Rabu, 9 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Siapa MP Keadilan yang dibayar RM1.4 juta? .. dah tahu, mai tengok

Posted: 09 Mar 2011 10:11 PM PST

Jika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang?

Mengajukan pertanyaan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti dan terbukti mampu menjelaskan hutan bernilai RM1.4 juta.

"Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini?

"Kalau, 'nilai' Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal," soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan.

Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta.

"Dari mana sumbernya? Siapakah yang 'bermurah hati' menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?" katanya.

Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya 'bertanya khabar' kepada Gobalakrishnan berikutan kemampuannya membuat bayaran RM1.4 juta dalam satu transaksi

Saifiuddin juga mengulangi pendirian betapa pengkhianatan pemimpin KEADILAN keluar parti termasuk Ahli-ahli Parlimen,didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh jika kekal dalam parti.

"Dek dorongan inilah ramai yang rewas. Ralatnya, mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan mereka.

Selain Gobalabrishnan, Ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamed Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri keluar parti dengan pelbagai alasan.

Sebaliknya, pelbagai laporan menunjukkan tindakan mereka bersandarkan faktor kewangan termasuk membayar hutang masing-masing.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8534



Saifuddin Wants IRB to Investigate Gobala Over RM1.4mil Payment
by Aidil Syukri


KUALA LUMPUR, 10 MARCH, 2011: Parti Keadilan Rakyat (PKR) through its secretary-general, Saifuddin Nasution, urged the Inland Revenue Board (IRB) to investigate, N Gobalakrishnan over the latter's payment of RM1.4 million to Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd through his company Embun Megah Sdn Bhd.

According to Saifuddin, it is strange that suddenly the Padang Serai MP could pay such huge sums of money to Kumpulan Pertanian Kelantan.

"PKR is urging the IRB to 'say hello' to Gobala and asked on how he is able to pay RM1.4 million to Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd. Ask him where did he get the source (of funds). Who is so generous to help him?" Saifuddin said in a press conference at Parliament today.

"January and March has been the peak period of his attacks, criticism and defamation towards PKR. And within this time he is suddenly able to pay that sum of money," he added.

Saifuddin who is also the Machang MP said PKR reiterated that the betrayals of some PKR MPs are being driven by lucrative rewards that are impossible to be enjoyed by them if they were to remain in PKR.

"Unfortunately, they created absurd reasons to justify their actions. The question is, if he (Gobala) is able to pay RM1.4 million in just three month, how much did he receive as the price of his betrayal? And also, how much does the Wangsa Maju MP, Bagan Serai MP, Kulim Bandar Baharu MP and Nibong Tebal MP received?" he added.

He also added that the reason for Gobala quitting from PKR was also driven by his dissatisfaction for not being elected to lead any state government companies which he thought would have secured him huge returns - malaysiandigest

Dicso main buih ramai2 jantan-betina - kini dah ada di KL

Posted: 09 Mar 2011 06:15 PM PST

Bukan yang di atas ni .. yang ni nak buat apa .. mampuih org tak mai tempat ni kalau minah ni ada ... hahaha ... tapi tengok gambar2 kat bawah tu ....


Dah lama cerita disko buih ni kalau di negara jiran, masa tu di KL belum ada. Sesiapa yang nak 'berseronok' dalam kolam buih 'jantan betina' ramai-ramai kena lah menyeberang sempadan. Pernah aku dipelawa oleh seorang kawan di JB untuk kesana, tapi alhamdulillah iman masih kuat, aku menolaknya.

Tapi pagi ni masa rewang-rewang, aku terjumpa ... ianya dah ada di KL, tapi tak pula disebut lokasinya nya, hanya sekadar menyatakan di KL. Aku tak dapat bayangkan apa akan terjadi lagi selepas ini tambahan pula ura-ura Najis nak jadikan KL sebagai 'Hub Hiburan' dengan alasan menarik pelancung .. Hancusss Malaysia kalau makin lama di tangan Najis ... korang tunggu saja la.


Hangpa tengok lah ni ... macam haramjadah jer sekoq-sekoq. Nampak muka-mukanya macam ada yang Islam ... hidup 1Malaysia Najis .. semua boleh ... aku tak nak tengok sangat2 la suatu hari nanti bila berjalan kat Bkt Bintang, ada mamat dan minah tengah 'operasi' kat satu lorang ... minta simpang. Kelaku haramjadah ni dah berlaku di negara barat ... mungkin akan berlaku di Malaysia, siapa tahu kalau dah macam ni punya kerajaan ...... JATUHKAN NAJIB ... TUMBANGKAN BN DLM PRU13























Lagi gambar artis bercium ... Lisa Surihani

Posted: 09 Mar 2011 08:48 AM PST

hahahaha betul la kan, bercium mulut lagi. ... jangan marah ... k gudnite ... bye jumpa esok pagi

- sumber

RM4 bilion subsidi kalau harga minyak kekal kata Najib .. hangpa tau la apa maksud dia

Posted: 09 Mar 2011 05:35 AM PST


itulah yang dikatakan Najib kalau RON95 kekal RM1.90 seliter dan RM2.50 bagi RON97, KERAjaan dia kena belanja subsidi sebanyak RM4 bilion. Entah ya entah tidak kita pun tak tau lah. Depa ni boleh kata macam-macam nak kencing rakyat.

Apa-apa pun kita kena ucap terima kasih pada rakyat yang 'bodoh' yang masih memangkah BN, yang terbaru di Kerdau dan Merlimau baru-baru ni. Walaupun ianya hanya PRK, tak melibatkan pemerintah persekutuan, tapi orang-orang 'bodoh' ni masih berada di belakang Najib dan BNnya.

Bila cerita pasai barang naik semua mengeluh, marah sana marah sini. dari kedai kopi kampong, yang kopi 'o'masih secawan 2 kupang sampai la ke 'cross road' lounge hotel concorde semua marah sebab minyak naik, tak dak sorang pun yang bersetuju, tapi bila mai pilihanraya depa masih pangkah juga parti haramjadah tu. Tak paham aku ... adakah kerana dapat sorang RM100 masa dekat2 nak mengundi. Adakah pasal dapat jalan kampong yang baru? Dapat Wifi? hahaha depa tak tau depa dah kena kencing dek Najib ...
Hangpa tunggu lah 2 3 hari lagi, diam-diam depa penaik lah harga minyak ni. Ooopppss bukan penaik harga, silap tapi pelarasan harga minyak .... sapa yang tanggung? Semua rakyat bukan yang pangkah umNO BN saja. ..... JATUHKAN NAJIB TUMBANGKAN BN DI PRU 13 nanti.
KUALA LUMPUR: The fuel subsidy is estimated to rise by an additional RM4bil this year if no adjustments are made to petrol prices, which stand at RM1.90 per litre for RON 95 and RM2.50 per litre for RON 97.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said at a press conference Wednesday, after a briefing by Bank Negara Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, that subsidy costs for fuel would rise by this amount if no adjustments were made in the face of higher crude oil prices.

This would mean that the allocation for fuel subsidy under Budget 2011, which was set at RM10bil based on oil prices hovering around US$85 (RM259) to US$90 (RM274) per barrel, would rise to RM14bil this year.

Besides this, the Government has also allocated RM4bil for other subsidies. For 2010, the fuel subsidy came up to RM10bil.

Economists have also estimated that should oil prices remained above US$100 (RM305), the Government might need to fork out an additional RM3.5bil to RM4bil for the fuel subsidy.

Najib added that the deficit would depend on how much revenue the Government would get against the increase in subsidy costs.

The Government has targeted a budget deficit at 5.4% of gross domestic product for this year compared with 5.6% last year while the target was to lower the deficit to 2.8% by 2015.

Last month, Najib said there could be a review of the fuel subsidy should unrest in the Middle East continued although, so far, there were no plans to do so.

The price of RON 97 petrol was last raised on Feb 1, up from an initial 10 sen hike on Jan 4. In December, RON 95 petrol and diesel rose 5 sen per litre to RM1.90 and RM1.85 per litre respectively. - Star

umNO kuda tunggangan MCA MIC - Pemuda PAS

Posted: 09 Mar 2011 04:44 AM PST


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan membentangkan tiga bukti berfakta yang menunjukkan Umno menjadi kuda tunggangan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk tidak pernah menambah kerusi Melayu sepanjang tiga penggal menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Pertama, beliau pada satu kenyataan media hari ini, berkata Umno setiap kali persempadanan semula, bertindak menambah kerusi di negeri lain yang mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen.

Walaupun 1,001 tohmahan dilempar dan disogok kepada rakyat khasnya orang Melayu untuk membenci dan curiga terhadap PAS, beliau membawa bukti kedua dengan berkata, Umno juga menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, walaupun Umno ketika itu mencatat kemenangan besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang.

"Umno juga menyerahkan kerusi Parlimen Raub dan Kuantan kepada MCA walaupun sekian lama bertanding di kawasan berkenaan.
Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain (MCA dan MIC)? Bukankah ini menunjukkan Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam BN?" katanya.

Nasruddin juga kesal kerana Umno BN mengadu domba dengan mengajak orang Melayu menolak perjuangan PAS atas alasan 'PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno'.

"Kenapa Umno BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula, UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC?

"Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab 'Dia pukul aku, dia yang menangis; dia fitnah aku, dia yang mengadu'.

"Orang tua-tua pernah bisik, Umno macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga," katanya.

Nasruddin turut mengajak umat Islam menghayati sejarah Rasulullah saw yang mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan bukan Islam demi mempertahan hak dan menentang kezaliman.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8495

Ini cerita kroni Umno dapat projek. Tapi pak lah batalkan

Posted: 09 Mar 2011 04:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Bekas menteri pusat Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah membantu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memperoleh hak untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai "jambatan bengkok" 13 tahun lalu.

Pengawal peribadi Allahyarham Megat Junid, Mohamad Mahti Abdul Rahim memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia pertama kali mengetahui tentang projek itu apabila bekas menteri berkenaan menyerahkan satu surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada Shazryl pada 1998.

"Pada satu hari tahun 1998, Datuk Eskay bertemu dengan Tan Sri Megat. Datuk Eskay sangat gembira apabila Tan Sri Megat menyerahkan sepucuk surat daripada EPU kepada Datuk Eskay.

"Hanya selepas itu, saya mengetahui yang Datuk Eskay memperoleh projek membina jambatan Johor-Singapura bagi menggantikan Tambak Johor," kata Mohamad Mahti di mahkamah hari ini.

Katanya, Megat Junid menganggap Shazryl sebagai "keluarganya" manakala anak lelaki Megat Junid dan isteri Shazryl adalah rakan kongsi perniagaan industri automotif.

"Mereka sangat rapat. Datuk Eskay melawat rumah atau pejabat Tan Sri Megat dua atau tiga kali dalam seminggu," kata Mohamad Mahti, yang menjadi pengawal peribadi Megat Junid dari 1984 hingga 2000.

Dia memberikan keterangan pada hari pertama kes sivil berkaitan pemerolehan projek membina jambatan itu.

Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.

Awal hari ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan defendan untuk mengetepikan kes itu atas alasan adanya isu yang perlu didengar.

Mahkamah menetapkan tiga hari untuk mendengar kes itu.

Megat Junid yang meninggal dunia pada Januari 2008 pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Idea pembinaan "jambatan bengkok" digerakkan oleh Dr Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. - TMI

Sebab MP Keadilan keluar parti

Posted: 09 Mar 2011 01:56 AM PST

Dari Keadilan Daily

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mempersoal tindakan Ahli Parlimen KEADILAN yang keluar parti, baru-baru ini , disebabkan menerima wang dari pihak tertentu untuk membuat bayaran hutangnya.

"Cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac dengan jumlah RM700,000.

"Cek itu beralamat syarikat milik Ahli Parlimen yang juga alamat kediamannya sendiri. Ia dibayar kepada tuan punya tanah dengan jumlah RM1.4 juta. Persoalannya, dari mana datangnya duit ini?" soalnya sambil menunjukkan bukti salinan bayaran cek berkenaan.
Terdahulu, Saifuddin berkata, Ahli Parlimen yang keluar KEADILAN itu membeli tanah pada 2010 dengan harga RM1.5 juta tetapi gagal membuat bayaran dalam masa 60 hari mengikut perjanjian.

"Saya mendapat salinan perjanjian antara Ahli Parlimen ini dengan pihak yang memiliki tanah. Perjanjian itu dibuat pada Mei 2010. Bayaran mesti dibuat, namun beliau tiada wang," katanya kepada KeadilanDaily di lobi Parlimen, hari ini.

Menyatakan maklumat itu diperoleh daripada pihak tertentu yang bersimpati dengan KEADILAN, Saifuddin berkata: "Kita ada dokumen dan mereka datang menemui saya menyerahkan bukti.

"Selepas membuat kajian, ia memang sah. Data itu adalah dokumen asal dan saya buat salinan.

"Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak tahan melihat lakonan Ahli Parlimen kononnya keluar parti mendakwa kononnya KEADILAN tidak membela rakyat," katanya yang sudah menjangka tindakan individu itu untuk keluar parti.

"Namun, mereka khianat sebab bertanding dan menang atas tiket KEADILAN. Kita sentiasa mempertahankan bahawa mereka yang mengkhianati parti adalah kerana mereka dibeli," kata Saifuddin.

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Wang segala-laganya???

Posted: 09 Mar 2011 09:01 PM PST

HJ. OTHMAN ADAM MENINGGAL DUNIA

Posted: 09 Mar 2011 08:00 AM PST



Berita sedih kami terima petang ini memaklumkan bahawa Tuan Haji Othman Bin Adam, seorang Tokoh Pendidik dan Aktivis Politik Pakatan Rakyat telah meninggal dunia semalam (Selasa 8hb. Mac 2011) jam 6.00 petang lebih kurang di Kuala Lumpur dan jenazah beliau telah disemadikan disana.

Gerbang Keadilan Kuala Pilah pernah menyiarkan artikel berkenaan Allahyarham (http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2008/11/kenali-tuan-haji-othman-adam.html) dalam posting terdahulu.

Dengan iringan doa " Yaa Allah ampunilah dia dan rahmatilah, selamatkanlah dia dan maafkanlah, muliakanlah tempat menginapnya dan luaskanlah tempat masuknya, basuhkan ia dengan air salju dan embun. Bersihklan dia dengan kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian yg putih daripada
kekotoran". Amiin.

bumiperak

bumiperak


TERKINI: Ghadafi lantang dalam suasana cemas

Posted: 09 Mar 2011 12:42 AM PST

Dictator: Libya's leader Muammar Gaddafi has ordered all mobile and landline communications to be cut in Zawiyah, a city of 200,000Wed. 9 Mac 2011 Muammar Gaddafi, Libya's embattled leader, has once again alleged involvement of foreigners in the rebellion against his more than 41-year-old rule.

In an address on State TV , Gaddafi warned of a plot to colonise Libya. As proof, he said his security forces had captured several foreigners during a raid on Monday.
His focus this time was on alleging that foreign influence was driving the rebel movement in this country, and he warned of the potential for colonisation of Libya. As proof, he said his security forces have captured several foreigners during one raid on Tuesday."
"Yesterday, the mosque that the security forces regained power over, they had in this mosque, they had weapons and alcohol has well. Some of them come from Afghanistan, some of them come from Egypt, some of them come from Algeria, just to misguide our children alleging that foreign influence was driving the rebel movement in this country, and he warned of the potential for colonisation of Libya. As proof, he said his security forces have captured several foreigners during one raid on Tuesday.

"Yesterday, the mosque that the security forces regained power over, they had in this mosque, they had weapons and alcohol has well. Some of them come from Afghanistan, some of them come from Egypt, some of them come from Algeria, just to misguide our children," Gaddafi said.

He alleged "foreign forces" were recruiting vulnerable youngsters in Zentain, Az Zawiyah and Benghazi - cities currently being held by rebels ranged against him.

"Those who exhibit weakness are targeted ... Otherwise, why did they not come after you? ... so you see. This means only the scum who could not be strong," he said.

His address came after the rebels served him an ultimatum to step down within 72 hours. "If he leaves Libya immediately, during 72 hours, and stops the bombardment, we as Libyans will step back from pursuing him for crimes," Mustafa Abdel Jalil, head of the opposition National Council, told Al Jazeera on Tuesday.

"Conditions are that firstly he stops all combat in the fields, secondly that his departure is within 72 hours; thirdly we may waive our right of domestic prosecution ... for the crimes of oppression, persecution, starvation and massacres," Jalil said.

Conflicting reports
The offer came amid reports that Gaddafi had sent feelers to the opposition movement, expressing willingness to negotiate his exit. Unconfirmed reports indicated that Gaddafi was willing to step down in return for having war crimes charges against him dropped and a guaranteed safe exit for him and his family.
Libyan leader Muammar Gaddafi said rebels in his country are being drugged and armed by foreign forces [Reuters]
Libya's leader Muammar Gaddafi has ordered all mobile and landline communications to be cut in Zawiyah, a city of 200,000
An airforce jet drops a bomb near Libyan rebel fighters on the outskirts of the oil-rich town of Ras Lanuf on March 8, 2011.
An airforce jet drops a bomb near Libyan rebel fighters on the outskirts of the oil-rich town of Ras Lanuf on March 8, 2011.
Libyan rebel fighters opposing Libyan strongman Moamer Kadhafi fire their weapons at a Libyan airforce fighter jet flying overhead at the entrance to the oil-rich town of Ras Lanuf on March 8, 2011.
Libyan fighters opposing Libyan strongman Moamer Kadhafi fire their weapons at a Libyan airforce fighter jet flying overhead at the entrance to the oil-rich town of Ras Lanuf on March 8, 2011.
Anti-Gaddafi rebels run after an air strike in the eastern city of Ras Lanuf March 8, 2011. Libyan warplanes struck at rebel forces behind the war's eastern frontlines on Tuesday, stepping up the government offensive to roll back their early gains in the insurrection against Muammar Gaddafi.
Anti-Gaddafi fighters run after an air strike in the eastern city of Ras Lanuf March 8, 2011. Libyan warplanes struck at rebel forces behind the war's eastern frontlines on Tuesday, stepping up the government offensive to roll back their early gains in the insurrection against Muammar Gaddafi.

kalam Perantau

kalam Perantau


PAS, melayu dan ….

Posted: 09 Mar 2011 08:50 PM PST

Oleh : Zakaria Ismail

Politik dalam kebanyakan halnya ialah persepsi. Fakta yang salah tetapi dengan propaganda yang sistematik, boleh menjadikan sesuatu fakta itu suatu kebenaran yang tidak dapat diragui lagi kepada kebanyakan rakyat.

Propaganda UMNO untuk mewujudkan persepsi-persepsi berikut terhadap PAS telah mula dipercayai oleh orang melayu;

  • PAS dipergunakan oleh DAP.
  • PAS menggunakan agama untuk capai cita-cita politik.
  • PAS derhaka kepada Sultan.
  • PAS dilihat terlalu berlembut dalam mempertahankan hak istimewa orang melayu.
  • PAS memilih agama, tetapi tidak pedulikan bangsa.
  • PAS asyik nak bangkang sahaja.
  • PAS tak langsung sebut kebaikan UMNO.
  • PAS suka mengutuk orang.
  • PAS tak sesuai dengan jiwa belia dan beliawanis muda.
  • PAS tiada kredibiliti kerana menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan dosa liwat.

Bila UMNO berjaya mewujudkan persepsi-persepsi sebegini, bermakna PAS gagal mengatasi teknik dan sistem propaganda UMNO yang menggunakan seluruh saluran media milik kerajaan dan swasta bagi tujuan tersebut. PAS perlu menjawab dan memberikan fakta-fakta ringkas atau jawapan kepada persepsi-persepsi di atas dengan cara yang diulang-ulang dan ditonjolkan dalam media cetak, elektronik, kenyataan akhbar dan lain-lain saluran maklumat yang menyokongnya pada setiap masa.

Fakta-fakta di bawah perlu disemat dalam pemikiran rakyat secara cermat, berhemah dan berterusan bagi menghilangkan persepsi-persepsi palsu di atas. Isu PAS membela Orang Melayu Islam perlu dipertegaskan kepada pengundi tradisional PAS bagi mengelakkan mereka semakin termakan dengan propaganda UMNO dan BN.

  • PAS dan DAP bekerjasama dalam bentuk menentang kezaliman dan penyelewengan politik yang melampau-lampau oleh UMNO dan MCA. PAS akan ganti UMNO, DAP akan ganti MCA dan tidak timbul DAP ganti PAS.
  • PAS menggunakan saluran politik untuk menegakkan agama Islam. Tanpa kuasa politik, agama Islam hanya terbatas di pejabat agama.
  • PAS hormat dan ada hubungan baik dengan Sultan-Sultan. UMNO nampak saja baik dengan Sultan, tetapi sebenarnya menghapuskan kuasa Sultan dan sampai ada UMNO yang kata 'menatang’ kepada Sultan.
  • PAS bertegas untuk mempertahankan hak istimewa orang melayu sebagaimana 12 janji PAS kepada orang melayu satu dalam konvensyen baru-baru ini. Orang melayulah rakyat yang paling ramai dhaif dan perlu dibantu secara lebih bersepadu. UMNO bukan membantu bangsa Melayu, tetapi mengagihkan projek-projek secara pilih kasih kepada kroni-kroni mereka berbangsa melayu mengikut kaedah 'ali baba’. Sebenarnya UMNO mempunyai siri pengkhianatan yang panjang terhadap bangsa melayu yang kononnya sering dipertahankan.
  • PAS menekankan agama untuk menguatkan bangsa melayu, kerana dengan menjaga prinsip-prinsip agama Islam, bangsa melayu akan kembali kuat dan dihormati.
  • PAS membangkang pembaziran seperti monsoon cup, gejala rasuah dan ketidak-cekapan kerajaan yang melampau sehingga stadium, sekolah dan masjid pun boleh runtuh.
  • PAS sentiasa menghargai inisiatif kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tetapi mengecam inisiatif-inisiatif kebaikan itu disalah-gunakan untuk tujuan lain seperti pembahagian dana kebajikan untuk ugut dan tarik undi semata-mata, dan kontrak e-book dengan harga yang sepatutnya jauh lebih murah.
  • PAS bukan mengutuk tetapi mengecam secara keras semua kezaliman yang dilakukan secara terang dan tanpa berselindung seperti penarikan royalti Terengganu oleh Kerajaan Pusat.
  • PAS mempunyai aktiviti belia yang lebih sihat dan lebih membina jati diri belia masakini berbanding dengan aktiviti belia UMNO yang hanya bertujuan hiburan dan imbuhan semata-mata.
  • PAS menyedarkan orang Islam terutamanya bangsa melayu, bahawa menuduh dan terlibat dalam menyebarkan tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa saksi-saksi yang adil, adalah satu dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah.

Dalam dunia maya pula, blogger-blogger yang terkenal menyokong PAS sudah kurang menjana nilai positif kepada PAS.

  • Ada blogger yang cuba menghakis kredibiliti Presiden PAS dalam blog masing-masing, dengan alasan untuk mendapat kepimpinan baru yang lebih cekap dan dinamik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Ada blogger yang terus menerus menghentam kerajaan perpaduan yang telah ditutup buku dengan terus-menerus menuduh Timbalan Presiden PAS sebagai anasir yang paling jahat yang akan membawa PAS ke pangkuan UMNO.
  • Ada blogger yang terlalu banyak menggunakan bahasa kesat kepada pihak lawan di dalam blog mereka, menyebabkan rakyat atas pagar berundur daripada mendapat maklumat bernas daripada blog tersebut.

Hasilnya, persepsi berikut yang timbul;

  • Presiden UMNO adalah lebih baik, lebih cekap dan lebih amanah daripada Presiden PAS.
  • PAS juga mempunyai klik-klik tertentu dan pimpinan yang tamakkan habuan dunia yang boleh diberikan secara mudah oleh UMNO. Juga menggambarkan Prinsip Islam
  • PAS setengah pimpinan PAS boleh dijual beli.
  • PAS yang suka maki hamun, bukan blogger-blogger tertentu, dan blogger PAS dan UMNO tidak ada beza daripada aspek kutukan melampau-lampau. Dengan itu, rakyat awam lebih cenderung untuk menghadkan bacaan berita daripada Malaysiakini, Malaysian Insider dan sumber rasmi parti seperti Harakah dan Buletinonline sahaja. Ini satu kerugian yang sangat besar.

Kesimpulannya, dalam PRU ke 13, PAS daripada sudut isu perlu lebih agresif menjawab 10 propaganda UMNO di atas. Orang melayu tidak boleh dibiarkan tertipu oleh propaganda UMNO bahawa orang melayu lebih baik dijaga oleh UMNO daripada dijaga oleh PAS. Dan satu lagi, perkelahian sesama sendiri oleh para blogger yang menyokong PAS dan PR perlukan satu 'gencatan senjata’, sekurang-kurangnya sehingga berlangsungnya pilihanraya Umum ke -13. “

Zakaria Ismail ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang


Keputusan Prk N28 Kerdau mengikut saluran

Posted: 09 Mar 2011 05:27 PM PST

Sila klik untuk download keputusan N28 Kerdau