Isnin, 27 Disember 2010

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Perlawanan Bola Sepak Asean (AFF) Piala Suzuki Malaysia & Indonesia pasti menarik dalam pertemuan kedua nanti.

Posted: 27 Dec 2010 07:28 PM PST


Oleh Mohd Sani Ali

MALAYSIA hanya berada selangkah daripada mencatat sejarah untuk menjulang mahkota Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Piala Suzuki.

Bagaimanapun, anak buah K. Rajagobal perlu berwaspada kerana pertarungan di Stadium Gelora Bung Karno Senayan di Jakarta pada Rabu ini boleh berubah menjadi 'neraka'.

Indonesia mungkin ketinggalan tiga gol selepas dibenam di Stadium Bukit Jalil kelmarin, tetapi para pemain Alfred Riedl belum bersedia untuk mengibarkan bendera putih.

Sebaliknya pemain penyerang veteran, Bambang Pamungkas, yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Malaysia, berusaha membakar semangat juang rakan-rakannya dengan menyeru mereka agar bangkit dan mencatatkan kemenangan dalam pertemuan kedua nanti.

'Kami masih mempunyai 90 minit perlawanan untuk diteruskan di Jakarta. Kita harus bersemangat dan Indonesia masih bisa melakukannya,' kata Bambang dalam Twitter yang dipetik daripada laman web Kompas.

Bambang, salah seorang pemain senior yang hanya turun sebagai pemain gantian pada minit ke-80, akur akan kegagalan percubaan beliau mahupun Cristian Gonzales atau Irfan Bachdim menembusi pintu gawang tuan rumah membawa padah.

Namun demikian, Irfan percaya rakan-rakannya mampu mengembalikan keyakinan diri untuk mengalahkan Malaysia seperti yang pernah mereka lakukan ketika menang 5-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan pada 1 Disember lalu.

Irfan juga menekankan bahawa rakan-rakannya tidak perlu mencari alasan dan menjadikan kontroversi sinaran lampu laser ke arah mereka sebagai punca kekalahan mereka.

'Kita harus mendongak muka ke atas kerana kita masih mempunyai satu setengah jam lagi untuk berjuang. Kita bisa melakukannya di Jakarta! Dan harus melakukan lebih baik daripada persembahan malam kelmarin,' kata Irfan.

Irfan hanya diturunkan pada minit ke-65 selepas penyerang Malaysia, Mohd Safee Sali, memecahkan kebuntuan pada minit ke-62.

'Seorang pemenang tidak pernah menyerah!!!' tegas pemain berusia 22 tahun itu.

Bagaimanapun, Indonesia 'sudah pun tertewas' apabila penjaga gawangnya, Markus Horison, kelihatan gelisah dengan serangan pemainpemain sayap S. Kunanlan dan Nursharul Idlan Talaha, dan ini ditambah pula dengan sinaran laser yang ditujukan ke muka dan matanya.

Oleh itu, Riedl - selepas berbincang dengan pengadil - mengarahkan agar pemainnya meninggalkan padang, Markus yang terlebih dahulu 'menyambutnya' dengan rasa lega.

Malangnya permainan yang dihentikan lebih lima minit jelas tidak menjejas rentak serangan Malaysia apabila Markus ditumpaskan tiga kali.

Menurut Riedl, Markus dan beberapa pemain terganggu oleh sinar laser tersebut.

'Sebaik permainan dihentikan dan dimulakan semula, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kucar-kacir,' ujar jurulatih Austria itu.

'Ini bukan soal laser, melainkan kesalahan individu. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itulah titik kejatuhan kami. Kami akan menganalisis kesilapan yang terjadi.'

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Isa Samad pengerusi Felda baru?

Posted: 27 Dec 2010 07:21 AM PST

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang pernah dipalitkan dengan politik wang enggan mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini bahawa beliau akan dilantik sebagai pengerusi Felda yang baru.

NONEKetika dihubungi Bernama hari ini, katanya setakat ini beliau belum menerima apa-apa makluman mengenainya dan hanya mengetahuinya menerusi laporan akhbar berkenaan.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik sumber, Mohd Isa bakal mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Mohd Yusof Noor yang akan tamat kontrak pada 31 Disember ini.

Laporan itu menyebut pengumuman mengenai pelantikan rasmi Mohd Isa akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

Mohd Isa, 61, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.

Beliau juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno sebelum digantung kerana terbabit dengan politik wang.

Mohd Isa kini ADUN Bagan Pinang setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009.

Anda adalah penentu.....

Posted: 27 Dec 2010 06:40 AM PST

Saban hari kita semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang. Kita dipaksa untuk membeli harga barang yang adakalanya menyebabkan kita terpaksa mengikat perut agar kita terlepas untuk makan malam. Bayangkan pula jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak?

Kita dijanjikan dengan pelbagai janji oleh BN khasnya Najib dan Rosmah. Bangunan tinggi sana - sini. Kemudahan awam yang bersifat nombor satu dunia. Semuanya hebat dan terhebat di dalam dunia. Tapi percayakah kita semua?

Dahulu Pak Lah menjanjikan koridor sana - sini. Namun dalam menjanjikan koridor sana - sini kita masih dihimpit dengan wang didalam saku cepat habis. Harga barang melambung naik. Walaupun Pak Lah sanggup mencemar duli pergi ke negeri Kelantan dengan menjanjikan pembangunan yang maha dahsyat, namun dengan kesempitan wang semuanya dilihat tidak berguna.

Sekarang janji manis yang terlalu manis oleh Najib dan Rosmah dilakukan semula. Janji-janji seperti Pak Lah dikitar - semula oleh Najib dan Rosmah. Bangunan 100-tingkat, pembangunan ekonomi yang mantap dan hebat dan macam-macam lagi. Tapi Najib dan Rosmah tetap tidak mampu menaikkan taraf kehidupan rakyat.

Kita dipaksa membayar harga mahal kerana hasil pembelanjaan mewah oleh BN. Kita sudah tidak punya wang. Negara sudah tidak punya wang. Maka rakyatlah menjadi mangsa. Kita rakyat dipaksa menambahkan duit negara dengan dipaksa membayar harga barang yang melampau tinggi akibat dari pembelanjaan boros oleh pemimpin BN!

Apa tugas kita jika tidak terus mahu dipermainkan sebegini rupa. Sudah lama kita dipermainkan. Kita dipaksa menjadi bodoh dengan menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin BN. Apakah kita mahu terus menjadi bodoh dan tuli? Apakah terus mahu dipermainkan seperti manusia yang tidak punya otak?

Kita cerdik dan kita harus buktikan. Berikan satu signal jelas kepada mereka, bahawa kita sudah menyampah dengan gaya mereka memperbodohkan kita. Kita bakal menghumban mereka. Kita bakal mentalkinkan mereka. Rakyat Malaysia harus memastikan BN karam dan disepak keluar dari Putrajaya.
Sudah tidak ada gunanya jika kita terus memberi peluang BN memerintah negara ini hatta negeri sekali pun.

Kita sudah melihat contoh terbaik dari Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Semuanya telah menikmati pemberian demi pemberian oleh kerajaan negeri. Sepanjang BN memerintah apa yang kita dapat? Masanya sudah tiba kita menghumbankan BN ke Laut China Selatan. Harus dan wajib!!


:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


PANAS BERAPI: Perkembangan kes ROGOL amah oleh menteri kabinet Najib!

Posted: 27 Dec 2010 07:49 PM PST



Oleh: Pria Malaya

1. Nama mangsa rogol Pak Menteri Umno ini adalah, "Robengah"...anda kenal?..

2. Harus di ingat, kes ini bukan semata-mata bergantungan keatas sumber Wikileaks, tetapi kes ini dahulunya telah keluar dlm sumber2 media yang lain..dan 'Migrant Care' antara laman web NGO yang paling awal mengulas isu ini sekitar tahun 2007..klik di SINI..

3. Mengikut cerita mangsa, peristiwa ini benar2 telah berlaku, namun mangsa telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan..sungguh kejam menteri terbabit, kerajaan Malaysia dan pihak tertantu yg mempunyai kaitan dengan komplot ini...

4. Rupanya bukan sekali, malah beberapa kali amah tersebut telah diperkosa oleh menteri Ketuanan Melayu itu!..tak sedar dengan tua!



(Gambar banner ini dihasilkan 3 tahun yg lalu sekitar 2007 oleh blogger 'jiwokelate.wordpress.com'..ya, beliau dahulunya telah menghidu ada sesuatu yg tidak kena pada waktu itu...klik..)

5. Perlakuan jijik menteri ini telah dilihat oleh isterinya sendiri..ini bermakna, isterinya juga telah bersubahat 'menutup' kes, dan secara langsungnya beliau adalah saksi utama kes ini!

6. Foto amah bergambar bersama Menteri terbabit masih ada dan bakal menjadi bukti jika menjadi kes mahkamah kelak!

7. Jangan terkejut seorang rakyat Indonesia bertaraf rakyat biasa (amah) mengetahui tentang isu yg mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Monggolia...ternyata isu ini telah menjadi perbualan hangat bukan shj oleh rakyat Malaysia, malah seluruh dunia!..

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," - adik mangsa
8. Kali terakhir amah terbabit dirogol Pak Menteri adalah pada 19 Februari 2007..ianya disaksikan sendiri oleh isteri Pak menteri, dan keesokan harinya Datin menghantarnya pulang ke Indonesia...



9. Sebelum ini penulis telah mengulas isu ini..boleh rujuk pada tajuk, "TERHANGAT: "Sumber Wikileaks dedah bekas Menteri BN rogol amah" - Rocky's bru"..dan tajuk "GEMPAR: "Menteri yang rogol amah rupanya masih menjadi menteri dalam kabinet Najib!" - Blogger Umno"...

10. Ikuti pendedahan terbaru dalam 2 berita di bawah...isu ini tidak akan tamat selagi mana menteri terbabit, bahkan kerajaan Najib cuba melenyapkan dari pengetahuan rakyat...

Akhir kalam, pada pihak berkenaan, sila pastikan saksi dan bukti2 dlm kes ini selamat dan terjaga...bak kata adik mangsa, bimbang nasib kakaknya menjadi mangsa bunuh ala pembunuhan wanita Monggolia..fikir2kan...wallahua'lam...


BERITA 1

Siapakah menteri rogol amahnya?

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.



Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjarnegara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.


(Gambar perpustakaan: Alex (tengah) bersama Che Ishak (kanan) dan Taufek ketika berbincang bagi membawa pulang Azreen dari Lombok, Indonesia)

Sebelum ini, Migrant Care pernah membantu Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani untuk membawa pulang Azreen Che Ishak dari Kampung Hulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa lari pemuda Indonesia ke Lombok, Indonesia.

Husam membantu keluarga Che Ishak yang berasal dari Kelantan itu melalui NGO yang dipimpinnya ketika itu, Kijang Care. - HD

BERITA 2

Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.



"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang. - HD

Artikel berkaitan:
- TERHANGAT: "Sumber Wikileaks dedah bekas Menteri BN rogol amah" - Rocky's bru
- GEMPAR: "Menteri yang rogol amah rupanya masih menjadi menteri dalam kabinet Najib!" - Blogger Umno

Pengerusi FELDA: Perlantikan Isa Samad bukti Najib gagal hayati prinsip integriti..

Posted: 27 Dec 2010 11:21 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Apakah anda ingat kenyataan ini?

"Gejala rasuah dan politik wang dalam Umno tetap sukar dibendung meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO..Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti?

Saya tidak yakin kerana saya belum lagi Nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang. Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung." – Tun Dr Mahathir Mohamad
Versi Video Youtube..





Ya, sebagaimana yg pernah diungkapkan Mahathir dua tahun yg lalu, kepimpinan Najib TIDAK DIYAKINI mampu menyelesaikan masalah rasuah...dan hari ini ianya terbukti, seorang pemimpin yang jelas terbukti pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemegang amanah masyarakat..bukti Najib tiada kesungguhan utk membawa perubahan total..

Sbg makluman, Isa Samad telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang)..antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah dan memberi wang untuk membeli undi..kalian boleh rujuk sendiri dlm sumber2 di internet..

Untuk yg terakhirnya..sudahlah Felda sekarang di belenggu pelbagai masalah demi masalah di bawah pimpinan terdahulu sehingga kerapkali disaman dan mengalami kerugian, kini diberi pula tanggungjawab ini kpd bekas perasuah yg pernah 'gagal' utk menjadi pemimpin...fikir2kan...wallahua'lam..


ANAK: Isa, Tokoh Kitar Semula Tak Layak Terajui FELDA

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

"Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak).



"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini.

Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan.

"Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

In keraja ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu.

"Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik.

"Kita harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

"Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut," katanya.

Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

"Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired?

"Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan," tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004. - HD

Lagi kes keganasan polis: "Polis pukul saya kerana mahu duit!" - Mangsa..(video inside)

Posted: 27 Dec 2010 04:57 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Mengikut dari cerita mangsa ini, sememangnya perlakuan polis terbabit adalah kejam, tidak berhati perut dan wajar diambil tindakan keras..

Apa pun penulis tidak mahu menghukum tanpa dahulunya siasatan dibuka dan dijalankan..boleh jadi ianya benar, boleh jadi inya tidak benar..

Polis baik, polis jahat

Seperti yg pernah penulis katakan sebelum ini, ada polis yg baik, ada polis yg tidak baik, malah berhati 'syaitan'...maka, yg baik itu sewajarnya terus dihormati dan dipelihara, dan yg buruk inilah yg patut dihumban ke muka pengadilan...

Jika kes ini benar2 berlaku, mungkin ia adalah sebagai 'kaffarah' (penebus dosa) bg menyedarkan pihak2 tertentu supaya tidak lg memperkuda, memperalat dan mempergunakan polis demi survival politik mereka..jgn kerana mereka, rakyat menjadi sangsi, muak malah membenci kpd pihak polis..



Polis dipandang rendah kerana campurtangan politik Umno/BN

Hal ini telah pun terbukti dan diakui sendiri oleh bekas ketua polis yg terdahulu, bahawa sememangnya wujud kes campurtangan pihak kerajaan demi tujuan politik..boleh baca pada tajuk "BONGKAR! Bekas KPN dedah wujud campurtangan kerajaan (Umno/BN) dalam PDRM!"..

Kepada penyokong parti ketuanan melayu Umno, nasihat penulis, janganlah memandang isu ini dari sudut perkauman semata2..sikit2 perkauman, sikit2 perkauman, tak habis2 assobiyah..kebetulan yg mendedahkan isu ini adalah orang Cina..profesional sikit..

Akhir kalam, sila baca artikel berita di bawah..semoga menjadi iktibar dan pengjaran...fikir2kan...wallahua'lam..


Lagi mangsa keganasan polis: "Polis pukul saya kerana mahu duit!"

Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana.

Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis.



Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.

Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.

Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.



Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

Sembunyikan diri dalam longkang

Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.

Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis).

Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."

Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."

Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."

Polis nampak wang nota

Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.



Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai." Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"

Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya. Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.

Diugut polis

Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."

Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.

Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.

Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.

*diterjemah oleh Merdeka Review



KEMASKINI: Berita susuluan:
1. Dua polis ditahan disyaki belasah lelaki
2. Dirompak polis: Peniaga timbang tindakan lanjut



PANAS: Ahli Parlimen BN dedah bukti pengkhianatan Umno/BN terhadap rakyat Sabah!

Posted: 26 Dec 2010 11:48 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Akibat seringkali gagal menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri PATI dan hak warganegara Sabah secara dalaman (kerana tekanan, halangan dan karenah birokrasi), akhirnya Ahli parlimen BN dari Tuaran ini tidak dapat menahan kesabarannya lagi..

Kali ini beliau menyahut cabaran kementerian (Menteri Dalam Negeri) utk membuktikan bahawa sememangnya wujud kerja2 'menghalalkan' atau 'mewarganegarakan' golongan pendatang tanpa izin (PATI) demi kelangsungan POLITIK puak pemerintah!

Ternyata kerajaan Umno/BN selama ini adalah PENGKHIANAT terhadap maruah bangsa dan tanah airnya sendiri...kemenangan demi kemenangan yg diraih mereka khususnya di Sabah adalah secara haram dan tidak sah!

Suara dan teriakan pembangkang yang selama ini mendedahkan isu ini bersekali bukti dan fakta langsung tidak diendahkan mereka, malah mereka menuduh pula itu hanylah fitnah pembangkang dan isu yang tidak releven..



Hari ini, bukan Anwar, bukan MP Pakatan Rakyat yang mendedahkan isu pengkhianatan ini, tetapi yg mendedahkan ini adalah MP Barisan Nasional sendiri, seorang anak jati Sabah yang telah digadai maruah dan haknya oleh 'regim' Umno/BN!..

Penulis menggesa supaya artikel pendedahan ini didedahkan kepada orang ramai khususnya penyokong2 Umno yang masih 'beriman', hanya Umno/BN shj boleh memerintah..buktikan kepada mereka, Umno/BN sebenarnya adalah PENGKHIANAT kepada negara tercinta!...fikir2kan wallahua'lam...


Pendedahan

BUMBURING MENONGKAH ARUS MENENTANG PATI?

Ekoran daripada cabaran Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein memintanya mengemukakan bukti sekiranya benar wujud pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah diberikan dokumen pengenalan diri Malaysia, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Bumburing(BN), telah menerima cabaran tersebut dan mengotakan janjinya untuk mengemukakan bukti.

Disini adalah diantara sedutan wawancara Ketua Editor Sabahkini, Mutalib M.D dengan Ahli Parlimen Malaysia (P 170 Tuaran) yang diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia pada 16 Disember 2010

MUTALIB M.D: Selamat Petang Datuk Seri. Saya dimaklumkan sebentar tadi Datuk Seri telah menyampaikan Memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri selaras dengan janji Datuk Seri kepada Dato' Seri Hishamuddin pada 16 Jun 2010. Kenapa Datuk Seri mengambil masa agak lama untuk mengemukakan bukti berkenaan.


("Sekalipun dibuat secara terancang melalui 'Skandal X-Files' untuk tujuan politik bagi meramaikan pengundi dalam usaha melakukan 'Coup De-taat' (Kudita atau rampasan kuasa) politik daripada rakyat tulen Sabah; namun kecintaan terhadap ibu pertiwi, rakyat Sabah menyuarakan keluhan mereka melalui Adun dan Ahli Parlimen, termasuk saya.")

BUMBURING: Ya selamat petang dan terima kasih kerana kesudian Sabahkini.net memfokuskan isu yang amat penting ini kepada Sabah dan rakyatnya sejak lebih 30 tahun lalu. Sebenarnya enam bulan bukanlah masa yang panjang untuk menghuraikan masalah dan mencari bukti bagi menyelesaikan isu yang telah berakar umbi selama lebih daripada tiga dekad. Setelah berbincang dengan Panel Peguam UPKO dan beberapa pakar rujuk, inilah salinan memorandum, sama seperti yang telah saya serahkan kepada Dato' Wira Abu Seman kerana Menteri Dalam Negeri tidak dapat hadir (menyerahkan sesalinan memorandum setebal 122 muka surat untuk rujukan sepintas lalu).

MUTALIB M.D: Kenapa Datuk Seri namakan 'Memorandum ini sebagai Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files'. Jika kerajaan sudah berikan, bagaimana mereka mahu membatalkan?

BUMBURING: Tajuk itu dipilih secara rigid dan itulah hasrat tulus dan sucihati semua rakyat Sabah agar Kerajaan Persekutuan membatalkan semua dokumen pengenalan diri yang diberikan secara tidak sah kepada PATI. Mengikut undang-undang dan hukum alam, jika mereka boleh memberi, maka mereka boleh membatalkannya. Kita harap agar Kerajaan Persekutuan dan Kabinet Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membatalkan semua dokumen ini secara mandatori dan tidak berdalih lagi kerana segala bukti telah saya serahkan.

MUTALIB M.D: Datuk Seri menggunakan terma 'Skandal X-Files' iaitu sinonim yang saya gunakan dalam buku saya '007-Lelaki Malaysia Terakhir'; apakah maksudnya sama atau ada maksud lain?


("Yakub bersedia menjadi saksi dan memberi keterangan di Parlimen atau di Mahkamah Undang-Undang berhubung dakwaannya bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Sabah terlibat mengeluarkan ratusan ribu kad pengenalan projek kepada PATI di Sabah sekitar 1991 sehingga 1994.")

BUMBURING: Ya, pandangan kita hampir sama tetapi ada perbezaan yang ketara dari segi makna dan tafsirannya. Skandal X-Files bagi saya merujuk kepada 'Gerakan Subversif' kumpulan tertentu, sama ada dengan arahan atau secara bersendirian; mempengaruhi pihak berkuasa (Perdana Menteri, Menteri atau Timbalan Menteri) untuk menjalankan gerakan secara besar-besaran; mengeluarkan kad pengenalan diri kepada warga asing yang boleh disewa untuk tujuan politik..

Tetapi menggunakan modus operandi yang bercanggah atau menyimpang daripada kehendak Perlembagaan Persekutuan, semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik dan menjadikan PATI yang boleh mengundi (setelah memperolehi kad pengenalan atau dokumen pengenalan sementara) sebagai 'Fixed Deposit' sehingga menafikan hak Anak Negeri Sabah yang tulen.

'Skandal X-Files' ini lebih dasyhat daripada 'Skandal Watergate' yang pernah berlaku di Amerika kerana skandal di Malaysia ini melibatkan rahsia, maruah dan kedaulatan ngara dan isu ini bukan rahsia lagi setelah saudara dan rakyat Sabah yang lain telah membentangkan hujah berhubung isu ini dalam buku beberapa buah buku yang telah dicetak dan dijual kepada umum.

Memorandum ini melambangkan niat ikhlas, sucihati dan bersatupadu seluruh Warga Sabah terutama anak cucu kepada mereka yang telah memperjuangkan Kemerdekaan Sabah daripada British yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia, namun hak mereka sebagai pewaris telah dipinggirkan Kerajaan Barisan Nasional dengan merekrut warga asing sebagai 'Anak Negeri' dan 'Pengundi'."

MUTALIB M.D: Bukankah tindakan ini ibarat menongkah arus kerana Datuk Seri sebagai Ahli Parlimen yang mewakili BN dan tidakkah boleh dibincangkan di peringkat Jawatankuasa atau dibahaskan di Parlimen?

BUMBURING: Saya dan Ahli Parlimen (Sabah) sebelum ini telah cuba untuk mengetengahkan isu ini termasuk membuat usul dan pertanyaan lisan atau bertulis, namun kesuntukan masa dan halangan birokrasi menyebabkan isu ini terperam begitu lama di parlimen. Pertanyaan demi pertanyaan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat belum pernah dijawab secara saksama oleh Menteri Dalam Negeri; termasuklah pertanyaan Mantan Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Radin Malleh pada 14 November 1995 berhubung Ops Gembleng tidak pernah dijawab sehingga ke hari ini.

Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, saya berhak untuk menyampaikan amanat rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak terniat sama sekali untuk mengkritik atau menentang dasar Kerajaan Persekutuan.

Apa yang berlaku hanya penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian; seperti juga Skandal Pasport dan Pas Lawatan yang menggemparkan negara kita apabila Ketua Pengarah dan Timbalannya didakwa atas tuduhan rasuah. Bezanya, semua pegawai JPN yang terlibat dengan Ops Gembleng hanya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan rahsia tersebut terpendam begitu sahaja.

MUTALIB M.D: Apakah yang menyebabkan Datuk Seri terfikir untuk mengemukakan memorandum setebal 122 muka surat yang dilengkapi bukti kepada KDN sedangkan Ahli Parlimen sebelum ini hanya menghantar sekeping surat atau membahasnya secara terbuka tanpa menyentuh 'rahsia besar' yang cuba disembunyikan kerajaan selama ini?

BUMBURING: Saya membuat memorandum ini agar Kerajaan Malaysia membatalkan semua kad pengenalan projek yang telah diberi secara curang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan generasi pertama, kedua dan seterusnya sejak 1972 sehingga kini kerana ia mencabul Kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

Saya berpendapat Kad Pengenalan biru yang menjadi asas kepada pemberian MyKad yang diproses oleh 'Sindiket X-Files' Kerajaan, sama ada dengan izin atau tanpa pengetahuan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara adalah mengancam keselamatan negara dan wajar dirampas daripada mereka untuk digantikan dengan dokumen pengenalan diri yang sesuai (kad pengenalan hijau atau merah-mengikut kesesuaian) bagi menjaga dan memperkasa Kedaulatan Malaysia.

MUTALIB M.D: Apakah asas untuk Datuk Seri membuat 'pendakwaan' terbuka terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu kad pengenalan palsu, projek atau dokumen pengenalan sementara yang Datuk Seri dakwa diberikan secara curang kepada PATI?



BUMBURING: Sebagai Penggubal Undang-Undang di Parlimen, saya berharap agar Kerajaan Persekutuan merujuk kepada Bahagian 3, Bab 1, Fasal 14, 15, 16, 18, 19 dan 22 Perlembagaan Persekutuan dan Instrument (Peraturan Pendaftaran) Jabatan Pendaftaran Negara dengan jelas menyebut cara Perolehan Kewarganegaraan. Oleh itu, sebarang penyimpangan atau pencabulan terhadap klausa dan fasal di atas bercanggah dengan Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan secara mutlak bahawa; "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu."

Pada pendapat saya, isu Kanun juga melibatkan 20 Perkara yang menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia dan wajar dipatuhi semua pihak terutama Perkara 6 dan 10 yang menyentuh isu kuasa Imigresen dan Kerakyatan;

Point 6: Immigration:

Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

Point 10: Citizenship

The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:

* a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence

* b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read "7 out of 10 years" instead of "8 out of 10 years"

* c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen[8]

Jika Perkara 6 (20 Perkara) masih diterima pakai sehingga kini, kenapa Perkara 10 tidak dikuatkuasakan? Cuba kita lihat betapa kukuhnya Perkara 6 daripada intipati 20 Perkara yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Malaysia...

**baca pendedahan (soal jawab) ini selengkapnya di SINI..

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Apa pendirian rasmi PAS Selangor mengenai perlantikan Khusrin sebagai SUK?

Posted: 27 Dec 2010 08:45 PM PST

Menanti kenyataan Hasan Ali...

Pelantikan Khusrin tak muktamad, MB jumpa Sultan

Dis 27, 10: Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari.

Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

Siapa rogol Robengah??

Posted: 27 Dec 2010 06:31 PM PST

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30050:kes-perkosa-bermula-bila-adik-mangsa-buat-aduan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Harakahdaily menyiarkan kisah amah diperkosa pak menteri kita pada tahun 2007.

Namun blog ini mengambil pendirian bahawa segala tuduhan dan sebagainya perlulah disiasat dengan teliti dan adil.

Sekiranya ada bukti yang jelas, bawalah ke muka pengadilan bagi memberi keadilan kepada kedua-dua belah pihak.

Character assassination kepada sesiapapun tidak wajar dilakukan walaupun terhadap musuh politik kita.

Yang membimbangkan aku cuma, apakah sistem kehakiman negara kita dan pengamalnya competent enough? Adakah mereka bersih dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab? Itulah sebenarnya penyakit negara kita yang wajib kita tangani terlebih dahulu.

Jika tidak, tokoh penyamun negarapun dianggap suci.

Hadiah penyapu buruk Najib kepada rakyat Selangor dan warga Felda...

Posted: 27 Dec 2010 03:54 AM PST

Aku pernah tulis di sini, kalau ikut aku...paling kuat Khusrin cuma layak jaga muzium. Sebabnya, apa yang ada dalam muzium adalah benda lama dan benda mati. Khusrin tak boleh jaga benda hidup...sebab dia kayu. Tapi BN nak sabotaj Pakatan Rakyat di Selangor, Khusrin juga yang dipilih jadi SUK. Niat sebenor KSU letak Khusrin di kerusi SUK kerana nak jaga kepentingan UMNO di Selangor dan nak jatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Semua mangkok dalam dunia nipun tahu niat suci KSU ni..he he!!

Satu lagi cerita yang ada nilai berita hari ini ialah kisah Md Isa Samad, VP Umno yang dikenakan tindakan kerana rasuah dalam parti itu (parti itu memang rasuah dah) sebagai Pengerusi FELDA.

La la la la....

Aku sebebenonye seronok dengan apa yang Najib buat ni.

Dia lupa, PRU12 dulu Khir Toyo bagi penyapu kepada PBT Hulu Selangor. Apa jadi? BN bukan sahaja kehilangan Selangor malah hampir kehilangan kerajaan pusat.

Hari ni dia bagi Khusrin kepada Selangor. Aku percaya BN bakal tersungkur lebih teruk di Selangor.

Dia bagi Md Isa Samad kepada FELDA. dia bakal kehilangan undi FELDA pada PRU13 akan datang.

Pada aku...Khusrin dan Md. Isa Samad lebih teruk dari penyapu buruk Khir Toyo. He he...

dollah yankee

dollah yankee


Betulll...TG Nik Aziz memang tak salah..

Posted: 27 Dec 2010 05:32 PM PST

Nik Aziz to BN: 'Don't be a gangster'
100-DAY REFORM:
WAIT FOR OPPOSITION TO RULE, SAYS NIK AZIZ




dollah yankee -
Pagi-pagi yang indah ini di 'port' politik ini, gurkah-gurkah politik nak 'wish' Tuan Guru Nik Aziz ..."Assalamualikum WBT...dan begitu teringin nak jumpa 'face to face' dengan Tuan Guru.."

Indahnya bahasa kalau bab nak mencekik darah !

Posted: 26 Dec 2010 11:10 PM PST




Tube Ice Manufacturers of Kuala Lumpur,Selangor & Putrajaya
Announcement


We are pleased to inform all our valued Customers that the price of edible tube ice will be increased RM0.50 per bag from the minimum price of RM3.00 per bag (last increased since 01.06.2008) to the minimum price of RM3.50 per bag with effect from 01.01.2011.

The selling price has been eroding even though our production and distribution costs have been increasing over these two years. However, in view of the drastic increase in all production materials, including plastic bang, insulated boxes as well as the escalating costs of distribution, especially the costs of the upkeep and maintenance of lorries, we therefore have no other choice, but, to *adjust our price in order that our service to provide hygienic ice is not effected. The increased is also due to the requirements of the Ministry of Health and the Food Act wich require all ice producers and handlers to improve food safety procedures.

We wish to take this opportunity to thank all our Customers for their continuous support.
dollah yankee -
*adjust?? it should read as what Najib keep saying to Malaysian selaras harga
Kah..Kah..Kah..