Kami Sokong Tokguru |
- Punca Kemalangan Di malaysia Ialah Rasuah
- Kuliah Tertunda
- Macam Penyamun Tunggu Mangsa
- Nokia 3315 Boleh Pindahkan Aura
Punca Kemalangan Di malaysia Ialah Rasuah Posted: 23 Dec 2010 06:45 PM PST Baru-baru ini media utama negara dipenuhi dengan berita kemalangan jalanraya,sebab dan cara penyelesaiannya.Pelbagai pihak memberi komen dan cadangan dari pihak kerajaan hinggalah kepada rakyat biasa. Ada yang kata punca terbesar masaalah kemalangan melibatkan bas ialah kerana keadaan bas yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan JPJ,sistem breake tidak berfungsi lah ,enjn lama lah ,tidak diselenggaralah dan macam-macam lagi.Ada juga yang yang salahkan pemandu bas expres ,kerana nak mendapat duit lebih sanggup bekerja lebih masa sehingga menggunakan dadah untuk mendapat tenaga. Ada pihak yang kata puncanya kerana keadaan jalanraya yang tidak sempurna membahayakan pengguna dan macam-macam lagi.Bagi saya masaalahnya satu saja iaitu rasuah.Kenapa rasuah..Kerana rasuah lah menyebabkan kenderaan yang sepatutnya ditahan PUSPAKOM kerana tak selamat ,dilepaskan oleh pegawai yang tak bertangungjawab,akibatnya orang lain yang jadi mangsa bila terjadi kemalangan.Kerana rasuah juga Bas hantu(tak ada permit) boleh terus meluncur laju di jalan raya membahayakan nyawa penumpang.Tidak mustahil bas takdak brakepun boleh terlepas kerana rasuah. Tidak pelik jika kita katakan atas jalanraya Malaysia sekarang dipenuhi oleh perasuah dan penerima rasuah.Walaupun bukan semua tapi kebanyakannya begitu.Dapat lesenpun dengan cara rasuah,pastu dapat kerjapun dengan rasuah.Bila kena saman ,selesai cara rasuah juga,Polis trafik pun minta rasuah.Selagi gejala rasuah tak ditangani selagi itulah masaalah takkan selesai. Kerana rasuah orang-orang berduit tak risau bila melanggar undang2 jalanraya kerana mereka ada duit untuk menjamu puak-puak serigala jalanan ni yang sentiasa menunggu di tepi jalan mencari daging busuk untuk disuap pada anak isteri dirumah. Kerana rasuah menyebabkan orang yang tidak sepatutnya boleh naik jadi YB dan Menteri.Akhirnya menggunakan kuasanya hanya untuk kepentingan diri dan kroni tanpa pedulikan nasib rakyat.Jadi YB dengan beli undi(rasuah) pegang jawatan dalam partipun dengan rasuah, akhirnya menyebabkan terbentuknya sebuah kerajaan yang hanya mencari keuntungan dari kedaifan dan kejahilan rakyat.Kerajaan yang diterajui oleh perasuah-perasuah negara. Bukan hanya kemalangan jalanraya,kerana rasuah juga boleh menyebabkan orang yang bersalah dibebaskan dan orang yang tak bersalah dipenjarakan. Kesimpulannya rasuah akan menyebabkan negara sentiasa tidak aman.. -Soalan cepu emas: rasuah adalah punca segala masaalah di Malaysia,setuju atau tidak? |
Posted: 23 Dec 2010 05:46 PM PST |
Posted: 23 Dec 2010 04:50 AM PST Saya menyokong Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Ini disebabkan rakyat seperti saya sering teraniaya dengan saman ekor. Anggota polis sering menunggu di kawasan 60 km/j untuk memerangkap kami. Yang kami persoalkan ialah cara pegawai polis menyaman kami. Semua sudah maklum iaitu pegawai akan bersembunyi di sebalik pokok dan lain-lain supaya kehadiran polis tidak disedari. Kaedah ini sama macam peragut yang menunggu mangsanya leka atau cuai untuk meraih keuntungan. Kerajaan berjaya mengaut wang saman berjuta-juta. Namun keadaan jalan raya di Malaysia terutama di jalan persekutuan dan negeri tak banyak berubah sejak 10 tahun dahulu. Saya sering berulang-alik dari Teluk Intan ke Kampar, Perak. Keadaan jalan seperti 16 tahun dulu juga tiada perubahan pun. Ke mana wang saman disalurkan? Harap KASE berjuang untuk rakyat dan kebenaran. Alias Mat Posted by cananglanie |
Nokia 3315 Boleh Pindahkan Aura Posted: 22 Dec 2010 11:46 PM PST -santai- Ini saya anggap sebagai lawak khurafat ...Sebab dua unsur ni ada .hahaha Yang menarik dalam video ni hanya hp Nokia 3315 tu je,yang lain hampeh,,hehe tapi ada jugak yang percaya dengan besi gunung berapi beraura ni sampai sanggup habiskan duit beratus nak beli benda merapu ni. p/s: yang sebenarnya dragon bal ada 7 biji semuanya tapi sebijik dah dipecahkan dan diambil buat batu quantum ajaib ni,hehehe |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |