih dahuklu saya ingin nyatakan bukan niat saya nak malukan atau menjatuhkan maruah sesama Islam dengan N3 kali ini.hanya untuk dijadikan renungan dan teguran kita sesama Islam.

Apa yang saya lihat kebanyakan pemimpin melayu Islam di malaysia hanya tahu bercakap pasal Islam sedangkan dalam kehidupannya dan keluarganya nampak berlawanan dengan apa yang dia cakap.


Beginilah anak anak pemimpin kita, tak kiralah yang masih jadi pemimpin ke atau bekas pemimpin  ataupun bakal bekas pemimpin.





klik sini..adeh!




Bukan hendak menonjolkan keburukan deme, tapi apabila mengenangkan 'ucapan agama' nya, gue jadi terkedu dengan apa yg di kendong dan fikirlah sendiri beb..
- Hanief. blogspot

-ijoks2009-
Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu".
 baru ku tahu rupanya Tomboy anak che det sorang ni

Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW,Allah melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari)



Cari N3 lama-lama disini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FITNAH LIWAT - BENARKAH MEREKA AKAN YAKIN JIKA ANWAR BERSUMPAH ?

Posted: 19 Mar 2011 06:28 AM PDT


Tuntutan Sumpah Laknat : Anwar perlu tau mengapa?

Oleh: anak_muar

"Dari tahun 1998 apabila dakwaan salah laku seks liwat terhadap Dato seri Anwar Ibrahim mula timbul hingga membawa kepada pemecatan beliau dari UMNO dan kerajaan,desakan dan cabaran supaya beliau bersumpah dengan nama Allah SWT menafikan tuduhan tersebut telah pun kedengaran dari pihak UMNO ketika itu.

Seingat 13 tahun dahulu Dato Ibrahim Ali yang ketika itu berjawatan MT UMNO meminta supaya Anwar Ibrahim bersumpah dan beliau akan membela Anwar sekiranya Anwar bersumpah namun apabila Anwar melafazkan sumpah di satu ceramah di Batu Pahat tiada pula seorangpun pemimpin UMNO membelanya ketika itu.

Walaupun sudah bersumpah ketika itu Anwar tetap dihadapkan ke makamah dan didakwa seterusnya menerima hukuman atas kesalahan meliwat dengan masuk penjara selama 6 tahun.Namun 2004 di era zaman PM Pak Lah Anwar telah dibebaskan oleh makamah terhadap rayuan beliau.Ini bermakna jelas Anwar tidak bersalah sama sekali atas dakwaan meliwat.Namun di pihak yang memusuhinya khusus UMNO tetap mendakwa bahawa Anwar memang seorang peliwat.

Ketika itu sejumlah besar pemikiran orang Melayu kebanyakkan mula berubah serta yakin bahawa Anwar tidak bersalah dan memang beliau dianiaya dan difitnah oleh pihak tertentu.Bermulalah kemunculan Anwar kembali ke arena politik negara yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Pemimpin Melayu yang dilihat berani dan berkarisma ini akan menggegarkan semula lanskap politik negara.

Malangnya tuduhan liwat ini muncul semula pada tahun Jun 2008 dan dalam tahun yang sama juga UMNO-BN mengalami prestasi terburuk dalam PRU-12 apabila mengalami kekalahan teruk iaitu gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi parlimen dan kehilangan 5 buah negeri yang jatuh ke tangan gabungan PAS.DAP dan PKR yang kite dijenamakan sebagai Pakatan Rakyat PR.

Anwar dituduh meliwat pekerjanya sendiri iaitu Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di ibu negara.Sekali lagi negara dan juga dunia digemparkan dengan isu dakwaan liwat 2 ini.Ia menjadikan satu berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysua khususnya orang Melayu/Islam.Bagi pihak Anwar, beliau mendakwa bahawa dakwaan ini direkacipta bagi menghalangnya bertanding PRK apabila tempoh larangan bertanding tamat.

Lagi mengejutkan apabila sehari sebelum hari pengundian PRK Permatang Pauh diadakan Saiful Bukhari Azlan telah melakukan sumpah laknat dengan menggunakan nama Allah serta memegang Al-Quran di dalam masjid di ibu negara bagi meyakinkan bahawa kejadian liwat terhadap dirinya memang benar berlaku.Orang Melayu/Islam menjadi kebingunggan dengan sumpah laknat yang dilakukan oleh si penuduh ini.Para ahli ulama juga menjadi mangsa keadaan dalam memberikan pandangan samada sumpah tersebut sah atau tidak dan adakan ia mengikut tuntutan Islam.Alim ulama juga bertentangan pendapat dalam isu sumpah laknat ini.

Namun di pihak UMNO mereka sudah tentunya percaya dan yakin sumpah Saiful itu benar dan menepati tuntutan Islam dan wajib percaya Anwar memang meliwat Saiful.Maka cabar mencabar pon berlakulah sehingga ke hari ini mendesak supaya Anwar bersumpah laknat bagi menafikan bahawa beliau tidak bersalah.Namun Anwar dilihat tidak melayannya desakan-desakan tersebut dan menggunakan fatwa pengerusi ulama sedunia yang juga sahabat karib beliau iaitu Dr Yusuf Al Qardawi bahawa tiada keperluan untuk Anwar bersumpah.

Walaupun Anwar menolak desakan bersumpah namun beliau telah membawa kes ini di ke makamah syariah dan mendakwaSaiful pula di bawah undang-undang kazaf.Yangmenjadi pelik ia telah ditolak pula oleh pihak kerajaan walaupun ia jelas boleh dibicarakan dan kebetulan kedua-kedua mereka adalah Islam.Tetapi ia bulat-bulat di tolak oleh UMNO dan hanya tertumpu pada sumpah yang dilakuakn Saiful dan masih mahukan Anwar juga bersumpah.Dikalangan pemimpin UMNO sehingga kini mahukan beliau bersumpah bagi membersihkan nama beliau.

Di sini Anwar selaku yang dituduh serta pemimpin Melayu Islam dalam PR perlu mengetahui akan sikap sejumlah pemikiran orang Melayu yang menganggap sumpah ini satu perkara yang berat tidak tidak boleh dipermainkan.Pada mereka jika seseorang itu bersumpah dalam menyatakan kebenaran di pihaknya maka dia perlu dipercayai walaupun tiada kesahihan bahawa orang yang bersumpah itu benar-benar jujur.

Dalam masyarakat Melayu sumpah ini memang menjadi tradisi dan pegangan sehinggakan ia salah satu penyebab pemikiran sejumlah Melayu itu masih sempit dan mundur dalam menilai sesuatu perkara yang benar atau salah.Orang Melayu memang gemar bersumpah dalam menyelesaikan sesuatu krisis samada dalam masyarakat mahun hal dalam keluarga.Jadi bagi orang Melayu orang yang sumpah laknat ini wajib dipercayai dan tidak perlu lagi diselidik samada dia benar atau salah dan itulah sumpah itu dijadikan mainan serta kesempatan dalam mengelakkan menghadapi hukuman atas kelsalahan yang dilakukan.

Oleh itu isu sumpah ini menjadi satu cabaran besar bagi Anwar dan pemimpin Islam PR dalam menjelaskan bahawa bagaimana sumpah itu dilakukan dan pada keadaan mana ia boleh digunakan mengikut kehendak dan tuntutan Islam.Kerana jelas pemikiran sejumlah umat Melayu telah dimanipulasi dengan cerita sumpah laknat ini tanpa mencari bukti-bukti serta nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam mencari satu jalan penyelesaian apabila berhadapan dalam masalah tuduh-menuduh dalam maksiat ataupun jenayat. Yang jelas sumpah laknat bukanlah menjadi keutamaan.Salah atau betul bukan persoalannya tetapi jelas nama Allah itu sedang dipermainkan.

Persoalannya adakah jika Anwar melakukan sumpah laknat akan menjadikan kes liwat yang sedang dibicarakan sekarang akan dibatalkan dan adakah para pemimpin UMNO yang mendesakan beliau bersumpah akan membela Anwar sekiranya Anwar bersumpah?Rumusannya desakan tersebut dilihat satu sikap kebodohan dan bermotifkan politik yang hilang pertimbangan oleh si pencabar ini.

Jika kita mengamati dari sudut ilimiah berkenaan isu sumpah ini ia akan lebih memburukkan keadaan dan seperti nama Allah SWT mudah dipermainkan dalam menafikan sesuatu dakwaan maksiat atau jenayah.Yang jelas orang bukan Islam dilihat menjadi keliru akan isu sumpah ini dengan menganggap dalam Islam amat mudah untuk menafikan kesalahan dengan hanya menyebut nama Allah maka seseorang itu akan tidak bersalah.Secara tidak langsung persepsi orang bukan Islam terhadap Islam akan menjadi negatif dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.Adakah mereka yang mendesak Anwar bersumpah memikirkan akal hal ini?

Oleh itu kita sebagai umat Islam yang mungkin tahu atau mempunyai ilmu pengtahuan yang lebih tentang perkara sumpah laknat serta kandungan hukum-hukumnya haruslah menjelaskan kepada mereka yang agak kurang tau atau memang tiada pengetahuan akan perkara ini.Sumpah bukan perkara mainanan kerana ia bakal mencemarkan nama Islam dengan sendirinya. Apabila umat Islam sendiri kurang arif dalam ilmu pengtahuan berkenaan dengan Islam maka mereka mudah dikelirukan pemikiran mereka apabila berhadapan dengan sesuatu krisis atau konflik.

Pihak-pihak yang berkepentingan memang mencari peluang dalam isu sumpah ini dalam memanipulasi keadaan terhadap pemikiran umat Melayu bawahan terhadap isu sumpah ini.Jadikan isu ini sebagai titik tolak bagi kita untuk berusaha mendalami ilmu pengetahuan tentang Islam.WallAllahuaalam./Tranungkite

Ulasan Blogger:

Jika Anwar bersumpah pun, mereka tuntut DNA pula....Akhir sekali mereka tak perlu buktikan apa-apa sebaliknya Anwar saja yang kena sediakan bukti untuk kerja fitnah mereka. Alibi Anwar hilang ke mana....dan DNA berlainan yang berterabur kat punggung budak tu pun hilang ke mana.... Jenis puak tu takkan puas hati selagi Anwar hidup....



GERTAKAN GOBALA TIDAK MENJADI

Posted: 19 Mar 2011 12:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MP Bagan Serai, Gobalakrishnan telah mengemukakan tuntutan mohon maaf terhadap MP Machang, YB Saifuddin Nasution di dalam tempoh 7 hari berkaitan dakwaan Saifuddin kemungkinan Gobala mendapat habuan setelah keluar dari PKR. Sekiranya Saifuddin gagal untuk memohon maaf, beliau akan berhadapan dengan saman berjumlah RM 12 juta.

Gertakan Gobala terhadap Saifuddin nampaknya langsung tidak diendahkan oleh Setiausaha Agung PKR tersebut malahan beliau bersedia untuk berjumpa dengan Gobala di mahkamah. Jawapan rengkas Saifuddin seperti berikut, " "Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti," Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

Sebelum meminta Saifuddin memohon maaf, sewajarnya Gobala terangkan di mana beliau memperolehi wang sebanyak itu. Tetapi Gobala memilih untuk menyelesaikan isu ini di mahkamah. Mungkin ada harapan buat Gobala menjadi jutawan segera jika memenangi kes ini, atau Gobala akan dibuktikan sebagai pengkhianat rakyat Di Bagan Serai. Apa pun keputusan di mahkamah nanti, yang jelas pengundi-pengundi di Bagan Serai sudah pasti akan menolak beliau di dalam PRU nanti. Sebelum Gobala istiharkan diri keluar dari PKR, saya telah pun menulis bahawa orang ini sedang mencipta alasan untuk keluar parti dan jangkaan saya memang tepat.

Syabas buat Saifuddin yang tegas dengan pendiriannya di dalam isu ini. Pembongkaran hendaklah terus dilakukan terhadap beberapa orang lagi Adun/MP dari PKR yang telah berubah menjadi `spesis katak' ini. Inilah tempoh terakhir mereka berada di kerusi masing-masing sebelum mereka dicampakkan oleh rakyat ke tong sampah./wfauzdin.blogspot.com

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Sekadar Isu ? -Pilihanraya SARAWAK

Posted: 19 Mar 2011 08:15 PM PDT


Pada tanggapan umum, laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya mudah disekat oleh "simpanan tetap" BN di Sarawak. Dalam pilihan raya umum 2008, tsunami politik tidak berjaya melanda Laut China Selatan sehingga Sarawak (dan Sabah) terselamat daripada badai yang mengejutkan itu. Kini, sebelum PRU13 menjelma, keutuhan BN akan diuji lebih awal dalam pilihan raya negeri ke-10, yang mesti diadakan sebelum 24 Julai depan.

Meskipun isu-isu politik di Sarawak semakin panas dan heboh diperkatakan bukan setakat di sekitar Kuching, malah sudah diangkat menjadi agenda nasional -- dan turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa -- namun di atas kertas seolah-olah kekuatan BN di bawah teraju Ketua Menteri, Taib Mahmud, yang genap memerintah 30 tahun, sukar digugat.

Taib bersama anggota keluarganya, termasuk Almarhumah isterinya.

Sekali pandang, cabaran paling getir yang dialami Taib mungkin dalam pilihan raya negeri 1987 apabila Dun Sarawak terpaksa dibubarkan pada 13 Mac berikutan tuntutan 27 Adun (jumlah Adun ketika itu 48 orang) mendesak Taib meletakkan jawatan atau menghadapi undi tidak percaya. Bekas ketua menteri, Abdul Rahman Yaakub, yang juga bapa saudara Taib mengetuai Kumpulan Maju (terdiri dari Permas dan PBDS), yang popular dengan peristiwa Hotel Ming Court.

Kumpulan Maju berjaya merebut 20 kerusi, tetapi kebanyakannya (15 kerusi) di kawasan majoriti kaum Dayak. Rahman sendiri kalah. Belum pun berakhir tahun 1987, sembilan Adun Kumpulan Maju telah melompat parti, dan dengan itu saingan sengit buat Taib boleh dikira berakhir.

Selepas 25 tahun, Taib masih kekal berkuasa, tetapi dicemari dengan rekod buruk penyalahgunaan kuasa dan pengumpulan kekayaan yang dahsyat. Tempoh tiga dekad Taib berkuasa mengingatkan rakyat Malaysia tentang pemerintahan diktator Mesir, Hosni Mubarak, yang akhirnya berjaya ditumbangkan melalui revolusi rakyat.

Maka ramai mula membayangkan, jika Mubarak yang disokong hampir 100 peratus dalam setiap kali pilihan raya boleh diusir dengan begitu hina, apakah Taib yang nampak gagah langsung tidak terusik dalam siri pilihan raya negeri sebelum ini akan terus bertakhta, sambil menimbun kekayaan dan "merampas tanah" untuk diri, anak-anak, saudara-mara, suku-sakat dan kroninya?

Namun, timbul persoalan besar, apakah rakyat Sarawak, terutama yang tinggal di kawasan pedalaman, yang terhimpit dengan kemiskinan, kedaifan dan penindasan, mampu serta bersedia untuk berubah? Apakah mereka akses dengan maklumat dan pendedahan tentang penyelewengan Taib yang banyak disebarkan melalui media baru?

Apa lagi dalam politik Sarawak, khabarnya budaya samseng ugut-mengugut masih bermaharajela dan ini agak membimbangkan golongan prihatin yang mahu menyedarkan komuniti mereka terhadap kezaliman yang berlaku.

Perhimpunan politik terutama membabitkan penjelasan terhadap isu-isu rakyat bawahan selalu dihalang. Taib dikatakan memperalatkan pihak polis bagi kepentingan diri dan survival BN. Beberapa tokoh politik Semenanjung juga dihalang daripada memasuki negeri itu.

Sarawak menyaksikan jurang pendapatan dan kehidupan yang cukup ketara di antara golongan kaya dengan kelompok miskin. Ahli-ahli politik dan kroni Taib mengumpulkemewahan yang melampau-lampau. Negeri makmur terutama dengan hasil mahsul buminya tetapi majoriti rakyat papa kedana. Apa pun, rakyat yang dikepung kemelaratan dan sentiasa terikat dengan bantuan kerajaan, seringkali sukar melakukan reformasi.

Dun Sarawak menawarkan 71 kerusi, BN menawan 63; pesaing terdekat adalah DAP yang menguasai 6 kerusi, manakala KeADILan dan Parti Cinta Malaysia, masing-masing satu. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dikemudi Taib menang semua 35 kerusi yang ditandinginya. Hanya SUPP (Sarawak United Peoples' Party) -- parti pertama ditubuhkan di Sarawak -- yang bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina menerima tamparan hebat daripada DAP apabila ramai calon-calonnya kalah pada 2006, dan yang terakhir calonnya juga tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Gelombang peralihan undi masyarakat Tionghoa yang melanda Semenanjung pada 2008 -- dan momentumnya berkekalan di Sibu pada Mei 2010 -- dijangka banyak memberi kelebihan kepada DAP dalam pilihan raya umum negeri tidak lama lagi. Ramai pemerhati politik meramalkan DAP boleh menambah jumlah Adunnya menjadi 12. Sarawak mempunyai 15 kerusi yang majoritinya pengundinya Cina.

Justeru, Taib dilihat cuba memberi lebih tumpuan untuk menarik hati pengundi Cina dan memperkukuhkan kekuatan SUPP. Bagaimanapun, trend pengundian masyarakat Cina dijangka tidak berubah bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di Semenanjung. Beberapa "pembaharuan" yang cuba diperkenal Perdana Menteri, Najib Razak seperti slogan 1Malaysia seperti tidak berbekas di kalangan orang Cina. Namun, sekiranya SUPP tewas semua kerusi pun, majoriti dua pertiga BN masih gagal dinafikan.

Difahamkan, pengundi Melayu-Melanau agak payah untuk menolak BN. Kesedaran untuk berubah dirasakan lebih mudah di kalangan pengundi Iban. Kebetulan isu diskriminasi dan rampasan tanah adat NCR banyak membabitkan mereka (tetapi juga tidak terkecuali masyarakat Melanau, asal-usul Taib sendiri). Seperti kata Pengerusi KeADILan negeri, Baru Bian, tanah bagi majoriti penduduk Sarawak ibarat nyawa kerana kerana kehidupan mereka sejak nenek moyang sangat berkait rapat dengan tanah adat itu. Isu rampasan tanah dijangka menjadi polemik besar dalam kempen pilihan raya nanti.


Adun Padungan, Dominique Ng semasa mengulas isu rampasan tanah penempatan kaum Iban, menegaskan: "Ketamakan keluarga Taib tiada hadnya, dan telah melampaui batasan rasa malu. Mereka tetap akan mencuri, dan mencuri lagi, sepanjang masa mereka dapat lakukannya, sehinggalah mereka dilucutkan dari kekuasaan atau mati."

Taib dan anak lelakinya, Mahmud Abu Bekir yang dikatakan memiliki aset lebih RM1 bilion

Terbaru, kes tuntutan harta sepencarian sebanyak RM400 juta isteri anak Taib, Shahnaz Majid terhadap suaminya, Mahmud Abu Bekir Taib cukup mengejutkan. Kekayaan Abu Bekir dijangka melebihi RM1.3 bilion. "Itu baru seorang anak, bagaimana dengan tiga lagi anaknya yang lain? Bagaimana dengan adik beradiknya pula, lelaki dan wanita, juga tidak terkecuali dengan aset ipar-duainya. Hampir semua suku-sakatnya terbabit dengan kontrak kerajaan negeri tanpa melalui tender terbuka," kata seorang penganalisis politik yang tidak mahu dikenali.

"Harta mereka banyak tersimpan di luar negara, tetapi Taib dan suku-sakatnya tidak segan silu memperagakan kemewahan yang diperolehi daripada khazanah negeri. Cuba anda rujuk laman web sarawakreport.org, banyak aksi-aksi menjengkelkan dirakam. Tuduhan keluarga Taib memonopoli projek kerajaan negeri, tanah dan balak disertakan dengan dokumen sahih,"ujarnya.

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


Siapa pengkhianat.......????

Posted: 19 Mar 2011 10:16 AM PDT

Sila lihat keratan Akhbar di bawah ni...

Inilah sumbangan UMNO yg tebesar sekali demi agama dan bangsa... Lihat gambar di atas ToK Janggut tergantung ditali dan ditembak bertubi2 oleh tentera british.. sapekah polis melayu yg berdiri di sebelah mayat Tok Janggut tu..?? dia adalah seorang polis yg bertugas dgn kerajaan British di zaman sebelum kemerdekaan Malaya.. Sape yg berkerjasama dgn British pada ketika itu... ya..!!! UMNo lah berkerjasama dgn Pihak British utk mentadbir Malaya ketika itu.. Inikah sumbangan UMNo yg dilaung2kan oleh Anjing2 British..??

Dulu Kini Dan selamanya anjing2 tersebut tetap menyalak siang dan malam...

Adakah Umat islam di dalam FB ini meredhai kekejaman dan penindasan tersebut atas nama perpaduan melayu.. wakaka...!!! lemah sungguh iman kita jika meredhai dan terus-terusan menyokong puak2 Jahiliyah " KETUANAN MELAYU "...!!Bila Si Dungu Dan Bebal Cuba Hendak Memperbodohkan Orang Lain..

Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..

Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sbg komunis.. Tun Mahathir dan Tunku Bedol Raman Kat mana masa tu..?? dibawah naungan British bukan..?? menjadi anak emas Britishkan..!!

Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA dan diburu sehingga ke dlm hutan..?? siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british... ??

Golongan yg menjadi Baruah British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..

Wahai sekalian Mahluk UMNO kalau kalian semua bodoh jangan pula cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..

Semua org tahu yg UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya.. huhu.. kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang... .

Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut serta merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu.." Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu "

Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah Mangsa Melayu..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Umno cuba rasuah wakil rakyat PAS Selangor RM20 juta?

Posted: 19 Mar 2011 08:19 PM PDT

Beberapa Wakil Rakyat PAS yang dijangka menang ditawarkan oleh Umno lebih RM20 juta untuk tidak tanding di pilihan raya umum ke-13 kelak.
Salah seorang Adun di Selangor yang bergelar Dr (bukan Dr Hasan Mohd Ali) telah didatangi wakil Umno sebanyak dua kali.
"Kali pertama (saya didatangi) oleh seorang Datuk yang agak berumur, kali kedua (saya didatangi) oleh seorang Datuk lain (iaitu) seorang yang agak muda," ujarnya awal pagi tadi.

Pengalaman "dibeli" oleh agen Umno tersebut turut disampaikan kepada Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan dipandang serius oleh Presiden PAS itu.
Bagaimanapun agen Umno yang dijumpai buat kali kedua didakwah supaya tidak berhenti mengamalkan rasuah.
"Kali kedua, pertemuan di pejabat Adun saya. Saya keluarkan al-Quran dan kata: Saya masuk politik ini kerana sana nak masuk syurga, bukan sebab duit.
"(Saya kata) dalam al-Quran dah cukup, saya tak perlu RM20 juta," beliau menambah.
Dijangka wakil rakyat PAS di negeri-negeri lain pun akan ditawarkan rasuah berupa wang menjelang PRU13 kelak.
By notamerah

IGP Ismail Omar: Wake Up And Do The Right Thing!

Posted: 19 Mar 2011 08:12 PM PDT

by Din Merican
Some weeks back I mentioned that I would be writing about the plight of the six rank and file policemen who had discharged their police duties in collating intelligence report admirably without fear or favour. They did so notwithstanding that the trail of crimes was leading them to the doorstep of their then boss, IGP Musa Hassan. They did that at their own peril. In the end they were charged for trying to "topple" Musa Hassan.
Good Men have been victimised
They were brave to do what they did because they believed that they worked for Polis DiRaja Malaysia (PDRM) and not for Musa Hassan. They believed that they would be protected by their own Force. They were mistaken. Despite being seasoned police operatives, they were naïve. And they paid a very heavy price. Until today their cases are not over. Those who have been acquitted are now facing appeals by the A-G Chambers. Until the present time they cannot take any permanent job as they have been suspended from active service.
Their plight has now been highlighted in Parliament by the MP of Bakri, YB Er Teck Hwa. See YB Er's letter as posted on Friday March 18, by Raja Petra Kamarudin (RPK) in his article "The Unholy Trinity Revisited" (see link  http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/38872):
No Action against Musa Hassan
To this day, no action has been taken against Musa Hassan despite the fact that his complicity with the underworld has been set out very clearly in several Statutory Declarations (SD), including by his own aide de camp (ADC) ASP  Noor Azizul  Rahim. The revelations about Musa Hassan cannot be more clear and explicit as can be seen below:
The MACC and the Government went to town about protection to informants under the Whistleblowers Act, yet in this case not only were these rank and file policemen  not given protection, instead they were prosecuted. These things can only happen in Malaysia, the innocent are persecuted, and the crooks get away scot free!
These poor men have been left unprotected and abandoned by their own brothers in blue. That is the harsh reality: when you are down, no one will be there to help you. This is despite the fact that Musa Hassan is gone. This is despite the fact that Ismail Omar is now the new IGP. And why is that so?
IGP Ismail Omar: Stand Up for Your Men
The answer is simple enough – because Gani Patail is still the Attorney General. IGP Ismail Omar is afraid of A-G Gani Patail who wields absolute power over prosecution of all criminal matters in Malaysia. The A-G believes that he has absolute immunity because only he decides whether an act is an offence, and who gets charged for an offence and who doesn't. That is why he remains unscathed despite public records from Tabung Haji showing that he is a bosom buddy of Tajuddin Ramli's proxy, Shahidan Shafie, that ex-police inspector who was once charged with taking bribes by releasing secret societies members in Johore Baru.
A-G Gani Patail's exploits of the criminal justice system  are already  well known. If you are a friend of  the A-G,  the possibilities are endless. That is why last month, RPK wrote that "Its nice to have friends in high places" about A-G Gani Patail charging Dato' Loy Tuck Choy (Dato' TC) for a very minor offence just because Dato' TC kicked his buddy, Dato' Vincent Lye, out of Ho Hup Bhd. Just look at this cosy picture of A-G Gani Patail and Vincent Lye at Ho Hup's office:
Robert Phang on Propriety of A-G Gani Patail's Personal Conduct
That is why Tan Sri Robert Phang keep raising this issue – of the propriety of the AG's personal conduct that calls his professional decisions into question. Phang raised this again  during his Teh Tarik Talk at the Sooka Sentral last Thursday (March 17, 2011). He did not mince his words that  the A-G was not only a discredit but also a liability to the government. Phang was  blunt and direct in saying that all the government's proclaimed efforts to eradicate corruption would be  NATO- No Action Talk Only!  To Phang, A-G Gani Patail is the problem, a cancer that  should be excised, otherwise the whole criminal justice system would be diseased and fall further into disrepute.
ASP Azizul's SD made specific mention of Dato' Ramli Yusuf whom I wrote about last week as being taken on for a ride by promises of being reinstated after he met Prime Minister Najib and Home Affairs Minister Hishammuddin Hussein Onn. Despite having been acquitted, until now, Dato' Ramli has yet to be reinstated. It would appear that IGP Ismail Omar does not have the courage to undo what Musa Hassan had inflicted on Dato' Ramli.
But ASP Azizul also alluded to an unnamed person at paragraph 14 of his statutory declaration (above) about "a sense of fear gripped many within PDRM when the lawyer who assisted the CCD was himself arrested in a most humiliating manner and charged in court one day before Aidilfitri".
Rosli Dahlan was fixed
It is unmistakable that this lawyer is my young friend Rosli Dahlan. I was stunned by this revelation. I thought Rosli was only assisting the Police in detecting white collar crimes like the massive MAS Scandal. I did not realize that he was also assisting the CCID in apprehending blue collar criminals like this Along illegal money lending syndicate.  I now fear for Rosli. He may have unwittingly made enemies not only with those in the corridors of power but also those who wield power in the underworld. I want to caution Rosli to be very careful.
It seems such a coincidence that there are so many reports on Rosli Dahlan in the last few weeks. From the International Law Office (ILO) website, there is an announcement that he received an international award with three other Malaysian lawyers:
The clients' comments on Rosli are very gratifying indeed, also see the above link. Last week, the business radio channel BFM 89.9 carried an interview with Rosli about the MRT controversy in Taman Tun Dr Ismail. Rosli did not mince his words in chastising unthinking government officers for their insensitivities in posting the MRT development notices on trees and lamp posts like the Along illegal money lending syndicate, listen to this:
And to my greatest surprise, even BERNAMA carried news of Rosli's hosting of an international law conference for foreign lawyers:
Free Lawyer Rosli in the name of Justice
Is something happening here? Is there an attempt by the powers that be to atone for what they have done to Rosli? If so, then it is time to bring his case to a happy closure and let him rebuild his legal career that has been sufficiently ruined. I have said it before and now say it again, Lawyer Rosli is innocent and should be allowed to get on with his life and pursue his profession.
End Victimisation of Dato Ramli and the 6 Policemen
As for Dato Ramli and the 6 policemen, I say to IGP Ismail Omar – these are your men who were victimized in the course of their work. The injustice done by Musa Hassan can  and must be undone by you. Power is in your hands, wield it wisely and judiciously without fear of A-G Gani Patail. This is your moment in time to be an inspirational leader of  PDRM.  The Police Force needs it, your men certainly need it. I say to you IGP Ismail Omar -  Wake up and do the right thing!

SARAWAK : WE RELEASE THE LAND GRAB DATA!

Posted: 19 Mar 2011 08:09 PM PDT

Sarawak Report

Sarawak Report has made the decision to release the full database of the Land and Survey Department's recent transactions on rural lands.  For some weeks we have been researching the confidential data, only to discover that of the more than one thousand plots of rural land that have been acquired by the state, the vast bulk have been handed on to close relatives or cronies of Taib Mahmud.
This is a national scandal and deserves full exposure.  So, we now invite readers and the press to scrutinise the land register for themselves and to identify what lands have been taken in their own areas – and by whom.  It is time that Taib stopped hiding behind the laughable excuse that "there is no proof"!
The Interactive Land Map

You are also invited to take part in our inter-active mapping project, whereby readers can pinpoint land grabs that are relevant or known to them and add them to our on-line annotated map of Sarawak.
Don't worry it is easy! We have started it for you by marking out some of the land grabs that we have featured in earlier reports.  You just plot the red blob and add the information.  Shortly after your contribution will be added to the on-line information base for the benefit of fellow readers.
We have decided to embark on this project, because the information that we are presenting ought to be openly available in any democratic state.  Instead, for the past 30 years Taib Mahmud has presided over a scandalous abuse of his people's trust, by covertly stealing their lands for himself!  Don't say there is no proof, just look at the companies in the database and then find out who they belong to, or used to belong to at the time the land title was awarded.  Often these companies were quickly sold on by friends and relatives after receiving the land titles from Taib for millions more than the 'premium' he had negotitated with them on behalf of the State he was elected to represent. This means money that should have gone to the people of Sarawak went to the Taibs and their cronies instead.
Time for transparency
Any procedure involving the alienation of state or NCR lands to private parties, which has happened on a massive scale under Taib, should of course be an open process, so that everyone can see that there has been no corruption and that the best price has been gained for the people of Sarawak.  However, Taib has done no such thing.  As soon as he achieved the position of Chief Minister back in 1981 he moved swiftly to set up what he termed the Land Custody and Development Agency (Pelita) and put himself in charge of it as Chairman and as the Minister of Resources and Planning.  This gave him control over the land.
Just one example - Youthful Elia Abas (daughter of Raziah Geneid and neice of Taib) is handed a 10,000 hectare plantation all to herself!
Within this department he has secretively sequestered lands from native communities and then equally secretively handed them on to whoever he likes – himself, his proxies, his brothers and sisters and nephews and nieces, as well as tranches for political allies and business cronies to keep them obedient to his wishes.  If these transactions had been properly carried out with full transparency these deals could never have happened.  However, Taib just conducted the deals himself behind closed doors!  The term 'Confidential/CONF' can be seen all over the Land Registry, because Taib does not want the public to know how cheaply he handed these lands to his family and associates.
The data we are releasing gives details of the lands taken; the companies who took them and the price they paid, along with the dates of the 60 year leases.  This information can be cross-referenced with company information and stock market and sales information that can nowadays be found on the internet.  In this way communities can start to unlock the details of what has happened to their traditional lands.
Till now local people often had no idea that Taib had 'alienated their land until the logging and plantation companies turned up on their doorsteps, often several years later. Now we invite all the people of Sarawak to check this data and find out if their areas have been already grabbed by one of the world's richest families or their business associates.
Breakdown of a world class theft
Out of the hundreds of companies which have benefitted from the plunder of Sarawak's lands we have identified scores already which are owned, or were originally owned by Mahmud family members, before being sold on to a thinly disguised third party owner – usually a crony of Taib.  Below is a list of some of the companies that feature on the Land Register along with the Taib family members they are linked to.  But, with your help, we hope to identify the rest before Taib finally meets his people once more at the polls in just  three weeks' time:
Polar Horizon, Titanium Management, Ukiran Mantap, Umpama Mantap, Radiant Lagoon, Premium Haven, Polar Towers, Polar Red, Log Oak Promotions, Future Atmosphere, Essential Straits, Dataran Aras, Celerity Design, Bella Magic – [ABU BEKIR TAIB – SON]
Miracle Harvest, Green Ace, Usaha Jasamaju, Mega Bumimas, World Sign Harvest, Quality Concrete, Emerald Discovery, Kenyalang Resources, Limbang Sinar Mas, Kumpulan Parabena, Miri Properties, Borsamulu Resort, Saradu Plantations – [RAZIAH MAHMUD/GENEID – SISTER]
Ikrar Bumi – [ELIA ABAS/GENEID – NEICE]
Achi Jaya Plantations – [ONN MAHMUD – BROTHER]
Eastern Eden, Poh Zhen, Palmlyn, Rajah Mutiara, Lanco Plantations, Hariyama, Golden Star-Ace [ARIP MAHMUD – BROTHER AND TAIB HIMSELF!]
Delta Padi – [TAIB HIMSELF]
Sarawak Plantations, Kub Sepadu, Multi Maximum, Mega Bumimas, Europalm – [HAMID SEPAWI – FIRST COUSIN/PROXY]
Masretus Oil Palm Plantation – [IBRAHIM MAHMUD – BROTHER]
Poliga Sdn Bhd [AHMAD BIN SU'UT - TAIB'S BOMOH]
Utahol, Herba Aromatics sdn bhd, Durafarm Sdn Bhd – [Alfred Jabu - Deputy Chief Minister]

SPR tiada kuasa adakan referendum Kg Baru

Posted: 19 Mar 2011 08:05 PM PDT


KUALA LUMPUR, 20 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa mengadakan sebarang referendum seperti yang dicadangkan oleh majlis penduduk Kampung Baru berhubung rang-rang pembangunan semula kawasan penempatan itu, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Kelmarin, Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru mencadangkan agar satu referendum diadakan bagi menentukan sama ada pemilik tanah bersetuju dengan Putrajaya untuk membangunkan kawasan tersebut di bawah satu akta baru.
Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi berkata SPR merupakan badan ideal untuk mengadakan referendum kerana dilihat berkecuali.
Jelas beliau pungutan suara itu penting jika kerajaan  "benar-benar mahu mengetahui" bentuk pembangunan yang penduduk mahukan di kawasan berkenaan.
Justeru, menurut Abdul Aziz, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan referendum kerana tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan peraturan badan itu.
"SPR tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang SPR untuk menjalankan apa-apa referendum.
"SPR adalah satu badan bebas di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh terlibat dalam kes seperti referendum Kampung Baru," katanya menerusi khidmat pesanan ringkat (SMS) kepada The Malaysian Insider.
Shamsuri juga berkata langkah mengadakan referendum itu bagi mengelakkan perebutan di kalangan pewaris yang kemungkinan menyokong parti-parti politik tertentu.
Secara purata ada lima pemilik bagi satu-satu lot dan ada kemungkinan lebih dalam kes-kes tertentu.
Bagaimanapun beliau mengakui proses referendum itu bukan mudah kerana ia akan mengambil masa sehingga setahun untuk selesai.
Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya masih optimistik usaha membangunkan semula kawasan penempatan berusia 111 tahun itu akan menjadi kenyataan tetapi akan memakan masa yang panjang daripada dijangkakan.
Pentadbiran itu melahirkan pendirian ini di sebalik langkah Putrajaya menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 untuk bacaan kali kedua ekoran bantahan pemilik dan pewaris tanah.
Undang-undang itu membuka laluan kepada pembentukan sebuah perbadanan, yang awalnya dikatakan akan menggantikan MAS dan kuasa mutlak menteri dan imuniti daripada pendakwaan, tetapi ditentang keras oleh banyak pihak.
MAS melahirkan pandangan itu memandangkan soal membangunkan semula Kampung Baru sudah lama diperkatakan — lebih tiga dekad lalu - tetapi berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran.
Sehubungan itu, pihak MAS mahu kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan sebelum meneruskan rancangan untuk membangunkan semula kawasan penempatan milik orang Melayu, yang termahal dan mempunyai "kuasa autonomi" itu.
Malah Ahli Parlimen Tititwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali berkata pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru memberi kata dua — tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal dan Sultan Selangor jika Putrajaya masih berhasrat membawa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ke Parlimen.
Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat Jun ini.
Sepatutnya ia dibentang pada bulan ini namun ditangguhkan sehingga Jun bagi memperhalusi semula draf undang-undang itu.

Takdir mereka raja dan kita bukan...

Posted: 19 Mar 2011 07:14 PM PDT

ratu elizabeth4 Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di Malaysia
Ratu England, Queen Elizabeth pun boleh tahan "seleranya". Baru-baru ini, Queen Elizabeth telah meminta menaikkan gaji pertamanya dalam tempoh 20 tahun kerana defisit 6 juta pound yang dialaminya tahun lalu. Permintaan baginda dilhat bakal mendapat tentangan hebat kerana kerajaan baru campuran Conservative Lib Dem baru sahaja memotong 6 billion pound daripada belanjawan sektor awam bagi negara Britain baru-baru ini.
ratu elizabeth7 Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di Malaysia
Kalau diikutkan sebenarnya Ratu Elizabeth kini memperolehi dan menikmati pendapatan tahunan sebanyak 7.9 juta pound tetapi Ratu Elizabeth membelanjakan 14.3 juta tahun lalu. Kebanyakkannya dihabiskan pada bayaran gaji pekerja istana sebanyak 9.9 juta! Kos membayar gaji Ratu England dibayar sepenuhnya dengan menggunakan duit cukai pendapatan rakyat. Dianggarkan setiap rakyat Britain membayar sebanyak 69 sen (seorang) bagi setiap tahun untuk menanggung kehidupan diraja yang mewah ini.
Di Malaysia agaknya berapa perbelanjaan yang ditanggung untuk menggaji Sultan, Yang Dipertuan Agong, Sultanah dan juga kerabat Diraja Di Malaysia? Sekadar info….
Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong
Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.
Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)
Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :
  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.
Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong
Invalid Domain NameInvalid Domain Name
Invalid Domain NameInvalid Domain Name
Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). Individu yang sedang memperolehi
siti aishah Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di MalaysiaYang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara
1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan
Elaun Sultan dan kerabat Diraja
Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebnayak RM14,600 sebulan
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :
  • Raja Muda – RM13,000
  • Raja Puan Muda – RM5,200
  • Tunku Bendahara – RM4,000
  • Bini Tunku Bendahara – RM1,250
  • Tunku Temenggung – RM3,500
  • Isteri Tunku Temenggung – RM900
  • Tunku Laksamana – RM3,000
  • Isteri Tunku Laksamana – RM600
  • anak-anak Sultan – RM1,000

Libya Bakal Menjadi Seperti Iraq Dan Kini Diserang Bertalu-Talu

Posted: 19 Mar 2011 07:11 PM PDT


Tentera perikatan Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan tindakan ketenteraan — dinamakan operasi Odyssey Dawn — ke atas Libya semalam (tengah malam dan awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk memaksa Muammar Gaddafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri, sekali gus meninggalkan tampuk kepimpinan.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq hampir lapan tahun lalu.

Ekoran serangan itu, televisyen kerajaan Libya melaporkan negaranya "diceroboh musuh".

Pesawat-pesawat perang melepaskan serangan pertama dengan memusnahkan kereta kebal pasukan tentera kerajaan di Benghazi, sebelah timur Libya.

PRN Sarawak : PR yakin tawan 36 kerusi ‘panas’

Posted: 19 Mar 2011 07:01 PM PDT


KEADILAN bersama Pakatan Rakyat Sarawak sudah mengenalpasti 36 kerusi sasaran di negeri itu yang mampu ditawan pada pilihan raya akan datang, kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Wan Zainal Wan Senusi.

Menurutnya, 36 kerusi 'panas' itu merupakan sasaran minima bagi memastikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya akan datang.

"Kita berhasrat untuk menang sebanyak mungkin dan 36 kerusi negeri itu merupakan sasaran minima bagi memastikan kita berjaya membentuk kerajaan baru.

"Namun, keutamaan kami ketika ini ialah memperkemaskan jentera penerangan agar maklumat benar-benar sampai hingga ke akar umbi," 

Wan Zainal bagaimanapun enggan memperincikan nama kerusi-kerusi tersebut.

Tempoh kerajaan Sarawak ketika ini berakhir pada 24 Julai depan dan pembubarannya dijangka diadakan serentak dengan pilihan raya umum (PRU).

KEADILAN dijangka bertanding di 42 dari 71 kerusi negeri manakala bakinya lagi ditandingi DAP, PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Dalam perkembangan lain, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan bersama masyarakat Sarawak dalam program jelajah beliau ke negeri itu Sabtu ini.

Selain menghadiri majlis sambutan Hari Raya Cina di perkarangan pejabat KEADILAN Cabang Stampin di Serian Kuching, Anwar juga bakal hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Sarawak.

Beliau juga akan menyampaikan dua ceramah di Kampung Taie, Serian dan Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah, Kucing pada hari yang sama.

Muhyiddin mahu rosakkan hubungan baik Sarawak dan Semenanjung?

Posted: 19 Mar 2011 06:58 PM PDT

Ahmad Lutfi Othman
Gagasan 1Malaysia dipermainkan media dan pemimpin BN sendiri. Belum pun bermula kempen pilihan raya Sarawak secara rasmi, siaran berita TV sudah memomokkan tentang parti2 pembangkang "dari Semenanjung". KeADILan, DAP dan PAS sering disebut parti "dari Semenanjung"


Pengerusi SPR pun pernah kata seperti itu juga.
 Kenapa perlu ditekankan "dari Semenanjung"?
TPM Muhyiddin semasa di Sri Aman kelmarin  turut menegaskan, "penduduk Sarawak perlu menolak 'hantu dan jembalang' yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang."

Not the time now to quit, says Taib

Posted: 19 Mar 2011 06:53 PM PDT

He is going to lead BN for the state polls, and then identify a successor and a new team that will take over when he decides to go.

Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud today delivered a strong message to his detractors – he is not about to call it quits at any time soon.
He said that he will set the time for him to step down, and that will only take place after he had found and groomed a successor who will "deliver his dreams".
His message was clear: he will lead the Barisan Nasional into the state general election expected next month and he will continue as chief minister after the polls.
"I will lead this election so that new blood can come up, but after that, when the people I have groomed can form a new team and can work for this country, for the people of various races, and that these people can work as part of a team, then I will call it a day," he said at a launch of a people's programme in Kota Samarahan, in Sarawak today.
Later at another press conference, he announced that the state assembly will be dissolved on Monday, March 21.
He also  said that he would contest the upcoming state election but would step down as chief minister mid-term.
Prime Minister Najib Tun Razak who was present at the morning event, widely seen as a curtain raiser for the impending state polls, appeared to back Taib's retirement plan by saying that Taib should not be pressured to quit.
He added that the long-standing CM – 30 years at the end of this month – was ready to step down when the time was right and would pass the baton to his successor.
Taib has been under pressure from various quarters to step down following much publicised allegations of corruption. The CM and his family members have been accused of enriching themselves at the expense of Sarawakians.
DAP's veteran leader Lim Kit Siang was the first to react to Taib's intention to remain in power, calling it an elaborate political dance.
He said that there were many steps to be fulfilled before Taib decided to leave.
"He has to form a new team to run the state government and must ensure that the new team can work as part of a team," he said in a statement.
This means Taib will have no qualms to continue as chief minister for instance (i) if he is not satisfied that he has got a "new team" that could work for the country or (ii) not assured that the new team could "work as part of a team".
"This can take anything from one year to five years as he may have to keep trying a new team," he added.
Lim noted that as there was no successor at present and with a new team yet to be formed and tested, Taib's stepping down as the CM "is far into the distant horizon".
"Clearly, Taib has to choreograph and act out the elaborate political dance of his preparedness to step down as CM to counter and neutralise the Sarawak Barisan Nasional's Achilles' heel in the impending Sarawak state general election – that he had overstayed as the chief minister," he said.
Goodies from DPM, lashing for opposition

In another development, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin who is also in Sarawak warned Sarawakians to reject the "ghosts and demons" coming in large numbers from the peninsula for the state election.
He said that they could destruct the racial harmony and unity which are the  cornerstone of political stability in the state and country.
"It is this stability that we need for the state and in fact the whole country to develop and progress further.
"We are already among the best developed countries in the world," Muhyiddin said at a meet-the-people session at a 29-door Iban longhouse in Lingga.
He said the ghosts and demons would do their best to trick the people into supporting the opposition.
"Pakatan Rakyat or opposition pact is not real…they are a loose grouping with no real programme to help. What they have are only rhetoric and promises.
He said the federal government understood that Sarawak was a huge state which needed more development funds than some of the other states.
"We fully realise this. That is why we are helping and spending a lot more. Please allow us to continue to help, especially in bringing more and better infrastructure, in social development and in providing education," he said.
He announced allocations of RM60.82 million for building Sekolah Menegah Kebangsaan Lingga, RM18.5 million for the 15km Stumbin/Tanjung-Bijat/Stirau Road, RM50 million to upgrade the Sembau-Stumbin Road, RM1 million for flood mitigation projects at five Malay villages and RM600,000 for several longhouses.
Muhyiddin also announced government development grants of RM580 for each of the 1,022 families from 51 longhouses in the area.

PRN Sarawak : Isu kempen, pengganti Taib mula dicanang..!!!

Posted: 19 Mar 2011 06:51 PM PDT

20 MAC — Teka-teki bila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan sudah terjawab. Seperti yang diramalkan sejak seminggu lalu, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan DUN akan dibubarkan esok walaupun ramai menjangka ia hanya akan diumumkan pada persidangan akhbar khas, di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching.
Abdul Talib, sebaliknya mengumumkan secara spontan apabila ditanya wartawan pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching petang semalam selepas lawatan sehari dua pemimpin negara itu ke Sarawak.
Yang belum terjawab ialah bila tarikh penamaan calon dan hari pengundian. Sama ada Abdul Taib akan bertanding atau sebaliknya juga sudah terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan akan bertanding. Namun, ia sebenarnya tidak lagi penting kerana yang masih menjadi teka-teki ialah peralihan kuasa dan siapa pengganti Abdul Taib yang sudah 30 tahun sebagai Ketua Menteri dalam tempoh 48 tahun pembabitannya dalam politik.
Semalam, ketika program Sejiwa Senada di Serian, Abdul Taib buat kali ketiga tahun ini menyuarakan hasratnya untuk berundur selepas di Mukah dan di Betong sebelum ini. Namun, masih ramai, khususnya pembangkang sukar mempercayainya sehingga beliau melakukannya atau sekurang-kurangnya menamakan penggantinya.
"Saya sudah tua dan akan berundur, tetapi saya tidak mahu cita-cita (membangunkan rakyat dan negeri) mati mengikut saya. Saya telah mendidik banyak pemimpin. Saya dan adik saya Jabu (Timbalan Ketua Ketua Menteri, Alfred Jabu)... bila kami pergi nanti siapa yang akan ganti dan teruskan.
"Saya akan mengetuai pilihan raya bagi memastikan kelicinannya dan selepas itu pemimpin yang kita bentuk akan bersatu menjadi kumpulan yang komprehensif dan inklusif untuk semua kaum supaya tiada seorang pun yang ketinggalan. Yang berundur akan sokong yang baru," katanya di depan kira-kira 10,000 orang yang menghadiri program di Serian itu.
Pada sidang akhbar bersama Najib, beliau sekali lagi mengulangi mengenai peralihan kuasa, termasuk harapannya untuk berbuat demikian dalam tempoh separuh penggal DUN akan datang.
Justeru, kenyataan beliau itu seharusnya mematikan terus spekulasi sama ada beliau akan berundur atau kekal. Mereka dalam BN yang mahukannya berundur serta pembangkang juga sudah boleh menghentikan desakan supaya beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri jika itu yang mereka mahukan.
Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah siapa penggantinya. Banyak nama sudah disebutkan sejak kali pertama beliau menyuarakan hasrat mahu berundur 18 tahun lalu. Antaranya, Datuk Seri Effendi Nawawi, Tan Sri Adenan Satem, Datuk Amar Abang Johari Openg dan yang terbaru Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Pelbagai spekulasi dan ramalan dibuat. Effendi dan Adenan yang pernah menjadi menteri Pusat dikatakan sengaja dihantar ke Kabinet Persekutuan bagi dilatih menjadi Ketua Menteri. Namun Effendi kemudian dilaporkan bersara daripada politik. Adenan yang kemudian tidak dipilih semula sebagai menteri Pusat dikatakan mahu dilantik sebagai Ketua Menteri menggantikan Abdul Taib, tetapi tidak menjadi realiti.
Kali ini, nama Adenan, Abang Johari dan Awang Tengah muncul kembali. Semua mereka memegang jawatan penting dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Yang paling kanan ialah Abang Johari sebagai Timbalan Presiden II; Awang Tengah, Naib Presiden Kanan I, manakala Adenan pula Ketua Penerangan.
Ramai yang meramalkan, calon Ketua Menteri kelima Sarawak adalah di kalangan mereka bertiga, walaupun ada yang tidak menolak kemungkinan Effendi menjadi pilihan jika beliau bertanding pilihan raya kali ini. Namun, dua nama yang paling disebut-sebut ialah Abang Johari dan Awang Tengah.
Pilihan mungkin bukan di tangan Abdul Taib sepenuhnya kerana yang lebih penting ialah kesepaduan dan kesatuan di kalangan anggota BN, iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Selain itu, Kerajaan Pusat, iaitu Najib juga perlu memberikan "restu" supaya proses peralihan kuasa dan pengganti yang bakal dipilih tidak menyebabkan kestabilan dalaman politik Sarawak berkocak seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Sebenarnya, kedudukan politik Abdul Taib dipenuhi pelbagai dugaan dan ancaman. Kali ini, ancaman datangnya dari luar, iaitu gerakan parti pembangkang yang bukan saja mahu menjatuhkannya, malah merampas kuasa politik Sarawak daripadanya.
Tahun 1984 adalah cabaran paling getir bagi Abdul Taib, apabila berlaku pergeseran dalam komponen BN kerana wujud pakatan sulit antara beberapa "orang lama" dalam PBB dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) bagi menggulingkannya.
Rancangan kumpulan itu ialah meluluskan undi tidak percaya dan membawanya ke perhatian Kerajaan Pusat. Pada masa sama Permas (Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak) ditubuhkan oleh bekas ahli PBB, manakala awal 1987, PBDS keluar daripada BN pada peringkat negeri.
Pada masa sama, Datuk Daniel Tajem dari PBDS mengumumkan sudah tiba masanya kaum Dayak menjadi jeneral dan beliau antara empat anggota Kabinet meletakkan jawatan.
Pada Mac 1987, seramai 26 Adun menghantar teleks kepada Abdul Taib memintanya melepaskan jawatan secara terhormat atau menghadapi usul undi tidak percaya.
Kumpulan itu berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur diketuai bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Yaakub. Peristiwa itu tercatat dalam sejarah politik Abdul Taib sebagai "Ming Court Affair".
Abdul Taib bagaimanapun membubarkan terus DUN dan menghadapi pilihan raya. Nasib menyebelahinya apabila BN menang 28 daripada 48 kerusi walaupun bukan majoriti dua pertiga.
Sejak itu, BN kembali pulih dan Abdul Taib terus membina semula BN dan berjaya menyatupadukan pelbagai kaum di Sarawak. Tiada siapa boleh menafikan beliau berjaya menerajui negeri dan membawa perubahan besar kepada pembangunan Sarawak serta rakyatnya.
Kali ini, beliau sekali lagi menghadapi cabaran politik, tetapi dari luar, iaitu pembangkang yang bukan saja mahu beliau melepaskan jawatan, malah untuk mengambil alih pemerintahan Sarawak. Namun, ramai meramalkan tidak sukar bagi BN mengekalkan kedudukannya di Sarawak.
Yang penting ialah BN memastikan ia dapat mengekalkan majoriti dua pertiga walaupun ramai yang menjangkakan BN tewas di sekurang-kurangnya 15 daripada 71 kerusi DUN Sarawak.
Parti pembangkang, terutama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS walaupun dijangka tidak menyengat, mereka masih boleh menggigit BN. Bagi Abdul Taib, ia satu lagi cabaran yang perlu dihadapinya sebelum peralihan kuasa.
Beliau bukan saja perlu memastikan bakal penggantinya diterima oleh semua komponen BN dan pengundi, malah yang lebih penting menetapkan calon yang akan membawa cabaran mengibar bendera BN dan memastikan kemenangan sebelum bersara dengan bangga sebagai pemimpin ulung dalam sejarah politik Sarawak. — Berita Minggu

Ketuanan Kencing : Saya Tetap Akan Bertanding...Bila Nak Berundur..!!!

Posted: 19 Mar 2011 06:42 PM PDT

Taib ketuai BN Sarawak
SEDIA... Najib bersalam  dengan  Taib Mahmud sambil diperhatikan Tan Sri George Chan, selepas  sidang akhbar di Lapangan Terbang Kuching, semalam.
SEDIA... Najib bersalam dengan Taib Mahmud sambil diperhatikan Tan Sri George Chan, selepas sidang akhbar di Lapangan Terbang Kuching, semalam. 
 
KUCHING: Spekulasi berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 akhirnya terungkai apabila secara rasmi dibubarkan, Isnin ini.
Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Bilik Orang Kenamaan di Lapang Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, petang semalam.

Beliau berkata, notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sudah diserahkan, baru-baru ini.

Bagaimanapun, khabar angin mengatakan beliau bakal berundur sebaik DUN dibubarkan adalah sebaliknya apabila menjelaskan tetap bertanding dan mempertahankan di kerusi Balingian dalam Parlimen Mukah yang dimenangi sejak 2001.


Abdul Taib tidak menyatakan alasan sebab beliau mahu terus kekal menerajui Sarawak sejak menjadi Ketua Menteri pada 1981.

Beliau adalah Ketua Menteri paling lama selain ahli parlimen kedua terpanjang berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi Ahli Parlimen selama 38 tahun.

"Saya tetap bertanding dan mengetuai PRN kali ini. Saya pernah menyatakan hasrat meletakkan jawatan (sebagai Ketua Menteri) iaitu pada 2006, namun terpaksa membatalkan hasrat berkenaan.

"Belum tiba masanya tetapi tidak menolak kemungkinan perkara itu (peralihan kuasa) berlaku kira-kira setahun atau lebih selepas tamat pilihan raya negeri." katanya.

Sebelum itu, Perdana Menteri memberi bayangan bahawa Abdul Taib tetap bertanding selepas mengamanahkan beliau mengetuai PRN kali ini.

Dengan pengumuman itu, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari, namun beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Pun begitu, cakap-cakap mula kedengaran apabila hari penamaan calon dikatakan jatuh pada 6 April manakala pengundian berlangsung 10 hari kemudian.

PRN 2006 memberi tamparan hebat selepas Barisan Nasional (BN) melalui Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kalah teruk apabila memenangi 11 daripada 19 kerusi dipertandingkan. Malah, SUPP turut kehilangan kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, SUPP berjaya menambah satu kerusi iaitu DUN Engkelili apabila calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Johnichal Rayong Ngipa lompat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas sebelum menyertai SUPP.

Pada PRN berkenaan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang bersih 35 ditandingi, begitu juga Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang menang semua lapan kerusi ditandingi.

Parti komponen BN lain adalah Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang lapan daripada sembilan kerusi ditandingi. Pembangkang pula menyaksikan DAP meraih enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing dengan satu kerusi.

Zaid Ibrahim buat laporan polis dakwa diugut Karpal Singh

Posted: 19 Mar 2011 06:36 PM PDT

KOTA BAHARU, 19 Mac – Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat laporan polis mendakwa diugut Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat.
Zaid, yang diiringi beberapa penyokongnya, membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu pada 9.36 pagi.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa laporan tersebut dibuat berikutan ugutan Karpal menerusi kenyataan di beberapa portal dan akhbar iaitu Malaysiakini, Malaysian Insider dan The Star.
"Saya mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa ugutan Karpal Singh ini mendatangkan satu ancaman yang sangat serius ke atas keselamatan saya, sekaligus menyebabkan saya berada dalam keadaan ketakutan, sedangkan nasihat saya kepada Anwar dibuat secara baik, malah turut dibuat pelbagai pihak lain.
"Perbuatan mengugut adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Saya meminta polis membuat siasatan ke atasnya dan meminta polis melindungi keselamatan saya," katanya.
Zaid juga berkata Anwar tidak perlu takut jika dia tidak bersalah.
"Pemimpin seperti Anwar ini cakap bergetar (lantang), oleh itu, saya hanya cadangkan beliau tidak berselindung dari segi teknikal," katanya. – Bernama

Zaid tidak sokong isu liwat Anwar

Posted: 19 Mar 2011 06:33 PM PDT

Utusan Meloya - KOTA BHARU 19 Mac - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah memberi sokongan terhadap isu liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun ketika beliau masih berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).Malah tegasnya, ketika bersama UMNO dan menjadi Menteri Kabinet pada 1998, beliau mengetahui bahawa semua bukti yang ada pada pihak polis berhubung dakwaan salah guna kuasa terhadap Anwar pada tahun itu adalah benar dan tidak ada sebarang konspirasi yang berlaku seperti didakwa oleh pemimpin berkenaan.
Sehubungan itu katanya, segala komen yang pernah dikeluarkannya berhubung Anwar ketika masih di dalam PKR hanya mengenai beberapa kelemahan pihak pendakwaan pada tahun 1998 dan hukuman yang dikenakan, bukannya sokongan terhadap pemimpin itu.
"Masa saya dalam PKR setahun lebih memang saya ada buat komen dalam kes 1998 kerana ada aspek yang tidak memuaskan, misalnya laporan perubatan pengadu ketika itu tidak dikemukakan.
"Saya juga ada memberi ucapan di Ampang, Kuala Lumpur, kalau tidak silap bahawa hukuman penjara Anwar terlalu berat mengenai salah guna kuasa, tetapi tidak sekali pun saya pernah kata Anwar ini dikonspirasikan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Terdahulu, kira-kira pukul 9.30 pagi ini, Zaid yang diiringi oleh beberapa penyokongnya hadir ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Jelas beliau, laporan itu dibuat untuk menggesa polis menyiasat Karpal kerana mendakwa pemimpin itu telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadapnya.
"Tiga hari dulu Karpal buat ugutan terhadap saya. Saya buat kenyataan minggu lepas bahawa Anwar sepatutnya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwat beliau sebab itulah bukti yang menolongnya kalau tidak buat kerja itu.
"Lanjutan cadangan itu, Karpal kata saya lakukan kesalahan besar, cuba mempengaruhi mahkamah. Dia ugut saya, dia kata jangan main-main dalam air yang bergolak kerana akibatnya parah," jelas Zaid.
Sharpshooter - Macamana nak jadi pemimpin besar Zaid, mcm tu pun nak buat laporan polis. Tak ada isu dah ke...
Semua ahli Keadilan, PAS dan DAP berkempen dan beri sokongan penuh kepada Zaid sewaktu menjadi calon Hulu Selangor, memang ada hikmahnya bila Zaid kalah.
Zaid mengikuti jejak bertapak Ku Li, bila kalah kerana penipuan dalam pemilihan parti sendiri terus tubuh parti baru, Ku Li tubuh Parti Semangat 46 dan Zaid tubuh parti KITA.
Ku Li memang ditipu oleh Che Dot Dot dengan kekalahan tipis 43 undi, black out secara tiba-tiba semasa pengiraan undi pada tahun 86. Sesama umno pun sanggup menipu semasa pemilihan kerana kuasa.

Tidak ada siapa pun rela dan sokong dengan penipuan kecuali mereka yang tidak ada maruah dan gila kuasa yang sanggup menipu sahabat seperjuangan dalam parti sendiri.
Segelintir pemimpin Keadilan wajib ambil iktibar tentang apa yang berlaku dalam umno, semasa pemilihan dalam parti pun sanggup menipu sahabat seperjuangan kerana kuasa, jangan ikut perangai Che Dot Dot pula..
Penipuan wajib ditentang, rasuah juga wajib ditentang, tetapi hakikatnya sekarang rasuah dan penipuan umpama tahi dan kentot yang merebak dan menjadi barah dalam parti politik.
Rakyat akan meluat dengan gelagat ahli politik, semasa dalam Keadilan semua sokong Anwar tetapi bila sudah keluar Keadilan semua kata Anwar memang peliwat pula. Manusia dan politik apa macam ini?
"Ooo..dulu kami percaya Anwar tak liwat tetapi sekarang kami yakin dan percaya Anwar memang peliwat..."
Seperti senatak raja sesumpah dan geng katak..Mengapa dulu 1 Malaysia sanggup round dan ceramah mengatakan Anwar difitnah, siap gunakan dalil kaedah Islam terhadap kes Anwar, adakah sekarang kamu sudah tolak kaedah Islam?

Pilihan raya negeri Sarawak, dulu dan sekarang

Posted: 19 Mar 2011 06:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pilihan raya negeri ke-10 Sarawak dijangka diadakan pada pertengahan bulan depan berikutan pengumuman oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada Isnin ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya negeri itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dewan.
Sejak pembentukan Malaysia pada 1963, Sarawak telah mengadakan sembilan pilihan raya negeri -- pada 1969-1970, 1974, 1979, 1983, 1987, 1991, 1996, 2001 dan 2006.
Pilihan raya pertama Sarawak ialah selepas pembentukan Malaysia, yang diadakan secara berperingkat dari 10 Mei 1969 hingga 7 Jun 1969 kerana sistem pengangkutan dan komunikasi pada masa itu belum sempurna.
Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan serentak dengan Parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri yang lain kecuali Kelantan, pada 20 Mac 1969 dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 April 1969.
Bagaimanapun, akibat rusuhan kaum yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada 13 Mei tahun itu yang diikuti dengan pengisytiharan darurat, pilihan raya itu ditangguhkan sehingga 1970.
Apabila penangguhan itu dikuatkuasakan, pilihan raya di sembilan daripada 48 kawasan di Sarawak telah bermula tetapi semuanya masih belum selesai.
Pilihan raya negeri dan Parlimen disambung semula pada 6 Jun 1970 dan selesai pada 4 Julai 1970.
Sepanjang pilihan raya itu, satu tragedi berlaku di Sarikei pada 29 Jun,
1970 apabila pengganas komunis membunuh tiga pegawai pengurus pilihan raya yang dalam perjalanan pulang selepas pengundian selesai di sebuah pusat pengundian.
Di luar sebuah lagi pusat pengundian di Bahagian yang sama, sebutir bom ranjau meletup tetapi tiada yang cedera.
Disebalik semua kejadian itu, 80 peratus daripada 332,373 pemilih berdaftar di Sarawak telah keluar mengundi, jumlah yang tinggi berbanding dengan peratusan pengundian di negeri-negeri lain.
Sejumlah 221 calon bertanding di 48 kerusi negeri di Sarawak, dengan Perikatan Sarawak yang dianggotai Parti Bumiputera Sarawak (Bumiputera) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) bertanding di 33 kerusi.
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bertanding di 40 kerusi, Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) 35, dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) 47, dengan 66 calon Bebas turut bersaing.
SUPP kemudiannya menyertai Perikatan Sarawak, membolehkan gabungan itu menguasai 27 daripada 48 kerusi dalam Majlis Negeri dan membentuk kerajaan.
Pilihan raya negeri yang kedua diadakan dari 24 April hingga 14 September 1974, serentak dengan pilihan raya Parlimen selepas Dewan Undangan Negeri dan semua Dewan Undangan Negeri yang lain dan Parlimen dibubarkan pada 31 Julai, 1974.
Bagaimanapun, pilihan raya negeri yang ketiga hanya diadakan pada 1979, setahun selepas pilihan raya umum 1978, buat pertama kalinya pilihan raya negeri  Sarawak dan pilihan raya umum diadakan berasingan.
Pilihan raya negeri yang keempat diadakan 18 bulan sebelum berakhirnya penggal Ketua Menteri yang baru Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu pada 26 Mac 1981. Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 18 November 1983, penamaan calon diadakan pada 8 Disember dan pengundian pada 28 dan 29 Disember.
Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 13 Mac 1987 bagi diadakan pilihan raya negeri yang kelima selepas sekumpulan wakil rakyat yang diketuai bapa saudara Taib dan ketua menteri terdahulu Tun Rahman Yaakub memberontak terhadap Ketua Menteri yang peristiwa itu dikenali sebagai "Ming Court Affair".
Mereka termasuk beberapa anggota PBB yang kemudiannya membentuk kumpulan "Maju Group" manakala Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) mengumumkan keluar daripada BN negeri tetapi kekal sebagai komponen BN di peringkat pusat.
Dalam pilihan raya yang diadakan pada 15 dan 16 April, Taib mengetuai BN negeri dengan memenangi 28 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kemudiannya lapan wakil rakyat PBDS menyertai BN, memberikannya majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.
Pilihan raya negeri yang keenam pada 1991 juga berlangsung selama dua hari, pada 28 dan 29 September manakala pilihan raya negeri yang ketujuh diadakan pada 7 dan 8 September 1996.
Bagaimanapun pilihan raya negeri yang kelapan berlansung dalam satu hari sahaja pada 27 September 2001 berikutan pembangunan pesat infrastruktur dan komunikasi. Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 3 Sept manakala penamaan calon diadakan pada 18 September 2001.
Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei, 2006 selepas dewan dibubarkan pada 24 April dan penamaan calon pada 9 Mei.
Dewan Undangan Negeri Sarawak dianggap sebagai badan pengubal undang-undang tertua di Malaysia kerana ia diwujudkan selepas mesyuarat julung kali yang pertama di Bintulu pada 8 September 1867.
Majlis Am Sarawak yang pertama dengan 21 anggota diketuai Raja Charles Brooke yang dianggotai enam pegawainya dan 16 pemimpin masyarakat tempatan. Pada 1903, Majlis Aam dinamakan sebagai Majlis Negri.
Pada 1941, anak lelaki Brooke, Vyner, mewujudkan perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai "Constitution Order in Council" sempena sambutan ulang tahun ke-100 pemerintahan Brooke di Sarawak.
Berikutan itu, keanggotaan Majlis Negri ditambah kepada 24. Bagaimanapun, Ketua Setiausaha telah dilantik untuk mempengerusikan Majlis Negri dan bukannya Vyner Brookes (dalam peranannya sebagai Raja),
Pada 1963, keanggotaan Majlis Negri ditingkatkan kepada 42. Sejak itu, keanggotaannya telah meningkat secara berperingkat kepada 48 pada 1968, 56 pada 1989, 62 pada 1996 dan 71 pada 2006. Pada 1976, Majlis Negri diberi nama baru iaitu Dewan Undangan Negeri. – Bernama

Jantan Sundal : Hasrat kahwin setiap bulan....kantoi 4 'madu' akan balas..!!!

Posted: 19 Mar 2011 06:30 PM PDT

TEKAD BALAS... empat 'madu' melihat gambar lelaki yang memperdayakan mereka.
TEKAD BALAS... empat 'madu' melihat gambar lelaki yang memperdayakan mereka. 
 
KUALA LUMPUR: Tembelang seorang lelaki yang bercita-cita hidup senang dengan mengikis wang wanita bukan saja terbongkar, malah dia kini tidak keruan apabila terpaksa berdepan pakatan empat 'madu' yang berganding bahu untuk memporak-perandakan hidupnya.
Pakatan berkenaan membabitkan tiga mangsa yang dijanjikan untuk dikahwini dalam tempoh selang sebulan, bermula bulan depan, manakala bekas isteri lelaki itu mahu melunaskan dendam selepas menyedari suaminya curang.

Sebagai wanita, dia berang kerana suaminya memperdaya mangsa hingga ada yang mengandung, ditipu lebih RM10,000 dan diperbodoh-bodohkan.

Antara perancangan empat mangsa lelaki yang selayaknya digelar kasanova kaki temberang itu adalah membuat laporan polis selepas mendakwa diugut lelaki berkenaan dan muncul di majlis perkahwinannya dengan seorang lagi mangsa.


"Kami menyimpan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang dihantar lelaki itu selepas tembelangnya pecah. Kami juga mendapat maklumat dia akan berkahwin dengan seorang lagi mangsanya beberapa bulan lagi.

"Tunggulah kehadiran kami," kata seorang mangsa mewakili kumpulan wanita itu yang mahu dikenali sebagai Nani, 28.

Nani ditemui Metro Ahad bersama dua lagi mangsa dikenali sebagai Miza, 42; Dira, 51, dan bekas isteri lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Alin, 29.

Menurut Nani, tembelang lelaki itu terbongkar selepas dia, Miza dan Dira yang masing-masing berstatus ibu tunggal berhubung antara satu sama lain di laman sosial yang menjadi punca kepada perkenalan mereka dengan lelaki terbabit.

Katanya, mereka mengenali lelaki itu sekitar Ogos tahun lalu menerusi laman sosial dan segala-galanya terbongkar dua bulan lalu.

"Dalam laman sosial itu, Miza dan Dira turut menjadi kenalan saya. Apabila berhubung antara satu sama lain, masing-masing bercerita mengenai 'drama king' itu dan terbongkarlah rahsia.

"Dalam menjalin hubungan cinta dengan saya, rupa-rupanya dia turut bercinta dengan dua rakan saya. Taktiknya sama, antaranya menggunakan panggilan diri 'papa' dan menagih simpati dengan mengatakan ibunya terlantar di hospital dua tahun akibat koma," katanya.

Nani berkata, lelaki itu turut merayu supaya diberikan RM15,000 untuk menanggung kos rawatan ibunya.

"Dengan saya dia minta RM15,000, begitu juga Miza dan Dira. Kerana tertipu dengan janji manisnya, sepanjang perkenalan, saya menyerahkan lebih RM10,000.

"Paling menyedihkan, saya sanggup meminjam RM5,000 daripada along untuk diberikan kepadanya," katanya yang turut mengakui menyerah tubuhnya kepada lelaki itu sehingga kini mengandung dua bulan.

Menurut Nani, satu lagi tembelang yang dibongkar, lelaki yang pada mulanya mengaku bujang itu rupa-rupanya berkahwin.

"Lelaki itu meminjam telefon bimbit saya dan menggantikan dengan 'telefon buruk' miliknya. Saya mengesan satu nombor tanpa nama dan menghubunginya.

"Alangkah terkejutnya saya, individu yang saya hubungi adalah isterinya. Isterinya tidak terkejut kerana tahu kerenah suaminya yang banyak skandal dengan wanita, malah pada masa sama mengakui tidak tinggal sebumbung dan akan bercerai," katanya.

Selepas mengenali satu sama lain sebulan lalu, Nani bersama Miza, Dira dan Alin mengadakan pertemuan dan terbongkarlah lebih banyak rahsia lelaki itu.

"Dalam pertemuan itu Alin mengesahkan sudah bercerai. Walaupun masing-masing sakit hati tetapi apabila bercerita, lucu pula jadinya.

"Ketika menjalin hubungan dengan kami, dia sudah ada isteri. Dengan saya dia janji nak kahwin April tahun ini dan dengan dua lagi 'kekasihnya' (Miza dan Dira), dia janji nak kahwin pada Mei dan Jun. Justeru, kami ini empat madulah jadinya," katanya.

Menurut Nani, dakwaan lelaki itu bahawa ibunya sakit juga dusta semata-mata.

"Kami sudah berjumpa ibunya. Memang dia raja drama sebab ibunya sihat saja di rumah. Kami juga bertemu seorang adik beradiknya dan ternyata dia memang penipu," katanya.

Nani mengakui 'tewas' dengan ayat manis lelaki itu dan kini menyesal.

"Saya pun sukar menyatakan mengapa saya jatuh hati dengannya sebab boleh dikatakan dia masuk dalam kategori kasanova 'cap ayam'. Nak kata tampan, tak adalah pula, perut buncit adalah.

"Cuma, dia guna ayat manis untuk memikat sehingga saya terpikat. Kini, saya menanggung akibatnya," katanya.

Bagi Miza pula, dia kerugian kira-kira RM1,000 selepas 'buta-buta' menyerahkan wang kepada lelaki itu.

"Lelaki itu memang pandai memujuk rayu. Kerjanya asyik minta wang... tambah nilai kredit telefon bimbit pun minta dengan saya.

"Kira-kira RM1,000 sudah saya beri kepadanya. Selepas tembelangnya terbongkar, saya akan menuntut kembali wang saya," katanya.

Dira pula berkata, dia kerugian kira-kira RM500 sepanjang berkenalan dengan lelaki itu.

"Eloklah tembelangnya pecah sebab belum apa-apa, sudah terserlah sikap buruknya. Kerjanya asyik cemburu, mengongkong dan memaki saja.

"Nasiblah siapa mangsanya selepas ini. Orang seperti itu tidak akan berhenti menipu dan menyusahkan orang lain," katanya.

Dalam pada itu, Alin mengakui sehingga hari ini dia menerima panggilan daripada wanita tidak dikenali melepaskan kemarahan dan menuntut wang.

"Saya memang ada menggunakan nombor telefon bekas suami. Justeru, ada wanita yang dikenakan bekas suami menghubungi nombor telefon itu.

"Saya nak buat macam mana. Pekakkan telinga sajalah," katanya.

Pilihanraya tempang dan pincang di Sarawak

Posted: 19 Mar 2011 06:24 PM PDT

Akhirnya Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar juga Isnin ini. Padamlah segala teka-teki dan kini semua pihak memerah otak untuk bertarung dalam pilihanraya umum negeri tersebut yang ternayta tidak dibuat serentak dengan pilihanraya umum ke 13 sebagaimana diramalkan oleh sesetengah jurutelek politik dikalangan kita.

Kalau sesiapa berkesempatan menonton berita jam 8 malam semalam, lihatlah di TV3 contohnya 20 minit pertama dari berita TV berkenaan di "hadihkan" buat propaganda politik BN. Jutaan peruntukkan diluluskan oleh PM dan TPM dari satu bahagian parlimen ke satu bahagian yang lain

Media arus perdana diperalatkan, wang peruntukkan kerajaan ditabur, inilah permulaan pilihanraya pincang dan tenpang sebagaimana yang biasa kita lihat di Malaysia.

Itupun minggu lepas Menteri di JPM Nazri Tan Sri Aziz boleh mendabik dada di Dewan Rakyat mengatakan bahawa proses perjalanan pilihanraya di Negara ini adalah adil dan setanding dengan Negara-negara lain! Negara manakah itu? Myanmar? Iraq di zaman Saddam? Mesir di zaman Mubarrak?

Kita akan saksikan BN mencabul proses pilihanraya di Sarawak semata-mata kerana mahu bertahan dan terus berkuasa di sana sebagaimana di tempat-tempat lain. Semoga rakan-rakan PR di sana terus berjuang dengan penuh sabar dan gigih menghadapi gergasi BN yang tidak senonoh itu. Mudah-mudahan terbukalah hati rakyat untuk menyokong dan bersama mereka yang benar sebagaimana di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Gebeng plant a ‘time bomb’, say NGOs

Posted: 19 Mar 2011 06:23 PM PDT


Construction work at the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) in Gebeng. — Pictures by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, March 20 — Environmental groups renewed calls this week to stop work on the RM700 million rare earth plant in Gebeng, Kuantan. Against the backdrop of the on-going nuclear plant crisis in Japan which was triggered by the huge earthquake last week, the NGOs said that the refinery will generate radioactive waste that "brings back memories of Bukit Merah," where a rare earth plant set up in the 1980s has been linked to at least eight leukaemia cases, seven resulting in death.
"As we are observing now in Japan, the waste is a sitting time bomb," said Environmental Protection Society of Malaysia (EPSM) president Nithi Nesadurai.
Local residents who formed Kuantan Environmental Watch Group (KEWG), an umbrella body for community stakeholders in the Pahang capital, have begun distributing articles and pictures of the crippled Fukushima Daiichi nuclear plant as a warning to fellow residents of the possible disaster.
Signboard indicating the construction of an access road to the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).
"If Japan, which is known for its safety record and technology, can't avert disaster, how about us with our inexperience?" spokesman Jonathan Wong said. The massive earthquake in Japan last Friday and the resulting explosions at nuclear power plants have fuelled fears about the plant in Malaysia's east coast which faces the Pacific Rim's ring of fire.
The 9.0-magnitude earthquake sent a 10-metre-high tsunami surging into cities and villages, sweeping away everything in its path.
Australian mining company Lynas Corporation has insisted that the rare earth ore to be refined in Gebeng has only two per cent of the radioactive element thorium that was present in the raw material used in Bukit Merah.
The Bukit Merah plant, set up in 1985, was also subject to sustained protests by local residents. It is still undergoing a massive cleanup operation that will cost RM300 million, nearly two decades after the plant was shut down.
But Lynas has already begun construction of the rare earth refinery in Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's home state of Pahang where the opposition Pakatan Rakyat (PR) is planning to drum up the issue ahead of a general election expected to take place within the year.
Lynas expects to begin refining the rare earth metals, used in such high-technology products as smartphones, hybrid cars and even bombs, by the end of next year in an operation that may be worth over RM5 billion in the first year, increasing to RM8 billion in the next.
Signboard indicating the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) construction site and office.
Last week, Lynas told The Malaysian Insider that it is planning to reprocess the waste into a cement mixture for road-building with approved levels of thorium, although it has not finalised details. However, the environmentalists contacted were unanimous in their demand that work be halted until all issues had been addressed, expressing a lack of confidence that the government would have the political will to withhold approval should the plant not meet safety standards.
"After Lynas has spent RM700 million to build the plant, is the government really going to say no? We are very cautious of any assurance being given as we're heard it all before when the Asian Rare Earth plant was being built in Bukit Merah," Nithi said.
"We have heard no solution at all to dealing with the waste. We want to know what it is before Lynas starts operations, not just assurances that they will manage it," Wong, a founding member of KEWG, told The Malaysian Insider.
He claimed that since the project was first mooted in 2007, Lynas has only met the residents once in late 2008 and did not respond at all to the question of waste disposal.
Malaysian Nature Society communications head Andrew Sebastian said it had sent Lynas a letter expressing its concerns and questions after the 2008 meeting.
"Our only comment is that we received no answer and we continue to have the same doubts," he said, referring to various concerns including waste disposal and radiation released in the refining process.
Dr Jayabalan A. Thambyappa, who treated radiation victims linked to the Bukit Merah rare earth plant, also said that the public briefing did not address waste disposal.
The toxicologist told The Malaysian Insider that NGOs such as the Consumer Association of Penang and Sahabat Alam Malaysia, of which he is a member, have and will continue to oppose to refinery.
Another view of the site of the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

DUN Sarawak: Calon Pakatan diketahui minggu depan

Posted: 19 Mar 2011 06:19 PM PDT

KUCHING, 19 Mac – Kecuali Parti Nasional Sarawak (SNAP), tiga parti gabungan pembangkang iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS bakal menyelesaikan pembahagian 71 kerusi pada pilihan raya negeri menjelang minggu depan.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian (gambar) berkata parti itu telah menyenaraipendekkan calon dan menjangka memuktamadkannya esok, namun ia tidak akan diumumkan lagi.
"Biro politik akan mengesahkannya sebelum presiden membuat pengumuman rasmi," katanya kepada Bernama hari ini.
Mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri pada Isnin, beliau berkata parti itu langsung tidak terkejut dengan pengumuman Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Ia sememangnya seperti yang kami jangkakan dan dari segi mental kami telah bersedia," katanya.
Sementara itu, pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng berkata parti tersebut bersedia menghadapi pilihan raya negeri dan akan membuat keputusan akhir mengenai calon selewat-lewatnya Selasa ini.
"Kami yakin rundingan antara PKR, PAS dan SNAP berhubung pertindihan kerusi boleh diselesaikan dengan baik sebelum penamaan calon," katanya.
Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid pula berkata parti itu berhasrat untuk bertanding di enam kerusi iaitu di Tupong, Sadong Jaya, Sebuyau serta Beting
Maro yang majoriti penduduknya Melayu, selain di Jepak dan Senadin yang dihuni berbilang kaum.
"Bagaimanapun, rundingan mengenai kerusi dengan DAP dan PKR belum dimuktamadkan dan mungkin kami akan bertanding di kawasan yang lebih sedikit ekoran terdapat pertindihan di kawasan tertentu," katanya yang menambah bahawa keputusan akhir di mana PAS bertanding hanya akan diketahui menjelang Isnin.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa DAP mempunyai tiga pertindihan kerusi dengan PKR serta masing-masing satu dengan PAS dan SNAP, selain bercadang bertanding di
20 kerusi, manakala PKR pula mahu meletakkan calonnya di 52 kerusi.  – Bernama

Ambil Kesempatan : Gaddafi mahu jadikan rakyat perisai pertahan Libya

Posted: 19 Mar 2011 06:17 PM PDT

Penduduk Benghazi, sebelah timur Libya, bergegas meninggalkan kawasan itu ke arah bandar Tobruk ketika diserang tentera penyokong Muammar Gaddafi, semalam. — Foto Reuters
TUNIS, 20 Mac — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi berkata beliau akan menghimpunkan rakyatnya untuk mempertahankan negara itu daripada serangan perikatan Barat, yang beliau melabelkan sebagai "penjajah, penceroboh."
Tentera perikatan melancarkan serangan sejak lewat semalam dengan melepaskan lebih 100 peluru berpandu.
"Kini perlu untuk membuka semua gedung dan membekalkan rakyat dengan senjata, dengan segala jenis senjata, untuk mempertahankan kemerdekaan, perpaduan dan maruah Libya," kata Muammar dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen beberapa jam selepas serangan itu.
"Kami meminta rakyat dan warganegara Arab dan negara-negara Islam, Amerika Latin, Asia dan Afrika berdiri bersama rakyat Libya untuk menentang pencerobohan ini," kata Muammar.
Beliau juga berkata, kawasan Mediterranean dan Afrika Utara kini menjadi medan pertempuran dan kepentingan negara-negara di rantau itu berhadapan dengan bahaya sekarang. — Reuters

Ambil Kesempatan : Barat mula tindakan tentera ke atas Libya, kuat kuasa resolusi PBB

Posted: 19 Mar 2011 06:16 PM PDT

PARIS, 19 Mac – Kuasa-kuasa Barat bersetuju untuk menyepadukan tindakan ketenteraan ke atas Libya dengan Perdana Menteri Britain David Cameron berkata, sudah "tiba masa diambil tindakan" atas alasan pemimpin Muammar Gaddafi telah melanggar gencatan senjata yang dijanjikannya semalam.
Menurut Cameron, tindakan segera diperlukan untuk mengelakkan lebih banyak kematian ekoran tindakan Muammar.
Pemimpin-pemimpin Barat dan Arab mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini.
"Kolonel Muammar Gaddafi telah menyebabkan perkara ini berlaku. Beliau telah berbohong kepada masyarakat antarabangsa, beliau telah menjanjikan satu gencatan senjata, (tetapi) beliau telah melanggar gencatan senjata," kata Cameron kepada pemberita televisyen negaranya di sini.
"Beliau (Muammar) meneruskan tindakan kejam ke atas rakyatnya sendiri dan oleh itu, sudah sampai masa untuk diambil tindakan.
"Ia (tindakan) perlu disegerakan, kita perlu menguatkuasakan kehendak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kita tidak boleh membiarkan orang ramai terus dibunuh," katanya lagi.
Presiden Perancis Nicolas Sarkozy pula berkata, tentera udara bersekutu telah memulakan tindakan ke atas Libya hari ini dan mengelakkan pasukan Muammar daripada menyerang puak pemberontak di bandar Benghazi.
Laporan awal menyebut tentera Libya memulakan serangan ke atas pemberontak di Benghazi sejak pagi tadi.
Malah kepimpinan Muammar juga menafikan berbuat demikian.
"Pesawat-pesawat kami sudah pun memulakan tindakan menghalang serangan ke atas bandar (Benghazi)," kata beliau sambil menambah, tindakan ketenteraan itu disokong oleh Perancis, Britain, Amerika Syarikat dan Kanada selain negara-negara Arab.
Sebelum pengesahan itu dibuat, jet-jet pejuang Perancis, yang terlibat dalam kerja-kerja pengintipan, terbang di ruang udara Libya – sebagai tanda pertama menguatkuasakan resolusi PBB.
Sarkozy berkata "kesungguhan kami adalah total."
Dalam pada itu, Canselor Jerman Angela Merkel berkata, kuasa-kuasa dunia telah bersatu suara bahawa keganasan di Libya mesti dihentikan tetapi mengesahkan negaranya tidak akan menyertai tindakan ketenteraan ke atas negara utara Afrika tersebut.
Beliau membuat komen itu selepas pemimpin-pemimpin dunia membincangkan bagaimana satu tindakan ketenteraan boleh disepadukan ke atas Libya.
Kelmarin, Berlin mengambil sikap berkecuali ketika Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi zon larangan terbang di ruang udara Libya.
China, Rusia dan India juga bersikap berkecuali dan tidak menyokong resolusi itu.
Bagaimanapun Merkel berkata, kerajaannya menawarkan anggota tentera pengintipan AWACS berkhidmat di Afghanistan bagi membolehkan askar Amerika Syarikat pula menjalankan tugasnya di Libya. – Reuters

Ambil Kesempatan : Pasukan Jet Pengebom Perancis Menyerang Tripoli

Posted: 19 Mar 2011 06:14 PM PDT

Youths, standing on a wall of the house of Libya's leader Muammar Gaddafi, form a human shield in Tripoli March 20, 2011. Thousands of Libyans packed into Muammar Gaddafi's heavily fortified Tripoli compound on Saturday to form a human shield against possible air strikes by allied forces. Fireworks erupted into the night sky and people fired defiant shots into the air at the compound after allied warplanes went into action in eastern Libya to stop the Libyan leader's forces attacking the rebel-held city of Benghazi.
Youths, standing on a wall of the house of Libya's leader Muammar Gaddafi, form a human shield in Tripoli March 20, 2011. Thousands of Libyans packed into Muammar Gaddafi's heavily fortified Tripoli compound on Saturday to form a human shield against possible air strikes by allied forces. Fireworks erupted into the night sky and people fired defiant shots into the air at the compound after allied warplanes went into action in eastern Libya to stop the Libyan leader's forces attacking the rebel-held city of Benghazi.
Supporters of Libya's leader Muammar Gaddafi form a human shield at his fortified compound in Tripoli March 19, 2011. Thousands of Libyans packed into Gaddafi's heavily fortified Tripoli compound on Saturday to form a human shield against possible air strikes by allied forces. Fireworks erupted into the night sky and people fired defiant shots into the air at the compound after allied warplanes went into action in eastern Libya to stop the Libyan leader's forces attacking the rebel-held city of Benghazi.
Supporters of Libya's leader Muammar Gaddafi form a human shield at his fortified compound in Tripoli March 19, 2011. Thousands of Libyans packed into Gaddafi's heavily fortified Tripoli compound on Saturday to form a human shield against possible air strikes by allied forces. Fireworks erupted into the night sky and people fired defiant shots into the air at the compound after allied warplanes went into action in eastern Libya to stop the Libyan leader's forces attacking the rebel-held city of Benghazi.
Two French Dassault Mirage 2000-5 aircraft prepare for take off from Dijon military base on a mission to overfly Libyan airspace in this ECPAD (French Defence communication and audiovisual production agency) handout photo, March 19, 2011. Western air forces, with Arab League approval, went into action in Libya on Saturday to curb attacks by Muammar Gaddafi's forces on the revel stronghold of Benghazi, French President Nicolas Sarkozy said.
Two French Dassault Mirage 2000-5 aircraft prepare for take off from Dijon military base on a mission to overfly Libyan airspace in this ECPAD (French Defence communication and audiovisual production agency) handout photo, March 19, 2011. Western air forces, with Arab League approval, went into action in Libya on Saturday to curb attacks by Muammar Gaddafi's forces on the revel stronghold of Benghazi, French President Nicolas Sarkozy said.
A pilot sits in the cockpit of a French Dassault Mirage 2000-5 aircraft before taking off on a mission to overfly Libyan airspace at Dijon military base in this ECPAD (French Defence communication and audiovisual production agency) handout photo March 19, 2011. Western air forces, with Arab League approval, went into action in Libya on Saturday to curb attacks by Muammar Gaddafi's forces on the revel stronghold of Benghazi, French President Nicolas Sarkozy said.
A pilot sits in the cockpit of a French Dassault Mirage 2000-5 aircraft before taking off on a mission to overfly Libyan airspace at Dijon military base in this ECPAD (French Defence communication and audiovisual production agency) handout photo March 19, 2011. Western air forces, with Arab League approval, went into action in Libya on Saturday to curb attacks by Muammar Gaddafi's forces on the revel stronghold of Benghazi, French President Nicolas Sarkozy said.

French forces attack Libya

French warplanes have reportedly launched an all-out attack on the Libyan territories as violence continues to haunt the North African country.
Around 20 French aircraft bombed the positions of forces loyal to embattled Libyan ruler Muammar Gaddafi. The French plane fired the first shot in Libya at 1645 GMT and destroyed its target, according to a military spokesman.
A statement by the French Army says that a military vehicle belonging to Gaddafi forces has been targeted, AFP reported.
Meanwhile, witnesses were quoted by Al-Jazeera as saying that four Libyan tanks have also been destroyed by French warplanes.
The military spokesman said Paris is sending its Charles De Gaulle aircraft carrier to the Libyan coast.
The US and several other western countries' air forces and navies are expected to join the French.
US Secretary of State Hillary Clinton has said the US would use its "unique capabilities" to reinforce its European allies.
Canadian Prime Minister Stephen Harper says a naval blockade is also being put in place around Libya's coastal areas.
Canada, Norway and Denmark say they are ready to send their F-16 warplanes, while Italy, Spain and Britain will provide airbases and other military assistance.
France is also providing a major air base in the port city of Marseille.
Meanwhile, NATO members have met in Brussels for details of a military action plan.
The attack comes hours after French President Nicolas Sarkozy said Paris would lead an attack on Libyan territories in a bid to protect the civilian population.
Earlier in the day Colonel Gaddafi intensified attacks on the eastern city of Benghazi, killing more than two dozen revolutionaries.
The regime's troops also downed an aircraft operated by revolutionary forces.
…………………………………………………………………………………………………………………………..
Sebelum Itu…
Libyan rebels celebrate next to burning cars after Libyan leader Moammar Gadhafi's forces where pushed back from Benghazi, eastern Libya, Saturday, March 19, 2011. Explosions shook the Libyan city of Benghazi early on Saturday while a fighter jet was heard flying overhead, and residents said the eastern rebel stronghold was under attack from Muammar Gaddafi's forces.
Libyan rebels celebrate next to burning cars after Libyan leader Moammar Gadhafi's forces where pushed back from Benghazi, eastern Libya, Saturday, March 19, 2011. Explosions shook the Libyan city of Benghazi early on Saturday while a fighter jet was heard flying overhead, and residents said the eastern rebel stronghold was under attack from Muammar Gaddafi's forces.
Libyan rebel fighters take position in a street in Benghazi on March 19, 2011, as the exodus began shortly after the first air strikes hit Benghazi.
Libyan rebel fighters take position in a street in Benghazi on March 19, 2011, as the exodus began shortly after the first air strikes hit Benghazi.
A Libyan rebel fighter flashes the Victory sign in Benghazi on March 19, 2011, as the exodus began shortly after the first air strikes hit Benghazi.
Libyan rebel fighters take position in a street in Benghazi on March 19, 2011, as the exodus began shortly after the first air strikes hit Benghazi
Libyan rebel fighters direct a traffic of people fleeing from the city Benghazi in the town of al-Marej on March 19, 2011, after the first air strikes hit Benghazi.
Libyan rebel fighters direct a traffic of people fleeing from the city Benghazi in the town of al-Marej on March 19, 2011, after the first air strikes hit Benghazi
A Libyan rebel fighter flashes the Victory sign in Benghazi on March 19, 2011, as the exodus of civilians began shortly after the first air strikes hit Benghazi.

Hampir 26 orang terbunuh dalam serangan Tentera Gaddafi Ke Atas Benghazi

Gaddafi troops kill 26 in Benghazi

At least 26 of people have been killed and many others have been injured as forces loyal to Colonel Muammar Gaddafi intensify attacks on eastern Libyan city of Benghazi.
Benghazi, long held by the opposition, came under heavy artillery fire and airstrikes on Saturday from several sides by forces loyal to the embattled Colonel.
Earlier in the day a fighter jet operated by revolutionary forces was downed by Gaddafi warplanes.
Clashes are also going on in the western city of Misratah.
Revolutionary forces say they have again gained control of the city after beating Gaddafi forces.
The attacks come despite an earlier claim by Gaddafi of immediate ceasefire and a halt to military operations. The UN Security Council authorized a no-fly zone over Libya on Thursday.
Meanwhile some reports suggest that French warplanes are conducting overflights across Libya to enforce the no-fly zone.

Ambil Kesempatan : Libya diserang, 110 peluru berpandu dilancar

Posted: 19 Mar 2011 06:12 PM PDT

Penyokong Muammar Gaddafi membawa bendera Libya di pekaranagn kediaman pemimpin itu di Tripoli selepas tentera perikatan menyerang negara itu. — Foto Reuters
TRIPOLI, 20 Mac — Tentera perikatan Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan tindakan ketenteraan — dinamakan operasi Odyssey Dawn — ke atas Libya semalam (tengah malam dan awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk memaksa Muammar Gaddafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri, sekali gus meninggalkan tampuk kepimpinan.
Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq hampir lapan tahun lalu.
Ekoran serangan itu, televisyen kerajaan Libya melaporkan negaranya "diceroboh musuh".
Pesawat-pesawat perang melepaskan serangan pertama dengan memusnahkan kereta kebal pasukan tentera kerajaan di Benghazi, sebelah timur Libya.
Selain Amerika Syarikat, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.
Beberapa jam kemudian (awal pagi ini waktu Malaysia), kapal perang dan kapal selam Britain dan Amerika Syarikat melancarkan lebih daripada 110 peluru berpandu ke atas pangkalan pertahanan udara di sekitar Tripoli - ibu negara Libya dan bandar raya Misrata di sebelah barat, yang dikuasai tentera Muammar.
Pentagon berkata operasi ini diadakan untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang mengenakan zon larangan terbang dan apa jua pendekatan bagi menghentikan tindakan ketenteraan Muammar di negaranya ekoran kebangkitan rakyat yang berlarutan sejak sebulan lalu.
Resolusi itu diluluskan tiga hari lalu.
Malah serangan ini dilancarkan beberapa jam selepas perikatan itu dan negara Arab mengadakan mesyuarat khas di Paris semalam.
"Ini bukan hasil yang Amerika Syarikat atau mana-mana rakan kami mahukan," kata Presiden Barack Obama yang sedang mengadakan lawatan ke Brazil.
"Kita tidak boleh berdiri begitu sahaja apabila seorang penzalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak ada belas kasihan," kata beliau.
Tidak sampai dua jam selepas Obama mengeluarkan kenyataan itu, Muammar pula muncul di televisyen sambil merayu kepada negara-negar Arab dan Amerika Latin supaya "berdiri bersama rakyat Libya, menentang pencerobohan ini yang tidak akan membawa apa-apa kesan, sebaliknya menjadikan rakyat Libya lebih kuat dan bersatu."
Di Washington, Laksamana Muda William E. Gortney berkata, peluru berpandu dilepaskan daripada beberapa kapal pemusnah Amerika Syarikat dan juga kapal-kapal selam serta satu daripada milik Britain.
Katanya, serangan itu mengenai lebih daripada 20 lokasi tentera udara Libya sepanjang kawasan pantai Mediterranean dan sebelah barat.
Katanya, serangan ini hanya bahagian pertama siri kempen mereka dan lebih banyak serangan sudah dirancang.
Kapal Amerika Syarikat yang terlibat termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida manakala satu kapal selama Britain Westminster.
Dalam pada itu, laporan terbaru pagi ini menyebut Libya mahu Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar ekoran serangan Barat sejak semalam.
Laporan stesen televisyen Al Jazeera dan Al Arabiya yang menyiarkan harapan itu tidak memberi sumber bagi berita tersebut.

Video : Fenomena Bulan Menghampiri Bumi 19-3-2011

Posted: 19 Mar 2011 09:34 AM PDT



















4 ribu setinggan di Miri perlu penempatan semula

Posted: 19 Mar 2011 07:57 AM PDT

Oleh Hazel LeeMIRI– Miri memerlukan lebih banyak tanah dan peruntukan bagi menempatkan lebih 4,000 penduduk setinggan yang kebanyakkan menetap di sepanjang Sungai Miri.

Statistik Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri terkini mendedahkan, terdapat lebih 4,000  penduduk setingggan tinggal di Kampung Baru Pujut 7, Kampung Pujut Sungai Adong, Kampung Merapak Pujut 8 dan Kampung Damai Jaya, Piasau Utara.

Pemandangan rumah-rumah setinggan yang didirikan di sepanjang Sungai Miri.
Pemandangan rumah-rumah setinggan yang didirikan di sepanjang Sungai Miri.


Tinjauan Sarawak Update mendapati, majoriti daripada penduduk itu sudah menetap di kawasan setinggan berkenaan sejak 20 hingga 35 tahun yang lalu, namun sehingga hari ini hanya sebilangan kecil yang mengambil inisiatif membeli rumah sendiri.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Pujut 7, Ding Lah berkata, majoriti penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Baru Pujut ialah kaum Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah manakala selebihnya Melanau, Bidayuh, Iban dan Cina.
"Kami merayu kepada kerajaan untuk menyediakan lot tanah kerana kebanyakkan daripada mereka daif dan sudah menetap di kawasan setinggan itu lebih 35 tahun yang lalu," katanya sambil menambah sebanyak enam keluarga kini ditempatkan di Tudan Desaras Fasa 6 berikutan pembinaan jambatan Pujut 7 yang baharu.
Walaupun kawasan setinggan, namun kerajaan bermurah hati menyediakan kemudahan seperti bekalan air, jalan dan tadika perpaduan.
Mengulas perkara ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Andy Chia berkata, kerajaan memerlukan tempoh tertentu sebelum dapat menempatkan semua penduduk setinggan di bahagian Miri berikutan kekurangan dana dan tanah.
"Tidak semua setinggan dapat ditempatkan semula dalam masa terdekat, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memindahkan mereka dari masa ke semasa," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk setinggan dari Kampung Baru Pujut 7 di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Pujut.
Beliau memberitahu, sebelum ini kerajaan telah menempatkan beberapa ribu penduduk setinggan di Bukit Kanada ke Tudan Desaras Fasa 6 manakala ribuan lagi masih tinggal di kawasan setinggan.
Katanya, kerajaan melalui JTS kini terus memantau bagi memastikan tiada lagi penempatan setinggan yang baru diwujudkan.
"Isu penempatan setinggan ini merupakan cabaran besar kepada kerajaan dan kita berharap penduduk setinggan sama-sama mencari jalan untuk membaiki taraf hidup mereka," katanya.
Andy memberitahu, terdapat juga ahli-ahli SUPP sebelum ini tinggal di kawasan setinggan namun mereka berdikari sehingga mampu membeli rumah yang lebih selesa.
Mengenai permintaan Kampung Baru Pujut 7 untuk ditempatkan semula, Andy memberi jaminan akan mengemukakan perkara itu kepada JTS untuk tindakan sewajarnya dan beliau berharap akan mendapat maklumbalas bulan depan.

PGU 2: PAS Terengganu bakal buat perubahan

Posted: 19 Mar 2011 06:35 AM PDT

BESUT, 19 Mac: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Zon Utara Besut/Setiu "PAS Ganti Umno" (PGU 2), hari ini merupakan satu langkah ke arah mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Selaku pengerusi panitia, beliau berkata PGU 2 merupakan program lanjutan dari Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti Umno" di Kemaman pada 15 Januari lalu.
Beliau percaya program kedua itu menjadi lambang kesungguhan sekaligus menggambarkan kekuatan PAS Terengganu yang akan mencipta suatu perubahan.
"Program ini adalah lambang kesungguhan sekaligus menggambarkan kekuatan yang kita mula bina bagi mencipta perubahan di negeri ini khususnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
"Ini sudah tentu akan membuahkan satu hasil yang memberangsangkan kepada perjuangan parti kita menuju kemenangan," ujarnya yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu.
Perasmian PGU2 disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 2.30 petang di Dataran PGU Belakang Masjid Jertih, di sini.
Sebelumnya, sekitar jam 12.30 tengah hari, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan program Jamuan Rakyat dengan mengagihkan kepada para hadirin.
Pengarah program, Datuk Hussin Awang berkata PGU2 yang diadakan di Besut kali ini berada dalam suasana kebangkitan rakyat terhimpit dengan ketidakadilan, tekanan kenaikan harga barang, amalan demokrasi yang tempang, masalh ekonomi, politik dan birokrasi.
Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu menyifatkan kehadiran seluruh para peserta ke program PGU 2 merupakan jihad Fisabilillah kerana menentang segala kepincangan tersebut.
"Saya selaku pengarah program ini mengalu-alukan kehadiran para peserta dan ahli-ahli parti dari Pakatan Rakyat dan hadirin seluruhnya. Semoga ia diganjari sebagai amalan jihad Fisabilillah," tegasnya.
Antara pimpinan PAS negeri yang hadir ialah pesuruhjaya, Datuk Harun Taib, bendahari, Muhyidin Abdul Rashid, ketua muslimat, Safinah Jusoh dan ketua pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah.