Khamis, 10 Mac 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Islam Komunis : Bagaimana Candu bercampur dengan agama?

Posted: 10 Mar 2011 12:54 AM PST

Karl Marx telah duduk membaca berbulan-bulan dalam Perpustakaan Nasional London untuk menghasilkan buku Das Kapital. Dalam buku-buku tulisan Karl Marx dia telah menerangkan bahawa agama adalah candu untuk umat manusia. Saya cukup yakin tulisan Karl Marx ini tidak lengkap.

Saya tidak perlu duduk berbulan-bulan di Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa tulisan Marx ini tidak lengkap. Saya tidak perlu membaca bertimbun-timbun buku untuk membuat kajian. Tidak perlu membuat kaji selidik untuk membuktikan bahawa kenyataan Karl Mark ini hanya setengah betul.

Saya hanya perlu membaca akhbar-akhbar Malaysia terutama akhbar Melayu arus perdana. Melalui pembacaan akhbar Melayu ini saya berani menambah satu lagi ayat tentang agama: di Malaysia agama bukan hanya candu tetapi telah dijadikan topeng.

Minggu ini saya terbaca berita dari akhbar Melayu tentang seorang gedebe polis yang telah ditahan kerana tuduhan rasuah. Gedebe polis ini akan dibicarakan. Ertinya kita belum tahu sama ada dia bersalah atau tidak. Saya bukan ingin membuktikan salah benar si gedebe ini. Saya hanya ingin menunjukkan bagaimana Karl Marx kerana tidak tinggal di Malaysia maka kajiannya tentang agama tidak lengkap.

Sebelum tangkapan dilakukan, si gedebe polis ini telah mengadakan sidang akhbar tergempar dengan tergesa-gesa. Kenapa tergempar? Saya yakin mungkin ramai pembaca yang kurang jelas apakah makna dan tanda sidang akhbar tergempar ini.

Akhbar arus perdana telah memberi sudut laporan tentang si gedebe ini telah cuba menerangkan duduk perkara sebenar-benarnya. Si gedebe ini membuat kenyataan bagaimana dia sedang dijadikan 'mangsa' perebutan 'harta perang' dalam kontinjen gedebe-gedebe polis. Dia dituduh melakukan rasuah. Untuk saya, ini sudut laporan berita yang tidak tepat.

Jangan salah baca – agenda rasuah polis ini bukan sesuatu yang menggemparkan. Ini telah diketahui oleh orang ramai. Berita tentang polis rasuah bukan satu yang baru. Berita ini telah bergantang-gantang keluar dan dilaporkan berbulan-bulan lebih awal di blog-blog. Malah surat-menyurat dan surat 'samun' para gedebe-gedebe ini juga telah ada dipaparkan dalam pelbagai blog.

Sidang akhbar tergempar ini ialah tentang umrah. Sidang akhbar ini dirancang untuk memberitahu kepada orang ramai terutama orang Melayu bahawa si gedebe polis yang memiliki harta karun ini hendak pergi berumrah. Umrah adalah induk dan inti cerita yang ingin disampaikan dalam sidang akhbar tergempar ini.

Kepada orang kampung saya di Jelebu, umrah ini dipanggil haji kecil. Haji kecil ini ialah salah satu dari kerja ibadah yang dituntut oleh agama Islam. Ianya bukan wajib tetapi untuk Muslim yang berkemampuan – ada modal dan dana - maka membuat umrah ini digalakkan.

Di sidang akhbar itu, si gedebe ini berkata "jangan ganggu saya kerana saya ingin ke umrah". Inilah sebenarnya isi dan inti sidang akhbar tersebut. Bila kata-kata ini dilafazkan si gedebe ingin menyalurkan maklumat terutama kepada orang Melayu bahawa dia seorang yang alim lagi warak. Pengikut agama yang jujur. Mukmin yang kudus lagi taufus.

Perkataan umrah ditaburkan bertujuan untuk mengolah persetujuan pembaca bahawa – tidak mungkin orang yang ke umrah terlibat dalam hal rompakan atau jenayah. Perkataan umrah bergerak di bawah sedar secara halus untuk meyakinkan orang ramai bahawa si gedebe ini suci bersih. Insan yang putih. Lebih putih dari putih, seputih sabun Breeze.

Pembaca dan orang ramai terutama orang Melayu apabila mendengar bunyi perkataan Arab seperi umrah maka dengan serta-merta akan menganggap sesiapa yang bersangkutan dengan perkataan ini adalah insan suci. Insan suci ini tidak mungkin terlibat dalam rompakan atau jenayah. Malah tidak mungkin insan ke umrah akan terlibat dalam kerja-kerja berat seperti menerima rasuah. Di sidang akhbar tergempar ini, perkataan umrah bergerak di bawah sedar secara halus membawa makna kesucian dan ketakwaan terhadap Yang Maha Esa.

Ini adalah bukti bagaimana agama telah digunakan secara licik untuk menjadi topeng pendinding.

Ke umrah ini bukan hanya di monopoli oleh gedebe polis ini. Orang-orang politik juga sering menggunakan perkataan Arab ini sebagai sabun dan seterika untuk melahirkan 'baju-baru'. Seperti sabun Breeze atau sabun cap kapak, umrah telah digunakan untuk membersihkan diri setiap kali si politikus menghadapi masalah politik.

Saya masih ingat lagi apabila Musa Hitam meletakan jawatan ada berita yang menyatakan dia 'ke umrah' walaupun tidak lama kemudian dia muncul di London. Seorang politikus perogol budak di bawah umur juga telah 'ke umrah' dengan dihantar oleh para macai dan balachinya di lapangan terbang apabila tuduhan 'rogol' mula tersebar luas di media.

Ke umrah, berumrah atau di umrah - telah dijadikan satu tanda suci dalam budaya Melayu Baru. Ini samalah seperti satu ketika dahulu bagaimana perkataan Haji dan Hajah telah digunakan sebagai nama tambahan. Ini juga ada satu pengolahan persetujuan agar tambahan Haji/Hajah ke atas nama itu akan membawa makna si pembawa nama ini adalah insan kamil lagi warak.


Malah saya juga pada satu ketikan dahulu terperangkap dengan nilai tambahan nama Haji/Hajah sehinggalah saya tinggal di Timur Tengah. Nilai ini pecah berderai apabila saya mendengar bahawa perkataan 'Ya Haji' ini digunakan oleh orang Arab untuk memanggil para pelayan tua dan muda yang tidak diketahui namanya. Samalah seperti kita memanggil Mat Saleh - hey Mike!. Atau memanggil anak-anak muda - Alo...Bai! atau Yo...Bro!.

Beberapa hari sesudah sidang akhbar tergempar gedebe polis ini, saya terbaca susulan berita tentang gedebe ini dihadapkan ke mahkamah. Saya tidak tahu sama ada membawa gedebe ini ke mahkamah atas tuduhan rasuah sama seperti membawa Eric Chia ke mahkamah. Membawa gedebe-gedebe ke mahkamah ini hanyalah satu 'sandiwara ulangan' untuk mengolah persetujuan kerana pilihannya akan diadakan tidak lama lagi.

Akhbar sekali lagi, sama seperti kes Eric Chia dahulu telah berbondong-bondong membuat laporan muka hadapan. Sekali lagi akhbar arus perdana kita terlalai kerana sudut berita kesucian dan kemusliman gedebe ini telah gagal dijadikan induk berita.

Apa sebenarnya yang diminta oleh peguambela gedebe ini? "Tolong jangan rampas pasport orang yang di tuduh." Jangan rampas pasport, kerana apa? Kerana orang yang dituduh hendak menunaikan fardhu haji pula. Hahahah. Mula-mula hendak pergi umrah kini hendak pergi naik haji pula.

Lihat dan pandang bagaimana agama telah dijadikan topeng dan dinding. Ibadah umrah tidak diwajibkan. Pergi menunaikan fardhu haji adalah satu yang wajib kepada Muslim yang memiliki keupayaan dana dan modal. Jika betul laporan akhbar, si gedebe ini ada memiliki harta karun yang lumayan. Maka gedebe ini wajib ke menunaikan ibadah haji di Mekah.

Ibadah haji telah digunakan untuk membuat tuntutan agar pasport gedebe ini tidak dirampas. Wah! Hebat. Bagaimana kalau misalnya Samy Vellu ditahan atas tuduhan rasuah, apakah dia boleh meminta agar pasportnya tidak dirampas kerana dia ingin ke Benares dua bulan sekali mengikut pasang surut air sungai Ganges di India? Dan bagaimana pula agaknya seorang Arab dari Arab Saudi yang ditahan di penjara Pudu atas tuduhan merosakkan sebuah hotel di Bukit Bintang? Bolehkah Tok Arab ini merayu agar pasportnya tidak dirampas kerana dia ingin ke Mekah?

Untuk saya semua ini karut bin marut. Di sini terbukti bahawa kenyataan Karl Marx tentang agama tidak lengkap. Agama hari ini sedang dijadikan topeng dan sabun untuk membersihkan diri dari dilihat sebagai penjenayah. Kesian Karl Marx, Phdnya dari Universiti Berlin tidak dapat mencakupi budaya Melayu Baru di Malaysia.

SIAPA AYAH PIN,SIAPA SYIAH, DAN SIAPA ISRAEL ZIONIS?

Posted: 09 Mar 2011 11:55 PM PST




Membangkitkan Isu Freemason di Malaysia.

Pada 25 Oktober 1978, seluruh ahli parlimen Barisan Nasional digemparkan dengan killer question daripada Tuan Guru. Ketika itu Tuan Guru adalah ahli parlimen bagi Pengkalan Chepa dan ketika itu juga Perdana Menteri ialah Tun Hussein Onn.

Apabila tiba gilirannya, Tuan Guru membangkitkan suatu soalan tentang pertubuhan Freemason di Malaysia. Di dalam soalannya itu Tuan Guru mempersoalkan "Mengapa kerajaan Malaysia tidak mahu mengharamkan pertubuhan itu yang semua orang telah jelas bahawa ia bercanggah dengan akidah Islam."

Tuan Guru juga mendedahkan sehingga 1977, sebanyak 55 pertubuhan Freemason (lodges) berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 . Dan keanggotaannya telah pun mencapai 2,984 ahli. Tuan Guru juga menimbulkan rasa khuatirnya dengan mengatakan golongan yang terlibat bukanlah calang-calang orang, ahli-ahlinya terdiri dari individu-individu elit dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

Dan yang paling mengejutkan, apatah lagi Tuan Guru sendiri, Tun Hussein Onn ketika menjawab soalan itu mengatakan kerajaan tidak bercadang langsung untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) walaupun mengakui ianya bercanggah dengan akidah Islam.

Bimbang sekiranya Tuan Guru akan bertanyakan soalan yang sama kepadanya, Dr. Mahathir bingkas membuat suatu ucapan panjang lebar di perhimpunan Agong UMNO yang ke-33 pada 10 September 1982 selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kecaman berterusan PAS ketika itu terpaksa membuatkan Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dan setiausaha politiknya dengan pertubuhan Freemason. Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan ahli-ahli Freemason telah pun menjadi pekerja-pekerja sukarela UMNO dalam pilihanraya umum sejak 1974 lagi.







Ketidakupayaan PAS era 1980-an Menghalang Pendedahan

PAS tidak berupaya mendedahkan hal ehwal Freemason dalam pentadbiran kerajaan, ini mungkin disebabkan bilangan ahli parlimen yang sedikit dan tiadanya saluran media elektronik untuk mereka. Isu Freemason sepi begitu sahaja.

Hal ehwal keterlibatan Freemason dengan pentadbiran Malaysia hanya berjaya disalurkan melalui ceramah-ceramah di Kelantan dan Kedah. Itupun bukannya ramai yang mendengar, dan yang dengar pun mungkin tidak faham.

Mahathir Mudah Lupa

Dr. Mahathir selalu mengatakan Melayu Mudah Lupa, tetapi dia sendiri mudah terlupa. Apabila isu soalan Nik Aziz tentang Freemason sudah tidak kedengaran lagi di parlimen, maka Dr. Mahathir fikir isu Yahudi itu pembangkang sudah lupa.

Namun malapetaka menimpa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir, apabila pihak pembangkang menyerang semula dengan pendedahan suatu maklumat berkenaan keterlibatan Dr. Mahathir dengan Yahudi Freemason.

(Gambar) Lord Saatchi, CEO Saatchi & Saatchi

Pada tahun 1986 pembangkang mendedahkan bahawa Dr. Mahathir telah membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi yang bernama Saatchi & Saatchi untuk membantu UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986.

Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. Pada ketika itu, penasihat Ronald Reagen adalah rakan karib Dr. Mahahtir iaitu Dr. Henry Kesingger.

Dalam tahun yang sama juga, Mahathir telah terbang ke US mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissengger di New York. Pertemuan ini disahkan oleh Prisiden ISIS ketika itu iaitu Dato' Dr. Nordin Sophie.

Kemudian setahun selepas itu pada 6 Mac 1987, Dr. Henry Kissingger telah terbang pula ke Malaysia dan mengadakan perbincangan tertutup di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan yang dikendalikan oleh ISIS ini dinamakan 'Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur'.

Isu Freemason Kembali Sepi

Isu Freemason tidak lagi kedengaran kini dalam akhbar-akhbar barisan alternatif, namun saya percaya pasukan risikan pembangkan sedang mengumpul maklumat-maklumat yang penting. Ketika berjumpa Nik Amar Nik Aziz (anak Tuan Guru Nik Aziz) dua tahun lalu, saya berusaha mendapatkan maklumat berkaitan pertubuhan Freemason di Malaysia, namun gagal.

Mungkin Nik Amar fikir ia belum masa yang sesuai untuk mendedahkannya walaupun ianya pernah didedahkan pada 1978 dahulu. Seakan-akan mahu saya memahami situasinya itu, saya mengubah topik perbualan berkaitan sekolahnya itu.

Tapi saya yakin beliau akan memperkatakan juga tentang itu, kerana Nik Amar kini adalah wakil ucapan bapanya sekiranya bapanya itu tidak dapat menghadiri sebarang majlis ceramah.

Freemason di Malaysia telah pun bertapak sejak zaman perlantikan Residen Inggeris di Tanah Melayu. Antara tokoh Freemason di Tanah Melayu ialah Sir Andrew Clark (Residen Perak), Sir Stamford Raffles, Sir Francis Light dan banyak lagi. Malah ibu pejabat Freemason bagi Asia Pasifik masih berdiri teguh sekarang di Singapura.




Sebegitu jauh Tuan guru memperjuangkan agamanya tapi sayang gerombolan merosakkan segala - galanya hingga tergamak mendidik seorang anak gadis melayu yang rosak akhlaknya agar mencerca Tuan Guru yang tekad mendidik anak bangsa.


Kenali Siapa Farahana Jamaludin Yang Samakan Nik Aziz Dan Ayah Pin


...keratan akhbar semalam...

Dari facebook sebelum ianya ditukar

Low class la Pertubuhan Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) apabila Pengarahnya lagu nie.

dah rupe gaya perempuan simpanan pengikut ayah pin minah nie?

... cermin diri dulu sebelum kutuk ulama'..... - dppwm
Dimanakah keperibadian anak melayu,hancur sehancur - hancurnya di perlakukan oleh UMNO yang merelakan Zionis memperkosa anak bangsanya sendiri!



Pada ketika ahli - ahli Parlimen di gantung kerana cuba menentang Zionis APCO kini pengikut mazhab syiah pula di tangkap kononnya di tuduh sesat.Apa sudah jadi dengan kerajaan UMNOPCO,adakah plan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu air dan isu APCO dah terbarai? sebab kalau di fikirkan syiah bukan masalah besar di malaysia berbanding dengan ajaran - ajaran sesat yang lain termasuk yang pernah di lakukan dek Zambry Kader.

Selama 50 tahun kebelakangan ini pun lebih 80% dari umat islam di malaysia mengamalkan cara hidup dan budaya syiah contohnya kalau kita lihat di kampung - kampung masih ada lagi di antara mereka yang masih menyambut hari asyura dan hari karbala dan apabila tiba hari perayaan tersebut maka mereka akan memasak bubur asyura bagi meraikan hari tersebut.Takde pun ada mana - mana ulama yang kata ini sesat dan tak de pula mana - mana jabatan agama nak tangkap diorang.

Syiah adalah sekadar mazhab manakala agamanya pula adalah islam mungkin kewujudan kumpulan - kumpulan pelampau dalam mana - mana mazhab pun menyebabkan ia akan kelihatan menyeleweng.Dari asal sejarahnya Syiah adalah nama yang di reka oleh orang yahudi untuk menggelarkan penyokong - penyokong setia Saidina Ali.Golongan amat mementing ketinggian ilmu sama seperti saidina ali hingga ada yang melampau sehingga mengagung - agungkan saidina ali.

Nampaknya kalau kita lihat dari sudut global Syiah Adalah Islam manakala Musuh Syiah yang nombor satu adalah Zionis Israel sama seperti Sayyid Hasan Nasarallah dan juga Mahmoud Ahmadinejad.Jadi adakah Zionis sudah bagi arahan pada UMNPCO untuk memerangi Syiah di malaysia.Penganut dan negara yang mermazhab syiah adalah negara Islam,kalau negara ini negara ajaran sesat mengapa Pakistan,Iran dan Lebanon boleh di terima menjadi ahli OIC.

Tetapi realitinya di sini kalau kita lihat ajaran syiah ini amat menarik minat anak - anak muda ini kerana ajaran syiah menentang imperialis anglo-amerika manakala sunni cara Arab Saudi mengajar semua orang jadi barua Amerika dan Israel,kerajaan syiah Iran bangun menentang kuasa imperialis Amerika,Tetapi sunni Arab Saudi pula tunduk dan menyembah Amerika dan Israel.

Tetapi Syiah mengajar anak - anak muda supaya bangkit dan musnahkan Israel dan barua - baruanya (termasuk UMNO) dari peta dunia apabila prinsip Politik syiah itu bersifat menentang Amerika dan Israel tetapi Sunni Arab Saudi pula menyokong Amerika dan Israel contohnya kita sendiri lihat Mesir dan Jordan sendiri mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram ini.

Apabila palestin di zalimi dan di robek - robek oleh Anak - anak haram Zionis. golongan sunni ini di lihat berdiam diri dan berpeluk tubuh, tetapi yang tegar membekalkan senjata dan bantuan kewangan kepada Pejuang - pejuang Palestin adalah Syiah.Mungkin kita masih ingat lagi ada beberapa pejuang - pejuang Palestin yang di tangkap apabila cuba menyeludup senjata buatan Iran ke Ramallah di berapa lama dahulu dan george bush menuntut supaya pemimpin Palestin menjawab tentang penyeludupan itu.

Tapi kini di hadapan kita adalah golongan sunni yang menjadi barua Amerika dan Israel sama dengan sunni Arab Saudi.Mereka adalah UMNOPCO,kita sendiri telah saksikan bagaimana Zahid Hamidi ke Tel Aviv dan berbincang secara tertutup dengan Ehud Barak.Kita sendiri lihat bagaimana dua orang agen MOSSAD yang di tahan kerana menceroboh ibu pejabat polis Bukit Aman di lepaskan begitu sahaja.

Kita sendiri lihat perlakuan kerajaan UMNO/BN adalah persis siapa hingga kita tak perlu untuk ke baitulaham,jenin atau pun ramallah untuk melihat pengusiran kejam oleh Israel.Kita hanya perlu saksikan sendiri pengusiran yang di lakukan di kampung Chu badak,kampung melayu Ampang,kampung Berembang dan Rimba Jaya.

Mereka - mereka ini khususnya orang melayu islam di usir dengan cara yang amat zalim sekali,rumah - rumah mereka di robohkan oleh jentolak dan bulldozer dan sebelum itu dalam TV3 suku mereka gah berkata yang mana penduduk - penduduk yang dah tinggal di kampung ini hampir 100 tahun adalah setinggan dan pendatang.Ia nya persis perlakuan Zionis Israel di tebing Gaza yang mengusir penduduk palestin dan mendakwa penduduk palestin adalah pendatang dan pelarian.

Manakala polis,FRU dan Cawangan Khas di gunakan untuk melakukan kekerasan dan kekasaran ke atas penduduk - penduduk yang di usir,perlakuan ini persis seperti yang di lakukan oleh tentera dan polis israel di Jenin dan tebing Gaza.Tidak kurang pula "Abang Long" dan "Abang Ngah"(Pekida) yang bertindak sebagai gangster yang bertujuan untuk menakut - nakutkan penduduk kampung juga persis dengan dua gangster yahudi yang berkerjasama dengan regim zionis untuk menghalau penduduk palestin iaitu "Irgun" dan "Haganah".

Kita tak perlu ke Gaza untuk melihat pembunuhan beramai - ramai tapi cukup sahaja kita lihat kezaliman di kampung memali.Kesan tembakan pada dinding sekolah semuanya masih jelas dan tidak ada satu pun negara di dunia ini yang menangkap seluruh penduduk kampung termasuk wanita,orang tua dan kanak - kanak dan memenjarakan mereka melainkan Zionis Israel. Tetapi kita tak perlu hairan yang fenomena itu ada di memali.Cuba fikirkan daripada siapakah mereka(UMNO) belajar semua ini?

Mereka kata ajaran syiah mendakwa hanya mereka sahaja yang betul tapi cuba lihat apa yang mereka (UMNO) lakukan seperti rasuah,penyelewengan kuasa, kezaliman, dan pembunuhan yang di nafikan,tidakkah ini juga menunjukkan yang mereka(UMNOPCO) lebih teruk daripada syiah.sekurang - kurangnya syiah tak ajar pengikutnya rampas tanah orang,sekurang - kurang syiah tak ajar pengikutnya menipu orang dan rasuah.




Sekarang maka jelaslah di hadapan mata kita yang mana mereka - mereka ini adalah barua - barua kepada Zionis Israel.Oleh itu apa lagi yang kita tunggu kita di halalkan untuk bangun memberontak kerana di hadapan kita adalah barua kepada musuh no.1 Umat islam iaitu Israel Zionis.Mungkin ada di antara kita anak - anak muda bukan di kalangan syiah,sunnah, mahupun khawarij.Mungkin ada antara kita adalah di kalangan Para Revolusioner dan juga Mujahid yang bangkit memberontak untuk menuntut keadilan atas segala kezaliman yang di lakukan oleh keparat - keparat seperti UMNO yang menjadi kuda tungangan Israel Zionis.

ADAKAH PKR DAN UMNO SAMA SAHAJA?

Posted: 09 Mar 2011 11:42 PM PST

Dari pena sahabatku Edyes:



Salam Keadilan,


Pagi tadi kedengaran satu berita yang sedikit mencuit hati dan perasaan di mana sebuah parti dari gugusan Pakatan Rakyat telah mendesak supaya SPR bertindak di atas aduan yang melibatkan jual beli undi ketika dua pilihanraya kecil berlangsung serentak baru-baru ini. Petikan berita adalah seperti di bawah;

"Keputusan pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau yang baru sahaja berlangsung pada 6 Mac lalu sememangnya telah diduga. Selain menyedari dua Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut adalah kubu kuat BN kita dapati imbuhan keterlaluan telah dilemparkan kepada pengundi. KEADILAN mendesak supaya SPR dapat bertindak dengan bebas dan berkecuali serta peka terhadap aduan-aduan yang diajukan oleh kedua-dua belah pihak secara adil dan telus. - keadilandaily.com"

Mencuit hati dan perasaan ialah apabila mengenangkan sejak bila SPR bertindak adil dan saksama terhadap parti bertanding dalam pilihanraya kecil/besar selain daripada memberi jalan mudah kepada parti pemerintah. Juga apa yang lebih melucukan ialah apabila teringat pengalaman yang dilalui oleh saya ketika menghadapi proses pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang berlangsung pada akhir tahun lalu - Pemilihan 2010.

Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila banyak kepincangan berlaku tetapi hanya dianggap sebagai kelemahan Pemilihan 2010. Baiklah, sebagai langkah pertama memperkenalkan 'satu ahli satu undi' oleh sebuah parti yang paling muda dalam arena politik tanahair pastinya banyak kelemahan yang sukar dielakkan dan boleh diperbaiki dalam pemilihan akan datang. Namun malangnya kepincangan yang berlaku itu turut menjurus kepada penipuan untuk memenangkan kumpulan 'wahyu' dalam chai salah seorang calon timbalan presiden.

Subjek penipuan ini tidak mahu saya sentuh setelah beberapa entri sebelum ini cukup banyak mengutarakan betapa keadilan itu dituntut dalam parti Keadilan. JPP sebagai badan bertanggungjawab menutup tirai Pemilihan 2010 dengan pahat yang masih kuat berbunyi.

Salah seorang calon bagi jawatan Ketua AMK telah bertindak tidak mengiktiraf keputusan Pemilihan 2010 dengan dikepil bersama 7 muka surat aduan penyelewengan dan juga menyediakan beberapa saksi untuk disoal-siasat. Walaupun dijanjikan akan siasat dalam masa 2 minggu oleh Setiausaha Agung parti, namun setelah masuk 4 bulan janji SUA masih tidak dilangsai. Orang melayu selalu mengatakan hanya lembu yang berpegang pada tali, bukan janji manakala orang cina pula akan kata - Ini kita panggil langsi punya janji loh.

Cukuplah jika saya katakan, setiap aduan terhadap penyelewengan itu harus diambil tindakkan sewajarnya oleh PKR melalui JPP sepertimana berita yang tertera di atas, Keadilan mendesak SPR agar segera menyiasat segala aduan mengenai imbuhan terhadap pengundi atau lebih tepat membeli undi melalui perbelanjaan ratusan juta ringgit.

Kesimpulannya, PKR mendesak SPR supaya menyiasat aduan di pilihanraya. Di satu sudut lain pula dapat kita lihat anak muda bernama Chegubard sebagai calon bertanding dan pengadu kepada aduan lengkapnya mendesak agar PKR atau JPP menyiasat aduan terhadap kepincangan dan penipuan dalam Pemilihan 2010. Apa bezanya di antara dua situasi ini?

Sebab itu sebaik sahaja membaca berita dari twitter Keadilandaily.com pagi tadi, saya terus membalas satu tweet yang berbunyi;

"@edyesdotcom : PKR desak SPR utk siasat aduan beli undi! Padahal @chegubard jg byk kali desak JPP siasat aduan tp lgsung x dilayan!! SPR dan JPP sama saja?"

Banyak reply yang saya terima dari tweet di atas dan salah satu di antaranya mengatakan PKR dan UMNO adalah sama sahaja malah PKR lebih teruk apabila menipu ahlinya. Hanya dalam tajuk Pemilihan 2010 sahaja saya bersetuju tetapi atas tajuk lain seperti merompak harta rakyat, itu tidak pernah saya setuju akan persamaan PKR dan UMNO.

UMNO adalah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan bangsa, dan bukan bangsa cina yang diperjuang oleh UMNO walaupun kita melihat negara ini ekonominya dikuasai oleh orang cina. UMNO memperjuangkan bangsa melayu, itulah yang mereka katakan sejak dulu, kini dan selamanya walaupun sekali sekala mereka katakan memperjuangkan Islam disebalik meluluskan judi sukan.

Cuba anda fikir baik-baik, apakah dengan memperjuangkan bangsa melayu sebagai pemerintah ulung sejak kemerdekaan itu, berjaya menjadikan melayu hebat?

UMNO memperjuangkan melayu ketika UMNO menjadi parti melayu tunggal yang memerintah Malaysia selama 54 tahun, bukan sebagai pembangkang tetapi sebagai peneraju. Jangan kita perkecilkan kemampuan UMNO kerana statistik menunjukkan melayu menjadi juara dalam beberapa aspek. Di antara aspek yang menjadikan melayu hebat ialah, melayu menjadi juara di penjara, juga memiliki majoriti lebih dua pertiga dalam pusat serenti dan pusat pemulihan akhlak. Melayu juga menjadi pendominasi utama kepada aktiviti mat rempit. Serta statistik yang baru diterima sebentar tadi dalam siri 360 TV3 menunjukkan setiap 17 minit akan ada kes wanita hamil anak luar nikah yang kebanyakkannya pesertanya ialah berbangsa melayu.

Dari segi ekonomi melayu pula, siapakah yang menggelapkan saham bumiputra? Siapakah yang menyusutkan lebih separuh rezab tanah melayu? Siapakah yang sentiasa mengamalkan rasuah, sistem orang tengah dan sistem ali baba? Siapakah yang menyerahkan Singapura dan seterusnya mengadai Tanjung Pagar? Siapakah yang berbelanja besar di luar negara di sebalik menaikkan harga minyak dalam negara ketika harga minyak yang tinggi itu sebenarnya menguntungkan negara? Siapa lagi kalau bukan parti UMNO!

Parti UMNO melalui Presidennya yang automatis menjadi Perdana Menteri Malaysia juga telah tergamak mencuaikan diri apabila ditipu oleh beberapa presiden MCA. Tun Leong Sik berjaya menipu kerajaan Malaysia di bawah kehebatan Mahathir, Chan Kong Choi juga menipu Paklah ketika Paklah lena tidur dan akhir sekali Najib juga ditipu oleh Presiden terbaru dan terlampau dari MCA iaitu Soi Lek.

Jadi adakah anda rasa sebuah parti perjuangan bangsa itu benar-benar memberi pulangan yang baik kepada bangsanya sendiri walaupun menjadi pemerintah sejak kemerdekaan? Justeru itu, mengapa harus memilih untuk mendekati UMNO? Tidak dapat dipastikan samada PAS pula yang tergamak untuk menjalin hubungan dengan pencadang Malaysia sebagai hub hiburan asia.

Atas sebab-sebab di atas, ternyata PKR jauh berjuta batu lebih baik daripada sebuah parti perjuangan bangsa. Parti PKR yang merentasi semua bangsa adalah kenderaan terbaik untuk menerajui Putrajaya kerana telah terbukti peneraju Putrajaya dari parti perjuangan bangsa adalah gagal terhadap bangsanya sendiri!

Kerana itu juga, pendesak kepada kepincangan Pemilihan 2010 bersungguh-sungguh untuk memastikan rejim yang bakal tumbang dalam PRU13 kelak tidak diganti oleh sebuah lagi rejim, tetapi menjanjikan sebuah kerajaan yang lengkap-melengkapi menjadikan kerajaan itu milik rakyat melalui gugusan Pakatan Rakyat!

Janganlah sembarangan menuduh pendesak kepada kepincangan itu sebagai pengkhianat atau sebagainya. Chegubard tidak sekali-kali menyerang parti, apa lagi membenci parti dan kepimpinannya. Apa yang dilawan oleh Chegubard ialah penipuan dan penyelewengan dalam Pemilihan 2010, dan sentiasa mendesak agar haknya sebagai pengadu diberi perhatian. Sebagai pengadu yang mempunyai saksi, Chegubard belum lagi dipanggil untuk siasatan ke atas aduannya.

Setakat yang dimaklumi, program-program yang diatur oleh Chegubard melalui SAMM kini terdedah kepada beberapa sabotaj termasuklah dilagakan dengan ANAK oleh AMK Johor ketika pilihanraya kecil Tenang Januari lalu dan berlaku di P.Pinang di mana penganjur program yang menjemput Chegubard sebagai penceramah telah dinotiskan supaya tidak memberi laluan kepada Chegubard. Percayalah sebagai pejuang yang bersedia mati di gelanggang, Chegubard akan lebih hebat apabila ditekan, sepertimana Anwar Ibrahim yang menjadi hebat bila ditekan oleh sebuah kerajaan zalim.

Berikut adalah kata-kata Chegubard ketika menolak jawatan Timbalan SUA, dan anda nilaikanlah keikhlasan seorang pejuang anak muda melalui kata-kata ini;

"Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayangkan negara ini dan kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya. - che'GuBard"

Akhir kalam, kepada pembaca yang telah membaca artikel setakat ini, harus tersemat dalam jiwa itu bahawa UMNO tidak lagi releven selamanya dan tidak mustahil juga PKR menjadi tidak relevan suatu hari nanti jika pendesak dikatakan pengkhianat parti. Sebagai anak muda, perubahan itu harus didesak dan bukan ditunggu.

Kita rakyat Malaysia bukan hanya perlukan reformasi untuk perubahan terbaik buat rakyat hari ini, tetapi kita perlukan satu revolusi. Anak muda harus menjadi pelopor kepada revolusi! Saya menyeru kepada semua anak muda supaya bangkit menyahut cabaran yang bakal dilontar SAMM bersama pejuang anak muda kita iaitu Chegubard.

Anak muda yang bersiap siaga untuk menumbangkan mana-mana kerajaan zalim, mana-mana ketidakadilan, adalah sebahagian dari SAMM!! Nantikan pelancarannya kelak !


EDYES @ edyesdotcom
Court oF Public Opinion

Perogol Musuh Negara

Posted: 09 Mar 2011 11:23 PM PST

Hukuman tak setimpal kes rogol dipersoal-Berita Hairan


DEWAN Rakyat diberitahu keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara serentak terhadap pesalah rogol yang turut disabit kesalahan lain terhadap mangsa sama, dikhuatiri akan mencetuskan persepsi negatif masyarakat sehingga menyifatkannya sebagai 'hukuman syampu: tiga dalam satu'.

Isu itu dibangkitkan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) pada sesi soal jawab, semalam. Beliau berpendapat mesti ada kayu ukur jelas daripada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman bagi kes seumpama itu bagi mengelakkan timbul tanggapan seolah-olah 'menggalakkan kes rogol'.


Katanya, beliau menerima aduan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) wanita yang prihatin dan bimbang mengenai trend keputusan mahkamah untuk kes serangan seksual seperti rogol, sejak kebelakangan ini.

"Sebagai contoh, pernah ada seorang datuk disabitkan kesalahan merogol cucunya dalam beberapa kejadian berasingan tetapi mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang dijalankan serentak bagi semua kes itu," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Terdahulu, Mohamed Nazri ketika menjawab soalan asal Zulkifli, berkata seseorang hakim dalam menentukan hukuman dijalankan serentak atau berasingan, akan menggunakan budi bicaranya berlandaskan undang-undang sedia ada.
LSS: bagos..Mat Bisol Bagos!!!! tapi woittt.......Hukuman apa yang setimpal untuk perogol yang merogol budk perempuan bawah umur hingga melahirkan anak? Hukuman apa yang setimpal bagi perogol pembantu rumah pulak,tak lama lepas tu tak puas hati dengan blogger pulak.
Mat bisul sepatutnya membuka semula kes rogol budak perempuan bawahumur yang terjadi pada tahun 1998 hingga menyebabkan ahli parlimen kota melaka Lim Guan Eng di penjarakan di kemunting sebab kes rogol tu adalah kes rogol yang paling penting dalam sejarah kerana ia bukan sahaja melibatkan datuk yang merogol cucunya.
Tapi ini kes melibatkan seorang yang berpangkat datuk yang merogol seorang wanita yang berpangkat cucu kepadanya..kah...kah...kah...kah

SPRM ini alat politik siapa?

Posted: 09 Mar 2011 10:47 PM PST

jangan risau! hari isnin ni kita tanya dia habis - habis

Beng Hock mungkin tak tahan tekanan disiasat SPRM-Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock diberitahu semalam, setiausaha politik Exco Selangor itu mungkin berasa tertekan selepas melalui proses siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih daripada lima jam.

Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkata beliau dapat menyelami perasaan itu kerana Beng Hock adalah orang awam.


Mohd Ashraf berkata, beliau pernah melalui siasatan dengan pihak polis berhubung kematian Beng Hock, tetapi boleh menghadapinya dan tidak marah cuma beliau berasa letih.
Beliau berkata demikian selepas ditanya beberapa kali oleh pengerusi suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, berhubung perasaan Beng Hock selepas dipanggil memberi keterangan kepada SPRM pada 6 petang 15 Julai 2009 dan tamat pada 12.30 malam 16 Julai.

Mohd Ashraf, saksi ke-20, berkata sepanjang berkhidmat selama lima tahun, beliau mengikuti beberapa kursus dan dilatih selama enam bulan sebagai penyiasat.

Bagaimanapun beliau hanya didedahkan cara menyiasat saksi dan suspek selama dua jam saja bagi tempoh latihan enam bulan itu dan tidak diberitahu kemungkinan saksi mahu membunuh diri.

Katanya, Beng Hock pada awalnya duduk dalam keadaan bersandar dan tenang, tetapi selepas ditunjukkan empat invois yang mempunyai tandatangannya, Beng Hock tidak lagi berkeadaan sedemikian sebaliknya duduk dalam keadaan tegak.
Beliau berkata, Beng Hock juga banyak berdecap (kerana kehairanan) ketika soal siasat itu tanpa memandang ke arahnya.

Ketika di pantri pula, katanya, Beng Hock tidak memandang wajahnya ketika diberikan air dan gelas.

Prosiding disambung hari ini.
LSS: Tak ahan Kepala hotak kau,dah mula cakap macam keling serupa madey,kejap melayu lupa,kejap melayu ada ingat sikit.Bila kata dia tu cucu kepada seorang lelaki berbangsa india mati idup balik pun tak nak ngaku.
Bila dalam siasatan semua nak kelentong yang inilah siasatan yang paing sopan dalam dunia,betul ke,kelentong kaw - kaw punya.Kaki penipu kalau tak pandai kelentong ini lah rupanya takkan pasal takde parking sanggup tak balikrumah dan tidur katopis kottt!!!
abis tu cerita kat bawah apasal tak sama dengan citer yang kat atas!

SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?

Black Amin Iskandar

Saya baru menerima email dari seseorang yang tidak mahu dikenali. Email tersebut berbunyi,

Ini adalah pengakuan salah seorang yang ditahan berhubung dengan rasuah politik dalam UMNO. Yang di tahan tersebut membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh SPRM tindakan SPRM memaksa orang tersebut menuduh seorang kepimpinan MT UMNO untuk tujuan yang diragui. Apa yang kita persoalkan ialah tindakan SPRM dan adakah SPRM benar-benar telus atau sebenarnya SPRM juga ada campur tangan tangan-tangan politik. Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi.

Pengirim turut meng"attach"kan laporan polis Halimi Bin Kamaruzzaman yang mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM untuk menjatuhkan pihak tertentu dalam Umno seperti dibawah:

LAPORAN POLIS
Hilmi bin Kamarazzaman
No: 99 Lorong IM 2/88
Taman Medan Mashyur
Indra Nahkota Kuantan Pahang

Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu Umno berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali".

Kawan saya, Amin menerima email yang mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendera, memaksa dan mengugut Halimi Bin Kamaruzzaman supaya mengakui Datuk Norza Zakaria terbabit dengan politik wang. Lihat postingnya yang bertajuk "SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?"

Antara penyiksaan pegawai-pegawai SPRM ke atas Halimi ialah:

1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan




rasuahpolitik_bb

rasuahpolitik_aa

Sejauh manakah kebenarannya?

SPRM perlu menjawab permasalahan ini. Jika tidak, imej SPRM akan tercalar dan kredibiliti badan tersebut akan hilang.

Syiah Di Tangkap,Israel Zionis Di Sembah !

Posted: 09 Mar 2011 06:36 PM PST


Mana Punya Fatwa ni???


Malaysia larang sebar Syiah-Berita Hairan



KUALA LUMPUR: Pengikut ajaran Syiah di negara ini boleh mengamalkan fahaman itu tetapi tidak dibenar menyebarkannya kepada pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Katanya, pengamalan fahaman itu tidak disekat selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa rakyat bebas mengamalkan ajaran agama di negara ini.


Beliau berkata, larangan juga dilakukan secara berhati-hati kerana bukan semua ajaran Syiah bertentangan pegangan mazhab ahli sunnah.

"Bagaimanapun, pada masa sama, mereka (pengikut fahaman Syiah) tidak dibenar menyebarkan ajaran ini kepada orang lain," katanya menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) di Dewan Rakyat, semalam.

Setakat ini, Jamil Khir berkata, enam negeri sudah mewartakan larangan terhadap penyebaran fahaman Syiah, iaitu Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, pengikut fahaman Syiah bukan hanya membabitkan ahli akademik, malah meliputi ahli politik termasuk difahamkan ada yang dari parti pembangkang.
Justeru, beliau berkata, kerajaan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang pertentangan atau pertembungan tanpa disedari.

Terdahulu menjawab soalan asal Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau), Jamil Khir berkata dalam menjaga keharmonian dan sensitiviti beragama di kalangan rakyat majmuk di negara ini, kerajaan mengambil pendekatan berhemah melalui semangat Perlembagaan di mana pengikut agama Islam dan agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka.

"Namun bagi memastikan ajaran selain ahli sunnah yang diamalkan di Malaysia tidak menjejaskan keselamatan negara, kerajaan membuat pencegahan awal dengan membendung penyebarannya daripada terus menular dan mempengaruhi umat Islam di negara ini.

"Di samping itu, kerajaan negeri yang bertanggungjawab secara langsung dalam hal-ehwal agama sudah membuat usaha menjaga kesucian ahli sunnah supaya tidak tergugat," katanya.

Beliau berkata, antara usaha dilakukan ialah menyebarluaskan fatwa mengenai larangan penyebaran fahaman Syiah kepada masyarakat, dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar peruntukan undang-undang, khususnya di negeri yang sudah mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah.


LSS: Masalahnya di sini mengapa kita mesti menyembah zionis,kalau syiah masih lagi menyembah agama islam tapi kalau isreal zionis? halamak malas nak cakap lah lihat dengan mata kepala sendiri!

Kenapa tak serbu rumah dia ni? apasal takut?? nanti kena tengking dek ehud barak dengan benjamin netanyahu!!!

malaysia_mikvah

Adanya kubur Yahudi di Jalan Yahudi, Pulau Pinang membuktikan bahawa bangsa Yahudi ada di Malaysia sehingga sekarang khususnya di Kuala Lumpur. Walaupun minoriti, tetapi yang sedikit ini adalah beragama Judais, jika beragama lain mungkin lebih ramai.

Dalam laman web milik Andrew Harris(seorang Yahudi Australia), penulis serta juru gambar bebas, beliau telah menemuramah seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi yang menetap di Malaysia serta mempunyai kilang perusahaan sendiri di Kuala Lumpur.

Di dalam temu ramah bersama pemilik Malaysia Chabad Home iaitu Gary Braut, Andrew bertanyakan beberapa soalan berkaitan kehidupan mereka sebagai Yahudi di Malaysia. Dalam temu ramah itu juga Andrew mendedahkan Braut pernah beberapa kali berjumpa Dr. Mahathir serta mengenali rakan sekuliah Dr. Mahathir yang berbangsa Yahudi iaitu Dr. Yahya Cohen ketika menuntut di Universiti Malaya, Singapura.

Seperkara yang amat menarik perhatian ialah tentang pendedahan Braut bahawa Dr. Mahathir, ketika menjadi Perdana Menteri pernah membenarkan pelajar-pelajar dari Israel membuat lawatan dan berjumpa dengan pelajar-pelajar di Malaysia. Ketika lawatan tersebut berlaku, Perdana Menteri Israel ialah Yitzak Rabin.

Sebenarnya, lawatan tersebut berlangsung pada 3 hingga 16 Mac 1997 yang disertai 16 belia Israel lelaki dan perempuan. Delegasi pelajar dari sekolah tinggi Israel itu mengadakan lawatan di dua buah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Delegasi itu juga mengadakan perjumpaan bersama Menteri Pendidikan dan beberap pegawai tinggi kerajaan.

Beberapa hari selepas itu, pasukan kriket Israel pula datang membuat perlawanan persahabatan dan ianya disambut dengan demonstrasi masyarakat awam yang menentang kedatangan pasukan tersebut. Malangnya, sebahagian pendemostrasi ditahan oleh pihak keselamatan (lihat The Straits Times edisi 5 dan 9 April 1997)

solatframe1

(Gambar) bahagian kilang milik Gary Braut juga terdapat bingkai ayat Al-Quran. Mungkin Braut juga tahu serba sedikit bahasa Arab dan memahami budaya umat Islam Malaysia.

mikvahgary1

(Gambar) Rumah Braut di Kuala Lumpur.

Kata Braut tentang keadaan kehidupannya di Malaysia perlu kita perhatikan, katanya;

"More comfortable than Brooklyn, that's for sure."

Ini rumah freemason kat kedah, tak nak serbu ker??

Ini kat Johor! Serbu la kalau berani!

siap pengiktirafan lagi!

Nak Tau!

di Malaysia

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.

sudah lah gerombolan tak payah main wayang lagi,jangan jadi barua lama - lama nanti kena humban dek rakyat macam kat mesir tu!

Pejabat "anak badak" Ghaib di Putrajaya

Posted: 09 Mar 2011 06:17 PM PST


Unit FLOM di bawah JPM tidak wujud, kata Nazri Aziz-Mkini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul.

azlan"Saya ingin menjelaskan soalsan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010

"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau."

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011.

NONEMenjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan enam pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri.

"Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan," katanya di bangunan parlimen hari ini.

Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara.

Kos lawatan Rosmah lebih RM134,000

Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.

"Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM," katanya lagi.

rosmah new york times first lady 150610Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri.

LSS: Betol Kerr?? ini sah gerenti Nazri dah kena tengking dek suami najib niee!!! konpom punyerr!! apasal tetiba je hilang begitu sahaja? apasal tukar perkataan pulak? dalam bahasa Melayu "Division" tu bermaksud Bahagian,apesal ditukar ke perkataan Unit.

cuba sesapa pergi "check" pejabat anak badak tu cuma hilang dalam alam maya sahaja tapimasih wujud di putrajaya,tak caya ini lah di katakan kuman kat libya nampak,anak badak kat putrajaya takkan buat tak tau??? kah..kah...kah...kah

jangan pandai - pandai nak tarok nuklear

Posted: 09 Mar 2011 06:11 PM PST


Kebimbangan radiasi menular di Gebeng-Mkini.
Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT).
Menurut beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu, kebimbangan mula timbul berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi.

Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.
LSS: Alamat lepas ni kita akan tengok akan ada bayi yang lahir berkepala dua,tapi jangan salahkan takdir kenapa bayi tu jadi cacat macam tu,ini la penyakit orang melayu,semua nak salahkan tuhan,apa! ada yang lupa yang mana dalam kitab suci al-quran ada bagitau kerosakan atas muka bumi tu berpunca dari siapa??? "check it out" sandrie la bro! jangan dah terhantuk baru terngadah!

Tiada ulasan: