Khamis, 24 Februari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Cara Pantas Nak Popularkan Blog Anda Dalam Google

Posted: 24 Feb 2011 03:11 PM PST

Tag : Komputer

Pernahkah anda para blogger mengalami blog anda tidak dijumpai apabila anda membuat carian menggunakan enjin carian seperti Google?
( Ini biasanya berlaku kepada blog yang baru dibuka)

Baiklah, rata-rata blog atau post yang baru anda publish akan mengambil masa untuk di crawl oleh bot enjin carian. Kalau anda ingin menunggu bot crawl blog atau post anda secara biasa, blog anda akan lambat di indeks selepas 2 minggu.

Ada beberapa cara yang mudah untuk membantu blog anda disenraikan ke dalam enjin carian seterusnya meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda
Di sini terdapat senarai websites yang dapat membantu blog anda di index dengan pantas oleh Google daripada biasa dan dapat menjana traffik serta merta dari enjin carian.

http://www.websiteoutlook.com/www.yourdomain.com
http://www.statbrain.com/www.yourdomain.com
http://www.builtwith.com/?yourdomain.com
http://snapshot.compete.com/yourdomain.com
http://www.aboutus.org/yourdomain.com
http://www.quantcast.com/yourdomain.com
http://www.cubestat.com/www.yourdomain.com
http://whois.tools4noobs.com/info/yourdomain.com
http://www.alexa.com/siteinfo/yourdomain.com
http://www.alexa.com/data/details/?url=yourdomain.com
http://www.siteadvisor.cn/sites/yourdomain.com/summary/
http://whois.domaintools.com/yourdomain.com
http://www.aboutdomain.org/backlinks/yourdomain.com/
http://www.whoisya.com/yourdomain.com
http://www.who.is/whois-com/yourdomain.com
http://www.robtex.com/dns/yourdomain.com.html
http://www.zimbio.com/search?q=yourdomain.com&btnG=Search
http://whois.ws/whois-info/ip-address/yourdomain.com/
http://whoisx.co.uk/yourdomain.com
http://optimizer.builtwith.com/overviewSEODomain.aspx?D=yourdomain.com
http://builtwith.com/keywords/yourdomain.com
http://www.urlappraisal.net/appraisal/yourdomain.com.html
http://www.valuatemysite.com/www.yourdomain.com
http://www.worthbot.com/www.yourdomain.com
http://www.who.is/whois/dokaminkamu.com/
http://bizinformation.org/us/www.yourdomain.com
http://www.yuzoku.com/search.php?form=yourdomain.com
http://websiteshadow.com/yourdomain.com
http://www.peekstats.com/www.yourdomain.com
http://searchanalytics.compete.com/site_referrals/yourdomain.com
http://www.urltrends.com/viewtrend.php?url=www.yourdomain.com
http://www.whois.net/whois_new.cgi?d=syntaxerror&tld=info
http://whois.domaintools.com/yourdomain.com
http://www.aboutus.org/yourdomain.com
http://www.iwebtool.com/pagerank_checker?domain=www.yourdomain.com
http://www.sitetiki.com/yourdomain.com
http://www.statbrain.com/www.yourdomain.com
http://www.builtwith.com/?yourdomain.com
http://www.siteadvisor.cn/sites/yourdomain.com/summary/
http://whoisx.co.uk/yourdomain.com
http://uptime.netcraft.com/up/graph?site=www.yourdomain.com
http://seoarena.org/sh/www.yourdomain.com/
http://tgsc.ru/redirect/hxxp://www.yourdomain.com/.html
http://www.sitedossier.com/site/www.yourdomain.com
http://toolbar.netcraft.com/site_report?url=hxxp://www.yourdomain.com
http://uptime.netcraft.com/up/graph?site=www.yourdomain.com
http://www.quantcast.com/www.yourdomain.com
http://www.protect-x.com/info/www.yourdomain.com
http://www.feedest.com/feedHost.cfm/host/www.yourdomain.com
http://www.urladex.com/index.py?page=url&url=www.yourdomain.com
http://siteadvisor.se/sites/yourdomain.com/summary/
http://www.alexa.com/data/details/main/yourdomain.com
http://searchanalytics.compete.com/site_referrals/yourdomain.com
http://www.statsaholic.com/yourdomain.com
http://www.who.is/whois-com/yourdomain.com/
http://www.whois.ws/whois-com/ip-address/yourdomain.com/
http://www.tagfetcher.com/url/yourdomain.com
http://sitetiki.com/yourdomain.com


Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan "yourdomain.com" dengan nama blog anda kemudian copy dan paste link URL ini ke browser. Itu sahaja!

Anda boleh lakukan ini secara manual,

1. Pertama sekali, copy dan paste link URL ini ke dalam Notepad dan Save.

2. Buka Notepad tadi, kemudian select all dan gunakan fungsi [B]replace all functions[/B] – dengan mengklik tab Edit - Replace youdomain.com dengan nama domain blog anda.

3. Sekarang buka urlopener.com yang berfungsi membuka secara multiple websites

4. Letak kesemua link URL tadi dan klik open all
Selamat mencuba!!!

-ijoks2009-
Thanks to Faiz


Cari N3 lama-lama disini

Blogger Pakatan Diserang !!

Posted: 24 Feb 2011 04:47 AM PST

Tag : Santai
Maaf,gambar sekadar hiasan .tak ada kaitan dengan N3

Assalamualaikum dan salam blogger,sudah agak lama saya tak berziarah kat blog rakan-rakan.Disebabkan kesibukan kerja dan line steamyx yang macam "siput khinzir".Petang tadi saya cuba masuk kat salah satu blog follower, Suara Rakyat Kunak,
(http://suarakeramat1.blogspot.com)

Terkejut tengok posting-posting terkini blog tu ,tak macam selalu yang membincangkan masaalah isu semasa dan politik tapi penuh dengan gambar-gambar seksi.Apekehal??

Setahu saya blog tu blog politik dan pro pembangkang takkan tuan punya blog dah buang tebiat nak posting gambar-gambar macam tu , Anggapan saya mungkin blog tu dah kena serang dan orang lain sudah rampas blog tu dan buat posting-posting merapu tu.

Peringatan untuk  teeman-teman blogger hati-hati ...




Cari N3 lama-lama disini

kalam Perantau

kalam Perantau


Ledakan Kebangkita​n Mahasiswa

Posted: 24 Feb 2011 11:00 PM PST

  1. Mendepani situasi rencam politik dunia dengan skala ricthernya yang agak tinggi serta menyaksikan kebangkitan anak – anak muda yang mendominasi iklim politik dunia hari ini dan rata – rata mereka adalah mahasiswa, nyata tidak ketinggalan rupanya negara kita turut mengalami gegarannya.
  2. Berurutan dengan kejayaan Dewan Pemuda PAS menghimpunkan 30 ribu kekuatan tenaga pemudanya dari seluruh negara di negeri Kedah Darul Aman sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang, kini kita digemparkan dengan kejayaan Pro Mahasiswa di UM, UIA, UKM, UMK, USIM, UMS, UMSKAL, USM Kubang Kerian dan UPSI walaupun Pro Mahasiswa kalah di UTM, USM Penang dan UPM.
  3. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan selamat melaksanakan tanggungjawab serta menunaikan amanah kepimpinan buat adik – adik dari Pro Mahasiswa yang telah memenangi pilihanraya di kampus masing – masing. Semoga kejayaan gemilang itu akan terus membawa mahasiswa bangkit berjuang sekaligus menggalas kecemerlangan ilmu sebagai asas utama kejayaan.
  4. Mahasiswa adalah agent penting bukan sahaja untuk lingkaran politik kampus tetapi juga dalam menentu arah masa depan negara di semua lapangan termasuk politik, ekonomi, budaya dan sosial. Saya mengharapkan kemenangan Pro Mahasiswa dalam arena politik kampus kali ini, benar – benar telah berjaya membebaskan minda mahasiswa dari kongkongan kerajaan sekalipun realitinya mereka masih dikongkong oleh AUKU dan pelbagai peraturan tempatan universiti.
  5. Selepas ini, Mahasiswa diharap mempertingkatkan prestasi kebangkitan mereka untuk terus berjuang menentang AUKU disamping turut memperjuangkan kecemerlangan akademik guna mengangkat izzah mahasiswa sehingga mereka tidak lagi dianggap sebagai boneka kepada mana – mana pihak sebaliknya mempunyai idealisme perjuangan tersendiri , memperjuangkan kebenaran, keadilan dan masa depan negara yang maju dan sejahtera.
  6. Kejayaan ini mesti diterjemahkan dengan kerja gigih, semangat, berani, nekad membawa perubahan dan memimpin idealisme mahasiswa dalam kehidupan mahasiswa di kampus dan juga di luar kampus. Malah penglibatan mahasiswa dalam arus kebangkitan anak muda dewasa ini untuk menentu masa depan negara dan kepimpinannya juga sangat di alu – alukan.
  7. Kami telah lama memperjuangkan agar masyarakat mahasiswa dibenarkan untuk berpartisipasi dengan politik luar kampus agar sentuhan mahasiswa turut mewarnai landskap politik tanahair dan pastinya corak dan frame politik negara lebih menarik terutama golongan mahasiswa adalah mewakili golongan intelek yang matang dan berwibawa.
  8. Telah sampai masanya negara memberi kepercayaan kepada mahasiswa dan menghargai ilmu jua karisma mereka biarpun usia mereka masih muda. Justeru dunia dan politiknya hari ini adalah milik orang muda. Kesuburannya dan Kebangkitan rakyat hari ini juga dipacu oleh orang muda. Malah suara orang muda seperti mahasiswa mula didengar dan dihargai oleh semua.
  9. Sekalung tahniah sekali lagi dari saya dan seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia buat kejayaan anda semua dari kalangan mahasiswa yang nyata tidak pernah mengizinkan diri kalian dipengaruhi oleh mana – mana pihak terutama golongan yang sering mahu memangsakan mahasiswa dengan pelbagai peraturan yang mengongkong minda dan tumbesar jiwa seorang yang mahu bergelar intelektual.
  10. Tahniah !

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan


Calon PAS: Hassanudin di Kerdau, Yuhaizad di Merlimau

Posted: 24 Feb 2011 07:01 PM PST

Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.

Manakala timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

kerdau by election pas announcement candidate 240211Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini. Beliau merupakan bekas calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi. Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Turut hadir ialah timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hasanuddin dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.  Sementara itu, Yuhaizad, 38, juga merupakan timbalan yang dipertua PAS Jasin.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Merlimau Pasir.

merlimau by election pas candidate yuhaizat abdullah 240211 02Berusia 38 tahun, Yuhaizad memiliki Diploma Tasawur Islam dari Pusat Latihan Minda Mahir (ILHAM), Selangor dan juga memperolehi Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Institut Kemahiran Mara, Jasin.

Beliau terlibat di dalam bidang politik sepenuh masa dan adalah anak watan Merlimau serta seorang pemimpin muda yang dikenali ramai, mesra dan mudah dikenali.

Pengalaman luas dalam badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Belia 4B, Pertubuhan Kebajikan seperti Yayasan Amal Malaysia dan persatuan penduduk memastikan beliau menjadi aset kepada rakyat dan negeri sekiranya terpilih mewakili DUN Merlimau pada pilihan raya nanti.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu, Setiausaha PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Yang Dipertua Pas Negeri Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Ketua Pemuda DAP pusat, Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution.

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Abdul Hadi berkata Yuhaizad dipilih berdasarkan kelayakan pendidikan itu, statusnya sebagai anak tempatan dan kerana ia masih muda.

Yuhaizad memegang ijazah dalam pengajian Islam dan sijil dalam kejuruteraan mekanikal. Beliau juga pernah bertugas sebagai pengurus projek pembinaan.

Menurut Abdul Hadi, tidak mustahil untuk PAS menang kerana ia pernah memenangi pilihan raya kecil sebelum ini, sekiranya ia dijalankan dengan adil, begitu juga dengan pihak media.


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ni lah kerja puak2 haramjadah umNO ni ...

Posted: 24 Feb 2011 06:54 PM PST

umNO Pahang rasuah ahli pemimpin Keadilan keluar parti

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan beberapa laporan dalaman parti mengenai usaha tersusun Umno untuk merasuah pimpinan akar umbi KEADILAN supaya keluar parti menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau Mac ini.

Terbaru, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifudin Nasution Ismail, berkata Umno Pahang dikatakan memujuk lima pimpinan cabang parti di negeri itu untuk keluar parti bersama kira-kira 500 anggota.

"Mereka dijanjikan ribuan ringgit dan projek untuk mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat," katanya pada kenyataan media yang dibacakan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media di ibu pejabat parti. Hadir sama, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau adalah yang pertama di Pahang dan ia dilihat menguji sejauh mana sokongan rakyat di negeri itu terhadap kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Saifuddin berkata, parti sedang mengumpul bukti lengkap berkenaan taktik Umno BN dan mendedahkannnya dari semasa ke semasa.

"Ini perlu dipandang serius Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana gejala itu adalah kesalahan serius dan jika SPRM enggan membasminya, ia akan menjadi asam garam politik Malaysia.

"KEADILAN juga akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana anggota parti yang terlibat menerima rasuah dengan menggantung keanggotaan serta-merta sementara siasatan penuh dijalankan.

"Ini keputusan parti sebagaimana yang diputuskan Biro Politik pada mesyuarat 23 Februari lalu," katanya yang kesal berikutan Umno BN setiap kali menjelang PRK menggunakan media untuk melaporkan kononnya ahli KEADILAN keluar parti.

Peliknya, Saifuddin berkata, ada antara yang dilapor keluar parti itu sudahpun lama meninggalkan KEADILAN tetapi dilapor kembali bagi mengelirukan pengundi. -KeadilanDaily

Cerita geli-geli malam ni ...

Posted: 24 Feb 2011 08:55 AM PST


Kata Ismail Sabri menteri KPDNKK
walaupun harga minyak tengah melambung sekarang ni ...
hahaha, itu lah baiknya kerajaan pimpinan najib 1Malaysia ni,

sapa kata najib tak baik?
najib sentiasa mengutamakan rakyat ...
rakyat didahulukan ... rakyat sentiasa diambil berat.
Kerajaan najib amat peka pada kesusahan rakyat,
tidak menaikkan minyak sewenang-wenangnya

najib tahu akan penderitaan rakyat kalau minyak di naikkan
rakyat akan berdemo lagi depan PETRONAS KLCC
rakyat akan berarak lagi dari masjid KLCC ke Menara KLCC
jadi najib tak akan buat semua tu

Sebab ...
rakyat akan marah kalau minyak naik lagi,
bila rakyat marah
maka orang Kerdau marah
orang Merlimau pun marah

hahahahaha minyak tak akan naik lagi walaupun minyak dunia dah naik
bukan sebab najib takut rakyat marah
tapi ...
minyak tak dinaikan
SEBAB PRK MERLIMAU
SEBAB PRK KERDAU ....
sama-sama kita tunggu ....
rakyat bakal ditipu lagi ....
selepas PRK nanti ...

TGNA umum calon Pakatan untuk PRK Kerdau

Posted: 24 Feb 2011 06:53 AM PST

AHa Hasanuddin Salim (Foto : Twitpix YB Fuziah)

TEMERLOH: Bekas Setiausaha Pemuda PAS Pahang, Hasanuddin Salim, 43, dipilih mewakili parti PAS bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di markas induk parti itu di Kerdau, Khamis malam.

Hasanuddin yang berasal dari Kampung Loyang di sini bakal berhadapan dengan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti.

"Ini adalah amanah yang cukup berat, tetapi insya-Allah dengan sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, DUN Kerdau ini akan dirampas oleh PAS.

"Walaupun amanah ini cukup berat, tetapi dengan kekuatan dan iltizam, kita akan bekerja dengan baik untuk rampas DUN Kerdau ini." katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon PAS di sini.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada Sabtu ini -mStar

SEMENTARA ITU DI MELAKA , PAS memilih Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah sebagai calon Pakatan Rakyat PRK Dun Merlimau 6 Mac nanti.

Penamaan calon bagi kedua-dua PRK akan di adakan pada Sabtu 26 Feb nanti.

Protes anti Taib Mahmud di London dan Ottawa

Posted: 24 Feb 2011 05:06 AM PST

Taib Mahmud's worst nightmare is begining to unfold as planned protests in London and Ottawa against injustices to indigenous communities get underway.

KUCHING: As regimes fall and more disgruntled citizens rise against oppressors, Sarawak is seeing its own revolt against "corrupt" Chief Minister Taib Mahmud.

International human rights and environmental campaigners abroad are organising protests in London and Ottawa (Canada) against Taib's plundering ways.

The campaigns are seen as a likely start to a series of protests against the injustices perpetrated against the indigenous communities in Sarawak and the massive raping of the Borneo rainforest.

The announcement of the protests comes on the back of the Swiss-based Bruno Manser Fund's (BMF) latest revelation that Taib and his family's wealth is directly linked to companies in eight countries around the world.

The BMF blacklist noted 13 companies in Malaysia alone with his own Cahaya Mata Sarawak (CMS) leading the pack. CMS allegedly holds a monopoly on projects in Sarawak

In Australia and Canada, Taib is linked to 10 and nine companies respectively. His other companies are in Hong Kong (seven), US (four), British Virgin Islands (three) and Jersey (one).

Campaigners in London and Ottawa are expected to flag these facts as they decry Taib's land and development policies which have stripped dry its once rich rainforest and left its people landless and poor while he wallows in wealth.

It is now an internationally known fact that Sarawak is the the third poorest state in Malaysia despite being a oil and gas hub.

Both in London and Ottawa, campaigners are expected to hold their protests on Feb 28 in front of Taib-family-owned buildings.

In London, the protest, jointly led by Radio Free Sarawak deejay Peter John Jaban a native Sarawakian and online portal Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown, will be held in front of the Ridgeford Properties Ltd building.

No protest in Miri

In Otawa, the protest will be held outside Sako Corporation. The Ottawa protest will be headed by Mutang Urud, an indigenous leader from Sarawak.

Mutang has been living in exile in Canada since the early 1990s.

He was arrested and placed in solitary confinement by the Taib government in February 1992 for running the Sarawak Indigenous Peoples' Association (SIPA).

On Dec 10, 1992, Mutang spoke before the 47th UN General Assemly in New York about the plight of Sarawak's indigenous peoples

Both Sako Corporation and Ridgeford Properties are listed in BMF's blacklist of 49 companies linked to Taib.

BMF has also incidentally called on all eight governments to freeze Taib's assets in these countries. - MORE

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FOTO PENGUMUMAN CALON PAS DI KERDAU, CALON UMNO JIKA `SYEIKH AL AZHAR' PUN KITA AKAN LAWAN

Posted: 24 Feb 2011 08:00 PM PST

GAMBAR PENAMAN CALON PAS KERDAU.PULUHAN RIBU HADIR DI PENAMAAN CALON KERDAU











(Foto: Ihsan dari Wartawan Rasmi Laman Reformasi)

Oleh: WFAUZDIN NS

HASSANUDDIN Salim akhirnya menjadi pilihan PAS untuk mewakili PR di dalam PRK Dun Kerdau pada 06 Mac nanti. Pada penamaan calon 26 Feb nanti, kemungkinan besar pertandingan dua penjuru di antara beliau dengan calon Umno/Bn iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan Penasihat Agama kepada MB Pahang.

Kita tidak memperdulikan samada benar atau tidak bahawa dakwaan sesetengah pihak bahawa calon Umno tersebut memiliki sijil Al-Azhar yang palsu, walaupun dinafikan oleh Adnan Yaakob selaku MB Pahang. Pada kita, walaupun Syed Ibrahim adalah Syeikh Al-Azhar sekalipun, selagi beliau bersekongkol dengan parti sekular dan menentang Islam, zalim, tidak berlaku adil, meneruskan kerja-kerja mungkar maka kewajipan kita adalah menentangnya. Soal kalah menang kita letakkan di nombor dua.

Apa yang penting, PAS bersama PR mestilah berusaha memperbetulkan tanggapan rakyat yang masih percaya bahawa Umno/Bn adalah sebuah parti yang benar, adil dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Rakyat di Kerdau khususnya mungkin terpedaya dengan kebaikan Umno sepanjang kempen ini nanti kerana Umno akan melakukan apa jua yang dikehendaki oleh rakyat di saat itu hanya kerana mereka mahukan kuasa. Umno akan menaburkan peruntukan demi peruntukan ketika itu, pemimpin Umno tidak lagi berat kaki untuk mengharung semak samun, sungai dan bukit untuk menemui pengundi. Jika diminta mencuci kain hatta mencuci tandas sekalipun mereka sanggup lakukan.

Rakyat di Kerdau mungkin ramai yang tidak tahu berapa duit yang masih ada dikantung Kerajaan Negeri Pahang sekarang. Mereka juga mungkin tidak perasan bahawa di negeri mereka tersergam di atas bukit sebuah Pusat Perjudian terbesar di rantau ini. Ada di antara mereka tidak tahu ke mana hilangnya kawasan balak yang suatu ketika dahulu adalah aset amat berharga di Pahang. Bukan sedikit yang tidak mengetahui betapa warga Felda sebenarnya mampu hidup lebih mewah sekarang ini jika tidak kerana adanya penyelewengan di dalam felda.

Itu semua mesti diterangkan kepada mereka. Hampir 90 % pengundi di Dun Kerdau adalah terdiri dari kaum Melayu. Kesihan lah kepada mereka yang sejak dulu, kini dan mungkin selamanya akan terus diperbodohkan. Mereka bukan seperti ayam daging yang diberi makan sehingga kenyang, kemudiannya akan disembelih. PAS bersama PR berkewajipan untuk menyelamatkan mereka dari terus diperhambakan./wfauzdin.blogspot.com

PERAK - `JANGKA HAYAT' ZAMBRY SEMAKIN HAMPIR

Posted: 24 Feb 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BEKAS Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda yang dikatakan oleh Adun PAS Titi Serong, YB Idham Lim adalah sebagai orang yang pernah membuat akuan sumpah dan melapor kepada SPRM bahawa beliau (Fauzi) pernah mahu dibeli oleh Umno dengan harga RM 50 juta sewaktu beliau berada di dalam PKR. Fauzi ini lah yang kini mendakwa terdapat jutawan segera di kalangan pemimpin PR sewaktu PR memerintah Perak.

Adakah tuduhan orang seperti ini boleh dipercayai? Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham mencabar beliau agar membuktikan tuduhan tersebut dengan menamakan jutawan segera seperti dakwaannya itu. Nampaknya mereka masih tidak puas hati dengan PR walaupun mereka telah berjaya meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat di Perak itu. Ini lah gangguan mental di kalangan mereka yang Allah tidak akan memberikan ketenangan di jiwa mereka setelah merampas kerajaan pilihan rakyat dengan mendirikan kerajaan melalui proses mahkamah.

Bagaimana mungkin wujudnya jutawan segera sepanjang PR memerintah di Perak, sedangkan tiada satu kes pun yang melibatkan rasuah ketika itu. Tuduhan bahawa semua MP dan Adun PR menerima balak ketika Nizar menjadi MB Perak adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal samasekali. Mereka sengaja untuk memberikan imej yang tidak baik kepada PR kerana mereka sedar bahawa di dalam PRU Ke 13 nanti, jangka hayat Umno/Bn di Perak pasti berkubur. Rakyat di Perak tidak sabar lagi untuk mengembalikan kuasa kepada PR. Justeru itu, walaupun dicabar banyak kali Zambry masih enggan membubarkan Dun Perak untuk menyerahkan semula kepada rakyat kerajaan negeri yang mereka mahukan.

Fauzi mendakwa terdapat 8 pemimpin kanan PR menjadi jutawan dalam tempoh 11 bulan PR memerintah Perak. Lantaran itu, 8 NGO telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 20 Februari lalu meminta pihak berkuasa menyiasat pendedahan Fauzi. Kita akan menanti apakah hasil siasatan itu nanti. Di samping itu, kita jangan lupa bahawa PR juga telah membuat laporan kepada SPRM sebelum ini tentang 4 Adun dari PR yang telah keluar parti menjadi Adun Bebas yang didakwa menerima wang. SPRM mesti menyiasat kesemua aduan tersebut dengan adil dan telus.

Percayalah, tempoh hayat kerajaan yang dibenarkan oleh mahkamah ini akan tumbang selepas PRU Ke 13 nanti dan Perak akan kembali berada di bawah kerajaan baru yang dipilih oleh rakyatnya sendiri. Mereka tidak boleh selamanya berada di kerusi `haram' tersebut kerana bahangnya teramat panas. Jika tidak, masakan sampai sekarang mereka masih takut kepada bayang-bayang mereka sendiri./wfauzdin.blogspot.com

PENANTIAN DI KERDAU SUDAH TERJAWAB

Posted: 24 Feb 2011 07:30 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KITA telah menemui jawapan di Kerdau. Di sebalik ramai yang meramalkan Pesuruhjaya PAS Pahang Us Tuan Ibrahim Tuan Man bakal dicalonkan sebagai calon PAS di PRK Dun Kerdau 06 Mac nanti, Mursyidul Am PAS telah mengumumkan sebentar tadi bahawa Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim sebagai calon PAS di kawasan tersebut.

Pengumuman tersebut dibuat di dalam ceramah yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, sebentar tadi. Saya menerima maklumat ini melalui Face Book rakan-rakan yang turut menghadiri ceramah tersebut. Hasanuddin berasal dari Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Sewaktu artikel ini saya siapkan, saya masih menanti siapakah pula calon PAS yang terpilih di PRK Dun Merlimau. Saya tidak risau sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh PAS kerana saya tahu PAS mempunyai ketetapan yang tepat di dalam memilih calon. Inilah kelebihan PAS jika dibandingkan dengan mana-mana parti politik lain di negara ini. PAS sentiasa mementingkan calon yang bersih, berwibawa dan berakhlak tinggi.

Kita tunggu pula siapakah calon PAS di PRK Dun Merlimau./wfauzdin.blogspot.com